chitika

google track ---Mobile----

September 24, 2011

UNIT 4 PERSEKITARAN PASARAN GLOBAL

UNIT 4

PERSEKITARAN PASARAN GLOBAL

POLITIK DAN PERUNDANGAN ANTARABANGSA


OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami pertimbangan politik dan persekitaran perundangan antarabangsa

OBJEKTIF KHUSUS

    Menjelaskan pertimbangan politik di dalam memasuki pasaran asing
  • kestabilan polisi-polisi kerajaan.
  • Risiko dan strategi pengurangan risiko.

    Menerangkan mengenai persekitaran perundangan antarabangsa :
  • Asas-asas sistem perundangan
  • Penghakiman di dalam kesalahan-kesalahan perundangan antarabangsa
  • Perlindungan terhadap “intellectual property rights”
  • Undang-undang di negara-negara luar

INPUT


  1.      PENGENALAN

Antara perkara utama yang ditekankan oleh pemasar  antarabangsa adalah  kestabilan atau ketidakstabilan polisi-polisi kerajaan.  Sesebuah kerajaan tu mungkin bertukar atau parti-parti politik baru mungkin akan dilantik – tetapi apa yang penting bagi syarikat antarabangsa adalah adakah   perundangan dan kod kelakuan yang sedia ada akan berterusan walaupun terdapat perubahan dalam aspek-aspek politik.  Oleh itu aspek-aspek politik adalah satu perkara penting  yang perlu ditekankan oleh pemasar antarabangsa.


4.1         KESTABILAN POLISI-POLISI KERAJAAN

Perubahan dalam kerajaan tidak bermakna ia membawa kepada risiko politik.   Sekiranya syarikat mempunyai potensi untuk mendapat keuntungan  jika  diberi kebenaran untuk beroperasi dalam sesebuah negara, mana-mana syarikat akan terus beroperasi dalam negara berkenaan jika  keadaan negara itu stabil untuk jangkamasa panjang.  Contohnya PepsiCo terus beroperasi di negara Kesatuan Soviet walaupun  keadaan politiknya agak ekstrim.  

4.1.1   Parti Politik
Pemasar seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai falsafah semua parti-parti utama dalam sesebuah negara. Ini adalah kerana  kemungkinan mana-mana parti akan berkuasa di masa akan datang   yang akan membawa kepada pelbagai perubahan  seperti   menghalang atau menggalakkan pelaburan asing.
      1. Nasionalisma

Nasionalisma adalah perasaan yang mendalam terhadap cinta  negara dan bersatu.   Perasaan nasionalsima boleh memabwa kepada penekanan terhadap keselamatan  serta kepentingan negara.  Sikap ini dicerminkan melalui  pelbagai keadaan seperti beli barangan tempatan, halangan terhadap import, halangan berbentuk tariff dan lain-lain halangan perdagangan.  Ia juga boleh membawa kepada kawalan  pelaburan asing.  Sesebuah negara akan lebih bersikap nasionalisma apabila ia berpendapat bahawa terdapat ancaman kepada negaranya.   Maka ia akan ambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya.

4.2        RISIKO DAN STRATEGI PENGURANGAN RISIKO

4.2.1   Risiko Politik
Terdapat pelbagai risiko yang berkaitan dengan politik iaitu
  • Rampasan (confiscation) iaitu merampas  asset sesebuah syarikat tanpa bayaran.
  • Expropriation yang memerlukan pampasan daripada kerajaan.
  • Penjinakan (Domestication) iaitu apabila negara tuan rumah  mengambil langkah  untuk memindahkan pelaburan asing kepada hakmilik dan kawalan negara melalui beberapa siri perintah kerajaan.

Tindakan Penjinakan Kerajaan

Pemindahan hakmilik sama ada  kesemua  atau sebahagian sahaja




Perlantikan bilangan orang-orang tempatan yang ramai ke tahap-tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan



Memberi lebih banyak kuasa untuk membuat keputusan kepada pekerja tempatan





Bilangan barangan komponen dikilangkan oleh syarikat tempatan




Peraturan eksport yang spesifik yang dirangka  untuk penglibatan diri dalam pasaran dunia







Keputusan-keputusan seperti di atas dibuat apabila berlakunya  perubahan dalam sikap kerajaan, perancangan ekonomi dan atau falsafah terhadap peranan pelaburan asing dalam  matlamat sosial dan ekonomi.

