September 12, 2012

PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

UNIT 14 : PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA



OBJEKTIF


OBJEKTIF AM


Pelajar dapat mengetahui bagaimana aliran pendapatan negara berlaku di antara sektor-sektor ekonomi di dalam sesebuah negara

OBJEKTIF KHUSUS





Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

  • Menjelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor
  • Menentukan keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor
  • Menjelaskan aliran pusingan pendapatan negara ekonomi tiga sektor
  • Menentukan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor
  • Menjelaskan aliran pusingan pendapatan ekonomi terbuka
  • Menentukan keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka


INPUT



14.1  ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN EKONOMI DUA SEKTOR



Aliran pusingan pendapatan melibatkan dua jenis pasaran iaitu :

  • Pasaran faktor : dimana isi rumah menjual faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada buruh,modal, tanah dan pengusaha kepada firma. Firma pula akan membeli faktor-faktor pengeluaran daripada isirumah dan membayar dalam bentuk upah dan gaji, bunga dan keuntungan kepada pemilik faktor pengeluaran.

  • Pasaran barang : firma menjual barang dan perkhidmatan kepada isi rumah. Bayaran mendapatkan barang dan perkhidmatan ini dikenali dengan perbelanjaan penggunaan.


 Aliran pusingan pendapatan terdiri daripada dua bahagian iaitu:

  • Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor tanpa tabungan dan pelaburan
  • Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor dengan tabungan dan pelaburan.

 Ini boleh ditunjukkan dengan menggunakan Rajah 3.1 dan 3.2.


Rajah 3.1 : Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi Dua Sektor tanpa Tabungan dan Pelaburan


Buruh, modal, tanah dan pengusaha

         Upah dan gaji, bunga, sewa dan untung
(1)    (2)

SEKTOR
ISI RUMAH


SEKTOR FIRMA





  (4)
      (3)

Perbelanjaan Pengunaan

Barang – barang dan perkhidmatan



.


Di dalam ekonomi dua sektor hanya sektor  isi rumah dan firma sahaja yang terlibat.

Isi rumah adalah pemilik kepada factor pengeluaran (seperti buruh, modal, tanah dan pengusaha) menjual perkhidmatannya kepada firma bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan (Aliran 1).

Firma membeli faktor-faktor pengeluaran daripada isirumah dan membayar pendapatan factor dalam bentuk upah, bunga, sewa dan untung kepada pemilik factor pengeluaran dalam sektor isi rumah. (Aliran 2)

Firma menggunakan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dan akan menjualkan kepada isi rumah (Aliran 3)

Isi rumah menggunakan pendapatan dari faktor pengeluaran untuk berbelanja ke atas barang yang telah dihasilkan oleh firma (Aliran 4)








Rajah 3.2 : Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi Dua Sektor         
                      dengan Tabungan dan Pelaburan.


                                          Upah dan gaji, bunga , sewa dan untung



                      Pelaburan pengusaha


                             

INSTITUSI KEWANGAN
SeKtor isi rumah

SeKtor firma

         Perbelanjaan Pengguna


Aliran wang masuk ke dalam aliran pusingan pendapatan disebut sebagai SUNTIKAN. Di dalam ekonomi dua sektor komponen yang terlibat dalam SUNTIKAN adalah PELABURAN  
Aliran wang keluar dari aliran pusingan pendapatan disebut sebagai BOCORAN. Di dalam ekonomi dua sektor komponen BOCORAN adalah TABUNGAN.


Penentuan keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi dua sektor

Tingkat keseimbangan pendapatan negara boleh dicapai melalui dua pendekatan iaitu:

  • Pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat.
  • Pendekatan bocoran dan suntikan.

Dalam ekonomi dua sektor komponen utama dan PERMINTAAN AGREGAT (AD) adalah penggunaan © dan pelaburan (i).

