OBJEKTIF
UNIT 15: WANG DAN BANK.
OBJEKTIF AM
Pelajar dapat mengetahui bagaimana wang dan bank wujud serta berperanan dalam sesebuah ekonomi
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
- Mendefinisikan wang
- Mengenalpasti fungsi-fungsi utama wang
- Mengenalpasti permintaan terhadap wang dan keseimbangan pasaran wang
- Mendefinisikan bank pusat dan mengenalpasti dasar kewangan bank pusat
- Mendefinisikan bank perdagangan dan menenalpasti fungsi-fungsinya.
INPUT
- DEFINISI WANG
Wang boleh didefinisikan sebagai benda-benda yang diterima oleh orang ramai sebagai alat pertukaran di antara barang-barang dan perkhidmatan dalam urusniaga jual beli. Wang diperkenalkan oleh manusia untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem ekonomi barter.
Sistem ekonomi barter adalah ekonomi di mana manusia menukarkan barang-barang yang dimiliki secara langsung untuk memperolehi barang-barang yang dikehendaki. Dalam ekonomi moden, kehendak manusia adalah berbagai dan kegiatan perdagangan dijalankan di dalam dan di luar negeri. Oleh itu, sistem ekonomi barter mempunyai banyak kelemahan jika dipraktikkan dalam masyarakat moden.
SIFAT-SIFAT WANG
Sejak dahulu lagi, berbagai jenis barang telah digunakan sebagai wang. Bijih timah, emas dan perak merupakan benda yang paling luas digunakan sebagai alat pertukaran. Walau bagaimanapun, sesuatu benda yang dianggap sebagai wang yang baik harus mempunyai sifat-sifat berikut:
Diterima umum
Benda yang dianggap sebagai wang haruslah diterima oleh orang ramai sebagai alat pertukaran. Bila masyarakat sanggup menerima sesuatu benda sebagai wang, barulah ia boleg berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran.
Mempunyai nilai yang stabil
Benda yang dianggap sebagai wang mestilah mempunyai nilai yang stabil. Benda-benda yang nilainya mengalami turun naik yang hebat tidak akan diterima oleh orang ramai kerana ia menimbulkan masalah ekonomi dan sosial.
Mudah dibawa dan dikenali
Benda yang dianggap sebagai wang mesti boleh dibawa dengan mudah dan dapat dipindah tangan dengan mudah. Selain itu, benda tersebut juga mesti dapat dikenalikan oleh orang ramai dan sukar dipalsukan.
Penawaran yang terhad
Benda yang dianggap sebagai wang mestilah mempunyai penawaran yang terhad supaya dapat menjamin nilainya. Jika penawarannya adalah tidak terhad, maka benda tersebut dapat diperolehi dengan mudah. Jadi, nilainya akan turun. Bagaimanapun, jumlah penawarannya tidak boleh terlalu kurang kerana akan menyebabkan kehendak-kehendak orang ramai tidak dapat dipenuhi.
Tahan lama
Benda yang dugunakan sebagai wang mestilah tahan lama. Ini menjaminkan nilai benda tersebut tidak mudah berubah menerusi masa dan dapat disimpan dengan lama.
- FUNGSI-FUNGSI WANG
Sebagai alat perantaraan untuk penukaran
Dengan penggunaan wang, individu boleh membeli segala barang yang diingini dengan menggunakan wang. Ini bermakna penggunaan wang membolehkan pengaliran barang dan perkhidmatan secara langsung daripada pihak pengeluar kepada pengguna. Jadi, peranan wang sebagai alat perantaraan memudahkan pertukaran dan melicinkan perniagaan.
Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun
Dengan penggunaan wang, nilai barang dapat dihitung dengan mudah. Nilai barang dinyatakan dalam bentuk harga. Jadi, nilai barang-barang dan perkhidmatan yang berlainan dapat dibanding dalam sebutan harga. Pengunaan wang juga membolehkan nilai berbagai barangan dicampurkan. Hal ini membantu individu mencatatkan urusan pertukaran.
Sebagai ukuran bayaran tertunda
Banyak urusniaga dalam ekonomi moden dilakukan secara kredit atau secara bayaran tertunda. Urusniaga tersebut membolehkan para pembeli memperolehi barangan terlebih dahulu dan membayarnya pada masa yang akan datang. Urusniaga memerlukan wang sebagai ukuran bayaran tertunda. Ini adalah kerana sifat-sifat wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil. Wang membolehkan urusniaga secara kredit dijalankan antara para penjual dan para pembeli.