4.2.2      Risiko Ekonomi

Syarikat antarabangsa  sering berhadapan dengan pelbagai risiko ekonomi.  Halangan terhadap aktiviti  perniagaan mungkin berlaku sebagai satu langkah keselamatan negara, untuk melindungi industri baru, untuk memelihara atau mengawal pertukaran asing yang berkurangan, untuk menambahkan  pendapatan, sebagai tindakbalas terhadap amalan-amalan perdagangan yang tidak adil danl ain-lain sebab. Risiko ekonomi adalah salah satu aspek persekitaran politik yang berulang dan sukar untuk dielakkan oleh syarikat antarabangsa.
  1.      Kawalan Pertukaran

Kawalan pertukaran berpunca dari kekurangan perubahan pertukaran asing yang tahan oleh sesebuah negara. Apabila sesebuah negara mengalami kekurangan pertukaran asing, kawalan dikenakan bagi kesemua atau sesetengah pergerakan modal terhadap syarikat yang mudah  dipengaruhi oleh keadaan politik bagi tujuan mengawal bekalan pertukaran asing untuk kegunaan yang penting sahaja.

Kawalan pertukaran dilanjutkan bagi produk dengan menggunakan sistem kadar pertukaran yang pelbagai  bagi tujuan mengawal kadar perdagangan dalam komoditi tertentu yang dikelaskan sebagai barangan mewah atau barangan keperluan.  Masalah yang sering berlaku ialah memperolehi keuntungan dan pelaburan negara asal melalui matawang negara .  Barangan keperluan diletakkan sebagai kadar pertukaran asing yang paling rendah manakala barangan mewah dikenakan kadar pertukaran asing yang tinggi.
  1.      Kebolehtukaran (Convertibility)  Matawang

Ini merupakan masalah  yang berterusan kerana kebanyakan negara mengekalkan peratusan bagi mengawal matawang dan dalam keadaan di mana sesuatu ekonomi atau simpanan pertukaran asing yang terjejas dengan teruk, kawalan terhadap pertukaran di kenakan dengan  segera.
  1.      Undang-Undang Terhadap Kandungan Tempatan (Local Content)

Sebagai tambahan kepada sekatan import barangan bekalan  bagi memaksa pembelian barangan tempatan, sesebuah negara memerlukan sebahagian dari mana-mana produk yang dijual dalam sesebuah negara untuk mempunyai kandungan  tempatan iaitu mempunyai alat-alat yang dikilangkan oleh syarikat-syarikat tempatan.  Ini dilakukan terhadap syarikat asing yang membuat pemasangan  produk dan komponen-komponen negara luar.
  1.      Sekatan Import

Sekatan terpilih terhadap bahan mentah, mesin dan alat ganti adalah antara strategi yang digunakan  untuk  memaksa industri asing untuk membeli lebih banyak bekalan dalam negara tuan rumah.  Dengan itu ia mencipta pasaran bagi industri tempatan.  Walaupun ia dilakukan sebagai menyokong perkembangan industri tempatan, hasilnya biasanya adalah untuk melumpuh atau kadang-kadang mengganggu  operasi industri-industri yang telah tertubuh.  Masalah menjadi semakin kritikal apabila sumber-sumber bekalan  yang telah didirikan di negara itu tidak mencukupi.
  1.      Kawalan Cukai

Cukai dikelaskan sebagai risiko politik apabila digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mengawal pelaburan asing.  Dalam keadaan ini, cukai dinaikkan tanpa amaran dan pelanggaran perjanjian formal sering berlaku.  Peningkatan dalam cukai akan menjejaskan keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat apabila ia semkain kukuh.  Di negara-negara membangun yang sering mengalami kekurangan dana, pencukaian  yang tidak wajar  terhadap pelaburan-pelaburan asing merupakan satu cara mudah bagi sesetengah kerajaan untuk mencari dana operasi.
  1.     Kawalan Harga

Barangan keperluan yang mempunyai kepentingan awam seperti perubatan, makanan, petrol dan kereta sering dikenakan kawalan harga.  Kawalan-kawalan tersebut dikenakan dari semasa ke semasa.  Keadaan inflasi boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengawal kos hidup. Ia juga boleh digunakan untuk memaksa syarikat-syarikat asing menjual ekuiti kepada pihak tempatan (local interest).  Kesan sampingan kepada ekonomi tempatan adalah sama ada memperlahankan atau menghentikan perlaburan modal.
  1.      Masalah Buruh

