UNIT 6
OBJEKTIF
Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami tentang sistem catatan bergu yang digunakan sebagai cara untuk menyimpan rekod yang lengkap dan persamaan perakaunan.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
- Menerangkan konsep catatan bergu sebagai satu rekod yang lengkap dan sebagai satu cara menyimpan rekod
- Menerangkan secara ringkas fungsi akaun hasil, belanja, aset, liabiliti dan modal(ekuiti pemilik)
- Menyatakan jenis-jenis akaun iaitu akaun perorangan dan akaun bukan perorangan dan pecahan kepada akaun bukan perorangan (akaun-akaun nominal dan akaun-akaun benar)
- Menyatakan peraturan catatan bergu untuk aset, liabiliti dan modal
INPUT
PENGENALAN
Simpan kira dalam perniagaan mempunyai kaedah-kaedah tertentu. Kaedah-kaedah ini direka untuk membolehkan proses merekod dilakukan dengan teratur dan rekod yang dihasilkan adalah tepat. Kaedah catatan bergu adalah satu kaedah simpan kira yang paling banyak digunakan oleh akauntan dan firma-firma perniagaan pada masa ini.
- PRINSIP CATATAN BERGU
Mengikut prinsip ini, setiap urusniaga secara amnya mesti melibatkan catatan debit (pihak yang menerima nilai) dan catatan kredit (pihak yang memberi nilai) yang boleh digambarkan seperti berikut:
Pihak yang menerima nilai = pihak yang memberi nilai
(DEBIT) (KREDIT)
Asas prinsip ini adalah bahawa urusniaga yang berlaku akan dicatatkan dalam satu set akaun yang mana terdapat akaun yang akan didebitkan dan akaun yang akan dikreditkan dan jumlah nilai akaun yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah nilai akaun yang dikreditkan.
Prinsip Catatan Bergu akan digunakan untuk merekod akaun aset, akaun liabiliti, akaun ekuiti pemilik, akaun hasil dan akaun belanja. Sekarang kita akan mempelajari secara ringkas fungsi akaun hasil, belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
Apakah fungsi akaun :
- Hasil
- Belanja
- Aset
- liabiliti
- ekuiti pemilik ?
- AKAUN HASIL
Akaun yang digunakan untuk merekod jumlah wang yang diterima atau akan diterima daripada jualan barang atau perkhidmatan (aktiviti utama entiti berkenaan) dalam satu tempoh perakaunan. Contoh-contoh akaun hasil seperti akaun hasil jualan, akaun sewa diterima, akaun komisen diterima.
6.4 AKAUN BELANJA
Akaun yang digunakan untuk merekod belanja yang dilibatkan atau dikorbankan untuk memperolehi hasil tadi. Contoh-contoh akaun belanja seperti akaun belanja sewa, belanja perjalanan dan belanja komisen
6.5 AKAUN ASET
Akaun yang digunakan untuk merekod sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan. Contoh-contoh akaun aset seperti akaun wang tunai, akaun stok dan akaun mesin.
- AKAUN LIABILITI
Akaun yang digunakan untuk merekod jumlah hutang perniagaan kepada pihak luar. Contoh-contoh akaun liabiliti seperti akaun pinjaman dan akaun pemiutang.
- AKAUN MODAL (EKUITI PEMILIK)
Akaun yang digunakan untuk merekod hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan.
Kelima-lima kumpulan akaun yang telah kita nyatakan di atas sebenarnya boleh dibincangkan dengan lebih jelas dengan membahagikan akaun-akaun kepada dua jenis utama iaitu Akaun Perorangan dan Akaun Bukan Perorangan.
