September 24, 2011


UNIT 5

PENGURUSAN PEMASARAN GLOBAL




OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami tentang pengurusan pemasaran global


OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

 Membandingkan di antara pengurusan global dan pemasaran antarabangsa

    Membincangkan kebaikan orientasi global

    Menjelaskan tentang perancangan strategik.

 Menerangkan strategi kemasukan ke pasaran asing

    Membincangkan tentang pengorganisasian secara pemusatan dan pemencaran








INPUT


  1.     PENGENALAN

Pemasaran global bermaksud melihat pasaran-pasaran dunia sebagai sesuatu dengan mengambilkira atau membuat andaian bahawa setiap aspek di dalam negara-negara yang terlibat adalah sama.  Halangan-halangan perdagangan dihapuskan, dan tiada produk yang didiskriminasikan.  Semua produk boleh bergerak dalam satu aliran yang sama.
    1.      PERBANDINGAN ANTARA PENGURUSAN GLOBAL DAN PEMASARAN ANTARABANGSA

Di dalam aspek pengurusan, pemasaran boleh memilih dua bentuk pengurusan iaitu  :
  1. Pengurusan pasaran global
  2. Pengurusan pemasaran antarabangsa

Perbezaan utama di antara pengurusan pasaran global dan pengurusan pemasaran antarabangsa ialah dari segi orientasi ( Rujuk rajah 5-1 ).  Pengurusan pasaran global melihat dunia sebagai pasaran yang satu dan berdasarkan kepada kesamaan.  Pengurusan pemasaran antarabangsa pula adalah apabila syarikat membezakan keperluan negara-negara dagangan dengan mengambilkira keperluan-keperluan pasaran.





Syarikat Multinasional
Syarikat Global
Kitaran Hayat Produk
Produk berada dalam kitaran hayat yang berbeza di setiap negara yang berbeza
Kitaran hayat produk global.  Semua pengguna mahukan produk yang terkini
Rekabentuk
Produk diubahsuai mengikut keadaan pasaran domestik
Rekabentuk adalah disesuaikan dengan semua keadaan pasaran antarabangsa
Penyesuaian
Penyesuaian produk bergantung kepada ciri-ciri suatu pasaran  sesebuah negara
Produk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak global
Segmentasi pasaran
Segmen adalah berbeza bagi setiap negara.  Produk akan disesuaikan mengikut segmen yang ada.
Segmen adalah sama bagi setiap negara
Persaingan
Melibatkan persaingan domestik/nasional
Berkeupayaan untuk bersaing di dalam pasaran nasional
Pengeluaran
Piawaian yang rendah diperlukan bagi menghasilkan produk yang boleh memenuhi keperluan negara
Piawaian adalah tinggi.  Penyesuaian dibuat bagi memenuhi keperluan dan kehendak global  
Pengguna
Keutamaan membayangkan perbezaan nasional
Pemusatan global adalah kepada keperluan dan kehendak pengguna
Produk
Produk adalah berbeza dari segi rekabentuk, ciri-ciri, fungsi, stail dan imej
Menekankan kepada perbezaan nilai
Harga
Pengguna sanggup untuk membayar lebih bagi produk yang ditempah
Pengguna lebih berminat kepada produk yang sama jika harganya rendah
Promosi
Membawa imej nasional, dan sensitif kepada keperluan nasional
Imej produk global, sensitif kepada perbezaan nasional dan keperluan global
Agihan
Saluran agihan nasional
Agihan global

Rajah 5-1  Perbandingan di antara Syarikat Global dan Syarikat Multinasional


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan





AKTIVITI 5A                   


Nyatakan di ruangan yang disediakan sama ada syarikat di bawah adalah syarikat global atau syarikat  multinasional bagi kenyataan-kenyataan di bawah :
  1. Produk berada di dalam tahap yang berlainan di dalam kitaran hayat keluaran di setiap negara  (  _____________)
  2. Sensitif kepada perbezaan nasional dan keperluan global.

