January 10, 2013

BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR


BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR

 

Definisi

 

Audit dalam

*   Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri

 

Audit luar

*   Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.

 


Matlamat utama

 

Audit dalam

v  Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh dipercayai

v  Memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan Sistem Kawalan Dalaman mencukupi dan sentiasa dipatuhi

v  Memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa liability hanya ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja

v  Mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau fraud di peringkat awal dengan membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan rekod

v  Memudahkan dan mempercepatkan audit tahunan dan untuk memberi maklumat dan kerjasama kepada juruaudit luar

v  Memastikan bahawa dasar dan keputusan dilaksanakan dengan cara yang cekap dan cepat

 

Audit luar

·         Memberi pendapat samada penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat menggambarkan keadaan benar dan saksama

·         Memastikan rekod-rekod perakaunan disediakan mengikut prinsip-prinsip perakaunan seperti mana yang tertakluk dalam peruntukan undang-undang ( Akta Syarikat 1965)

 

Juruaudit Dalaman

-          Merupakan pihak yang diminta oleh pihak pengurusan untuk mengaudit system kawalan dalaman dan sistem perakaunan syarikat

-          Merupakan kakitangan dalam syarikat tersebut yang ditugaskan khusus untuk menjalankan pengauditan

-          Mereka memeriksa, menganalisia dan melaporkan secara kritikal sesuatu kawalan dalaman dan pengoperasian syarikat supaya semua sumber-sumber dalam syarikat digunakan dengan betul, ekonomik, cekap dan berkesan

 

 

 

 

Elemen-elemen Bagi Juruaudit Dalaman

a.    Bebas

b.    Penstafan – bilangan, kelulusan, pengalaman

c.    Latihan – terlatih sepenuhnya

d.    Perhubungan -  juruaudit dalaman sepatutnya membina hubungan kerja, pemahaman terhadap pengurusan, juruaudit luar, agensi-agensi luar

e.    Berhati-hati – dari segi teknik, keupayaan dan pertimbangan, perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang terkini, jujur dan berwibawa sama seperti juruaudit luar

 

Hubungan Di Antara Audit Dalam Dan Audit Luar

Ø  Audit dalaman mengawasi kawalan dalaman dan system perakaunan sesebuah organisasi. Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih tepat dan boleh dipercayai

Ø  Oleh itu, juruaudit luar mungkin meletakkan kesandaran kepada kerja juruaudit dalam untuk tujuan membentuk pendapatnya terhadap penyata kewangan

Ø  Walau bagaimanapun, juruaudit luar perlu mengkaji aspek-aspek berikut bagi memastikan kerja-kerja juruaudit dalaman itu boleh dipercayai atau sebaliknya :

 

i.              Kebolehan juruaudit dalaman

·         Berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperolehi melalui perbincangan dengan mereka

 

ii.            Kedudukan juruaudit dalaman

·         Dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab kendalian yang lain

 

 

 

iii.           Liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman

·         Berdasarkan kertas kerja audit yang dibuat -  juruaudit luar perlu memastikan tiada bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima perhatian yang mencukupi daripada juruaudit dalam

 

iv.           Perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah digunakan

·         Melalui penyemakan kertas kerja dan laporan yang disediakan yang merupakan bukti tentang perancangan kerja, kecukupan tatacara dan kawalan yang diamalkan

 

Bidang Kerjasama Audit Dalam Dan Audit Luar

 

1.    Juruaudit luar boleh bergantung kepada juruaudit dalaman di dalam menentukan ssistem semakan

2.    Program juruaudit dalaman membantu juruaudit luar

3.    Pengalaman luas juruaudit luar boleh digunakan untuk member nasihat kepada juruaudit dalaman

 

Persamaan Audit Dalam Dan Audit Luar

 

1.    Mewujudkan sistem semakan dalaman yang efektif

2.    Pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan operasi

3.    Kecukupan system perakaunan

4.    Penjagaan aset-aset

 

Perbezaan Juruaudit Dalaman Dan Juruaudit Luaran

 

 
Juruaudit Dalaman
Juruaudit Luaran
Skop kerja
Bidang liputan yang dijalankan ditetapkan oleh pihak pengurusan
Bidang liputan berdasarkan peruntukan undang-undang
Pendekatan
Memastikan Sistem Perakaunan mencukupi dan Sistem Kawalan Dalaman berkesan
Untuk memuaskan hatinya bahawa akaun yang dibentang adalah benar dan saksama
Tanggungjawab
Kepada pihak pengurusan
Terhadap pemegang saham dan pihak ketiga yang lain
Juruaudit
Kakitangan syarikat
Individu yang bebas dan berkelayakan
Kebebasan
Bebas memberi pendapat tetapi perlu bersedia dalam memenuhi kehendak pengurusan
Bebas dari segi pemikiran dan kelakuan
Tempoh
Pemerikasaan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun
Biasanya setelah selesai satu-satu tempoh perakauanan

 

 

Kesan Audit Dalam Terhadap Audit Luar

*                             Melahirkan keboleh percayaan juruaudit luar dari segi membuat keputusan

*                             Menjimatkan masa

*                             Membolehkan kerja audit luaran dijalankan dengan minimum

*                             Mudah mendapatkan maklumat