Di banyak negara, kesatuan  buruh mempunyai sokongan kuat dari kerajaan yang menggunakannya untuk mendapatkan konsesi istimewa dari pihak perniagaan  seperti
  • Pembuangan pekerja yang mungkin dapat dicegah
  • Perkongsian keuntungan
  • Beberapa atau sejumlah besar perkhidmatan perlu ditawarkan

Di kebanyakan negara, firma-firma asing dianggapkan sebagai saluran yang sesuai untuk mendapatkan  bekalan buruh.
Di negara yang mementingkan tingkat gunatenaga penuh seperti Perancis, pembuangan kerja terutama oleh syarikat-syarikat kepunyaan negara asing, dianggapkan sebagai krisis negara.






















Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan.



AKTIVITI  4A               


Nyatakan satu contoh yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi langkah-langkah berikut :
  1. sekatan import
  2. Kawalan harga
  3. Undang-undang terhadap kandungan tempatan ( Local Content )



























INPUT



4.3      ASAS-ASAS KEPADA SISTEM PERUNDANGAN ANTARABANGSA

Apabila mengadakan perniagaan di negara-negara luar, sesebuah syarikat seharusnya menyelidik undang-undang tertentu yang akan memberi kesan kepada aktiviti perniagaanya. Sesebuah syarikat akan terdedah kepada pelbagai perundangan yang dikenakan oleh kerajaan oleh itu ia tidak boleh membuat keputusan tanpa mengambilkira undang-undang di negara tuan rumah. Sebagai contoh dalam penetapan harga, pengaruh kerajaan meliputi undang-undang yang mengawal harga Seperti peningkatan harga, harga minumum dan harga diskriminasi.

Amnya perundang di sesebuah negara itu adalah hasil dari falsafah atau ideologi politik. Sistem perundangan berubah di sesebuah negara ke negara lain. Sistem perundangan dunia adalah berasaskan  kepada mana-mana empat sumber utama seperti berikut  :
      1. “Common Law” yang diperolehi dari perundangan Inggeris  seperti yang terdapat di United Kingdom, USA, Kanada dan negara-negara yang pernah dikuasai oleh Komonwel Inggeris. Asas kepada Common Law adalah tradisi, amalan lepas dan “legal precedents” yang ditetapkan oleh mahkamah. Melalui tafsiran terhadap “statut, legal legislation dan past ruling”. Common Law membuat tafsiran terhadap keputusan lepas yang dibuat oleh mahkamah lebih tinggi, di mana mereka mentafsir statut yang sama atau mengenakan prinsip undang-undang established atau customary terhadap sesuatu fakta yang serupa.

4.3.2  Undang-undang sivil atau “code law” iaitu yang berasaskan kepada undang-undang Roman bertulis yang terdapat di negara-negara bukan Islam dan Marxist-Sosialis.  Ia berasaskan kepada satu sistem perundangan iaitu “System of Rules” atau “code”. Di bawah perundangan kod sistem perundangan amnya    dibahagikan  kepada tiga zon yang berasingan iaitu komersil, sivil dan kriminal.
      1. Undang-undang Sosialis dari sistem Marxist-Sosialis yang terdapat di Cina, Rusia dan lain-lain negara-negara sosialis. Undang-undang sosialis berasaskan kepada “fundamentals tenets marxist-sosialis state”.  Ia meliputi konsep-konsep berhubung ekonomi, politik dan polisi sosial sesebuah negara.  Negara-negara Marxist Sosialis amnya yang dahulunya mempunyai undang-undang diperolehi dari sistem Roman atau kod. Beberapa ciri-ciri undang Roman masih dikekalkan dalam sistem perundangan mereka.
      1. Undang-undang Islam berasaskan Al-Quran yang digunakan di negara seperti Pakistan, Arab dan lain-lain Negara Islam. Asas undang-undang Syariah (Undang-undang Islam) adalah tafsiran dari Al-Quran. Ia merangkumi tanggungjab dan kewajipan keagamaan  serta aspek-aspek kelakuan manusia. Amnya undang-undang Islam menetapkan satu sistem yang  lengkap yang menetapkan pola-pola spesifik terhadap gelagat ekonomi kepada semua individu. Ia meliputi isu-isu seperti hak-hak hartabenda, keputusan ekonomi dan jenis-jenis kbebasan ekonomi. Matlamat utama adalah keadilan sosial, Antara aspek-aspek yang ditekankan adalah tentangan terhadap riba.

