September 13, 2012

PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN (PENYELIDIKAN DALAM PENGIKLANAN : HUBUNGAN DAN PERANANNYA)


UNIT 9

PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN PENGIKLANAN

(PENYELIDIKAN DALAM PENGIKLANAN : HUBUNGAN DAN PERANANNYA)


OBJEKTIF

Objektif  Am

Mempelajari dan memahami hubungan dan peranan penyelidikan dalam pengiklanan.


Objektif Khusus  :-  Di akhir unit ini anda akan dapat  :-

  • Menerangkan hubungan keperluan penyelidikan pemasaran dengan pengiklanan
  • Membincangkan peranan penyelidikan pemasaran



INPUT



  1.     PENGENALAN
Dalam unit ini kita akan mempelajari hubungan penyelidikan pemasaran   
dengan aktiviti pengiklanan.  Selain dari itu, kita juga akan mempelajari  
penyelidikan pemasaran dan peranannya.

9.1    HUBUNGKAIT PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN
 PENGIKLANAN

  • Definisi Penyelidikan Pemasaran
Penyelidikan pemasaran adalah satu aktiviti  mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan.
Cara mengenalpasti yang sistematik dan objektif, mengumpul, menganalisis, menyebar dan menggunakan maklumat yang ada  bagi tujuan untuk memperbaiki keputusan yang berkaitan dengan mengenalpasti  dan menyelesaikan masalah dalam pemasaran.
(Naresh K. Malhotra, 1999)



  • Hubungkait keperluan penyelidikan dalam pengiklanan
Berdasarkan definisi penyelidikan pemasaran di atas dapat kita simpulkan bahawa penyelidikan pemasaran  dapat memberikan maklumat asas tentang isu-isu penembusan pemasaran baru, kaedah peragaan produk, pemilihan saluran agihan, promosi, perletakan harga dan lain-lain aktiviti pemasaran.

Oleh itu, penyelidikan pemasaran amat penting dalam eleman promosi di mana pengiklanan adalah sebahagian dari program promosi itu sendiri.  Ia amat penting dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul sebelum dan selepas pengiklanan.

AKTIVITI



AKTIVITI 9A

Arahan  :  Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga atau empat orang ahli .  Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan  soalan di bawah.

Soalan 1
Bincangkan isu-isu  pemasaran yang anda ketahui dan senaraikan alternatif-alternatif yang mungkin boleh digunakan dalam mengatasi masalah tersebut.




MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 9A

  1. Isu-isu pemasaran yang mungkin timbul:-
    • Kenaikan harga barangan terkawal terutama semasa perayaan
    • Produk tidak menepati spesifikasi kesihatan dan keselamatan
    • Penipuan pemasar dalam menerangkan faedah-faedah yang akan diterima oleh pemasar.
    • Dan lain-lain isu yang berkaitan.
Alternatif-alternatif yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah.

  • Penetapan harga siling oleh kerajaaan
  • Mengadakan pemantauan oleh pihak berkuasa atau persatuan-persatuan pemasar dan juga badan bukan kerajaan.
  • Menarik lesen-lesen perniagaan terhadap pemasar yang cuba menipu.
  • Wujudkan kesedaran tanggungjawab sosial pemasar.
  • Dan lain-lain alternatif yang bersesuaian dengan isu yang di bincangkan.







INPUT





  1. PERANAN PENYELIDIKAN PEMASARAN
Peranan penyelidikan pemasaran amat penting dalam dunia pemasaran kerana ia menjadi penentu kejayaan sesuatu program permasaran itu. Berikut adalah peranan yang dimainkan oleh penyelidikan dalam bidang pemasaran:-
9.2.1.1    Analisis Situasi
  Penyelidikan pemasaran berperanan dalam mengumpul
maklumat dalam mengenalpasti peluang dan ancaman, memahami persekitaran dan pasaran, serta menilai tahap persaingan sesebuah syarikat.
9.2.1.2    Pembangunan strategi
  Ia juga berperanan dalam menentukan skop perniagaan dan  
  sasaran pasaran, membangunkan kelebihan bersaing dan   
  menentukan objektif strategi.

  1. Pembangunan program pemasaran

Membantu dalam pembuatan keputusan berkaitan produk dan saluran agihan, komunikasi dan perletakan harga (4p’s)

  1. Implementasi
Mengawasi perlaksanaan pemasaran dan menjana semula strategi program.  Bertindak sebagai alat pemantauan dan kawalan.
         