                     AD = C + I
Komponen bagi PENAWARAN AGREGAT (AS) adalah pendapatan negara

                     AS = Y

Syarat keseimbangan Pendapatan negara adalah Permintaan Agregat sama dengan Penawaran iaitu:

                     Y  = C + I
Keseimbangan pendapatan negara juga boleh dicapai melalui pendekatan bocoran dan suntikan. Tabungan adalah komponen bocoran manakala pelaburan adalah komponen bagi suntikan. Persamaan bagi bocoran dan suntikan boleh dibentuk melalui persamaan (1) dan persamaan (4).

                    C + S = Y = C+I

                    C + S = C + I

                           S = I   

Kesimpulan pendapatan negara boleh ditentukan dengan menggunakan dua kaedah atau persamaan  iaitu:

Pendekatan permintaan Agregat dan Penawaran Agregat
 Y = C + I
Pendekatan bocoran dan suntikan
     S = I


Keseimbangan pendapatan negara berdasarkan kaedah jadual


Jadual 3.3 menunjukkan kaedah menentukan tingkat keseimbangan pendapatan negara berdasarkan jadual.{semua unit dalam RM juta}

         Jadual 3.3 Penentuan pendapatan negara berdasarkan jadual

Pendapatan
   Negara
  (Yd = Y)
Pengguna
     ( c )
 Pelaburan
      ( I )
  Tabungan
        ( s)
Permintaan
Agregat (AD)
         0
     1000
     2000
     3000
     4000
    5000
       500
      1000
      1500
      2000
      2500
     3000
      1000
      1000
      1000
      1000
      1000
      1000    
     -500
         0
       500
     1000
     1500
      2000
     1500
     2000
     2500
     3000
     3500
    4000


Pada tingkat pendapatan negara RM1000 juta, berlaku lebihan permintaan kerana penawaran agregat melebihi permintaan agregat atau Y < C + I . Dalam keadaan ini pendapatan negara sebenar adalah kurang daripada perbelanjaan agregat yang dirancang. Kesannya sektor firma akan menambahan pengeluaran dengan mempergiatkan ekonomi supaya keseimbangan pendapatan negara dapat dicapai pada RM 3000 juta.

Pada tingkat pendapatan negara RM4000 juta; berlaku lebihan penawaran kerana penawaran agregat melebihi permintaan agregat atau Y = C + I . Para pengusaha firma akan mengurangkan pengeluaran dan ini akan megurangkan pendapatan negara sehingga mencapai kepada tingkat keseimbangan RM 3000 juta.

Pada pendapatan negara sama dengan RM 3000 juta keseimbangan pendapatan negara tercapai kerana permintaan agregat adalah sama dengan penawaran agregat atau  Y = C + I. Pada tingkat ini juga bocoran adalah sama dengan suntikan iaitu tabungan sama dengan pelaburan sebanyak RM1000juta.


Keseimbangan pendapatan negara berdasarkan kaedah matematik


Berikut adalah fungsi persamaan yang digunakan melalui kaedah permintaan agregat dan penawaran agregat.

                                  C = a + bYd
                                  I  = Ia

                                 Yd = Y  


Dari persamaan :
                                 
                                 Y = C + I
                                 Y = a + bYd + Ia

                                 Y = a + bY + Ia

                                 Y = a + Ia

                      (1 – b) Y= a + Ia
(1 – b)

contoh :
Diberi C = 500+0.5Yd
          I  =  1000
Hitung nilai pendapatan negara

          Y = 500+0.5Yd+1000
          Y = 500+0.5Yd+1000
( 1-0.5)Y= 1500


       Y = 1500
                0.5
       Y = 3000

Berikut adalah fungsi persamaan yang digunakan dalam menentukan pendapatan negara menggunakan pendekatan bocoran dan suntikan:

                              S = -a + (1 – b ) Yd
                              I = Ia

                            Yd= Y

                 

                  Bocoran = Suntikan

                              S = I
     -a + (1 – b ) Yd   = Ia
            ( 1 – b ) Yd  =  a + Ia
            ( 1 – b ) Y    = a + Ia
                         Y    =  (a + Ia)  
                                    (1 – b)
contoh :
Diberi S = -500 + 0.5Yd
          I = 1000

                           S = I
          -500+0.5Yd = 1000
                    0.5Yd = 500 + 1000
                          Y  = 1500  
                                    0.5
                               = RM3000juta

Rajah3.7 ( a) menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dengan menggunakan pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat.