Sesebuah masyarakat multinasional mendapati bahawa mereka terpaksa mengikuti lebih dari satu sistem perundangan. Keadaan menjadi lebih kompleks apabila sesebuah  syarikat itu menentukan undang-undang mana digunakan dalam kes-kes tertentu.

Pemasar antarabangsa hendaklah mengambil berat tentang perbezaan di antara sistem perundangan Islam, Sosial, Common Law dan code law.  Hak-hak  prinsipal dalam sesuatu kontrak atau lain-lain dokumen perundangan adalah berbeza dari hak-hak yang diperolehi di bawah sistem yang lain. Undang-undang di dua buah negara yang berlainan adalah berbeza walaupun kedua-duanya berasaskan kepada sistem yang sama. Oleh itu masalah utama pemasar adalah berhadapan dengan perbezaan undang-undang yang mengawal perniagaan dalam mana-mana sistem perundangan.


INPUT


    1.      PENGHAKIMAN DI DALAM KESALAHAN-KESALAHAN PERUNDINGAN ANTARABANGSA

Pertelingkahan sering berlaku dalam melaksanakan kontrak eksport. Perlindungan utama dari masalah-masalah  berkaitan undang-undang (legal battles) adalah dengan  mengetahui undang-undang negara sasaran dan mengikutinya. Sekiranya pertelingkahan masih berlaku ia boleh dibawa ke mahmakah-biasanya di negara  di mana  pertelingkahan  itu berlaku atau ia boleh dirujuk kepada arbitrasi. Terdapat beberapa badan perundangan yang mengendalikan undang-undang perdagangan antaranya  :
  1.      General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)
  2.      International Court of Justice, di The Hague
  3.      United Nations Convention yang mengendalikan hal-hal berkaitan dengan paten dan tandaniaga.
  4.      NAFTA

Pertelingkahan boleh berpunca dari tiga situasi
  1. Di antara kerajaan
  2. Di antara syarikat dan kerajaan
  3. Di antara dua buah syarikat

Pertelingkahan di antara kerajaan boleh diselesaikan di mahkamah di salah sebuah negara pihak-pihak yang terbabit atau melalui pengadilan (arbitrasi). Sekiranya pertelingkahan perniagaan itu melibatkan isu nasional di antara dua buah negara, ia tidak boleh diselesaikan oleh Hakim Keadilan Antarabangsa atau mana-mana hakim dunia. Disebabkan ketiadaan undang-undang komersil antarabangsa, pemasar antarabangsa hendaklah  merujuk kepada sistem perundangan  setiap negara yang terlibat - undang-undang negara tuan rumah dan/atau undang-undang negara di mana perniagaan itu di jalankan.

Sekiranya sesutau pertelingkahan itu mesti diselesaikan di bawah undang-undang salah satu dari negara-negara terbabit, persoalan utama yang timbul adalah undang-undang manakah  yang akan digunakan. Ia dapat ditentukan dengan cara
  • berdasarkan kepada klaus yang terhadap dalam kontrak
  • asaskan di mana kontrak itu di meterikan
  • berasaskan kepada dari mana peruntukan dalam kontrak itu dilaksanakan

Sekiranya pertelingkahan tidak dapat diselesaikan secara tersendiri, pemasar antarabangsa hendaklah mencari satu ketetapan (more resolute action). Tindakan boleh diambil dalam bentuk pendamaian, pengadilan (artbitrasi) atau langkah terakhir -  dakwaan. Kebanyakan perniagaan antarabangsa memilih untuk menyelesaikan pertelingkahan melalui pengadilan dari membuat dakwaan (menyaman) ke atas syarikat asing.
  1.      Pendamaian (Conciliation)

Ia merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan pertelingkahan perniagaan (komersil). Pendamaian adalah perjanjian yang tidak terikat (non binding) di antara pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan pertelingkahan dengan meminta pihak ke tiga sebagai pendamai.
  1.      Pengadilan (Arbitration)

