January 10, 2013

P4202_Pengauditan_BAB 1: PENGENALAN


BAB 1 : PENGENALAN

 

Definisi pengauditan

 

Shaari Isa

*     Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan benar dan saksama.

 

Arens & Loebbecke

*     Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur dengan kriteria yang ditetapkan.

 

Tujuan Pengauditan

 

Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat 1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.

 

 

Gambaran Benar dan Saksama

 

Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-perkara berikut :

i.              Aset

-          wujud dan dimiliki

-          tidak dicagar – jika dicagar, mesti dilaporkan dalam akaun

-          jumlah aset mengikut dasar perakauanan dan tekal

 

ii.            Liabiliti

-          diambilkira hanya sehingga tarikh kunci kira-kira sahaja

-          peruntukan yang cukup untuk liabiliti dan kerugian luar jangka

-          nota kepada akaun untuk liabiliti luar jangka

-          jumlah liabiliti selaras dengan dasar perakaunan dan tekal

 

iii.           Hasil / Belanja

-          untuk tahun yang berkenaan sahaja

-          ikut dasar perakaunan dan tekal

 

iv.           Pembentangan

-          lengkap dan betul

-          maklumat bagi item yang ada kesan material dibentangkan

-          keterangan tentang angka-angka dalan akaun

-          amaun baki akaun dan ringkasan maklumat seimbang

 

 

Gambaran benar dan saksama tidak wujud jika :

i.              angka-angka terlebih atau terkurang jumlah yang material

ii.            maklumat penting tidak didedahkan

iii.           angka yang dipaparkan mengelirukan

iv.           akaun tidak selaras dengan dasar perakaunan

v.            cara pembentangan akaun mengelirukan

 

Perakauanan VS Pengauditan

 

Perakaunan
Pengauditan
-          proses merekod, mengelas dan meringkas maklumat dalam bentuk kuantitatif untuk pembuatan keputusan
-          merujuk piawai/ criteria/ asas tertentu dalam penyediaan maklumat. Cth : Akta syarikat, GAAP, standard MASB
-          hasil akhir adalah penyata kewangan
-          menentukan perekodan yang betul bagi maklumat kewangan yang dipersembahkan
-          merujuk piawai tertentu dalam pengauditan tetapi mesti menguasai semua piawai dalam perakaunan
-          hasil akhir adalah laporan audit
 

 

 

 

 

 

 

Jenis-jenis Audit

 

 
Audit Penyata Kewangan
Audit Pematuhan
Audit Operasi
1.    Memeriksa
Kesahihan penyata kewangan
Tindakan entiti / individu
Seluruh/ sebahagian aktiviti organisasi
2.    Tujuan
Tentukan samada keseluruhan penyata kewangan dipersembahkan mengikut criteria yang spesifik
Tentukan samada prosedur, polisi, undang-undang, peraturan yang ditetapkan oleh pihak tertentu dipatuhi
Menilai kecekapan dan keberkesanan organisasi
3.    Kriteria
Prinsip-prinsip perakaunan (GAAP, Akta Syarikat)
Peraturan dan undang-undang (Akta Cukai, Rasuah)
Objektif-objektif tertentu organisasi
4.    Laporan
Gambaran benar dan saksama
Pematuhan kepada kriteria-kriteria
Cadangan-cadangan  pembaikan
5.    Contoh
Memeriksa secara terperinci butir-butir penyata kewangan Golden Hope Bhd
Memeriksa samada kadar upah pekerja di Kilang Papan Weng Hup mengikut Undang-undang Buruh
Menilai kecekapan dan tahap kepuasan pelanggan terhadap servis pengedaran surat dan bungkusan yang dikendalikan oleh Pos Malaysia

Audit Tradisional VS Audit Moden

 

 
Audit Tradisional
Audit Moden
Objektif
Kesan kesilapan dan penipuan
-          penyata kewangan benar dan saksama
-          kawalan dalaman, sistem perakaunan dan sistem operasi berkesan dan cekap
-          kesan kesilapan dan penipuan
Pendekatan
Audit terperinci
Teknik persampelan – audit terperinci adalah untuk kes-kes tertentu sahaja.

 

 

Audit persendirian vs audit berkanun

 

Audit Persendirian

Ø  Dibuat atas kehendak pemilik tunggal dan perkongsian sahaja

Ø  Bukan atas arahan undang-undang ( tidak wajib dibuat)

Ø  Tujuan : kebenaran dan kesaksamaan maklumat penyata kewangan

 

 

 

 

Audit Berkanun

Ø  Diwajibkan oleh undang-undang ke atas semua syarikat awam berhad dan sendirian berhad

Ø  Tujuan : memeriksa penjagaan harta syarikat, pengendalian operasi, elak penyelewengan oleh pihak pengurusan, rekod-rekod perakaunan diselenggaran dengan sempurna

 

Profesion Perakaunan

 

Ø  Tertakluk di bawah Akta Akauntant 1967

Ø  Telah menyebabkan tertubuhnya MIA

 

Institut Akauntant Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA)

 

ü  Institut yang bertanggungjawab untuk mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia

ü  Hanya ahli penuh MIA layak bergelar akauntant

ü  Fungsi MIA :

 

i.              Menentukan kelayakan untuk menjadi ahli

ii.            Menyediakan latihan, pendidikan dan peperiksaan samada oleh institute atau badan lain

iii.           Mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia

iv.           Meningkatkan dan memaparkan profesion perakaunan

 

 

 

ü  Keahlian MIA terbahaigi kepada 3 :

 

i.              Chartered Accountants

ii.            Associate Members

iii.           Licensed Accountants

 

Garispanduan Perakauanan

 

Lembaga Piawai Perakauanan Malaysia /  Malaysian Accounting Standard Board (MASB) bertanggungjawab mengisu piawai-piawai perakauanan – tertakluk di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997

 

Piawai Pengauditan

 

*   Jawatankuasa Perakaunan dan Pengauditana / The Accouting and Auditing Committee (AAC) MIA bertanggungjawab mengisu hal-hal berkaitan pengauditan

*   Disebut sebagai Piawai Audit yang Diluluskan / Malaysian Approved Standards on Auditing (MASA)

 

Garispanduan Audit Dalaman

 

*   Diisukan oleh jawatankuasa Audit Dalaman / Internal Audit Committee (IAC)

*   Menggalakan penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan dalam audit dalaman dilakukan secara meluas

Institute Akauntant-akauntant Awam Bertauliah Malaysia / Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

*      Ditubuhkan pada 26 Julai 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940 – 46

*      Ditukar kepada MACPA pada 6 Julai

*      Ditukar semula kepada MICPA pada 2001

*      Objektif :

 

i.              Memperluaskan penggunaan teori dan amalan perakaunan dalam pelbagai aspek perniagaan

ii.            Pengambilan, pendidikan, latihan, penilaian ke atas akauntant-akauntant bertauliah

iii.           Memastikan profesionalisme akauntant

iv.           Memastikan amalan professional akauantant berkualiti tinggi

 

Firma Akauntant Awam

*      Menjalankan audit penyata kewangan

*      Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965

*      Lebih 1000 firma wujud di Malaysia sekarang

*      3 kategori firma di Malaysia :

i.              Big Four International Firms

ii.            Medium sized firms

iii.           Small firms

Big Four – KPMG Peat Marwick, Price Waterhouse Coopers, Deloitte Touche Tonmatsu, Ernast & Young.

Aktiviti firma akauntant

i.              Perkhidmatan perakaunan dan simpankira

ii.            Perkhidmatan cukai

iii.           Perkhidmatan perundingan pengurusan