(_______________________)
  1. Saluran agihan yang seragam di setiap negara. (_________)
  2. Saluran agihan nasional.  (_________________)
  3. Pengguna sanggup membayar lebih untuk memperolehi produk-produk yang biasa digunakan. (________________)





























INPUT
   


5.2       KEBAIKAN ORIENTASI GLOBAL
  1.     Ekonomi bidangan di dalam pengeluaran dan pemasaran
    •      Pasaran global adalah luas dan memerlukan pengeluaran yang tinggi.  Ini seterusnya dapat meningkatkan kecekapan.  Pengeluaran yang tinggi menjadikan harga barangan menjadi rendah.  Masalah yang timbul apabila memasuki pasaran yang luas adalah tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran.
    •      Contoh  :  Syarikat Colgate-Palmolive memperkenalkan ubat gigi Colgate kawalan tartar kepada 40 buah negara di mana mereka boleh memilih satu daripada dua iklan yang dibuat.  Syarikat menganggarkan jika iklan yang sama digunakan di semua negara, syarikat boleh jimat sebanyak RM 1 hingga RM 2 juta di dalam kos pengeluaran.
    1.      Dapat memindahkan kepakaran dan pengetahuan dari satu negara ke negara lain melalui koordinasi dan integrasi aktiviti-aktiviti pemasaran.
    1.      Membentuk imej global
      •      Dengan dikenali di pasaran global, ia dapat meningkatkan kuasa pasaran sesebuah syarikat.  Sesebuah syarikat itu akan mendapat lebih kepercayaan daripada pelabur-pelabur.  Syarikat-syarikat juga boleh menyenaraikan rakan dagangan luar untuk memperolehi keyakinan pelabur-pelabur.
      1. Kawalan dan koordinasi operasi
        •   Adalah lebih senang mengawal satu atau dua pengiklanan yang sama bagi 40 buah negara berbanding dengan 40 jenis pengiklanan yang berlainan bagi setiap negara.  Kawalan ke atas piawaian kualiti yang sama, kempen promosi, inventori produk serta inventori alat-alat ganti adalah lebih mudah bagi strategi global.
        Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
        Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan.

        AKTIVITI 5B                   

        Pada pendapat anda, kenapakah sesebuah syarikat itu melibatkan diri di dalam pasaran global ?
        INPUT
        5.3      PERANCANGAN STRATEGIK
        Perancangan strategik merupakan satu cara yang sistematik untuk mencapai objektif di masa hadapan.  Ia merupakan satu percubaan untuk menguruskan kesan faktor-faktor luaran dan yang tidak boleh dikawal ke atas kekuatan, kelemahan, objektif dan matlamat sesebuah syarikat.  Selain itu, ia juga adalah komitmen sumber-sumber kepada pasaran negara untuk mencapai matlamat sesebuah syarikat.  Dengan lain perkataan, perancangan menjadikan sesuatu yang diingini tercapai.
        Adakah terdapat perbezaan di antara perancangan strategik untuk syarikat domestik dan syarikat antarabangsa?.  Prinsip perancangan adalah tidak berbeza namun ianya berbeza dari segi persekitaran luar syarikat, struktur organisasi dan kawalan tugas. Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, beberapa perkara perlu dipertimbangkan.
        1.     Objektif dan Sumber-sumber Syarikat
        Penilaian ke atas objektif dan sumber-sumber syarikat amat penting di dalam semua peringkat dalam perancangan operasi antarabangsa.  Setiap pasaran baru yang dimasuki, penilaian lengkap diperlukan termasuklah komitmen yang telah sedia ada iaitu hubungan dengan objektif dan sumber-sumber syarikat induk.
        Apabila persaingan meningkat, syarikat mempunyai peluang baru, atau kos untuk memasuki pasaran asing meningkat, maka syarikat memerlukan perancangan yang baik.  Objektif perlu dikenalpasti dengan baik untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah di masa hadapan.  Peluang di dalam pasaran asing tidak selalunya seiring dengan objektif syarikat.  Oleh itu, ia mungkin memerlukan perubahan di dalam objektif dan mengubah perancangan antarabangsa.  Hanya apabila sesuatu objektif sudah jelas, maka perbezaan boleh disesuaikan dengan sebaik mungkin.
        1.      Komitmen Antarabangsa
        Perancangan strategik yang dibuat oleh firma antarabangsa memberi kesan ke atas darjah penglibatan di mana pihak pengurusan terlibat.  Komitmen ini memberi kesan ke atas keputusan dan strategi tertentu di peringkat antarabangsa.  Apabila sesebuah syarikat mengenalpasti objektif mereka, pihak pengurusan perlu menentukan adakah mereka bersedia untuk memberikan komitmen yang diperlukan bagi mencapai kejayaan tersebut di dalam operasi antarabangsa.  Ini termasuklah komitmen dari segi jumlah pelaburan, pentadbiran untuk menguruskan organisasi antarabangsa dan penentuan untuk terus berada di dalam pasaran sehinggalah keuntungan dicapai.
        1.      Proses Perancangan
        Terdapat beberapa fasa di dalam proses perancangan.
        Fasa 1  : Analisis Awal dan Penapisan  :  Memadankan Keperluan Syarikat/ Negara
        Penilaian ke atas bakal-bakal pasaran adalah penting bagi mana-mana syarikat sama ada yang baru memasuki pasaran antarabangsa ataupun yang sudah lama melibatkan diri dalam operasi ini.  Syarikat perlu menentukan negara manakah yang sesuai untuk membuat pelaburan.  Kekuatan dan kelemahan syarikat, produk, falsafah dan objektif mestilah sesuai dengan faktor-faktor persekitaran di negara-negara yang ingin dimasuki.
        Setelah kriteria penilaian ditentukan, analisis lengkap di buat ke atas persekitaran di mana syarikat merancang untuk beroperasi.  Persekitaran ini termasuklah elemen-elemen tidak boleh kawal sama ada di negara asal ataupun di negara tuan rumah.  Elemen-elemen ini termasuklah politik , perundangan dan ekonomi bagi negara asal serta ekonomi, politik dan perundangan, persaingan, tingkat teknologi, budaya, struktur agihan dan geografi bagi negara tuan rumah.
        Hasil dari fasa ini, pemasar memperolehi maklumat-maklumat asas tentang  :
        1.      menilai potensi pasaran negara yang dicadangkan
        2.      kenalpasti masalah yang akan menghalang
        3.      kenalpasti elemen-elemen persekitaran yang memerlukan analisa lebih lanjut
        4.      menentukan campuran pemasaran yang manakah yang perlu diseragamkan untuk syarikat global atau bagaimanakah campuran pemasaran perlu disesuaikan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan.
        5.      Bina dan laksanakan plan tindakan pemasaran