  Permintaan agregat
   (C + I )
  8000
    Y = AD
  7000
      Y C + I
                          6000                                                          ●
  C = 500 + 0.5Y
  5000        ● Z
E
  4000  ●

              3000    W

  2000                ● X

                          1000

0          2000               4000           6000        Pendapatan negara
(RM juta)


 

  • Keluk Y = AD adalah garis 45  . Mana-mana titik di atas keluk ini mengambarkan pendapatan negara sama dengan permintaan agregat.
  • Keseimbanngan akan tercapai apabila keluk C + I bersilang dengan keluk Y = AD iaitu pada pendapatan negara = RM3000 juta.
  • Pada tingkat pendapatan negara kurang  daripada RM3000 juta : lebihan permintaan berlaku disebabkan Y < AD . Para pengusaha akan menambahkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan negara meningkat sehingga mencapai pada pendapatan negara RM3000 juta.
  • Pada tingkat pendapatan negara melebihi daripada RM3000 juta; lebihan penawaran berlaku disebabkan Y > AD. Para pengusaha akan mengurangkan pengeluaran dan mengakibatkan pendapatan negara berkurangan sehingga mencapai pada pendapatan negara RM3000 juta
  • Jarak antara keluk C dan keluk ( C + I ) adalah nilai pelaburan iaitu RM1000juta.


Rajah  3.7 (b) menunjukkan keseimbangan pendapatan negara secara bocoran dan suntikan.

     Tabungan
   dan pelaburan                                                                    S = -500 + 0.5 Y




                   2000
                                                           E                                                   I
                   1000

                         0
                                       1000              4000                                  Pendapatan negara
                   -1000 (RM juta)




  • Keseimbangan akan tercapai apabila bocoran = suntikan iaitu tabungan = pelaburan pada pendapatan negara RM3000 juta.
  • Pada tingkat pendapatan negara kurang daripada RM3000 juta, pelaburan yang dirancang melebihi tabungan yang dirancang iaitu I > S. Kesannya pendapatan negara akan meningkat sehingga mencapai kepada RM3000 juta.
  • Pada tingkat pendapatan negara lebih daripada RM3000 juta ; tabungan yang dirancang iaitu S > I . Kesannya pendapatan negara akan berkurangan sehingga mencapai kepada RM3000 juta.


PERHATIAN
ANDA HAMPIR BOLEH BERPINDAH KE INPUT SETERUSNYA JIKA ANDA DAPAT MENJAWAB KESEMUA SOALAN DALAM AKTIVITI 14A
  
AKTIVITI 14A




14.1 Definisikan keseimbangan pendapatan negara

  1. Definisikan penggunaan autonomi dan penggunaan terangsang

  1. Nyatakan faktor-faktor utama yang menentukan tingkat pelaburan sesebuah ekonomi



MAKLUMBAKAS AKTIVITI 14A

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti  14A




  1. Keseimbangan pendapatan negara ialah suatu keadaan di mana permintaan dilakukan dalam sebuah ekonomi sama dengan penawaran agragat.  Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara , tidak ada kecenderungan bagi pengeluar dalam negara menambah atau mengepurangkan pengeluaran barang-barang dan perkhidamatan dan pendapatan negara tidak akan berubah

14.2 Penggunaan autonomi adalah bahagian penggunaan yanu tidak bergantung kepada tingkat pendapatan bplehguna yang diterima oleh pengguna tetapi dibiayai dari sumber-sumber lain seperti dari saudara mara atau institusi kewangan , simpanan dari masa lalu  dan harta kekayaan yang ditinggalkan oleh ibubapanya


  1. Faktor-faktor utama yang menentukan tingkat pelaburan dalam sesebuah
negara

  • Kadar bunga
  • Perkembangan teknologi
  • Jangkaan terhadap masa hadapan
  • Pendapatan negara






PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DALAM EKONOMI TIGA SEKTOR

Dalam aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor

  • Pelaburan dan perbelanjaan Kerajaan merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.
  • Tabungan dan cukai merupakan bocoran dari aliran pusingan pendapatan.



