April 29, 2012

A1001_Pendidikan Islam 1_UNIT2


UNIT  
2
TASAWWUR ISLAM





OBJEKTIF




Pelajar-pelajar,
Pastikan anda  dapat mencapai objektif yang  telah ditetapkan..
OBJEKTIF AM
   
  1. Mengetahui dan memahami konsep Islam sebagi al Din.
  2. Memahami konsep Sekularisme dan bahayanya kepada umat Islam.

OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
  1. menghuraikan pengertian Islam sebagai satu cara hidup.
  2. menyatakan ciri-ciri keistimewaan Islam.
  3. memberikan contoh kehidupan yang bersesuain dengan konsep al Din.
  4. menyatakan pengertian Sekularisme.
  5. membezakan konsep Islam dan Sekularisme.










INPUT
(TASAWWUR ISLAM)


2.0    PENGENALAN.
Islam adalah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memimpin umat manusia kepada kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.


Untuk kenal dan memahami Islam sebenar, mestilah banyakkan membaca dan berbincang..





2.1    PENGERTIAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

2.1.1    Definisi Islam.

2.1.1.1    Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri.  Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk, dan  menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
2.1.1.2    Kepatuhan kepada syariat Allah SWT merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian ajaran Islam.
2.1.1.3    Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada penganutnya yang mematuhi segala ajarannya. Oleh hal yang demikian, seseorang muslim yang sejati mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam al Qur’an dan menjadikannya sebagai panduan hidup.
  • Tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu.
  • Patuh pada  segala ketentuan Allah SWT dengan ikhlas.
  • Reda dengan segala ketentuan daripada Allah SWT dan sentiasa bertawakal dalam segala urusan.
  • Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya dan cemerlang dalam semua bidang.
  • Sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT untuk keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

Hai, baru tahu ke…?
Rupanya, Islam telah menunjukkan cara hidup yang sangat sempurna!!!
2.1.1.4.    Islam adalah agama penutup bagi agama-agama Samawi (agama yang turun dari langit). Oleh sebab itu segala ajaran Islam adalah lengkap, merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.




        1. Keunggulan agama Islam dapat dilihat daripada
beberapa aspek, misalnya:
  • Ajarannya lengkap untuk keperluan dan
     kesejahteraan hidup manusia.
  • Ajarannya sesuai di amalkan oleh semua
     bangsa di dunia.
  • Ajarannya sesuai diamalkan pada setiap masa dan semua tempat di dunia ini.
  • Allah SWT yang menjadikan manusia dan mengetahui segala keperluan makhlukNya, maka syariat Islam dapat memenuhi keperluan-keperluan tersebut.


2.1.2    Pengertian Islam Sebagai Al Din.
   
Menurut al Qur’an Islam adalah agama (al Din) dan al Quran sebagai sumber yang mutlak telah menggunakan kalimah ‘ad-din’ dalam dua bentuk:
   
  • Agama (cara hidup) yang sesat, seperti firman Allah:


Maksudnya: Untukmulah agamamu
  • Agama (cara hidup) yang diakui benar dan hak seperti firman Allah:

    Maksudnya: “Dan untukkulah agamaku.”

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.”

Istilah agama (al Din) dalam al Qur’an merangkumi empat ciri-ciri pokok:
  • Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi.
  • Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan mutlak tersebut.
  • Sistem atau peraturan-peraturan sama ada yang berbentuk teori atau amali yang digubal oleh kekuasaan, kehakiman dan kesultanan yang tersebut.
  • Pembalasan nikmat yang diberikan oleh kekuasaan yang tertinggi ke atas setiap yang taat dan patuh kepada sistem tersebut, atau sebaliknya pembalasan azab ke atas yang ingkar dan derhaka.

Dengan penjelasan lain istilah agama (ad Din) menurut al Qur’an merangkumi empat bidang:

    a.    Bidang akidah.
    b.    Bidang ibadah.
    c.    Bidang perundangan.
    d.    Bidang akhlak.