        Fasa 2  - Menyesuaikan Campuran Pemasaran Dengan Pasaran Sasaran  

        Apabila sasaran pasaran telah dipilih, campuran pemasaran perlu dinilai untuk disesuaikan bagi memenuhi keperluan pasaran sasaran.  Kesilapan di dalam membuat keputusan tentang campuran pemasaran ini akan menyebabkan kerugian, produk yang tidak sesuai dengan sasaran pasaran, juga kesilapan di dalam perletakan harga, pengiklanan dan juga promosi.  Matlamat utama fasa 2 ini ialah untuk membuat keputusan bagi menyesuaikan campuran pemasaran dengan elemen-elemen yang tidak boleh kawal yang memberi kesan ke atas pencapaian objektif dan matlamat syarikat.

        Fasa 3  -  Membangunkan Rancangan Pemasaran

        Pada tahap ini, plan pemasaran dibangunkan sama ada untuk satu-satu negara atau pasaran global.  Ia menentukan apa yang akan dibuat, bagaimana, dan bila ia akan dilaksanakan.  Ia juga termasuk belanjawan dan jangkaan jualan serta keuntungan.

        Fasa 4  -  Pelaksanaan dan Kawalan

        Pada tahap ini, plan pemasaran akan dilaksanakan dan ianya tidak terhenti setakat ini sahaja.  Plan pemasaran ini memerlukan kawalan sepanjang tempoh pelaksanaannya untuk memastikan objektif dan matlamatnya tercapai.
        Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
        Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan.

