January 16, 2013

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 10

               
  clip_image002
 
    clip_image003
 
    clip_image004
 
     

 

10.0 Pengenalan

Bagaimana kita mengetahui kos bagi sesuatu kerja atau tempahan. Untuk membolehkan kita mengetahui kos, maka kos-kos tersebut hendaklah dikumpulkan terlebih dahulu. Dalam proses pengumpulan kos terdapat tatacara yang perlu diikuti.

10.1 Tatacara pengumpulan kos

Tatacara pengumpulan kos dapat dilihat mengikut urutan proses daripada penerimaan pesanan kerja daripada pelanggan sehingga disediakan kad kos kerja

10.1.1 Sewaktu menerima pesanan daripada pelanggan.

Jabatan kawalan pengeluaran akan memberikan nombor pesanan pengeluaran atau kerja bagi setiap pesanan yang diterima daripada pelanggan.

Seterusnya jabatan kawalan pengeluaran akan memberikan arahan kepada kilang melalui pesanan pengeluaran untuk melaksanakan kerja mengikut spesifikasi kerja. (Rujuk Rajah 10.1). Pesanan Pengeluaran. Walau bagaimanapun pesanan pengeluaran boleh dikeluarakan sama ada secara lisan ( bagi perniagaan kecil) atau secara bertulis yang terperinci.

PESANAN PENGELUARAN

Tarikh bermula: No. pesanan:

Tarikh dijanjikan: No. mesin:

Tarikh disiapkan: No. akaun:

Kuantiti yang diperlukan; No. Operasi:

No. Jabatan:

Bahan Diperlukan

Bahagian

Buruh

Kuantiti

Nama

Nombor

Jam

Butir Kerja

Anggaran

Keterangan

Diperiksa

RM

Bahan

Buruh

Overhed

Jumlah

Tandatangan

Tarikh

       

Rajah 10.1 Pesanan Pengeluaran

10.1.2 Sewaktu pengeluaran bermula

Apabila pengeluaran bermula kad kos kerja (Rujuk Rajah 10.2 Kad Kos Kerja) atau akaun kos akan disediakan oleh jabatan kos. Kad kos kerja adalah satu borang yang digunakan untuk merekodkan dan meringkaskan kos bahan, buruh, dan overhed kilang yang dilibatkan kepada sesuatu kerja. Setiap kad kos kerja akan dinomborkan.

KAD KOS KERJA

No. Kerja : Tarikh mula: Harga:

Keterangan: Tarikh siap: Invois:

Pelanggan : Tarikh serahan: Tarikh:

Tarikh

Ruj.

Jab.

Bahan

Buruh

Overhed

Pelbagai

Jumlah kos

Kenyataan

     

Ktt

RM

Jam

RM

RM

RM

RM

 
                     

Ringkasan: RM

Bahan xx

Buruh xx

Overhed xx

Pelbagai xx

----

Jumlah kos xxx

Harga Invois xxx

----- Tandatangan:

Untung xx Tarikh:

===

Rajah 10.2 Kad Kos Kerja

10.1.3 Setelah kerja selesai

Apabila kerja tersebut telah selesai, satu nota barang siap disediakan oleh jabatan pengeluaran. Nota ini akan dihantar kepada jabatan kos dan barang yang siap akan dihantar ke stor. Kad kos kerja akan ditutup dan kos tersebut akan dipindahkan ke akaun jualan. Seterusnya kerja yang siap akan diserapkan dengan kos overhed pengeluaran, pentadbiran, jualan dan agihan. Akhirnya untung atau rugi bagi kerja berkenaan akan dikira.

 
  clip_image008

clip_image010

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

10.1 Terangkan secara ringkas tatacara pengumpulan kos di bawah kaedah pengkosan tempahan kos.

clip_image011

clip_image013

clip_image015Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 10A

10.1

1. Sewaktu menerima pesanan daripada pelanggan

i. Jabatan pengeluaran akan memberikan nombor pesanan pengeluaran atau kerja.

ii. Jabatan pengeluaran memberi arahan untuk melaksanakan kerja sama ada secara lisan atau bertulis.

2. Semasa pengeluaran bermula

Kad kos kerja atau akaun kos disediakan.

3. Setelah kerja selesai

i. Nota barang siap disediakan oleh jabatan pengeluaran dan dihantar ke jabatan kos.

ii. Barang siap akan dihantar ke stor.

iii. Akaun kos kerja ditutup dan dipindahkan ke akaun kos jualan.

 
  clip_image016

clip_image017

10.2 Penetuan Harga Keluaran

Setelah kos dikumpul, maka harga keluaran yang dihasilkan hendaklah ditentukan. Ia boleh ditentukan sama ada menggunakan kad kos kerja atau penyediaan akaun kos.