AKTIVITI



AKTIVITI 9B

Arahan  :  Berdasarkan kumpulan yang sebelumnya, pelajar dikehendaki menjawab soalan di bawah:-


“ Syarikat anda adalah pengeluar pakaian dan ingin memasuki pasaran baru iaitu busana muslim/pakaian untuk wanita muslim.  Sebagai pegawai pemasaran, anda telah diarahkan untuk menjalankan penyelidikan pemasaran berdasarkan peranan penyelidikan itu sendiri.”





MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 9B

Peranan penyelidikan dalam pemasaran :-

  • Analisis situasi
Menjalankan analisis SWOT, analisis pasaran dan persaingan

  • Pembangunan strategi
Skop perniagaan, sasaran pasaran, kelebihan bersaing dan menentukan objektif strategi.

  • Pembangunan program pemasaran
Keputusan  tentang produk dan saluran agihan, komunikasi serta perletakan harga.




INPUT






  1.      PERANAN PENYELIDIKAN PENGIKLANAN
Dalam membentuk iklan pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan keberkesanan iklan tersebut.  Penyelidikan dapat membantu pemasar dalam pembentukan iklan melalui peranan-peranannya:-

9.3.1 Memberi input dalam perancangan pengiklanan.
Membantu dalam menentukan perkara yang perlu disampaikan dalam iklan, menentukan audien sasaran, menentukan perbelanjaan iklan dan sebagainya.
9.3.2 Memberi panduan kepada kreativiti pengiklanan
Membantu dalam mencetuskan idea-idea inovatif dan kreatif disamping menggalakkan perkembangan teknologi terkini dalam industri pengiklanan.
9.3.3 Penilaian kepada iklan dan kempen pengiklanan
Membantu menilai sejauhmana perlaksanaan komunikasi disampaikan dengan berkesan, menilai kesesuaian penggunaan media dan kecekapan kos.




  1. Teori bagaimana pengiklanan dilaksanakan
Dengan penyelidikan, kita dapat mengenalpasti teori-teori media dan strategi-strategi kreatif yang bersesuaian dengan kempen iklan yang akan atau telah disiarkan.



AKTIVITI



AKTIVITI 9C

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi empat atau lima orang ahli.  Pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan dan membuat pembentangan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya.

“ Salah satu dari syarikat pemasar telah melantik syarikat pengiklanan anda untuk membentuk satu konsep pengiklanan bagi produk baru mereka iaitu sejenis coklat berkalori rendah.  Temuduga  seratus orang pengguna untuk mengenalpasti kelakuan mereka terhadap produk baru dan kesedaran berkaitan produk sama yang telah ada di pasaran.  Dari hasil penyelidikan, bentuk konsep pengiklanan yang akan digunakan.”




MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 9C  

Berdasarkan hasil dapatan dari temuduga ke atas seratus orang pengguna, pelajar perlu membentuk konsep pengiklanan yang bersesuaian samada dalam bentuk media cetak atau elektronik.



PENILAIAN KENDIRI







PENILAIAN KENDIRI



1.  Apakah definisi penyelidikan pemasaran dan apakah hubungkait   penyelidikan pemasaran dengan pengiklanan?
(25 markah)



2.   Peranan penyelidikan pemasaran dapat menentukan kejayaan sesuatu produk      itu. Bincangkan.
(25 markah)



3. Penyelidikan juga perlu di dalam membentuk sesuatu program pengiklanan.  Bincangkan peranan penyelidikan di dalam pengiklanan. (25 markah)






      MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI




MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


Jawapan 1
Definisi Penyelidikan Pemasaran
Penyelidikan pemasaran adalah satu aktiviti  mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan.
Cara mengenalpasti yang sistematik dan objektif, mengumpul, menganalisis, menyebar dan menggunakan maklumat yang ada  bagi tujuan untuk memperbaiki keputusan yang berkaitan dengan mengenalpasti  dan menyelesaikan masalah dalam pemasaran


Jawapan 2

Peranan penyelidikan pemasaran
  • Analisis situasi
  • Pembangunan strategi
  • Pembangunan program pemasaran
  • Implementasi

Jawapan 3
Peranan penyelidikan pengiklanan
  • Perancangan pengiklanan
  • Panduan kepada kreativiti media
  • Penilaian kepada iklan dan kempen pengiklanan
  • Teori bagaimana pengiklanan berjalan