March 5, 2013

Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan



Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan

2.0 Pra-Perbadanan syarikat

Kita boleh melihat masalah transaksi/ kontrk2 yang dilaksanakan sebelum penubuhan sesebuah syarikat itu dari dua aspek iaitu kesan undang2 dari perspektif undang2 Inggeris dan peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965

2.1 Transaksi (kontarak-kontrak) Pra-Perbadanan Syarikat di bawah Undang-undang Inggeris (Common Law)

Menurut Common Law, sesebuah syarikat tidak akan bertanggungan terhadap kontrak-kontrak yang dimasuki oleh syarikat tersebut sebelum pembentukan/penubuhannya.

Ini disebabkan tiada principal yang akan bertanggungan terhadap semua perbuatan, tindakan ejennya kerana pada masa itu syarikat masih lagi belum wujud. Pihak yang memasuki kontrak bagi pihak syarikat juga tidak boleh mengakui dirinya sebagai ejen. Di samping itu di bawah Common Law, pengesahan juga tidak boleh dibuat terhadap kontrak yang dimasuki sebelum sesebuah syarikat ditubuhkan.


Di dalam kes Newborne lwn Sensolid (Great Britain) Ltd. 1954 1 QB Court Of Appeal telah menggariskan kaedah am yang terpakai berhubung dengan isu kontrak-kontrak yang dibuat sebelum pembentukan sesebuah syarikat

Newborne telah berkontrak untuk menjual 200 daging dalam tin kepada Sensolid (Great Britain) Ltd. Kotrak ini adalah bagi pihak Leopold Newborne (London) Ltd. sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Pasaran bagi daging dalam tin kemudiannya telah merosot dan ini menyebabkan Sensolid enggan untuk meneruskan pembelian daging dalam tin tersebut. Newborne telah mengambil tindakan undang2 di mahkamah.

Isunya ialah samada kontrak penjualan daging dalam tin oleh Newborne yang mewakili Leopold Newborne sebuah syarikat yang belum ditubuhkan merupakan satu kontark yang sah?

Mahkamah Rayuan England telah memutuskan bahawa kontrak2 yang dilaksanakan sebelum pembentukan sesebuah syarikat adalah merupakan kontrak yang tidak mengikat bagi Sensolid kerana Leopold Newborne masih lagi belum dibentuk semasa kontrak itu dibuat. Newborn sendiri tidak boleh mendakwa kerana syarikat itu hanyalah merupakan ejen sahaja kepada Leopold Newborne.

Di dalam kes Black lwn Smallwood (1996) 117 CLR 52, Black telah memasuki kontrak untuk menjual tanah kepada Western Suburbs Holdings Pty Ltd. dimana Smallwood dan Cooper adalah merupakan pengarah2nya. Walau bagaimanapun, syarikat tidak lagi ditubuhkan pada waktu kontrak dimasuki walaupun kesemua pihak mempercayai ia telah ditubuhkan. Smallwood Dan Cooper kemudiannya enggan meneruskan kontrak itu. Black mengambil tindakan ke atas mereka di atas alasan bahawa mereka adalah ejen bagi principal yang belum lagi wujud. Mahkamah Tinggi Australia memutuskan, sesebuah syarikat yang belum ditubuhkan adalah tidak layak untuk mempunyai ejen, jadi syarikat / penandatangan kepada kontrak adalah tidak bertanggungan.

2.2 Transaksi (kontrak-kontrak) Pra-Perbadanan Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965

Sek 35 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan ;

‘(1) apa2 kontrak / lain2 transaksi yang berupa dibuat oleh syarikat sebelum penubuhannya boleh disahkan oleh syarikat selepas penubuhannya dan dengan pengesahan itu, syarikat adalah terikat oleh dan berhak kepada faedahnya seolah2 ia telah wujud pada tarikh kontrak / lain2 transaksi dan merupakan suatu pihak kepada kontrak / transaksi2 lain itu’

‘(2) sebelum ratifikasi oleh syarikat itu,orang / orang2 yang berupa bertindak atas nama / bagi pihak syarikat hendaklah dalam ketiadaan perjanjian nyata yang berlawanan, terikat secara peribadi dengan kontrak atau lain2 transaksi itu dan berhak mendapat faedah2nya’

Menurut peruntukan di bawah Sek 35 (1) Akta Syarikat 1965, ia membenarkan ratifikasi (pengesahan) ke atas kontrak yang dibuat sebelum pembentukan sesebuah syarikat. Walaubagaimanapun, ratifikasi ini hanya  boleh dilaksanakan jika syarat2 di bawah ini dipenuhi : -

  1. kontrak tersebut mestilah dimasuki oleh syarikat tersebut / sesiapa sahaja yang mewakili syarikat tersebut (ejen) sebelum pembentukan syarikat itu.
  2. Syarikat tersebut mestilah meratifikasikan kontrak itu setelah pembentukannya.

Kesan undang2 bagi ratifikasi kontrak pra perbadanan syarikat akan menyebabkan syarikat tersebut bertanggungan terhadap kontrak itu.

Masalah yang mungkin timbul ialah apabila syarikat yang membuat ratifikasi adalah syarikat yang berbeza namanya daripada syarikat yang melaksanakan kontrak. Untuk menyelesaikan persoalan ini dua perkara perlu diambilkira iaitu dengan melihat samada syarikat yang meratifikasi kontrak itu adalah syarikat yg melaksanakan kontrak tersebut dan juga melihat identitit korporater dan objektif penubuhan syarikat.

Di dalam kes Cosmic Insurance Ltd. Lwn Khoo Chiang Poh (1981) 1 MLJ 61 (Privy Council Singapore) isu berhubung dengan ratifikasi telah diperbincangkan

Cosmic telah dibentuk oleh 12 orang penaja yang kemudiannya telah melantik Khoo sebagai Pengarah Urusan Syarikat. Surat perlantikan itu berbunyi : -

‘Khoo akan menjadi pengarah urusan syarikat seumur hidup kecuali beliau meletakkan jawatan, meninggal dunia atau disabitkan kesalahan di bawah Akta Syarikat atau beliau dilarang dari menjadi pengarah urusan mengikut Akta Syarikat setelah disabit kesalahn’

Setelah penubuhan syarikat tersebut, 1 resolusi telah diluluskan : -

Adalah dipersetujui bahawa Khoo dilantik menjadi pengarah urusan dan akan memegang jawatan seumur hidup mengikut Artikel dan Memorandum Persatuan dan beliau adalah bertanggungjawab terhadap Lembaga Pengarah.

Artikel Persatuan syarikat mengandungi peruntukan iaitu Khoo akan memegang jawatan Pengarah Urusan sehingga beliau luput dari memegang jumlah saham yang ditetapkan oleh syarikat. Kemudian telah berlaku pertelingkahan di antara Khoo dan Lembaga Pengarah dan syarikat kemudiannya teleh memecat Khoo.

Samada surat perlantikan daripada 12 orang penaja syarikat adalah merupakan kontrak pra pembentukan syarikat?

Sekiranya surat itu adalah kontrak pra pembentukan syarikat adakah syarikat telah meratifikasikannya setelah pembentukan syarikat tersebut?

Majilis Privy Singapore telah memutuskan bahawa surat perlantikan oleh 12 orang penaja itu adalah merupakan kontrak pra pembentukan syarikat dan syarikat tersebut telahpun meratifikasikannya selepas pembentukan apabila resolusi diluluskan oleh Lembaga Pengarah.