10.2.1 Kad Kos Kerja

Berdasarkan kepada maklumat-maklumat berikut anda akan ditunjukkan bagaimana menentukan harga keluaran dengan menggunakan kad kos kerja.

Syarikat Maju Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang mengeluarkan mesin bagi kegunaan khusus bagi industri kecil dan sederhana. Syarikat ini telah diminta oleh Syarikat Roti Mawar Sdn. Bhd . untuk menyediakan sebut harga bagi mesin penggadun yang mempunyai fungsi khusus.

Berikut adalah anggaran kos :

Kos Bahan mentah RM 500

Upah Langsung : Masa penggunaan mesin 300 jam pada kadar RM 0.50

Pemasangan 200 jam pada kadar RM 0.20

Overhed diserapkan pada kadar RM0.20 setiap jam buruh langsung.

Overhed jualan dan agihan ialah 25 % daripada kos pengeluaran

Untung yang dikehendaki adalah 25% daripada jumlah kos.

KAD KOS KERJA

Nama Pelanggan : Sykt Roti Maju Tarikh Mula :

Butir-butir : Tarikh Siap :

No Pesanan : Tarikh Serahan :

Kos : Bahan Langsung 500

Upah Langsung :

Mesin 300 jam x RM 0.50 150

Pemasangan 200 jam x RM 0.25 50 200

------

500

Overhed pengeluaran : 500 jam x RM 0.20 100

-----

Kos Pengeluaran 800

Overhed Jualan dan agihan ( 25% x RM 800) 200

-----

Jumlah Kos 1000

Untung ( 25% x RM 1000) 250

------

Harga Jualan (Sebut Harga ) 1 250

====

10.2.2 Akaun Lejar Kos

Pengiraan harga keluaran juga boleh dilakukan dengan menggunakan akaun lejar kos.

Contoh: Syarikat Kejuruteraan Maya Sdn Bhd menggunakan kaedah pengkosan tempahan kerja. Data-data berikut adalah berhubung dengan satu kerja kejuruteraan.

Petikan daripada kad kos kerja

 

Baki Awal Kerja

Dalam Progres

RM

Belanja yang

Dicajkan dalam tempoh

RM

Baki Akhir Kerja Dalam Progres

RM

Bahan

Buruh

Overhed Pengeluaran

10 620

15 250

10 830

32 840

53 260

33 520

12 630

16 170

9 260

Maklumat yang dibekalkan daripada perakaunan kewangan bagi tempoh yang sama:

Belian Bahan

Overhed jualan & agihan

Overhed pengeluaran

Jualan

RM

39 150

12 780

30 620

146 330

Stok awal bahan mentah ialah RM 9 200.

Semua kerja yang telah disiapkan diinvoiskan dengan segera kepada pelanggan. Jabatan kos mencajkan overhed jualan dan agihan pada kadar 10% daripada kos kerja siap.

Berdasarkan maklumat di atas, sediakan lejar-lejar kos dan akaun untung rugi kos bagi tempoh berkenaan.

Lejar Kos

A/k Kawalan Lejar Kos

Jualan

Baki h/b

146 330

53 570

199 900

Baki b/b

Belian

Overhed jualan & agihan

Overhed pengeluaran

Upah

Untung

45 900

39150

12 780

30 620

53 260

18 190

199 900

A/k Kawalan Kerja Dalam Progres

Baki b/b

Bahan

Upah

Overhed Pengeluaran

36 700

32 840

53 260

33 520

156 320

Kos jualan

Baki h/b

118 260

38 060

156 320

A/k Kawalan Stor

Baki b/b

Kawalan Kewangan

9 200

39 150

48 350

Kerja Dalam Progres

Baki h/b

32 840

15 510

48 350

A/k Kawalan Upah

Kawalan Kewangan

53 260

53 260

Kerja Dalam Progres

53 260

53 260

A/k Kawalan Overhed Pengeluaran

Kawalan Kewangan

Pelarasan Overhed

30 620

clip_image0182 900

33 520

Kerja Dalam Progres

33 520

33 520

A/k Kawalan Overhed Jualan & Agihan

Kawalan Kewangan

12 780

12 780

Kos Jualan

Pelarasan Overhed

11 826

954

12 780

A/k Kos Jualan

Kerja Dalam Progres

Overhed Jualan & Agihan

118 260

11 826

130 086

A/k Untung Rugi

130 086

130 086

A/k Pelarasan Overhed

Overhed Jualan & Agihan

Untung Rugi

954

1 946

2 900

Overhed Pengeluaran

2 900

2 900

A/k Untung Rugi Kos

Kos Jualan

Untung

130 086

18 190

148 276

Jualan

Pelarasan Overhed

146 330

1 946

148 276

 
  clip_image019

clip_image020

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

10.2

Syarikat Kemboja Sdn Bhd menggunakan kaedah pengkosan tempahan kerja. Berikut adalah data-data kos yang dipetik daripada buku-buku kos bagi tahun berakhir 31 Disember 2000.

