March 5, 2013

Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat



Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat

1.0  Definisi Syarikat

Di Malaysia, terdapat 3 jenis organisasi perniagaan iaitu :
a.       Perniagaan tunggal
b.      Perkongsian
c.       Syarikat

Perniagaan tunggal dan perkongsian adalah merupakan perniagaan yang tidak diperbadankan manakala syarikat pula adalah merupakan perniagaan yang diperbadankan.

Syarikat adalah merupakan 1 perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan perdagangan dan perindustrian. Menurut Sek 4, Akta Syarikat 1965 syarikat adalah syarikat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana2 anakmen sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya tertubuh apabila ianya didaftarkan di Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965


Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, bererti ia mempunyai entity undang-undang yang khusus dan berasingan daripada personality ahli2nya serta mempunyai hak2 dan tanggungjawab tertentu, contohnya syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri, mempunyai hak untuk memiliki harta dan sebagainya.

Menurut Oxford English Dictionary pula, syarikat didefinisikan sebagai penyatuan beberapa inidvidu2 yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan satu objektif yang sama/serupa. Maksudnya, perkara2 yang perlu wujud pada sesebuah syarikat itu ialah : -

  1. Penyatuan inidividu2 iaitu keahlinya adalah melebihi daripada seorang ahli
  2. Mempunyai objektif yang sama di kalangan ahli2 perbadanan yang lazimnya bersatu untuk tujuan perdagangan














1.1 Perbezaan di antara syarikat dengan perniagaan tunggal dan perkongsian

Perbezaan yang wujud di antara syarikat dengan perniagaan tunggal dan perkongsian dapat kita lihat dari beberapa aspek iaitu : -

  1. Bilangan keahlian

Bagi penubuhan sesebuah perniagaan tunggal,minima keahliannya adalah seorang sahaja. Manakala bagi sesebuah firma perkongsian pula menurut Sek 14 (3) (b) Akta Syarikat 1965, minima keahliannya ialah 2 org manakala maksimanya ialah 20 orang rakan kongsi, bagi jenis perkongsian biasa. Tetapi bagi firma perkongsian jenis professional, ianya boleh melebihi 20 orang ahli. Ini bermakna, had maksima 20 orang ahli itu tidak dikenakan kepada mana2 perkongsian yang dibentuk bagi tujuan menjalankan mana2 profesional contohnya, doctor, peguam, akauntant dan lain2 lagi.

Sesebuah syarikat mestilah mempunyai jum minima ahli iaitu 2 orang kecuali dalam keadaan sesebuah syarikat iatu adalah syarikat subsidiary milikan penuh kepada syarikat lain. Menurut Sek 36 Akta Syarikat, adalah merupakan suatu kesalahan sekiranya selepas 6 bulan ahli kurang dari had minima, syarikat masih meneruskan perniagaan dengan tiada pertambahan ahli baru.

Di samping itu, menurut Sek 218 (1) (d) Akta Syarikat 1965, jumlah ahli yang kurang dari had minima boleh menjadi salah satu alasan untuk penggulungan syarikat. Jumlah maksima ahli bagi sesebuah syarikat tidak dihadkan kecuali bagi syarikat persendirian iaitu ahlinya mestilah tidak boleh lebih dari 50 orang.

  1. keupayaan untuk memiliki/memegang harta

Di dalam sesebuah perniagaan tunggal, harta2 adalah keuapayaan tuan punya tunggal. Begitu juga dengan sesebuah perkongsian iaitu aset2 adalah kepunyaan ahli2 kongsi firma perkongsian tersebut. Tetapi keadaan ini berbeza dengan syarikat kerana harta/asset perniagaan adalah kepunyaan syarikat itu sendiri bukannya kepunyaan ahli2 syarikat tersebut. Ini bermakna syarikat berhak memiliki hartanya sendiri dan harta itu mestilah didaftarkan dengan nama syarikat.