        AKTIVITI 5C           

        Nyatakan di ruangan yang disediakan fasa-fasa  di dalam perancangan strategik yang berkaitan dengan kenyataan-kenyataan di bawah :
        1. Menilai potensi pasaran negara-negara yang dicadangkan  (  _____________)
        2. Mengenalpasti elemen-elemen persekitaran yang terdapat di dalam negara tuan rumah dan negara asal.
        (_______________________)
        1. Menilai campuran pemasaran untuk disesuaikan dengan keperluan pasaran sasaran. (________________)
        2. Membangunkan plan pemasaran   (_________________)
        3. Kawalan ke atas plan pemasaran. (________________)
        INPUT
          1.     STRATEGI KEMASUKAN KE PASARAN ASING
        Apabila syarikat ingin melibatkan diri untuk ke pasaran antarabangsa, ia mesti membuat keputusan tentang strategi kemasukan ke pasaran tersebut.  Keputusan ini patut mencerminkan analisis potensi pasaran, keupayaan syarikat dan darjah pembabitan serta penglibatan pemasaran yang sedia dilakukan oleh pihak pengurusan.  
        Terdapat pelbagai strategi kemasukan ke pasaran asing yang boleh dipilih.  Setiap satu strategi mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri bergantung kepada keteguhan dan kelemahan syarikat, darjah penglibatan yang sanggup atau yang mampu dilakukan oleh syarikat serta ciri pasaran.  Strategi ini termasuklah :
            1. Pengeksportan
        Sesebuah syarikat mungkin membuat keputusan untuk memasuki gelanggang antarabangsa dengan mengeksport dari negara sendiri.  Cara pembangunan pasaran luar negara seperti ini adalah yang paling mudah.  Ia juga merupakan pendekatan yang paling biasa digunakan oleh syarikat yang mengambil langkah antarabangsa buat kali yang pertama.  Ini adalah  kerana dengan cara ini risiko kerugian kewangan boleh diminimumkan.  Pengeksportan juga adalah pendekatan yang biasa dilakukan oleh syarikat antarabangsa yang sudah matang.
            1. Perlesenan
        Pelesenan merupakan cara untuk mendapatkan kedudukan yang kukuh di dalam pasaran asing tanpa membelanjakan modal yang banyak.  Hak paten, hak tanda perdagangan dan hak untuk menggunakan proses teknologi diberikan dalam pelesenan luar negeri.  Ia adalah strategi yang digemari  oleh syarikat yang kecil dan bersaiz sederhana.
        Pada amnya, pelesenan dianggap sebagai tambahan kepada pengeksportan dan pengilangan dan bukan sahaja sebagai satu-satunya cara untuk memasuki pasaran asing.  Namun demikian, pelesenan mempunyai banyak kelebihan iaitu apabila sesebuah syarikat kekurangan modal, apabila sesebuah negara peka kepada pemilikan asing, atau apabila paten dan tanda perdagangan perlu dilindungi daripada pembatalan kerana tidak digunakan, oleh itu pelesenan adalah cara yang sah untuk mengambil kesempatan daripada pasaran asing.  Walaupun ini merupakan cara yang paling tidak menguntungkan untuk memasuki pasaran, risiko dan kekusutannya adalah kurang dari pelaburan langsung.
        Pelesenan dalam perniagaan antarabangsa terdapat dalam berbagai bentuk;  lesen mungkin dikeluarkan untuk proses pengeluaran atau untuk agihan produk yang diimport.  Dalam sesetengah keadaan, pelesenan memberikan kemasukan yang sempurna ke dalam negara asing yang menyekat perusahaan bukan tempatan.
            1. Francais
        Francais merupakan satu bentuk pelesenan yang pesat berkembang.  Pemberi francais (franchisor) menyediakan sekumpulan piawai keluaran, sistem dan perkhidmatan pengurusan, dan penerima francais (francaise) membekalkan pengetahuan pasaran, modal dan pembabitan peribadi dalam pengurusan.  Kombinasi kemahiran membolehkan kebolehubahan dalam berurusan dengan keadaan pasaran tempatan dan dalam masa yang sama masih memberikan syarikat induk darjah kawalan yang munasabah.
        Franchisor boleh memasarkan keluaran hingga ke peringkat jualan akhir.  Ia adalah bentuk integrasi pasaran menegak yang penting.  Sistem francais mempunyai potensi untuk mengadakan campuran pemusatan kemahiran dan pengetahuan yang berkesan, dan telah menjadi satu bentuk pemasaran antarabangsa yang semakin penting.  Antara perniagaan yang sering menggunakan sistem francais terrmasuklah minuman ringan, motel, peruncitan, makanan segera, penyewaan kereta, perkhidmatan kenderaan bermotor dan perkhidmatan rekreasi.  Contoh  :  Farmasi Dewma
            1. Usahasama
        Syarikat akan berkongsi pengurusan dengan satu atau lebih firma asing yang bekerjasama dengannya dan menjalankan usahasama.  Alasan yang paling kukuh sesebuah syarikat usahasama ialah pengurangan risiko politik dan ekonomi yang banyak iaitu melalui amaun sumbangan rakan kongsinya kepada usaha tersebut.
        Kelebihan usahasama  :
        1. membolehkan syarikat menggunakan kemahiran khusus rakan kongsi tempatan
        2. membolehkan pemasar memasuki sistem agihan tempatan rakan kongsinya
        3. apabila syarikat berusaha untuk memasuki pasaran yang tidak membenarkan kegiatan milik sendiri yang sepenuhnya
        4. apabila firma kekurangan keupayaan modal atau kakitangan untuk menyumbangkan kepada kegiatan antarabangsanya jika keadaan rakan kongsi adalah sebaliknya
        Kebimbangan utama bagi syarikat usahasama ialah kehilangan kawalan mutlak dan mungkin kehilangan kebebasan untuk bertindak di dalam operasi pengeluaran dan pemasaran.
        Alasan-alasan syarikat untuk mencuba usahasama  ialah :
        1. pasaran baru yang menarik untuk syarikat yang berada dalam pasaran negeri yang sudah matang
        2. keperluan untuk mengatasi nasioanlisme ekonomi amat penting di negara dunia ketiga yang kebanyakannya memerlukan penyertaan tempatan untuk sebarang pelaburan.
        3. Keperluan untuk bahan mentah yang baru
        4. Memberikan asas pengeksportan di sesuatu wilayah, apabila rakan kongsi berada di dalam persatuan pasaran bersama, usahasama dengan rakan satu negara akan meminjamkan tugas mengeksport kepada semua ahli pasaran bersama yang lain.
            1. Konsortium
        Konsortium dan sindiket adalah serupa dengan usahasama dan patut dikelaskan sedemikian kecuali kerana dua ciri yang unik  :
        1. biasanya ia melibatkan sebilangan besar peserta
        2. ia kerap beroperasi dalam negara atau pasaran yang didalamnya tidak diceburi oleh mana-mana satu pesertapun pada masa tersebut.
        Konsortium dibangunkan untuk mengumpul sumber kewangan dan pengurusan dan untuk mengurangkan risiko.
            1. Pengilangan
        Strategi ini digunakan apabila permintaan mewajarkan pelaburan syarikat-syarikat yang terbabit.  Sesebuah syarikat mungkin mengilang secara tempatan untuk mengambil kesempatan daripada buruh kos rendah, mengelak cukai import yang tinggi, mengurangkan kos pengangkutan , mendapatkan bahan mentah, dan / atau sebagai cara untuk memasuki pasaran lain.  Sebagai contoh, satu-satunya cara untuk mengelakkan tarif tinggi yang dikenakan ke atas orang luar oleh negara Komuniti Eropah adalah dengan melabur di dalam salah sebuah negara ahli.  Pelaburan ini menyebabkan sesebuah negara boleh memasuki negara ahli dan beroperasi di dalamnya.
        Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
        Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan

        AKTIVITI 5D                   

        1. Nyatakan strategi-strategi kemasukan ke pasaran asing yang boleh digunakan oleh pemasar ?
        2. Strategi manakah yang paling sesuai digunakan dalam keadaan di mana sesebuah syarikat itu kekurangan modal ?
        3. Berikan DUA (2) sebab kenapa sesebuah syarikat memilih untuk menjalankan usahasama dengan syarikat lain ?
        INPUT
        5.5       PENGORGANISASIAN SECARA PEMUSATAN DAN PEMENCARAN
        Pengorganisasian secara pemusatan mempunyai kelebihan dari segi keupayaan untuk menempatkan pakar-pakar di satu lokasi, keupayaan untuk melaksanakan kawalan pada fasa perancangan dan pelaksanaa yang tinggi, dan juga pemusatan untuk semua rekod dan maklumat.
        Sesetengah syarikat pula melakukan pengorganisasian secara pemencaran dengan memilih pengurus-pengurus yang berdaya saing dan memberi mereka sepenuh tanggungjawab untuk menguruskan operasi nasional atau kawasan.  Syarikat yang mengamalkan pengorganisasian secara pemencaran ini akan menyebabkan kehilangan kawalan dari syarikat induk.
        Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.  
        Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan

        AKTIVITI 5E           

        Apakah yang anda faham tentang pengorganisasian secara pemusatan dan pemencaran ?

        PENILAIAN KENDIRI

        Anda telah menghampiri kejayaan.  Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
        Jika ada sebarang masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.  
        Selamat mencuba semoga berjaya !!!!
        SOALAN 5-1 Nyatakan kebaikan-kebaikan orientasi global.
        1. ______________________________________
        1. ______________________________________
        1. ______________________________________
        1. ______________________________________
        SOALAN 5-2 Apakah yang anda faham tentang perancangan strategik ?



