DEFINISI
DAN
KONSEP
PENGURUSAN
|
OBJEKTIF
|
Objektif Am : |
Mengetahui dan memahami definisi dan konsep-konsep pengurusan |
Objektif : Khusus |
Di akhir unit ini anda seharusnya dapat :
|
|
-
PENGENALAN
Apakah yang anda ketahui tentang pengurusan ? Hampir setiap masa orang memperkatakan tentang pengurusan. Bagaimanapun, apabila kita membincangkan tentang pengurusan, secara tidak langsung kita membincangkan mengenai konsep, terminologi, prinsip dan teori pengurusan.
Perbincangan tentang pengurusan memerlukan kepada aspek berkaitan dengan amalan pengurusan yang dilaksanakan oleh sesuatu organisasi dan peranan sumber-sumber yang mempengaruhi organisasi khususnya sumber manusia.
Dalam kehidupan seharian, kita semua terlibat dengan pengurusan secara langsung mahupun tidak langsung. Sebagai seorang pekerja mahupun pelajar di politeknik akan terlibat dengan pengurusan tanpa disedari. Pengetua bertindak sebagai pengurus yang akan mengurus perjalanan aktiviti di politeknik, manakala pensyarah pula akan mengurus perjalanan proses pengajaran dan pelajar pula bertindak sebagai pengurus diri masing-masing untuk mengurus masa bagi menjalani pelajaran di politeknik.
Secara mudahnya, kita dapat memperkatakan bahawa pengurusan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan oleh seseorang pengurus.
Di dalam unit ini, kita akan mempelajari dan memahami definisi, kepentingan dan perkembangan pengurusan secara umum sebelum kita mempelajari secara mendalam dalam unit-unit yang seterusnya.
1.1 DEFINISI PENGURUSAN
Di
dalam pengurusan, definisi pengurusan kebiasanya digunakan dalam
beberapa cara yang berbeza. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan
dengan pengurusan ?
Oleh
kerana terdapat pelbagai takrifan pengurusan, kita boleh mengambil dua
definisi yang bersesuaian dengan situasi semasa yang diperkatakan oleh :
a. Jaafar Muhammad (1992) ;
Pengurusan
merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk
sumber ekonomi dan tenaga kerja) dengan cara perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan
output (segala barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh
pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai
b. Abu Mansur Ahmad et. Al (1999) ;
Pengurusan boleh dirujuk sebagai suatu proses, suatu disiplin, manusia dan suatu kerjaya
Secara umumnya, kita boleh mendefinisikan pengurusan sebagai :
Suatu proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi untuk mencapai tujuan dan objektif organisasi yang telah ditetapkan dengan efektif dan efisyen.
Rajah
1.1 menunjukkan hubungkait diantara keempat-empat proses pengurusan
yang telah dinyatakan di atas. Setiap proses ini mempunyai peranannya
masing-masing dalam mencapai sesuatu matlamat organisasi.
Rajah 1.1 : Hubungkait proses-proses pengurusan
-
KEPENTINGAN PENGURUSAN
Bolehkah
anda nyatakan mengapakah pengurusan penting kepada sesebuah organisasi?
Bagaimana pengurus boleh mempengaruhi semua fasa di dalam organisasi
moden? Bolehkah anda fikirkan mengapa masyarakat dan negara dapat
mencapai kemajuan? Persoalan-persoalan sebegini menunjukkan kepada kita
tentang kepentingan pengurusan sesuatu organisasi.
Di
sini, kita akan menghuraikan kepentingan-kepentingan yang timbul
daripada persoalan-persoalan tersebut yang akan memberikan kefahaman
yang jelas kepada kita terhadap kepentingan pengurusan dalam kehidupan
seharian.
1.2.1 Kehidupan
Pengurusan
yang cekap akan menjamin kewujudan organisasi sepanjang masa. Kewujudan
organisasi ini memberikan sumbangan yang besar ke atas cara dan gaya
hidup sekarang. Kita bergantung kepada organisasi untuk bekalan makanan,
ubatan, pekerjaan dan sebagainya.
Selain
daripada itu, pengurusan yang baik akan membentuk sebuah organisasi
yang akan menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang lebih baik.
Dengan adanya kreativiti dan inovasi ahli organisasi, kehidupan semakin
canggih dan ada sesetengah kemodenan dan kecanggihan tersebut membawa
kepada kerosakan akibat kesan negatif seperti pencemaran alam sekitar,
bunyi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pengurusan dalam organisasi
sentiasa prihatin terhadap masalah tersebut dan sentiasa berikhtiar dan
mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul kerana mereka tahu mereka amat bergantung kepada masyarakat untuk
pasaran produk mereka.
Pengurusan
dan organisasi juga merupakan penyambung di antara manusia dengan
kehidupan pada masa lampau mereka. Manusia sentiasa akan memandang ke
belakang terhadap pencapaian yang pernah dilalui mereka dan akan membuat
perbandingan supaya prestasi dapat ditingkatkan. Kejayaan pengurusan
pada masa lampau akan dijadikan panduan untuk mencapai objektif dan
matlamat pada masa akan datang.