Sebagai alat penyimpan nilai
Sifat wang yang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil membolehkan wang berperanan sebagai penyimpan nilai yang baik. Wang dapat disimpan dengan mudah dan tidak memerlukan ruang yang luas. Selain itu, wang juga boleh disimpan dalam bentuk deposit tabungan dan deposit tetap untuk memperolehi kadar bunga.
JENIS-JENIS WANG
Wang sah
Wang sah adalah wang yang sah diterima oleh penduduk dalam sesebuah negara. Ringgit dan duit syiling adalah wang sah di Malaysia. Ringgit Malaysia adalah wang sah yang tidak terhad. Duit syiling adalah wang sah yang terhad.
Wang biasa
Wang biasa adalah wang negara lain yang diterima oleh penduduk sesuatu negara. Sebagai contoh, dolar Brunei diterima oleh penduduk Malaysia sungguhpun ia bukan wang sah. Jadi, dolar Brunei dianggap sebagai wang biasa di Malaysia.
Wang tanda
Wang tanda adalah wang yang nilai mukanya melebihi nilai logamnya. Contoh wang tanda di Malaysia ialah duit syiling. Duit syiling mempunyai nilai muka yang lebih dari nilai logamnya.
Wang bernilai penuh
Wang bernilai penuh adalah wang yang nilai logamnya sama dengan nilai mukanya. Di Malaysia, oleh kerana nilai muka duit syiling adalah melebihi nilai logamnya, maka duit syiling bukan wang bernilai penuh.
JENIS-JENIS WANG DI MALAYSIA
Duit syiling dan wang kertas
Di Malaysia, duit syiling dan wang kertas dikeluarkan oleh Bank Negara. Duit syiling yang ada dalam ekonomi mempunyai nilai muka 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan RM 1.00. Jenis nilai yang lebih besar seperti RM5, RM10, RM20, RM100 dan RM500 merupakan keluaran khas, terutamanya bagi tujuan peringatan. Wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara mempunyai nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 dan RM1000. Duit syiling dan wang kertas juga disebut wang flat kerana diisytiharkan sebagai wang dan diterima oleh orang ramai dengan penuh keyakinan.
Deposit semasa bank
Deposit semasa bank juga dikenali sebagai wang dalam ekonomi moden. Malalui deposit semasa bank, cek bileh digunakan untuk membuat pembayaran. Deposit semasa bank boleh juga ditukarkan kepada wang tunai pada bilai-bila masa. Oleh sebab itu, ia dianggap sebagai wang. Deposit tabungan dan deposit tetap tidak boleh dipindah tangan melalui cek. Oleh itu, ia tidak dianggap sebagai wang.
AKTIVITI 15A
PERHATIANANDA HAMPIR BOLEH BERPINDAH KE INPUT SETERUSNYA JIKA ANDA DAPAT MENJAWAB KESEMUA SOALAN DALAM AKTIVITI 13A
Soalan Esei :
15.1 Huraikan fungsi-fungsi wang dalam ekonomi yang moden. Bagaimana fungsi-
fungsi tersebut akan terjejas dengan kenaikan tingkat harga umum yang pesat ?
15.2 Jenis-jenis wang manakah yang meliputi bekalan wang di negara kita ?
MAKLUMBAKAS AKTIVITI 15A
PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 15AJawapan :
15.1
Di antara fungsi-fungsi wang ialah
- Alat perantaraan pertukaran
- Alat pengukur nilai dan unit perakaunan
- Ukuran bayaran tertunda
- Alat penyimpan nilai
- Jenis-jenis wang yang meliputi bekalan wang negara
- Wang kertas
- Duit syiling
- Simpanan semasa di bank perdagangan
15.3 PERMINTAAN WANG DAN KESEIMBANGAN PASARAN WANG
Dalam teori keynes, orang ramai meminta wang untuk tiga motif yang berbeza:
- urusniaga
- spekulasi
- awasan
Urusniaga
Wang yang diminta untuk urusniaga adalah berfungsi sebagai alat pertukaran ditentukan oleh tingkat pendapatan. Semakin tinggi tingkat pendapatan semakin besar permintaan wang untuk urusniaga dan sebaliknya.
Awasan
Masyarakat juga meminta wang untuk simpanan supaya dapat digunakan untuk membayar sesuatu perkara yang diluar jangkaan.