6.8 JENIS-JENIS AKAUN
Pengkelasan jenis-jenis akaun boleh digambarkan dengan gambarajah di bawah:
JENIS-JENIS AKAUN
AKAUN BUKAN PERORANGAN
AKAUN PERORANGAN
AKAUN BENAR
AKAUN NOMINAL
- Pemiutang
- Penghutang
BELANJA
- Tunai
- Bank
- Bangunan
- Tanah
- Perabot
- Alatan pejabat
- Kenderaan
- Lekapan dan
- Jualan
- Komisen
diterima
- Diskaun
diterima
- Belian
- Diskaun diberi
- Iklan
- Sewa
- Gaji
- Insurans
- Alatulis
- Air dan elektrik
- Belanja pos
- Pengangkutan
Berdasarkan gambarajah di atas, akaun-akaun boleh dibahagikan seperti berikut:
- AKAUN PERORANGAN
- Biasanya berkaitan dengan akaun-akaun penghutang barang niaga (pelanggan) dan akaun-akaun pemiutang barang niaga (pembekal)
- AKAUN BUKAN PERORANGAN
- Berkaitan dengan akaun-akaun selain daripada akaun-akaun penghutang barang niaga (pelanggan) dan akaun-akaun pemiutang barang niaga (pembekal)
- Boleh dibahagikan kepada
- Akaun Nominal dan
- Akaun Nyata
- Akaun nominal digunakan untuk merekod semua perbelanjaan dan
hasil perniagaan
- Akaun Nyata digunakan untuk merekod semua aset yang dimiliki oleh perniagaan
AKTIVITI 6a
- Prinsip catatan bergu secara amnya melibatkan catatan________________dan
Catatan kredit
- Jumlah nilai akaun yang didebitkan mestilah___________dengan jumlah nilai akaun yang dikreditkan
- Terangkan secara ringkas fungsi akaun hasil dan akaun aset
- Akaun-akaun boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu akaun _________________ dan akaun ___________________
MAKLUM BALAS 6a
- Prinsip catatan bergu secara amnya melibatkan catatan debit dan catatan kredit
- Jumlah nilai akaun yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah nilai akaun
yang dikreditkan
- Fungsi akaun hasil ialah merekod jumlah wang yang diterima atau akan diterima daripada jualan barang atau perkhidmatan (aktiviti utama entiti berkenaan) dalam satu tempoh perakaunan. Contoh-contoh akaun hasil seperti akaun hasil jualan, akaun sewa diterima, akaun komisen diterima.
Fungsi akaun aset ialah Akaun yang digunakan untuk merekod sumber ekonomi
yang dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan. Contoh-contoh akaun aset
seperti akaun wang tunai, akaun stok dan akaun mesin.
- Akaun-akaun boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu akaun perorangan
dan akaun bukan perorangan
INPUT
6.9 PENGENALAN
Apakah pula perkaitan di antara akaun aset, akaun liabiliti dan akaun modal??????
Sebenarnya memang ada perkaitan yang sangat rapat di antara akaun aset, belanja dan ekuiti pemilik. Hubungan di antara ketiga-tiga kumpulan akaun ini akan membentuk apa yang dipanggil sebagai Persamaan Perakaunan.
- PERSAMAAN PERAKAUNAN
Secara mudahnya persamaan perakaunan menggambarkan hubungan di antara jumlah aset dan jumlah sumber kewangan yang membiayai aset tersebut. Rujuk gambarajah di bawah:
Berpunca dari
ASET yang dimiliki perniagaan
Pelaburan
( SUMBER KEWANGAN )
Berdasarkan gambarajah di atas, persamaan perakaunan akan kelihatan seperti berikut:
ASET = SUMBER KEWANGAN
Sekarang kita akan melihat bentuk persamaan perakaunan sekiranya jumlah keseluruhan aset berpunca dari semata-mata dari pelaburan oleh pemilik ke dalam perniagaan seperti yang digambarkan di bawah:
berpunca dari
Pelaburan
( SUMBER KEWANGAN )
ASET yang dimiliki perniagaan
Sumbangan oleh pemilik
(MODAL)
Berdasarkan gambarajah di atas, bahagian sumber kewangan dalam persamaan perakaunan akan berubah seperti berikut:
ASET = MODAL (EKUITI PEMILIK) =
Seterusnya kita akan melihat bentuk persamaan perakaunan jika jumlah keseluruhan aset berpunca dari pelaburan yang sebahagiannya oleh pemilik dan sebahagian lagi dari sumber luaran seperti pinjaman bank yang digambarkan seperti gambarajah di bawah.