-
Kerjaya
Aktiviti
pengurusan membantu mencapai objektif dan matlamat yang telah
ditetapkan dalam sesebuah organisasi supaya ia terus wujud dan dapat
bersaing dengan lain-lain organisasi. Pengurusan dalam sesebuah
organisasi terdiri daripada semua pengurus di semua peringkat
organisasi. Pengurusan merupakan jentera yang akan menggerakkan sesebuah
organisasi. Selain daripada menjalankan tugasnya sebagai seorang
pengurus, pengurus juga merupakn penghubung di antara kakitangan dan
penghubung antara kakitangan dengan pelanggan serta masyarakat
sekeliling.
-
Masyarakat
Masyarakat
dan negara terus wujud dan dapat mencapai kemajuan dengan adanya
pengurus yang cekap memimpin organisasi. Pengurus yang efektif mungkin
menjadi sumber utama kepada negara-negara maju dan dan menjadi sumber
yang paling dikehendaki oleh negara-negara yang sedang membangun. Oleh
itu, masyarakat dalam era ekonomi global amat memerlukan pengurus yang
beretika, cekap dan berkesan. Pengurus dan pengurusan berusaha
menggalakkan aktiviti individu yang membawa kepada pencapaian matlamat
organisasi. Sebaliknya aktiviti individu yang menghalang kepada
penyempurnaan matlamat organisasi tidak digalakkan.
-
Berikan definisi pengurusan.
-
Pengurusan penting untuk :
a._______________
b._______________c._______________
-
Pengurusan ialah suatu proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal usaha-usaha kesemua ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber organisasi.
1.2
a. Kehidupan.
b. Kerjaya.
c. Masyarakat.
-
PERKEMBANGAN PENGURUSAN
Pengetahuan mengenai sejarah pengurusan boleh membantu kita membina pandangan mengenai pembentukan teori, konsep dan amalan pengurusan yang menjadi dasar kepada kupasan, idea serta perumusan teori dan pemikiran pengurusan pada hari ini. Pemahaman mengenai sejarah perkembangan pengurusan akan membantu kita menolak penemuan idea yang telah dikemukakan sebelumya. Ia akan membantu kita melihat kepada sumbangan pandangan, pengajaran dan teknik yang membimbing pengurus dalam usaha meningkatkan kualiti dan daya saing.
Sejarah ringkas perkembangan pengurusan dapat disimpulkan seperti jadual 1 di bawah.
Jadual 1.1 : Sejarah Ringkas Perkembangan Pengurusan
Tarikh |
Konsep / Pendekatan
|
Pengasas
|
Fokus / Asas / Falsafah
|
1880 –1920 |
( Berfungsi ) Functionalism |
H. Fayol
|
|
1890 – 1925 |
Pengurusan Saintifik |
F.W. Tylor
F.B. Gilbreth
C.Bedeaux
|
|
1900 – 1930 |
Organisasi Dinamik |
M.P.Follett
|
|
1925 – 1945 |
Pergerakan Perhubungan Manusia |
E.Mayo
|
|
1930 – 1960 |
Hubungan Pengurusan |
L.F.Urwick
E.F.L.Brech
|
|
1940 – 1960 |
Teori Motivasi |
A.Maslow
|
|
1950 – 1970 |
Sumber Manusia |
D.McGregor
|
|
1950 – 1975 |
Sistem Teknikal Sosial |
E.Jacques
F.Emery
E.Trist
|
|
1955 – 1965 |
Pengurusan melalui Objektif |
P.Drucker
J.Humble
G.Odierne
|
|
1955 – 1975 |
Tingkahlaku Organisasi |
C.Argyris
|
|
1960 – 1970 |
Teori Motivasi |
F.Herzberg
|
|
1965 – 1975 |
Rekabentuk Kerja |
L.E.Davis
|
|
1965 – 1985 |
Gaya Kepimpinan dan Pengurusan |
J. Adair
R. Blake
J.Moulton
|
|
1970 – 1980 |
Pembangunan Pengurusan |
R.Revans
R.Coverdale
|
|
1970 – 1980 |
Strategi Korporat |
I.Ansoff
|
|
1975 – 1980 |
Peranan Pengurusan |
H. Mintzberg
|
|
1980 - |
Total Pengurusan Kualiti |
W.E.Deming
|
|
1980 - |
Strategi kompetatif |
M.Porter
|
|
1980 – 1990 |
Pengurusan Jepun |
R.Hays
B.Abernathy
|
|
-
Pengurusan berkonsepkan rekabentuk kerja diasaskan oleh ____________________ pada tahun 1965 – 1975 memfokuskan kepada _________________________ dan _____________________.
-
Konsep pengurusan Jepun yang memfokuskan kepada perindustrian bertaraf dunia di asaskan oleh ______________.
-
Pengurusan berasaskan peningkatan kualiti melalui organisasi merupakan konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh W.E. Deming yang berkonsepkan __________________________.
-
L.E. Devis , Kepuasan dan Pengkayaan Kerja.
-
R. Hays dan B. Abernathy.
-
Total Pengurusan Kualiti ( TQM ).
Huraikan kepentingan pengurusan dalam kehidupan, kerjaya dan masyarakat.
SOALAN 1-2
Perihalkan perkembangan pengurusan selepas perang dunia kedua sehingga kini
( 1946 –2000).