Bab 7 : Debentur dan Caj (Gadaian)
7.0 Pengenalan
Salah satu daripada ciri2 entiti terpisah sebuah syarikat
ialah syarikat berhak untuk memiliki harta dan membuat apa2 transaksi atas
namanya sendiri. Seperti individu yang melibatkan diri dalam perniagaan,
syarikat juga perlu mendapatkan modal dan menambah punca kewangannya. Salah
satu cara yang boleh dilakukan oleh syarikat untuk mendapatkan modal ialah
dengan membuat pinjaman samada daripada bank, institusi kewangan/ daripada
mana2 pemiutang.
Kuasa untuk meminjam selalunya dimasukkan di dalam fasal
tujuan dan fasal kuasa yang didapati di dalam memorandum syarikat. Jika
sekiranya tidak terdapat peruntukan sedemikian, Perkara 13 dan 15 Jadual 3 Akta
Syarikat adalah terpakai, di mana diperuntukan bahawa syarikat mempunyai kuasa
untuk membuat pinjaman.
Pinjaman boleh dilakukan terhadap orang perseorangan/
institusi kewangan. Selain daripada itu, syarikat juga boleh mendapatkan
pinjaman daripada orang ramai dengan cara mengeluarkan/ menerbitkan debenture.