Pertelingkahan perniagaan antarabangsa sering diselesaikan melalui penghakiman. Prosedur yang dilakukan adalah supaya kedua-dua pihak yang terlibat memilih pihak yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan sebagai orang tengah untuk meneliti kes dengan wajarnya kes dan membuat pertimbangan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kebanyakan pengadilan dilakukan di bawah naungan salah satu dari kumpulan-kumpulan pengadilan tempatan yang lebih formal atau khusus untuk melicinkan perantaraan pertelingkahan perniagaan. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pendamai yang berpengalaman serta undang-undang yang formal bagi proses pendamaian. Bagi kebanyakan negara, keputusan yang dicapai melalui proses ini boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang. Antara organisasi pendamai formal adalah Persatuan Pendamai Amerika dan Dewan Perniagaan Antarabangsa.



  1.      Dakwaan (Litigation)

Dakwaan dimahkamah awam adalah dielakkan atas  beberapa sebab. Ia melibatkan kos, kelewatan yang menghampakan dan keadaan teruk yang dilanjutkan yang diakibatkan oleh kes seperti ini.   Langkah terbaik adalah untuk mencari penyelesaian dan mengelak dari menyaman.  Dakwaan juga dielakkan atas sebab-sebab berikut  :
  • Ia boleh memberi imej yang buruk dan menjejaskan  perhubungan awam
    • Perbicaraan yang tidak adil boleh berlaku di mahkamah asing
    • Kos yang tinggi dan masa yang lama dalam mengambil tindakan undang-undang
    • Hilang kerahsiaan pihak yang terbabit
    • Sukar  untuk mendapatkan pertimbangan yang mungkin dapat diperolehi melalui pengadilan (arbitrasi).
    1.      PERLINDUNGAN TERHADAP “INTELLECTUAL PROPERTY RIGHTS”

Syarikat membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi mencipta nama jenama atau tanda niaga bagi menggambarkan kualiti serta kelebihan yang ada pada produk mereka. Bagi tujuan ini mereka menjalankan  pelbagai aktiviti penyelidikan pemasaran – membentuk produk, proses, rekabentuk dan formula untuk menghasilkan produk yang lebih baik dari pesaing.  Hakmilik industri atau intelek merupakan aset berharga kepada sesebuah syarikat. Nama jenama seperti Pepsi, Kodak dan Coca Cola ,  hak terhadap proses seperti “xerography” dan hak terhadap perisian komputer adalah berharga.  Hakmilik  boleh dilindungi melalui undang-undang untuk menghalang syarikat-syarikat lain dari penggunaan haram harta tersebut. Walau bagaimanapun syarikat seharusnya sentiasa melindungi dari cetak rompak atau penipuan (counterfeiting) yang sering berlaku pada pelbagai jenis barangan seperti  perisian komputer, buku, peralatan automotif dan filem.

Undang-undang terhadap perlindungan hakmilik hak intelek adalah berbeza di antara sesebuah negara. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, sesebuah negara yang berasaskan undang-undang common law, hakmilik terhadap “intellectual properties” ditentukan melalui kegunaan – iaitu sesiapa yang menggunakannya terlebih dahulu dianggapkan sebagai pemiliknya. Di negara-negara berasaskan “code law”, hakmilik ditentukan  melalui pendaftaran dan bukan melalui kegunaan sesuatu jenama.  Pihak yang pertama  mendaftar sesuatu tanda jenama atau  “property right”  dianggapkan sebagai pemiliknya.  Antara negara yang mengamalkan undang-undang seperti ini adalah Jordan. Ini bermakna sekiranya pemilik restoran yang pertama mendaftarkan nama restorannya sebagai McDonalds, maka ia memiliki hak terhadap jenama itu.  Sesebuah syarikat antarabangsa tidak  boleh mengandaikan  bahawa nama sesuatu nama jenama atau tanda jenama yang dimiliki di negaranya juga adalah hakmiliknya di negara lain.  Oleh itu ia seharusnya memberi perlindungan terhadap jenama atau tandaniaga melalui pendaftaran.