                                           Upah dan gaji, bunga, sewa dan untung
  

                     Pelaburan pengusaha


SEKTOR
FIRMA
SEKTOR ISI RUMAH

INSTITUSI KEWANGAN
                             Tabungan                                                  tabungan
                             Firma                                                         isi rumah




SEKTOR KERAJAAN
                 (3)                         (1)                                            (1)                             cukai                                                                        cukai        (2)
 
                bayaran atas
             barang dan perkhidmatan                                             bayaran atas faktor
                                                                                                   faktor pengeluaran
                                       
                                                    perbelanjaan penggunaan


Rajah 3.10 : Aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor


Dalam rajah 3.10 Aliran (2) menunjukkan perbelanjaan kerajaan ke atas faktor-faktor pengeluaran yang ditawarkan  oleh isi rumah kepada kerajaan. Kerajaan juga bertindak dengan membeli barang dan perkhidmatan daripada sektor firma.

Aliran (3) adalah aliran perbelanjaan kerajaan atas barang-barang yang perkhidmatan yang dihasilkan oleh sektor-sektor ekonomi . Perbelanjaan kerajaan terdiri daripada perbelanjaan semasa ke atas barang dan perkhidmatan , pelaburan awam dan bayaran pindahan seperti pencen seperti pencen dan bantuan kebajikan.

Aliran (1) menunjukkan perkhidmatan cukai yang dipungut oleh kerajaan dari isi rumah dan firma (seperti cukai pendapatan individu dan korporat).

Cukai-cukai yang dikutip ini akan dibelanjakan semula ke dalam sektor firma dan isi rumah.




PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TIGA SEKTOR

Tingkat keseimbangan boleh dicapai melalui dua pendekatan iaitu:

  • Pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat
  • Pendekatan bocoran dan suntikan.

Bagi ekonomi tiga sektor, syarat keseimbangan melalui pendekatan permintaan agregat dan penawaran  agregat  ialah ;

      AS = AD

        Y = C + I + G

Manakala syarat keseimbangan melalui pendekatan bocoran dan suntikan ialah ;

   Bocoran = Suntikan

   S + T = I + G

 
PENENTUAN KESEIMBANGAN EKONOMI TIGA SEKTOR MELALUI KAEDAH JADUAL

  
Keseimbangan pendapatan negara boleh ditentukan dengan menggunakan jadual seperti contoh di bawah ;

Jadual ; Penentuan keseimbangan ekonomi tiga sektor secara jadual
     Y
       T
      S
       C
       I
       G
      AD
      0  
    1000
     2000
     3000
     4000
     5000
     6000
     7000
     8000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
-1250
-1000
-750
-500
-250
0
250
500
750
250
1000
1750
2500
3250
4000
4750
5500
6250
500
500
500
500
500
500
500
500
500
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1750
2500
3250
4000
4750
5500
6250
7000
7750


Pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat ;

 Keseimbangan dicapai pada tingkat pendapatan negara RM 7000 juta, di  mana permintaan egregat adalah sama dengan penawaran agregat. ( Y = AD = RM  7000 juta )




Pendekatan  bocoran dan suntikan;

 Pada tingkat pendapatan negara  RM 7000 juta, bocoran iaitu tabungan dan cukai sama dengan RM 1500 juta. Manakala suntikan iaitu pelaburan dan perbelanjaan kerajaan juga RM 1500 juta ( S + T = I +G  = RM 1500 juta )




PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA BAGI EKONOMI  TIGA  SEKTOR MELALUI KAEDAH MATEMATIK


Keseimbangan pendapatan negara boleh dicapai melalui kaedah matematik sekiranya persamaan diberi seperti di bawah ;