Berpunca dari
Pelaburan
( SUMBER KEWANGAN )
ASET yang dimiliki perniagaan
Sumbangan oleh pemilik
(MODAL)
Sumber-sumber luaran
- Pinjaman bank
- Pemiutang
Berdasarkan gambarajah di atas, bahagian sumber kewangan dalam persamaan perakaunan akan berubah lagi dan akan kelihatan seperti berikut:
ASET = MODAL (EKUITI PEMILIK) + LIABILITI
Persamaan perakaunan ini sangat berkait rapat dengan Prinsip Catatan Bergu yang digambarkan seperti di bawah:
- PERKAITAN DI ANTARA PERSAMAAN PERAKAUNAN DENGAN
PRINSIP CATATAN BERGU
ASET = MODAL + LIABILITI
Pihak yang pihak yang memberi nilai
menerima nilai
PERSAMAAN PERAKAUNAN:
DEBIT = KREDIT
Pihak yang pihak yang memberi
menerima nilai nilai
PRINSIP
CATATAN
BERGU
Berdasarkan kepada persamaan perakaunan dan prinsip catatan bergu di atas, maka dapat ditentukan kedudukan baki normal bagi akaun-akaun aset, modal dan liabiliti seperti berikut:
JENIS AKAUN
|
BAKI NORMAL
|
|
Debit
|
|
Kredit
|
|
Kredit
|
Apakah pula perkaitan di antara akaun aset, akaun liabiliti dan akaun modal??????
6.12 PERATURAN CATATAN BERGU UNTUK AKAUN ASET, MODAL DAN LIABILITI
Berpandukan kepada baki normal bagi setiap jenis akaun di atas, kita dapat menentukan peraturan catatan bergu bagi akaun aset, akaun modal dan akaun liabiliti seperti yang ditunjukkan di bawah:
ASET
|
bertambah nilainya
|
DEBITKAN
|
ASET
|
berkurang nilainya
|
KREDITKAN
|
LIABILITI
|
bertambah nilainya
|
KREDITKAN
|
LIABILITI
|
berkurang nilainya
|
DEBITKAN
|
EKUITI PEMILIK
|
bertambah nilainya
|
KREDITKAN
|
EKUITI PEMILIK
|
berkurang nilainya
|
DEBITKAN
|
Dalam bentuk akaun pula, peraturan catatan bergu ini akan kelihatan seperti
berikut:
DT AKAUN ASET KT
Bertambah Nilai Berkurang Nilai
DT AKAUN MODAL KT
Berkurang Nilai Bertambah Nilai
DT AKAUN LIABILITI KT
Berkurang Nilai Bertambah Nilai
Daripada ringkasan peraturan catatan bergu di atas, dapat disimpulkan bahawa:
- DEBIT tidak bermaksud pertambahan ( ) nilai bagi setiap akaun dan KREDIT pula tidak bermaksud pengurangan nilai ( ) bagi setiap akaun
- Pertambahan ( ) atau pengurangan ( ) nilai pada akaun bergantung kepada JENIS AKAUN yang terlibat sama ada akaun tersebut akaun ASET, akaun LIABILITI atau akaun MODAL.