Terdapat beberapa persidangan antarabangsa yang memberi pendaftaran secara serentak di beberapa buah negara. Persidangan ini dibentuk bagi tujuan memberi perlindungan dan  pengiktirafan terhadap hak milik harta benda. Tiga persidangan utama ialah  :
  1.     The Paris Convention for The Protection of Industrial Property (Persidangan Paris)
Ia mengandungi 100 buah negara yang telah bersetuju untuk mengiktirafkan hak-hak ahlinya di dalam perlindungan tandaniaga, paten dan lain-lain hak hakmilik. Pendaftaran mana-mana negara ahli membolehkan perlindungan yang sama diberi di semua negara ahli.
  1.      The Inter-American Convention
Ia termasuk kebanyakan negara Amerika Latin dan Amerika Syarikat. Ia memberi perlindungan yang serupa dengan yang diberi oleh Persidangan Paris.
  1.      The Madrid Agreement
Ia menubuhkan Biro Pendaftaran Tanda Niaga Antarabangsa. Terdapat 26 buah negara yang menjadi ahli di Eropah yang bersetuju untuk memberi perlindungan terhadap tanda niaga secara automatik kepada semua ahli. Melalui tiga perjanjian di atas, dua “multi country patent agreement” telah selaraskan prosedur-prosedur paten di Eropah. The Patent Cooperation Treaty (PCT) melicinkan permohonan paten yang komprehensif di mana satu permohonan yang dibuat di Amerika Syarikat  yang memberi laporan antarabangsa  terhadap paten lain bagi membantu menilai sama ada untuk mendapatkan perlindungan dalam atau negara di bawah PCT atau tidak.

The European Patent Convention (EPC) membentuk satu sistem yang membolehkan mana-mana negara untuk  membuat satu permohonan antarabangsa  bagi mendapatkan satu paten di seluruh Eropah.  Setelah paten itu diluluskan ia mempunyai kesan yang sama dengan paten kebangsaan dalam setiap buah negara yang dinyatakan dalam paten.

Kesatuan Eropah telah meluluskan peraturan tanda niaga  yang akan memberi perlindungan harta benda di kesemua  negara ahli.  Sesebuah syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk bergantung kepada sistem kebangsaan apabila mereka ingin melindungi sesuatu tanda niaga di beberapa buah negara sahaja atau di sistem Eropah, iaitu perlindungan diberi di kesemua  negara  Kesatuan Eropah. Walau bagaimanapun, jika sesuatu tanda niaga tidak digunakan selama lima tahun, perlindungan akan ditarik balik.

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!.
Sila semak jawapan anda pada ruangan maklum balas yang disediakan


AKTIVITI 4B       


Kenalpasti LIMA (5) jenama produk yang terkenal secara global (jenama global).   Kumpulkan
  • Iklan-iklan  berkaitan dengannya
  • Pembungkusan produk-produk berkenaan

Berdasarkan bahan-bahan yang dikumpulkan, jelaskan usaha-usaha pemasaran yang dilakukan oleh pemasar bagi membentuk dan melindungi jenamanya.






















INPUT




4.6       UNDANG-UNDANG DI NEGARA LUAR

4.6.1    Undang-Undang Berkaitan Pemasaran

Setiap negara mempunyai undang-undang yang mengawal aktiviti promosi, pembangunan produk, pelabelan, penetapan harga dan saluran agihan.  Terdapat perbezaan dalam penguatkuasaan dan tafsiran undang-undang terhadap aktiviti yang sama dalam negera yang berbeza.  Sebagai contoh, undang-undang yang meliputi promosi jualan di Kesatuan Eropah.
  •      Di Austria, tawaran premium adalah di bawah undang-undang diskaun yang tidak membenarkan pengurangan tunai yang memberi “preferential treatment” kepada kumpulan-kumpulan pengguna yang berbeza. Tawaran premium tidak dibenarkan kerana ia menghasilkan perlakuan yang berbeza kepada pembeli.
  •      Finland membenarkan tawaran premium selagi ia tidak menggunakan perkataan “percuma” dan pengguna tidak dipaksa untuk membeli sesuatu produk.
  •      Perancis mengawal tawaran premium dengan mengharamkannya atas dasar adalah salah untuk menjual barangan di bawah harga kos atau menawarkan hadiah atau premium kepada pengguna  dengan syarat pengguna membeli sesuatu produk lain. Tambahan pula pengeluar atau peruncit tidak boleh menawarkan  produk yang berbeza dari yang biasa ditawarkan. Sebagai contoh  pengeluar sabun tidak boleh menawarkan pakaian atau makanan sebagai premium.