       C = a + b Yd
        I = Ia
       G = Ga
       T = Ta + tY

Pendapatan negara boleh ditunjukkan dengan menggunakan pendekatan permintaan agregat dan penawaran agregat seperti di bawah;

     AS = AD
       Y = C + I + G
       Y = a  + bYd + Ia + Ga
      Y = a + b ( Y – T ) + Ia + Ga
      Y = a + bY – bT + Ia + Ga
    (1 – b + bt ) Y = a – bTa + Ia + Ga
    
Y =                   1            [ a –bTa + Ia + Ga )
               ( 1 – b + bt )    


       Contoh;
Sekiranya diberi fungsi persamaan seperti di bawah;

  C = 1000 + 0.75Yd
  I  = 500
  G = 1000
  T = 1000            
  
  Y = 1000 + 0.75 (Y-T) +500 + 1000
  Y = 1000 + 0.75 (Y-1000) + 1500
  Y = 1000 + 0.75Y – 750 + 1500
0.25Y= 1750
  Y = 1750
         0.25
  Y = RM7000 juta

Atau pendekatan bocoran dan suntikan

                                  S + T = I + G
-1000 + 0.25Y –250 +1000 = 500 + 1000
                                 0.25Y = 1750   
                                        Y = 1750
0.25
Y = RM 7000 juta

PENENTUAN KESEIMBANGAN EKONOMI TIGA SEKTOR MELALUI KAEDAH RAJAH

Permintaan agregat
 (RM juta)                                                                                  Y = AD
C + I + G
             
            7000  C + I + G

 6000
                                                                     E
             5000

             4000 C = 500 + 0.4Y

             3000

             2000

             1000

                   0

  1. Pendapatan negara
                                              (RM juta)



Rajah di atas menunjukkan keseimbangan ekonomi tiga sektor berdasarkan pendekatan permintaan agregat sama dengan penawaran agregat. Fungsi C=500 + 0.4Y menggambarkan penggunaan dan fungsi C + I + G menggambarkan permintaan agregat ekonomi tiga sektor.  Keseimbangan ekonomi di capai pada titik E dan keseimbangan pendapatan negara adalah RM5000 juta




     Tabungan
   dan pelaburan                                                                         S+ T
S + T dan I + G
     (RM juta)



                   2500
                                                                     E                                           I + G
                   2000

                    1000
                                       

                                       5000                              
                                                                                            Pendapatan negara
                   -1000 (RM juta)





Rajah di atas menunjukkan keseimbangan ekonomi tiga sektor berdasarkan pendekatan bocora sama dengan suntikan.  Keluk S + T adalah fungsi tabungan campur cukai sedangkan keluk I + G adalah fungsi pelaburan campur perbelanjaan kerajaan.  Tingkat keseimbangan ekonomi dicapai pada titik E di mana fungsi S + T bersilang dengan fungsi I + G pada tingkat pendapatan negara RM5000juta  


AKTIVITI14B


Setelah mengikuti input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut,   ingat jangan cuba menipu diri.  Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda meneruskan input selanjutnya.



1.Dalam suatu ekonomi tertutup sebuah negara, penggunaan (C) =100+0.75Y, pelaburan (I)=RM400 juta, dan perbelanjaan kerajaan (G)=RM250 jura.  Berapakah keseimbangan pendapatan negara tersebut ?

A.RM300 juta
B.RM750 juta
C.RM1000 juta
D.RM 3000 juta
ERM7500 juta

2.Andaikan bahawa jumlah penggunaan autonomi ialah RM400 juta, pelaburan ialah RM150 juta, perbelanjaan kerajaaan ialah RM 250 juta, dan hasil cukai ialah RM200 juta.  Jika keseimbangan  pendapatan negara ialahRM 1700 juta, maka kecenderungan mengguna margunal ialah

  1. 0.5
  2. 0.6
  3. 0.7
  4. 0.8
  5. 0.9


3.Andaikan kerajaan menambah kan perbelanjaan sebanyak RM20 juta.  Apakah kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara jika pertambahan penggunaan ialah 80 % daripada pertambahan selepas cukai ?