        SOALAN 5-3 Nyatakan fasa-fasa di dalam proses perancangan.
        1. _________________________________
        1. _________________________________
        1. _________________________________
        1. _________________________________
        SOALAN 5-4
        Nyatakan Betul atau Salah bagi kenyataan di bawah di ruangan yang disediakan.
          1.      Usahasama merupakan cara yang paling tidak menguntungkan untuk memasuki pasaran asing.  (__________________)
          2.      Francais berlaku apabila sesebuah syarikat membuat keputusan untuk mengeksport barang-barang ke negara lain.  (_____________________)
          3.      Syarikat yang menggunakan strategi pengilangan biasanya bertujuan untuk mengambil kesempatan daripada kos buruh yang rendah di negara tuan rumah dan juga untuk mengelakkan cukai import yang tinggi.  (________________)
          4.      Salah satu alasan syarikat menjalinkan usahasama dengan syarikat lain adalah untuk mendapatkan bahan mentah baru di negara berkenaan .  (_________________)
          5.      Kebimbangan utama bagi syarikat usahasama ialah kehilangan kawalan mutlak ke atas operasi syarikat.  (_________________)
        SOALAN 5-5
        Apakah kelebihan-kelebihan usahasama ?
        SOALAN ESEI
        SOALAN 1 Huraikan secara ringkas tentang perbandingan di antara pengurusan global dan pemasaran antarabangsa dari segi berikut  :
        1. Kitaran Hayat Produk
        2. Segmentasi Pasaran
        3. Pengguna
        SOALAN 2
        Andaikan anda adalah pemilik sebuah syarikat tekstil yang melibatkan diri di dalam pemasaran antarabangsa.   Anda bercadang untuk menerokai pasaran Kanada.  Pada pendapat anda, strategi yang manakah yang boleh digunakan oleh syarikat untuk memasuki pasaran negara tersebut ?
        MAKLUM BALAS
        AKTIVITI
        Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