    •      Jerman
Kebanyakan insentif yang disasarkan kepada kumpulan-kumpulan pengguna tertentu adalah diharamkan seperti mana juga hadiah. Pemasar juga tidak boleh memotong harga lebih dari 35% nilai produk.
  •      Undang-undang Iklan Perbandingan
Di Jerman, sesebuah syarikat pesaing boleh membawa syarikat pengiklan ke mahkamah untuk mendapatkan bukti yang dinyatakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam iklan berbentuk perbandingan.
  •      Kanada
Setiap dakwaan yang dibuat dalam iklan hendaklah dikaji terlebih dahulu bagi memastikan pendedahan yang dibuat kepada masyarakat adalah tidak  salah dan mengelirukan.


4.6.2    Undang-Undang Pemasaran Hijau

Undang-undang pemasaran hijau memfokus kepada pembungkusan dan kesannya terhadap pengurusan sisa buangan pepejal serta  dan produk mesra alam.  Negara Jerman mempunyai undang-undang paling  ketat bagi mengawal pengurusan dan kitar semula sisa pembungkusan.  Beberapa negara di Eropah termasuk Jerman dan Perancis mempunyai skim bagi mengenalpasti produk yang mengikuti kriteria menjadikan mereka produk mesra alam. Produk yang memenuhi criteria ini akan anugerah eco-label di mana  pihak pengeluar boleh menggunakan atau mencetak logo di pembungkusan sebagai satu tanda bahawa produk itu adalah produk mesra alam.

      1. “Antitrust”

Undang-undang antrust digubal bertujuan untuk membanteras amalan-amalan perniagaan lain dan menggalakkan persaingan seperti pengeluaran.
Untuk menggalakkan persaingan dan membanteras amalan-amalan membatasi perniagaan lain seperti menghadkan pengeluaran dan “price fixing” atau lain-lain skim yang menghadkan atau meletakkan persaingan.  Contohnya di negara-negara  kesatuan  Eropah  menghalang perjanjian dan amalan-amalan yang menegah, membatasi dan “distort” persaingan. Di Kesatuan Eropah – Syarikat-syarikat tidak dibenarkan menyalahkangunakan kedudukan  yang dominan dalam pasaran  sama ada di kawasan Kesatuan Eropah  atau sebahagian darinya.



































PENILAIAN KENDIRI





Anda telah menghampiri kejayaan.  Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas  yang  disediakan.  Jika ada sebarang masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!!!


SOALAN 4-1

Apakah risiko-risiko politik yang biasa berlaku dalam perniagaan asing?



SOALAN 4-2

“Domestication”  dianggapkan sebagai satu risiko perniagaan asing.  Jelaskan bagaimanakah ia dilakukan oleh kerajaan negara tuan rumah.



SOALAN 4-3

Jelaskan kesan sekatan import dan kawalan cukai  sebagai risiko yang perlu dihadapi oleh sesebuah syarikat.  








SOALAN 4-4  

Senaraikan EMPAT (4) sumber utama system perundangan.

1. _____________________________

2.______________________________

3.______________________________

4.______________________________



SOALAN 4-5  

Bulatkan jawapan yang betul di tempat berkenaan.
  1. Pemasar antarabangsa biasanya akan mengelak dari pendakwaan (lawsuit) kerana ia dapat menjejaskan imej syarikatnya di kalangan masyarakat.

(BETUL/ SALAH)
  1. “The International Court of Justice” adalah mahkamah yang digunakan untuk menyelesaikan dakwaaan berkaitan dengan cetak rompak dan penipuan terhadap hak harta benda intelek.
(BETUL/ SALAH)
  1. Undang-undang “antitrust” digubal bagi tujuan mengawal aktiviti promosi supaya pengguna tidak tertipu oleh pemasar yang tidak bertanggungjawab.

(BETUL/ SALAH)
  1. Mengikut undang-undang berasaskan “code law”, terdapat tiga bahagian utama iaitu sivil, kriminal dan komersil.

(BETUL/ SALAH)
  1. Bagi setiap jenis pertelingkahan  yang dihadapi oleh pemasar antarabangsa, ia boleh diselesaikan oleh Hakim Keadilan Antarabangsa.

(BETUL/ SALAH)
SOALAN 4-6

Terangkan dengan ringkas persidangan utama bagi melindungi hak terhadap harta benda intelek seperti berikut:
  1. The Paris Convention for the Protection of Industrial Property (Persidangan Paris)
  2. The Madrid Agreement


































MAKLUM BALAS
AKTIVITI



Adakah anda telah mencuba dahulu?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.