  1. Menurun RM80 juta
  2. Meningkat RM80juta
  3. Menurun RM100 juta
  4. Meningkat RM 100 juta
  5. Tidak berubah


Soalan Esei

  1. Dalam suatu ekonomi tiga sektor, fungsi-fungsi penggunaan isirumah, pelaburan swasta, perbelanjaan kerajaan dan cukai adalah seperti berikut :

C = RM200 + 0.75 Yd
I  = RM 100
G = RM 200

Di mana C = penggunaan , I = pelaburan , G = perbelanjaan kerajaan dan Yd = pendapatan bolehguna

Berasaskan maklumat di atas, jawab soalan-soalan berikut :

  1. Hitung paras keseimbangan pendapatan negara
  2. Seandaikan kerajaan mengenakan cukai pendapatan sebanyak 0.2 Y, apakah kesan ke atas fungsi penggunaan dan keseimbangan pendapatan negara.




MAKLUMBAKAS AKTIVITI 14B

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti  14B




Jawapan Soalan Objektif :
  1. D
  2. B
  3. D

Jawapan Soalan Esei


  1. a.Keseimbangan pendapatan negaraialah RM2000

Y=C+I+G
Y=RM200+0.75(Y-0) + RM100 + RM200
Y=RM500+0.75Y
0.25Y=RM500
Y=RM500\0.25
Y=RM2000
Tx=cukai pendapatan




  1. Apabila kerajaan mengenakan cukai pendapatan 0.2 Y, ia akan memberi kesan ke atas pendapatan bolehguna yang seterusnya mempengaruhi fungsi penggunaan.

C=RM200+0.75 Yd di mana Yd=Y-Tx

Maka fungsi penggunaan baru (Cb) ialah :

Cb=RM200+0.75 (Y-0.2Y)
Cb=RM200+0.75(0.8Y)
Cb=RM200+0.6Y

Maka dengan pengenaan cukai pendapatan, keseimbangan pendapatan negara baru ialah RM1250



Y=Cb+I+G
Y=RM200+0.6Y+RM100+RM200
Y=RM500+0.6Y
0.4Y=RM500
Y=RM500\0.4
Y=RM1250



14.5 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN 4
    SEKTOR (EKONOMI TERBUKA)

UPAH, GAJI, BUNGA, SEWA. UNTUNG(1)

INSTITUSI
KEWANGAN

    PELABURAN(5)
 PENGUSAHA
TABUNGAN ISI RUMAH(3)

  TABUNGAN
FIRMA(4)




SEKTOR LUAR
NEGERI
SEKTOR ISI RUMAH
 IMPORT(9)SEKTOR FIRMA
 IMPORT(9)
  EKSPORT
                      (10)
IMPORT(9)

CUKAI(8)    CUKAI(8)

 BYRN ATAS BYRN
 BARANG DAN ATAS FAKTOR
 PERKHIDMATAN(6) FAKTOR
SEKTOR
KERAJAAN
PENGELUARAN                                                                      (7)



PERBELANJAAN PENGGUNAAN (2)


Ekonomi terbuka (empat sektor) merujuk kepada ekonomi yang wujudnya perdagangan antarabangsa. Ia terdiri daipada sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan dan sektor luar negeri.

Aliran 1
Faktor-fakor pengeluaran yang di gunakan oleh sektor firma untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Sebagai ganjaran sektor firma akan membayar pendapatan faktor-faktor pengeluaran ( upah dan gaji, bunga , sewa , untung) kepada isi rumah.

Aliran 2
Sektor isi rumah akan menggunakan pendapatan faktor- faktor pengeluaran tersebut untuk membeli barang dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh sektor firma.