  1. tanggungan ahli terhadap hutang

Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian, ahli2nya adalah bertanggungan secara peribadi terhadap hutang2 perniagaan mereka. Sekiranya sesebuah perniagaan tunggal / perkongsian tidak dapat menjelaskan hutang, ahli2nya akan menanggungnya sehingga selesai. Di sini, liability ahli2 utk menjelaskan hutang adalah tidak terhad. Manakala bagi syrkt, hutang syarikat adalah merupakan hutang syarikat itu sendiri dan ahli2 tidak akn bertanggungan secara peribadi



  1. tindakan bagi prosiding undang-undang

Pertubuhan2 yang tidak diperbadankan tidak mempunyai personality perundangan. Maka segala tindakan undang2 diambil atas nama peribadi ahli2 bkn atas nama pertubuhan tersebut. Walau bagaimanapun, untuk kemudahan prosedur, Peraturan Mahkamah Tinggi 1980, Ordinan 77 membenarkan penggunaan nama pertubuhan bagi urusan menyaman dan disaman tetapi hakikatnya ianya adalah dilakukan terhadap ahli2 pertubuhan itu sendiri. Bagi syarikat pula, tindakan undang2 adalah adalah diamibil atas nama syarikat itu sendiri, malahan syarikat itu juga boleh mendakwa mana2 pihak atas namanya sendiri.

  1. jangka hayat dan pembubaran

jangka hayat bagi sesebuah syarikat adalah berdasarkan peruntukan2 yang termaktub di dalam Akta Syarikat 1965. manakala bagi perniagaan tunggal dan perkongsian ianya adalah bergantung kepada perjanjian di antara ahli2 kongsinya

1.2 Klasifikasi Syarikat

Syarikat boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu : -

  1. syarikat persendirian
  2. syarikat awam
  3. syarikat berhad
                                                              i.            syrikat berhad oleh saham
                                                            ii.            syarikat berhad oleh jaminan
                                                          iii.            syarikat berhad oleh saham dan jaminan
  1. syarikat tidak berhad
  2. syrikat induk
  3. anak syarikat

  1. syarikat persendirian

menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat persendirian adalah bermaksud mana2 syarikat :

  1. yang ditubuhkan sebagai syarikat persendirian di bawah akta pindaan bertulis
  2. yang diperbadankan sebagai syarikat persendirian di bawah Sek 15 Akta Syarikat
  3. yang ditukarkan kepada syarikat persendirian mengikut Sek 26 (1)

yang merupakan sebuah syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat persendirian di bawah Sek 26 / 27

Menurut Sek 15 Akta Syarikat pula, sesebuah syarikat persendirian perlulah di dalam memorandum persatuannya mengandungi perkara2 berikut : -


  1. membuat sekatan terhadap hak untuk memindahkan saham

sub Sek ini menyekat syarikat persendirian  daripada memnidahkan syer2nya. Walau bagaimanapun, ia tidak menjelaskan cara2 untuk menyekat pemindahan syer tersebut. Kebiasaanya, sekatan ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :

                    i.            ‘right of pre-emption’ hendaklah diberikan kepada ahli2 yang lain. Ini bermaksud, sekiranya seseorang ahli ingin menjualkan syernya, dia mestilah menawarkan syer itu kepada ahli2 lain terlebih dahulu. Jika mereka menolak, barulah dia boleh menjualkannya kepada orang lain.
                  ii.            Dengan meletakkan syarat bahawa syer2 hanya boleh dipindahkan dengan kebenaran Lembaga Pengarah

  1. mengehadkan bilangan ahli2 syarikat tidak melebihi daripada 50 orang
  2. larangan untuk membuat cadangan kepada umum untuk menyumbangkan syer/debenture
  3. larangan terhadap cadangan untuk mengambil wang deposit daripada orang ramai

  1. Syarikat Awam

Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat awam adalah sebuah syarikat yang selain dari syarikat persendirian. Sesebuah syarikat awam itu adalah terikat dengan beberapa peraturan yang berbeza dari syarikat persendirian iaitu terutamanya mengenai pemberitahuan berkenaan hal ehwal kewangan syarikat. Syarikat awam mempunyai syrat2 yang lebih terperinci dari syarikat2 lain kerana ia dibenarkan untuk menerima atau memperolehi wang daripada orang ramai

Sijil pemerbadanan hendaklah memperakui bahawa syarikat tersebut adalah syarikat awm. Nama syarikat selalunya diakhiri dengan perkataan ‘berhad’ atau singkatannya ‘bhd’. Syarikat awam tidak mempunyai peruntukan maksima mengenai bilangan keahlian sebagaimana syarikat persendirian. Had umur bagi pengarah2 bagi syarikat awam adalah 70 tahun menurut Sek 129 Akta Syarikat. Ciri yang paling istimewa bagi syarikat awam ialah ia dibenarkan untuk menawarkan saham kepada orang ramai seterusnya boleh disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur












Perbezaan di antara syarikat awam dan syarikat persendirian

a.       keahlian

sesebuah syarikat persendirian tidak bolehmempunyai ahli lebih daripada 50 orang tetapi syarikat awam tiada had jumlah maksima keahliannya.

b.      pemindahan saham

sesebuah syarikat persendirian mengehadkan pemindahan saham kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat tetapi syarikat awam tiada halangan untuk pemindahan saham

c.       penawaran saham

sesebuah syarikat awam boleh menawarkan kepada orang ramai dengan mengedarkan satu prospectus kepada orang ramai untuk melanggan saham yang ingin diterbitkan tetapi sesebuh syarikat persendirian tidak boleh berbuat demikian

d.      memungut/ menyimpan wang daripada orang ramai

sesebuah syarikat persendirian tidak boleh mempelawa orang ramai menyimpan wang mereka didalam syarikat / memungut wang dari orang ramai tetapi syarikat awam boleh berbuat demikian

e.       hal ehwal kewangan

sesebuah syarikat awam boleh memberitahu umum mengenai hal ehwal kewangan syarikat tetapi syarikat persendirian tidak boleh berbuat demikian

f.       had umur pengarah

syarikat awam, had umur maksimum mestilah tidah melebihi 70 tahun. Syarikat persendirian tiada had umur.

g.      nama

syarikat persendirian, nama sperti ‘sdn bhd’ mestilah dimasukan di pengakhiran nama syarikat tersebut  manakala syarikat awam jika ianya tergolong dalam status syarikat awam berhad, perkataan ‘bhd’ perlulah dimasukkan di pengakihran nama syarikat.






  1. syarikat berhad

menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syarikat berhad ditakrifkan sebagai syarikat tang dihadkan oleh saham/jaminan / kombinasi ke2,2nya sekali

  1. syarikat berhad oleh saham

syarikat berhad oleh saham ditakrifkan sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan atas prinsip menghadkan segala tanggungan ahli2nya setakat jumlah saham yang belum dibayar (sekiranya ada). Sekiranya penggulungan berlaku, ahli2 tidak boleh diminta untuk membayar lebih daripada jumlah syernya yang belum dibayar.

Sek 214 (1) (d) Akta Syarikat 1965 memperuntukan :

‘dalam kes sebuah syarikat yang terhad dengan syer, tiada apa2 sumbangan hendaklah diperlakukan dari mana2 ahli melebihi amaun, jika ada. Tidak dibayar ke atas syer berhubung dengan mana ia tertanggung sebagai ahli yang ada / terdahulu.’

Contohnya Ali telah membeli 100 unit saham syarikat ABY yang mempunyai nilai nominalnya sebanyak Rm1.00 sesaham. Ali telah membayar sebanyak 800unit sesaham yang bernilai RM800.00 tersebut. Oleh itu, apabila berlaku penggulungan syarikat, Ali tidak boleh diminta memberikan sumbangan melebihi dari jumlah saham yang belum dibayar iaitu RM200.00

  1. syarikat berhad oleh jaminan

syarikat berhad oleh jaminan adalah merujuk kepada sesebuah syarikat yang diperbadankan atas prinsip di mana tanggungan ahli2nya adalah dihadkan kepada jumlah tanggungan yang dipersetujui oleh ahli2nya bagi menyumbangkan asset syarikat jika berlakunya penggulungan (winding up) syarikat

sekiranya syarikat todak dapat menyelesaikan hutangnya, ahli hanya perlu menanggung kesetakat amaun yang dia telag persetujui dan perkara ini perlu dinyatakan di dalam memorandum menurut Sek 18 (1) (c) Akta Syarikat 1965

syarikat spt ini tidak mempunyai modal syer di mana ahli tidak dikehendaki untuk menyumbang modal sewaktu syarikat sedang beroperasi. Ia juga jarang sekali ditubuhkan untuk aktiviti dagangan, sebaliknya untuk kelab2 yang bukannya berteraskan dagangan di mana modalnya diperolehi melalui sumber2 lain, aktiviti social dan lain2. pada waktu penggulungan, libiliti ahli bagi syarikat berhad menurut jaminan dinyatakan di dalam Sek 214 (1) (c) Akta Syarikat 1965