        AKTIVITI 5A

        1. Syarikat Multinasional
        2. Syarikat Global
        3. Syarikat Global
        4. Syarikat Multinasional
        5. Syarikat Multinasional
        AKTIVITI 5B Kebaikan orientasi global ialah  :
            1.     Ekonomi bidangan di dalam pengeluaran dan pemasaran
          1.      Pasaran global adalah luas dan memerlukan pengeluaran yang tinggi.  Ini seterusnya dapat meningkatkan kecekapan.  Pengeluaran yang tinggi menjadikan harga barangan menjadi rendah.  Masalah yang timbul apabila memasuki pasaran yang luas adalah tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran.
            1.     Dapat memindahkan kepakaran dan pengetahuan dari satu negara ke negara lain melalui koordinasi dan integrasi aktiviti-aktiviti pemasaran.
            1.      Membentuk imej global
            •      Dengan dikenali di pasaran global, ia dapat meningkatkan kuasa pasaran sesebuah syarikat.  Sesebuah syarikat itu akan mendapat lebih kepercayaan daripada pelabur-pelabur.  Syarikat-syarikat juga boleh menyenaraikan rakan dagangan luar untuk memperolehi keyakinan pelabur-pelabur.
            1. Kawalan dan koordinasi operasi
              •   Adalah lebih senang mengawal satu atau dua pengiklanan yang sama bagi 40 buah negara berbanding dengan 40 jenis pengiklanan yang berlainan bagi setiap negara.  Kawalan ke atas piawaian kualiti yang sama, kempen promosi, inventori produk serta inventori alat-alat ganti adalah lebih mudah bagi strategi global.
              AKTIVITI 5C
                    1.       Fasa 1
                    2.      Fasa 1
                    3.      Fasa 2
                    4.      Fasa 3
                    5.      Fasa 4
              AKTIVITI 5D
              1.
                1. Pengeksportan
                2. Pelesenan
                3. Francais
                4. Usahasama
                5. Konsortium
                6. Pengilangan
                  1.      Pelesenan
              3.         Sebab-sebab syarikat memilih untuk melakukan usahasama ialah  :
              1.      Pasaran baru yang menarik untuk syarikat yang berada dalam pasaran negeri yang sudah matang
              2.      Keperluan untuk mengatasi nasioanlisme ekonomi amat penting di negara dunia ketiga yang kebanyakannya memerlukan penyertaan tempatan untuk sebarang pelaburan.
              3.      Keperluan untuk bahan mentah yang baru
              4.      Memberikan asas pengeksportan di sesuatu wilayah, apabila rakan kongsi berada di dalam persatuan pasaran bersama, usahasama dengan rakan satu negara akan meminjamkan tugas mengeksport kepada semua ahli pasaran bersama yang lain.
              ( mana-mana DUA (2) jawapan di atas )
              AKTIVITI 5E
              Syarikat yang melakukan pengorganisasian secara pemusatan berupaya untuk menempatkan pakar-pakar di satu lokasi, keupayaan untuk melaksanakan kawalan pada fasa perancangan dan pelaksanaa yang tinggi, dan juga pemusatan untuk semua rekod dan maklumat.
              Syarikat yang melakukan pengorganisasian secara pemencaran memilih pengurus-pengurus yang berdaya saing dan memberi mereka sepenuh tanggungjawab untuk menguruskan operasi nasional atau kawasan.  Ia akan akan menyebabkan kehilangan kawalan dari syarikat induk.
              MAKLUM BALAS
              PENILAIAN KENDIRI
              Adakah anda telah mencuba dahulu ?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.
              SOALAN 5-1 Kebaikan-kebaikan orientasi global adalah  :
              1.      Ekonomi bidangan di dalam pengeluaran dan pemasaran
              2.      Dapat memindahkan kepakaran dan pengetahuan dari satu negara ke negara lain melalui integrasi aktiviti-aktiviti pemasaran
              3.      Membentuk imej global
              4.      Kawalan dan koordinasi operasi
              SOALAN 5-2
              Perancangan strategik adalah satu cara yang sistematik untuk mencapai objektif di masa hadapan di mana syarikat cuba untuk menguruskan kesan factor-faktor luaran dan yang tidak boleh dikawal ke atas kekuatan, kelemahan, objektif dan matlamat sesebuah syarikat.  Ia juga adalah komitmen sumber-sumber kepada pasaran negara untuk mencapai matlamat sesebuah syarikat.  Dengan lain perkataan, perancangan menjadikan sesuatu yang diingini tercapai.
              SOALAN 5-3 Fasa-fasa di dalam proses perancangan  :
              1.      Fasa 1  -  “Preliminary Analysis and Screening  :  Matching Company/Country Needs”
              2.      Fasa 2  -  Sesuaikan Campuran Pemasaran dengan pasaran sasaran
              3.      Fasa 3 – Membangunkan plan pemasaran
              4.      Fasa 4 – Pelaksanaan dan Kawalan
              SOALAN 5-4
              1.     Salah
              2.     Salah
              3.     Betul
              4.     Betul
              5.     Betul
              SOALAN 5-5
              Kelebihan usahasama  :
              1.      membolehkan syarikat menggunakan kemahiran kursus rakan kongsi tempatan
              2.      membolehkan pemasar memasuki system agihan tempatan rakan kongsinya
              3.      apabila syarikat berusaha untuk memasuki pasaran yang tidak membenarkan kegiatan milik sendiri yang sepenuhnya
              4.      apabila firma kekurangan keupayaan modal atau kakitangan untuk menyumbangkan kepada kegiatan antarabangsanya jika keadaan rakan kongsi adalah sebaliknya