Aliran 3
Hanya sebahagian sahaja pendapatan dari faktor pengeluaran isi rumah akan di belanjakan. Pendapatan yang tidak di belanjakan akan di tabungkan di institusi kewangan seperti bank perdagangan dan syarikat kewangan


Aliran 4
Firma yang memperolehi keuntungan akan mengagihkan sebahagian keuntungan kepada pemegang saham ( di kenali sebagai dividen ). Bahagian keuntungan yang tidak di agihkan kepada pemegang saham akan di tabungkan di institusi kewangan.


Aliran 5
Tabungan yang ada di institusi kewangan akan di laburkan kepada para pengusaha dalam bentuk pinjaman dan akan membuat pelaburan ke atas penambahan modal atau mesin atau membina kilang baru.


Aliran 6
Adalah aliran perbelanjaan kerajaan atas barang- barang dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh sektor firma.

Aliran 7
Adalah aliran perbelanjaan kerajaan atas faktor- faktor pengeluaran yang di tawarkan oleh sektor isi rumah. Sektor kerajaan yang menggunakan tenaga buruh dan faktor- faktor lain akan membayar pendapatan kepada sektor isi rumah dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga dan untung.





Aliran 8

Adalah aliran  pembayaran cukai oleh sektor isi rumah dan sektor firma kepada kerajaan. Cukai- cukai yang di pungut ini merupakan pendapatan kerajaan dan akan di gunakan untuk membuat perbelanjaan kerajaan.


Aliran 9
Merupakan aliran wang keluar dari aliran pusingan pendapatan iaitu isi rumah, firma dan kerajaan membeli barang dan perkhidmatan dari luar negeri.


Aliran 10
Merupakan aliran wang masuk ke dalam aliran pusingan pendapatan iaitu sektor firma menjual barang dan perkhidmatan ke luar negeri.


Aliran pusingan pendapatan dalam sebuah ekonomi terbuka termasuklah
I ) Pelaburan (I) , perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport (X) yang merupakan suntikan yang meninggikan tingkat keseimbangan pendapatan negara
ii) Tabungan (S) , cukai (T) dan import (M) yang merupakan bocoran yang merendahkan tingkat keseimbangan pendapatan negara.




  1. KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TERBUKA.

Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka dapat di tentukan dengan dua pendekatan iaitu ;

  1. Pendekatan penawaran agregat dan permintaan agregat
  2. Pendekatan suntikan dan bocoran


Dalam ekonomi terbuka, penawaran agregat (AS) terdiri daripada keluaran negara pendapatan dan  import
AS = Y-M

Permintaan agregat  AD pula terdiri daripada penggunaan isi rumah (C) , pelabuaran firma (I) perbelanjaan kerajaan (G) dan perbelanjaan negara asing ke atas eksport negara itu (X) iaitu ;

AD = C+I+G+X

Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka akan tercapai apabila AS=AD iaitu ;

Y+M=C+I+G+X
Y=C+I+G+X-M

Keseimbangan pendapatan nerara dalam ekonomi terbuka tercapai apabila suntikan = bocoran iaitu ;

I+G+X=S+T+M

KESEIMBANGAN SECARA JADUAL

Andaian :

C= 50+0.4Y
I= RM 100 JUTA
G=RM100 JUTA
X=RM 100 JUTA
M=0.1Y
S= -50+0.4Y

Y
T
C
I
S
G
M
X
AD
0
0
50
100
-50
100
0
100
350
100
20
90
100
-10
100
10
100
380
200
40
130
100
30
100
20
100
410
300
60
170
100
70
100
30
100
440
400
80
210
100
110
100
40
100
470
500
100
250
100
150
100
50
100
500
600
120
290
100
190
100
60
100
530
700
140
330
100
230
100
70
100
560
Y E =500
Y= AD







Huraian:

Keseimbangan Y = AD bersilang dengan C+I+G+X-M
RM 300, AS lebih kecil daripada AD firma meningkatkan output agar Y=500
RM 700 AS lebih besar daripada AD firma pun akan menurunkan  output agar Y=500.