  1. syarikat berhad oleh saham dan jaminan

menurut Sek 214 (4) Akta Syarikat, di samping perlu menyumbang kesetakat amaun yang ahli telah persetujui di dalam memorandum, ahli juga perlu menyumbang setakat amaun syer yang dia belum jelaskan di dalam kes sekiranya penggulungan berlaku. Walaubagaimanapun, syarikat sperti ini tidak mungkin ditubuhkan lagi dengan wujudnya Sek 14A Akta Syarikat 1965

  1. syarikat tidak berhad

syarikat tidak berhad adalah syarikat yang diperbadankan di atas dasar di mana tanggungan ahli2nya adalah tidak terhad. Libiliti ahli untuk menyumbang kepada syarikat di dalam kes penggulungan tidak terhad dalam apa cara sekalipun. Liability ahli2nya adalah sperti liability perkongsian tetapi ia tetap mempunyai keperibadian korporat yang lain.

Syarikat jenis ini boleh untuk mempunyai / tidak mempunyai modal syer dan modal syer ini boleh dikurangkan tanpa had kerana pemiutang boleh menuntut sehingga kepada harta peribadi ahli. Sek 25 Akta Syarikat memperuntukkan bahawa syarikat ini boleh ditukatkan kepada syarikat berhad atau sebaliknya tetapi pertukaran ini tidak memberi kesan terhadap hak, tanggungjawab dan tindakan undang2 yang boleh diteruskan/dimulakan sebelum penukaran itu dibuat.

  1. Syarikat induk dan anak syarikat

Sek 6 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan ‘di mana sesebuah syarikat adalah :-

(a)    syarikat induk bagi perbadanan yang lain;
(b)   subsidiary bagi perbadanan yang lain ; atau
(c)    subsidiary syarikat induk perbadanan yang lain

perbadanan pertama tersebut dan perbadanan yang lain itu hendaklah bagi maksud2 Akta ini disifatkan berkaitan di antara satu sama lain’

menurut Sek 5 Akta Syarikat 1965, ‘sesebuah syarikat itu merupakan anak syarikat kepada syarikat yang lain jika :

a)      perbadanan yang lain itu ;

    1. menguasai keahlian Lembaga Pengarah perbadanan yang pertama tersebut
    2. menguasai lebih daripada separuh kuasa mengundi di dalam perbadanan yang pertama tersebut; atau
    3. memegang lebih daripada separuh modal saham yang diterbitkan oleh perbadanan yang pertama tersebut; atau
    4. perbadanan yang pertama tersebut adalah anak syarikat kepada mana2 anak syarikat poerbadanan yang lain itu
sementara itu Sek 5A Akta Syarikat, sesebuah syarikat itu dikatakan syarikat induk terakhir bagi sesebuah perbadanan yan lain jika :

a)      perbadanan yang lain itu adalah sudsidiari kepada perbadanan pertama tersebut ; dan
b)      perbadanan pertama tersebut dengan sendirinya bukanlah subsidiary mana2 perbadanan

Sek 5B Akta Syarikat memperuntukkan sesebuha perbadanan hendaklah disifatkan sebagai syarikat subsidiary milik penuh bagi perbadanan yang lain jika tidak ada ahli2 yang pertama tersebut orang yang lain dari :

  1. perbadanan kedua tetsebut ;
  2. penerima namaan bagi perbadanan kedua tersebut ;
  3. subsidiary kepada perbadanan kedua tersebut iaitu subsidiary yang mana tidak ada ahli2nya merupakan orang yang lain dari perbadanan kedua tersebut/ penerima namaan perbadanan kedua tersebut ; atau
  4. penerima namaan subsidiary tersebut

  1. syarikat asing

Sek 4 Akta Syarikat mendefinisikan syarikat  asing sebagai : -

a)      suatu syarikt, perbadanan, pertubuhan, persatuan / lain2 badan yang diperbadankan di luar Malaysia ; atau
b)      suatu persatuan, pertubuhan yang tidak diperbadankan / lain2 badan yang mana di bawah undang2 tempat asalnya boleh mendakwa/ didakwa/ memegang harta di atas nama setiausaha / lain2 pegawai badan / persatuan yang dilantik dengan sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat / tempat perniagaan utamanya di Malaysia.

Syarikat asing yang berminat untuk menubuhkan perniagaan di Malaysia mestilah mendaftarkan di Malaysia. Sek 332 (1) Akta Syarikat menyenaraikan dokumen yang perlu diserahsimpan dengan Pendaftar Syarikat untuk tujuan pendaftaran.