AKTIVITI 4A

    1. Sekatan import  -  kain batik Indonesia
    2. Kawalan harga  -  gula, gandum
    3. Undang-undang Kandungan Tempatan  -  


AKTIVITI 4B


Antara jenama-jenama global yang boleh dipilih ialah Kodak, Fuji, KFC, McDonalds. Anda dikehendaki menilai usaha firma untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama-jenama mereka berdasarkan mesej yang disampaikan melalui iklan.


















MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI



Adakah anda telah mencuba dahulu?  Jika “YA”, sila semak jawapan anda.


SOALAN 4-1

  • Rampasan (confiscation) iaitu merampas  asset sesebuah syarikat tanpa bayaran.
  • Expropriation yang memerlukan pampasan daripada kerajaan.
  • Penjinakan (Domestication) iaitu apabila negara tuan rumah  mengambil langkah  untuk memindahkan pelaburan asing kepada hakmilik dan kawalan negara melalui beberapa siri perintah kerajaan


SOALAN 4-2

  • Pemindahan hakmilik sama ada  kesemua  atau sebahagian sahaja
  • Perlantikan bilangan orang-orang tempatan yang ramai ke tahap-tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan
  • Memberi lebih banyak kuasa untuk membuat keputusan kepada pekerja tempatan
  • Bilangan barangan komponen dikilangkan oleh syarikat tempatan
  • Peraturan eksport yang spesifik yang dirangka  untuk penglibatan diri dalam pasaran dunia



SOALAN 4-3

  1. Sekatan Import
    • Sekatan terhadap barangan terpilih seperti bahan mentah, mesin dan alat ganti adalah antara strategi yang digunakan  untuk  memaksa industri asing untuk membeli lebih banyak bekalan dalam negara tuan rumah.
    • Ia dapat melumpuh atau kadang-kadang mengganggu  operasi industri-industri yang tertentu.
    • Sukar bagi firma antarabangsa untuk meluaskan pasarannya ke negara lain.
    1. Kawalan Cukai
      • Cukai dikelaskan sebagai risiko politik apabila digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mengawal pelaburan asing.
      • Cukai dinaikkan tanpa amaran dan pelanggaran perjanjian formal sering berlaku.  
      • Menjejaskan keuntungan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat apabila ia semakin kukuh.
      • Harga barangan yang dieksport semakin mahal.
      • Sukar bagi firma antarabangsa untuk meningkatkan jualannya di pasaran asing kerana harga yang lebih tinggi.
      SOALAN 4-4
      1. Common Law
      2. Undang-undang Sivil atau  code law
      3. Undang-undang sosialis
      4. Undang-undang Islam
      SOALAN 4-5 1.  Betul            2.  Salah            3.  Salah            4.  Betul        5.  Salah SOALAN 4-6
      a)        The Paris Convention for The Protection of Industrial Property (Persidangan Paris)
      •      Ia mengandungi 100 buah negara ynag telah bersetuju untuk mengiktirafkan hak-hak ahlinya di dalam perlindungan tandaniaga, paten dan lain-lain hak hakmilik.
      •      Pendaftaran mana-mana negara ahli membolehkan perlindungan yang sama diberi di semua negara ahli.
      1.     The Madrid Agreement
        •     Ia menubuhkan Biro Pendaftaran Tanda Niaga Antarabangsa.
        •     Terdapat 26 buah negara yang menjadi ahli di Eropah yang bersetuju untuk memberi perlindungan terhadap tanda niaga secara automatik kepada semua ahli.
        •     Melalui tiga perjanjian di atas, dua “multi country patent agreement” telah selaraskan prosedur-prosedur paten di Eropah.
        •     Kesatuan Eropah telah meluluskan peraturan tanda niaga  yang akan memberi perlindungan harta benda ke atas semua negara ahli.
        •     Sesebuah syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk bergantung kepada sistem kebangsaan apabila mereka ingin melindungi sesuatu tanda niaga di beberapa buah negara sahaja atau di sistem Eropah, iaitu perlindungan diberi di kesemua  negara  Kesatuan Eropah.
        •     Jika sesuatu tanda niaga tidak digunakan selama lima tahun maka perlindungan akan ditarik balik.