Contoh: wang simpanan dapat digunakan untuk membayar bil-bil hospital apabila individu jatuh sakit atau apabila individu hilang pekerjaan.
Maka wang yang diminta untuk tujuan awasan adalah berfungsi sebagai adalah berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Permintaannya ditentukan oleh tingkat pendapatan. Semakin tinggi pendapatan semakin besar permintaan wang.
Spekulasi
Masyarakat meminta wang untuk tujuan spekulasi iaitu untuk melabur dalam saham-saham dan surat berharga dengan tujuan mencari keuntungan. Contoh : masyarakat meminta wang untuk memberi saham syarikat , surat jaminan, kerajaan, bil-bil perbendaharaan dengan tujuan memperolehi untung permintaan wang untuk spekulasi bergantung kepada kadar bunga. Apabilakadar bunga meningkat permintaan wang untuk spekulasi akan menurun dan sebaliknya.
Keseimbangan pasaran wang
keseimbangan pasaran wang dicapai apabila permintaan wang sama dengan penawaran wang.
KADAR BUNGA Sm
R2
R ● E
R1
Dm
0
D1 D D2 KUANTITI WANG
Keseimbangna wang dicapai dititik E apabila keluk penawaran (sm) dan keluk permintaan (dm) bersilang. Tingkat kadar bunga ialah R° manakala kuantiti wang diminta ialah OD°.
Pasaran tidak akan mencapai keseimbangan untuk kadar bunga selain R°. Sekiranya kadar bunga rendah dari R° ke tingkat baru iaitu R1 ,pasaran wang tidak lagi seimbang.
Sebarang perubahan dalam permintaan dan penawaran wang atau kedua-duanya akan mempengaruhi tingkat kadar bunga atau kuantiti wang.
PERHATIAN
ANDA HAMPIR BOLEH BERPINDAH KE INPUT SETERUSNYA JIKA ANDA DAPAT MENJAWAB KESEMUA SOALAN DALAM AKTIVITI 15B
AKTIVITI 15B
15.1 Wang di minta untuk beberapa tujuan. Jelaskan satu persatu tujuan permintaan
wang ?
MAKLUMBAKAS AKTIVITI 15B
PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 15BJawapan :
15.1 Mengikut teori pilihan kecairan Keynes, orang ramai meminta wang untuk tiga tujuan, iaitu
- Untuk tujuan urusniaga
- Untuk tujuan awasan
- Untuk tujuan spekulasi
15.4 BANK PUSAT
Badan kewangan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan operasi kewangan kerajaan dan mengawal kestabilan aktiviti institusi-institusi kewangan yang wujud dalam ekonomi.
Bank pusat di Malaysia ialah bank negara Malaysia yang telah ditubuhkan pada 26 januari 1959 dibawah ordinan Bank Pusat.
Objektif Bank Pusat :
- mengeluarkan matawang,menyimpan rizab dan menjaga nilai matawang.
- Sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan
- Memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik.
- Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara.
Dasar Kewangan
Boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
- dasar kewangan kuantitatif
- dasar kewangan kualitatif
Dasar Kewangan Kuantitatif
- Bertujuan untk mempengaruhi dan mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi.
- Dasar kewangan kuantitatif mempunyai 4 alatan yang utama untuk mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi
Keperluan Rizab Berkanun.
Merupakan suatu peratusan ssimpanan khas oleh bank perdagangan dan institusi kewangan di Bank Negara Malaysia. Perubahan dalam keperluan rizab berkanun oleh Bank Negara akan memberi kesan kepada paras simpanan dan pinjaman yang boleh disokong oleh saiz rizab sistem bank.
Keperluan mudah tunai minimum
Bank Negara Malaysia mensyaratkan Bank Perdagangan dan syarikat kewangan menyimpan mudah tunai minimum dalam bentuk harta mudah tunai terhadap tanggungan mereka. Harta mudah tunai terdiri daripada wang tunai,baki penjelasan dengan Bank Negara Malaysia, baki bersih dengan bank lain, wangpanggilan dan bil-bil perbendaharan.
Kadar bank dan kadar bunga
Kadar bank iaitu kadar dikaun ialah kadar minimum yang mana Bank Negara Malaysia sanggup mendiskaunkan semula harta jangka pendek yang layak.
Dasar Kewangan Kuanlitatif
Mempunyai 2 alat yang mengawal bentuk serta corak pinjaman dan pelaburan dalam ekonomi.