Bahan Langsung

Upah Langsung

Untung

Overhed jualan & agihan

Overhed pentadbiran

Overhed kilang

RM

90 000

75 000

60 900

52 500

42 000

45 000

Sediakan kad kos kerja yang menunjukkan kos prima, kos pengilangan, kos jualan dan harga jualan.

clip_image021

clip_image013[1]

clip_image015[1]Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 10B

Kad Kos Kerja

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2000

Bahan Langsung

Upah Langsung

Kos Prima

Overhed kilang

Kos Pengilangan

Overhed Pentadbiran

Overhed jualan & agihan

Kos Jualan

Untung

Harga Jualan

RM

90 000

75 000

165 000

45 000

210 000

42 000

52 500

304 500

60 900

365 400

 
  clip_image022

clip_image024

S

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 10-1

Syarikat Indah Bhd memulakan tiga kerja dalan bulan Januari 2000. Kerja-kerja tersebut bermula dalam bulan Januari 2000. Kos yang berkaitan dengan kerja tersebut dalam bulan Januari adalah seperti berikut :

Bahan diisukan daripada stor

Bahan dipulangkan ke stor

Belian bahan khas

Upah langsung

Kerja A1

RM 3 000

RM 30

RM 100

RM 600

Kerja A2

RM 7 000

RM 70

-

RM 2 000

Kerja A3

RM 5 000

-

RM 300

RM 400

Anggaran overhed untuk tahun 2000 ialah RM 50 000 dan jam buruh langsung ialah 25 000 jam. Overhed akan diserapkan menggunakan asas jam buruh langsung. Overhed yang terlibat bagi bulan Januari ialah RM 4 000.

Pekerja langsung dibayar upah sebanyak RM 1.00 sejam.

Hanya kerja nombor A1 sahaja yang dapat disiapkan dan dihantar kepada pelanggan pada bulan Januari. Harga jualan ialah RM 7 000.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, anda dikehendaki menyediakan :

i. Kad kos kerja yang dijadualkan untuk kerja A1, A2, dan A3.

ii. Akaun-akaun kawalan kerja dalam progress dan overhed pengeluaran

iii. Akaun untung rugi pengkosan.

 
  clip_image025

clip_image027

clip_image028

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 10-1

i.

Kad Kos Kerja

No Kerja

A1

A2

A3

Bahan

RM

3 000

100

(30)

3 070

7 000

(70)

6 930

5 000

300

5 300

Upah

RM

600

600

2 000

2 000

400

400

Overhed #

RM

1 200

1 200

4 000

4 000

800

800

Jumlah Kos

RM

4 870

12 930

6 500

Jualan

RM

7 000

Untung

RM

2 130

Nota #

Kadar penyerapan overhed adalah berasaskan jam buruh langsung.

RM 50 000

Ia itu ------------ = RM 2.00 sejam

25 000 jam

Bilangan jam :

Kerja A1 = RM 600 / RM 1.00 = 600 jam

Kerja A2 = RM 2 000 / RM 1.00 = 2 000 jam

Kerja A3 = RM 400 / RM 1.00 = 400 jam

Overhed diserapkan :

Kerja A1 = 600 x RM 2.00 = RM 1 200

Kerja A2 = 2 000 x RM 2.00 = RM 4 000

Kerja A3 = 400 x RM 2.00 = RM 800

ii. Akaun Kawalan

A/k Kawalan Kerja Dalam Progres

Bahan diisukan

Belian bahan khas

Upah

Overhed

Baki b/b

15 000

400

3 000

6 000

24 400

19 430

Bahan dipulangkan ke stor

Kos jualan (ke A/k U/R)

Baki h/b

100

4 870

19 430

24 400

A/k Kawalan Overhed Pengeluaran

Overhed dilibatkan

A/k Untung rugi

(penyerapan overhed berlebihan)

4 000

2 000

6 000

A/k Kawalan Kerja Dalam Progres

6 000

6 000

iii. Akaun Untung Rugi Pengkosan

A/k Untung Rugi

Kos jualan

Untung h/b

Untung Bersih

4 870

2 130

7 000

4 130

4 130

Jualan

Untung b/b

Penyerapan Overhed berlebihan

7 000

7 000

2 130

2 000

4 130

 
  clip_image029