              SOALAN ESEI
              SOALAN 1
              Perbandingan di antara pengurusan global dan pemasaran antarabangsa  :
              Syarikat Multinasional
              Syarikat Global
              Kitaran Hayat Produk
              Produk berada dalam kitaran hayat yang berbeza di setiap negara
              Kitaran hayat produk global.  Semua pengguna mahukan produk yang terkini
              Segmentasi pasaran
              Segmen adalah berbeza bagi setiap negara.  Produk akan disesuaikan mengikut segmen yang ada.
              Segmen adalah sama bagi setaip negara
              Pengguna
              Keutamaan membayangkan perbezaan nasional
              Pemusatan global adalah kepada keperluan dan kehendak pengguna
              SOALAN 2
              Strategi yang boleh digunakan ialah  :
              Pengeksportan
              Sesebuah syarikat mungkin membuat keputusan untuk memasuki gelanggang antarabangsa dengan mengeksport dari negara sendiri.  Cara pembangunan pasaran luarnegara seperti ini adalah yang paling mudah dan merupakan pendekatan yang paling biasa digunakan oleh syarikat yang mengambil langkah antarabangsa yang pertama kerana dengan cara ini risiko kerugian kewangan boleh diminimumkan.  Pengeksportan juga adalah pendekatan yang biasa dilakukan oleh syarikat antarabangsa yang sudah matang.
              Pelesenan
              Pelesenan merupakan cara untuk mendapatkan kedudukan yang kukuh di dalam pasaran asing tanpa membelanjakan modal yang banyak.  Hak paten, hak tanda perdagangan dan hak untuk menggunakan proses teknologi diberikan dalam pelesenan luar negeri.  Ia adalah strategi yang digemari  oleh syarikat yang kecil dan bersaiz sederhana.
              Pada amnya, pelesenan dianggap sebagai tambahan kepada pengeksportan dan pengilangan dan bukan sahaja sebagai satu-satunya cara untuk memasuki pasaran asing.  Namun demikian, pelesenan mempunyai banyak kelebihan.  Apabila sesebuah syarikat kekurangan modal, apabila sesebuah negara peka kepada pemilikan asing, atau apabila paten dan tanda perdagangan perlu dilindungi daripada pembatalan kerana tidak digunakan, maka pelesenan adalah cara yang sah untuk mengambil kesempatan daripada pasaran asing.  Walaupun ini merupakan cara yang paling tidak menguntungkan untuk memasuki pasaran, risiko dan kekusutannya adalah kurang daripada yang terdapat dalam pelaburan langsung.
              Francais
              Francais merupakan satu bentuk pelesenan yang pesat berkembang.  Pemberi francais ( franchisor ) menyediakan sekumpulan piawai keluaran, system dan perkhidmatan pengurusan, dan penerima francais ( francaise ) membekalkan pengetahuan pasaran, modal dan pembabitan peribadi dalam pengurusan.  Kombinasi kemahiran membolehkan kebolehubahan dalam berurusan dengan keadaan pasaran tempatan dan dalam masa yang sama masih memberikan syarikat induk darjah kawalan yang munasabah.
              Franchisor boleh memasarkan keluaran hingga ke peringkat jualan akhir.  Ia adalah bentuk integrasi pasaran menegak yang penting.  Sistem francais mempunyai potensi untuk mengadakan campuran pemusatan kemahiran dan pengetahuan yang berkesan, dan telah menjadi satu bentuk pemasaran antarabangsa yang semakin penting.  Francais ini termasuklah minuman ringan, motel, peruncitan, makanan segera, penyewaan kereta, perkhidmatan kenderaan bermotor dan perkhidmatan rekreasi.
              Usahasama
              Kelebihan usahasama  :
              1.     membolehkan syarikat menggunakan kemahiran kursus rakan kongsi tempatan
              2.     membolehkan pemasar memasuki system agihan tempatan rakan kongsinya
              3.      apabila syarikat berusaha untuk memasuki pasaran yang tidak membenarkan kegiatan milik sendiri yang sepenuhnya
              4.      apabila firma kekurangan keupayaan modal atau kakitangan untuk menyumbangkan kepada kegiatan antarabangsanya jika keadaan rakan kongsi adalah sebaliknya
              Alasan-alasan syarikat untuk mencuba usahasama  :
              1.      Pasaran baru yang menarik untuk syarikat yang berada dalam pasaran negeri yang sudah matang
              2.      Keperluan untuk mengatasi nasioanlisme ekonomi amat penting di negara dunia ketiga yang kebanyakannya memerlukan penyertaan tempatan untuk sebarang pelaburan.
              3.      Keperluan untuk bahan mentah yang baru
              4.      Memberikan asas pengeksportan di sesuatu wilayah, apabila rakan kongsi berada di dalam persatuan pasaran bersama, usahasama dengan rakan satu negara akan meminjamkan tugas mengeksport kepada semua ahli pasaran bersama yang lain.
              Konsortium
              Konsortium dan sindiket adalah serupa dengan usahasama dan patut dikelaskan sedemikian kecuali kerana dua cirri yang unik  :
              1.      biasanya ia melibatkan sebilangan besar peserta
              2.      ia kerap beroperasi dalam negara atau pasaran yang didalamnya tidak diceburi oleh mana-mana satu pesertapun pada masa tersebut.
              Konsortium dibangunkan untuk mengumpul sumber kewangan dan pengurusan dan untuk mengurangkan risiko.
              Pengilangan
              Sesebuah syarikat mungkin mengilang secara tempatan untuk mengambil kesempatan daripada buruh kos rendah, mengelak cukai import yang tinggi, mengurangkan kos pengangkutan , mendapatkan bahan mentah, dan / atau sebagai cara untuk memasuki pasaran lain.