Kawalan kredit terpilih
bentuk dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh bank perdagangan. Antara alat-alat kawalan kredit terpilih ialah syarat margin, kredit ansurans, dasar kadar bunga, arahan khas dan kawalan keatas kadar janji.
Pujukan moral
Bank Negara Malaysia mengadakan pertemuan langsung dengan bank-bank perdagangan untuk meminta bank-bank perdagangan melaksana langkah-langkah yang sesuai untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan.
15.5 BANK PERDAGANGAN
Bank Pusat merupakan badan kewangan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan operasi kewangan kerajaan dan megawal kestabilan institusi yang wujud dalam ekonomi. Bank Pusat juga mempunyai beberapa objektif utama iaitu:
- mengeluar matawang, menyimpan rizab dan menjaga matawang.
- Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan bagi
menjamin kestabilan ekonomi.
- Memastikan kestabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik.
- Mempengaruhi kedudukan mata kreditbagi kepentingan negara.
Dasar-dasar kewangan yang dijalankan oleh bank pusat boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
Dasar kewangan kualitatif
- Ia bertujuan untuk mempengaruhi dan mengawal jumlah wang dalam ekonomi.
- Alat yang digunakan dalam kewangan kuatitatif:
- Keperluan rizab berkanun (kadar simpanan yang ditetapkan oleh bank negara ke atas bank perdagangan)
- Nilai keperluan mudah tunai minima( sejumlah harta cair atau harta mudah tunaiyang perlu disimpan oleh bank perdagangan) yang bertujuan untuk menghadapi bocoran mereka atau kesempatan.
Contohnyan bil perbendaharaan ( mudah ditunaikan dalam jangka pendek)
Dasar Kewangan Kualitatif
- Ia bertujuan untuk mempengaruhu dan megawal bentuk serta institusu kewangan yang lain.
- Dasar kewangan kualitatif boleh dibahagi kepada 2 iaitu:
a. kawalan kredit terpilih
b. pujukan moral
Kawalan kredit terpilih
Menentukan jenis dan jumlah pinjaman yang harus dikurangkan atau ditambah dan antara syarat yang digunakan ialah :
Syarat Margin
Untuk mengendalikan aktiviti spekulasi yang terdapat dipasaran saham.
Bank Pusat melalui syarat margin yang boleh mengawal pasaran saham dengan menghadkan jumlah pinjaman yang boleh dibuat oleh pembeli saham.
Contohnya : dalam perusahaan perumahan bayaran pendahuluan dan tempoh bayaran balik memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah permintaan di dalam rumah.
Apakah maksud Bank Perdagangan dan mengenalpasti fungsi-fungsinya.
Bank Perdagangan merupakan institusi kewangan terbesar dan terpenting di Malaysia. Ia menyumbangkan 63% daripada jumlah kredit yang diberikan oleh sistem kewangan pada keseluruhannya dan menyimpan lebih kurang 61% daripada jumlah deposit sektor swasta.
Antara aktiviti utama bank perdagangan ialah memperniagakan wang dengan tujuan mencari keuntungan
Fungsi-fungsi Bank Perdagangan
- menerima deposit daripada orang ramai
- semua dana ini merupakan aset terbesar bagi sesebuah bank perdagangan.
- Deposit boleh dibahagikan kepada 3 jenis :
Deposit tetap
Deposit tabungan
Deposit semasa
- Memberi pinjaman
- Menerima pembayaran dan membuat pelaburan pada para penyimpan
- Mengeluarkan draf bank dan cek kembara
Proses penciptaan kredit
Terdapat 2 cara proses penciptaan kredit :
- Sistem satu bank
- Sistem banyak bank
Contoh proses penciptaan kredit
- Sistem satu bank
Andaikan En. Faizal menyimpan wang tunai RM 15000 dalam akaun deposit bank x. Rizab tunai dikenakan sebanyak 10 % En. Taufik ingin membuat pinjaman dari bank x.