AKTIVITI 6b
- Persamaan perakaunan menggambarkan hubungan di antara ____________dan_________________
- Tuliskan persamaan perakaunan sekiranya keseluruhan aset dibiayai
sepenuhnya oleh pelaburan oleh pemilik perniagaan ke dalam perniagaan
- Nyatakan baki normal bagi akaun-akaun berikut:
- Akaun aset
- Akaun modal
- Akaun Liabiliti
MAKLUM BALAS 6b
- Persamaan perakaunan menggambarkan hubungan di antara aset dan sumber kewangan
- Aset = Modal
- Baki normal bagi akaun-akaun berikut:
- Akaun aset ( debit )
- Akaun modal ( kredit )
- Akaun Liabiliti ( kredit )
PENILAIAN
KENDIRI
SOALAN 6.1
Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga mempunyai dua tindakan. Nyatakan tindakan-tindakan itu
- ____________________________________
- ____________________________________
SOALAN 6.2
Masukkan butir-butir berikut ke dalam ruangan akaun-akaun yang sesuai dalam jadual yang disediakan:
Modal
|
Pemiutang
|
Tanah
|
Jualan
|
Lekapan & Lengkapan
|
Kenderaan
|
Belian
|
Penghutang
|
Diskaun diberi
|
Bank
|
Belanja pos
|
Angkutan keluar
|
Diskaun diterima
|
Belanja pengiklanan
|
Alatulis
|
Belanja insurans
|
Komisen diterima
|
Angkutan masuk
|
Sewa
|
Upah
|
Bangunan
|
Akaun Perorangan
|
Akaun Nyata
|
Akaun Belanja
|
Akaun hasil
|
SOALAN 6.3
Tandakan sama ada perkara-perkara berikut aset atau liabiliti:
Butiran
|
Aset
|
Liabiliti
|
(a) Hutang perniagaan kepada
pihak bank
| ||
(b) Meminjam daripada syarikat
kewangan
| ||
( c ) Beli alatan pejabat
| ||
(d ) Baki tunai di bank
| ||
( e ) Penghutang
|
SOALAN 6.4
Tuliskan persamaan perakaunan sekiranya jumlah keseluruhan aset berpunca dari pelaburan yang sebahagiannya oleh pemilik dan sebahagian lagi dari sumber luaran seperti pinjaman bank
SOALAN 6.5
Lengkapkan jadual merekod urusniaga mengikut prinsip catatan bergu:
Debitkan /Kreditkan
ASET
|
Bertambah nilai
| |
ASET
|
Berkurang nilai
| |
LIABILITI
|
Bertambah nilai
| |
LIABILITI
|
Berkurang nilai
| |
EKUITI PEMILIK
|
Bertambah nilai
| |
EKUITI PEMILIK
|
Berkurang nilai
|
MAKLUM BALAS
ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA TERLEBIH DAHULU?
JIKA “YA”, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA
JAWAPAN 6.1
- Mendebitkan akaun yang menerima nilai
- Mengkreditkan akaun yang memberi nilai
JAWAPAN 6.2
Akaun Perorangan
|
Akaun Nyata
|
Akaun Belanja
|
Akaun hasil
|
Modal
|
bank
|
belian
|
jualan
|
pemiutang
|
Lekapan dan kelengkapan
|
Belanja insurans
|
Diskaun diterima
|
penghutang
|
Kenderaan
|
Belanja sewa
|
Komisen diterima
|
bangunan
|
Belanja pos
| ||
tanah
|
Belanja pengiklanan
| ||
upah
| |||
Diskaun diberi
| |||
Angkutan keluar
| |||
Angkutan masuk
| |||
Alatulis
|
JAWAPAN 6.3
Butiran
|
Aset
|
Liabiliti
|
(a) Hutang perniagaan kepada
pihak bank
| ||
(b) Meminjam daripada syarikat
kewangan
| ||
( c ) Beli alatan pejabat
| ||
(d ) Baki tunai di bank
| ||
( e ) Penghutang
|
JAWAPAN 6.4
ASET = LIABILITI + MODAL (ekuiti pemilik)
JAWAPAN 6.5
Debitkan /Kreditkan
ASET
|
Bertambah nilai
| Debit |
ASET
|
Berkurang nilai
|
kredit
|
LIABILITI
|
Bertambah nilai
|
kredit
|
LIABILITI
|
Berkurang nilai
|
Debit
|
EKUITI PEMILIK
|
Bertambah nilai
|
kredit
|
EKUITI PEMILIK
|
Berkurang nilai
|
Debit
|