PENDEKATAN BOCORAN SAMA DENGAN SUNTIKAN


AD



S+T+M
BOCORAN


I+G+X E SUNTIKAN PENDAPATAN
Titik E diperolehi apabila keluk S+T+M (Bocoran) bersilang dengan keluk I+G+X (Suntikan).




KESEIMBANGAN SECARA PERSAMAAN

Andaian:

C = 50 + 0.4Y
I = RM 100 JUTA
G = RM 100 JUTA
X = RM 100 JUTA
M = 0.1Y
S = -50 + 0.4Y



PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Y = C+I+G+X-M
  = 50 + 0.4Y + 100 +100 – 0.1Y
  =  350 + 0.3Y
Y – 0.3Y = 350
0.7Y = 350
  Y = 350 / 0.7
  Y  = 500 JUTA


SUNTIKAN = BOCORAN

I+G+X = S+T+M
100 + 100 + 100 = -50 + 0.4Y + 0.2Y + 0.1Y

  1. = 0.7Y
Y              = 500 JUTA



PENILAIAN KENDIRI



  • ANDA HAMPIR MENUJU KE ARAH KEJAYAAN.  UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT ANDA TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.

  • SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH

  • RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA


BAHAGIAN 1 : SOALAN ANEKA PILIHAN


14.1 Dalam suatu ekonomi dua sektor, fungsi penggunaan ialah C = 100 + bY.  Jika MPC ialah 3 kali MPS, maka fungsi tabungan ialah

  1. 100 + 0.33Y
  2. –100 +  
  3. 100 + 0.25Y
  4. –100 + 0.25Y
  5. –100 + 0.75Y


14.2Jika MPC adalah 0.9, perbelanjaan kerajaan sebanyak RM40 juta akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak

    A.RM36 juta
    B RM40 juta
    C RM44 juta
    D RM 360 juta
    E RM400 juta


14.3Dalam suatu ekonomi dua sektor,

C = 35 + 0.7Y
I = 40

Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara

  1. 40
  2. 75
  3. 200
  4. 210
  5. 250



14.4 Dalam suatu ekonomi, Fungsi penggunaan  C = 0.75Yd dengan Yd sebagai pendapatan boleh guna.  Antara-antara yang berikut, yang manakah benar ?

A.MPC  =  APC
B.MPC = MPS
C.MPC = APS
D.MPS = APC
E. MPC + APC = 1                    





BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI




14.1 Dalam sesebuah ekonomi, apakah jenis-jenis kebocoran daripada pusingan aliran pendapatan ? Apakah faktor-faktor yang menentukan saiz kebocoran-kebocoran tersebut ?

14.2 terangkan maksud pengganda. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi saiz pengganda dalam sebuah ekonomi terbuka ?





MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


BAHAGIAN I : SOALAN ANEKA PILIHAN
 


Jawapan :
1.D
2.C
3.E
4.A

BAHAGIAN II : SOALAN ESEI


1.Dalam sebuah ekonomi, kebocoran-kebocoran dari aliran pusingan pendapatan terdiri daripada tabungan, cukai dan import.  

Faktor-faktor yang menentukan saiz kebocoran-kebocoran ini :

  1. Tabungan
    • Tingkat pendapatan bolehguna
    • Kadar
    • Keinginan rumahtangga untuk  menabung

  1. Cukai
    • Dasar belanjawan kerajaan
    • Tingkat pendapatan rumahtangga

  1. Import
    • Kadar pertukaran
    • Harga relatif barang dalam negeri dan luar negeri
    • Pendapatan negara



2. Pengganda adalah nisbah antara perubahan pendapatan negara dengan perubahan  dalam satu-satu komponan dalam permintaan agregat. Ia menunjukkan berapa kali pertambahan dalam pendapatan negara akibat pertambahan dalam satu-satu komponan dalam permintaan agreggat

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengganda

  1. Kecenderungan mengguna marginal
  2. Kencederungan mencukai marginal
  3. Kencederungan mengimpot marginal