Bank X
Kunci kira-kira
Harta tanggungan
Wang tunai 15000 deposit semasa (En. Faizal) 15000
Pinjaman 13500 deposit semasa (En.Taufik) 13500
Pinjaman 12150 deposit semasa (En. Johari ) 12150
Pinjaman 10935 deposit semasa (En. Aliey) 10935
Deposit semasa (En. M. Shah) 9841.5
- Sistem banyak bank
Andaian Encik Tajuddin menyimpan wang tunai RM 20000 dalam akaun semasa bank v dan rizab tunai 10%
Bank V
Kunci Kira-Kira
Harta Tanggungan
Wang tunai (10%dr deposit semasa) 2000 Deposit semasa(En. Tajudin) 20000
Pinjaman 18000
_Encik Ahmad membuat pinjaman dari Bank V
Bank W
Kunci kira-kira
Harta Tanggunggan
Wang tunai 1800 Deposit semasa (encik ahmad) 18000
Pinjaman 16200
Encik Rahim membuar pinjaman dari Bank X
Bank X
Kunci Kira-kira
Harta Tanggungan
Wang Tunai 1620 Deposit semasa(En.Rahim) 16200
Pinjaman 14580
Encik Mustari membuat pinjaman dari bankY
Bank Y
Kunci kira-kira
Harta Tanggungan
Wang tunai 1458 Deposit semasa (En.Mustari) 14580
Pinjaman 13122
Bank X
Harta
Wang Tunai 15000 Deposit semasa (En.Faizal) 15000
Pinjaman 13500 Deposit semasa (En.Taufik) 13500
Pinjaman 12150 Deposit semasa (En.Joehari) 12150
Pinjaman 10935 Deposit semasa (En.Aliey) 10935
Pinjaman 9841.5 Deposit semasa (En.M.Shah) 9841.5
TAHAP
|
EDS
|
ERT
|
EP
|
1
|
12500
|
1500
|
13500
|
2
|
13500
|
1350
|
12150
|
3
|
12150
|
1215
|
10935
|
4
|
10935
|
1093.5
|
9841.5
|
5
|
9841.5
|
984.15
|
8857.35
|
Encik Yusri membuat pinjaman dari bank Z
Bank Z
Kunci kira-kira
Harta Tanggungan
Wang tunai 1312.2 Deposit semasa 13122
Pinjaman 11809.8
Tahap
|
EDS
|
ERT
|
EP
|
1
|
20000
|
2000
|
1800
|
2
|
18000
|
1800
|
16200
|
3
|
16200
|
1620
|
14580
|
4
|
14580
|
1458
|
1312.2
|
5
|
13122
|
1312.2
|
11809.8
|
PENILAIAN KENDIRI
- ANDA HAMPIR MENUJU KE ARAH KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT ANDA TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.
- SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH
RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
BAHAGIAN : SOALAN ANEKA PILIHAN
Arahan : Pilih jawapan yang betul
1.Bank perdatangan akan mencipta wang apabila ia
A.Menjual bil perbendaharaan
B.Menjual surat jaminan kerajaan
C.Membeli bon daripada Bank Pusat
D.Memberi pinjaman
2.Satu daripada tujuan dasar kewangan mudah ialah untuk
A.menambahkan permintaan agregat
B.Mengurangkan permintaan agregat
C.Menambahkan tabungan
D.Mengurangkan pelaburan
E.Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
3. Yang manaah di antara berikut merupakan liabiliti kepada Bank pusat
A.Simpanan semasa orang ramai
B.Deposit bank perdagangan
C.Pinjaman dan diskaun
D.Bon dan debentur kepunyaan orang ramai
E. Emas dan tukaran wang asing
BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI
Arahan : Jawab semua soalan berikut
- Apakah fungsi-fungsi utama bank perdagangan ?
- Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi proses penciptaan kredit yang boleh dilakukan oleh bank-bank perdagangan ?
- Apakah fungsi-fungsi utama bank pusat dalam sesebuah negara ?
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
BAHAGIAN : SOALAN ANEKA PILIHAN
1.E
2.A
3.C
BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI
4
1. Di antara fungsi-fungsi utama bank perdagangan ialah
- Menerima deposit
- Memberi pinjaman
- Menyediakan kemudahan-kemudahan pembayaran
- Perkhidmatan pertukaran asing
- Lain-lain perkhidmatan
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses penciptaan kredit yang boleh dilakukan oleh bank-bank perdagangan
- Nisbah cadangan berkanun
- Bocoran wang tunai
- Keinginan orang ramai untuk meminjam
- Kesediaan bank memberi pinjaman
- Keadaan ekonomi semasa
3.Fungsi-fungsi utama bank pusat dalam sesebuah negara
- Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling
- Bank kepada kerajaan
- Mengawal aktiviti-aktiviti bank perdagangan dan badan kewangan yang lain
- Menjalankan dasar kewangan
- Menjamin kestabilan pertukaran