Agama atau ad Din yang merangkumi keempat-empat ciri yang tersebut itulah yang diistilahkan ISLAM:

    Maksudnya:  “Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.”



2.2    CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM.
Islam merupakan satu cara hidup yang mempunyai sifat keistimewaannya tersendiri berbanding dengan agama-agama yang lain di atas muka bumi ini. Islam mempunyai ciri-ciri asas yang unggul lagi istimewa. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, ciri-ciri Islam adalah seperti berikut :








Belajar juga sebahagian dari agama.  Hukumnya adalah WAJIB!!!

2.2.1 Ketuhanan ( Rabbaniyah ).
Islam bukan agama ciptaan manusia. Setiap ciptaan manusia mempunyai kelemahan, keterbatasan dan terpengaruh oleh faktor-faktor tempat, masa, budaya, warisan, watak dan hawa nafsu. Maksud Rabbaniyyah ialah bahawa seluruh alam, peraturan serta sistem yang terkandung di dalam Islam merupakan ciptaan Allah dan digubal olehNya. Allah sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam dan seluruh makhluk. Tidak ada satupun sistem Islam ini direka atau digubal oleh manusia. Penerimaan manusia akan hakikat Rabbaniyyah ini akan mendorongnya melaksanakan seluruh tuntutan Islam ini dengan penuh gembira,  senang, redha, jujur dan ikhlas. Dorongan ini berlaku kerana :
  1. Benar-benar mengetahui dan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan berhak berbuat mengikut kehendakNya dan manusia hanya berhak patuh kepadaNya. Firman Allah SWT :

Maksudnya :
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka persekutukan
( Surah al Qasas : 68 )
  1. Meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui atas seluruh kejadianNya. Maka itu Dia berkuasa menyusun aturan kehidupan untuk makhluknya.
  2. Meyakini bahawa dengan kebijaksanaan dan keadilan Allah, Dia menciptakan aturan hidup ini dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan makhlukNya  atas rahmat dan keadilannya.
  3. Meyakini bahawa manusia tetap lemah dan tidak berupaya untuk sampai ketahap kesempurnaan walau setinggi manapun ilmu pengetahuannya.

Atas dasar Rabbaniyah inilah, seorang muslim tidak mempunyai alternatif lain kerana menerima aturan hidup Islam ini adalah tuntutan keimanan dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia.



2.2.2 Kesejagatan ( Alamiyah ).
Pelaksanaan sistem Islam dan misinya tidak terhad pada sempadan benua dan rupa bentuk muka bumi. Begitu juga manusia menurut pandangan Islam adalah sama, tidak ada batas pemisah di antara mereka. Kesesuaiannya meliputi setiap ruang dan makhluk yang wujud di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT :

Maksudnya :
Dan tidaklah kami mengutus kamu,melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam
( Surah al-Anbiya’ :107 )

Pendekatan Islam adalah bersifat universal dan tidak menyukai adanya batas-batas berasaskan warna kulit, bangsa, darah atau daerah, sebaliknya Islam mahu menyatukan keseluruhannya. Sifat kesejagatan ini juga tidak terbatas kepada waktu-waktu tertentu atau generasi tertentu sahaja.
Ya ! barulah kita  jadi muslim sebenar..!!!
Kita kena faham tentang agama kita sendiri..





2.2.3 Waqi’iyah ( Realiti ).
Islam adalah agama yang realistik kerana Islam diturunkan untuk dipraktikkan disemua tempat dan masa yang memang berlaku dalam kehidupan manusia seperti kehidupan berkeluarga, perhubungan sesama manusia, ekonomi dan seumpamanya.

2.2.4 Islam agama semua zaman dan tempat.
Islam adalah agama Allah yang sesuai untuk setiap zaman dan semua tempat. Allah SWT sebagai Rabb bagi alam ini sangat mengetahui tentang masa dan tempat kerana semuanya adalah di bawah kawalan Allah SWT. Adalah terlalu bodoh dan dangkal sesiapa yang mengatakan Islam hanya sesuai di zaman Nabi Muhammad SAW sahaja. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang tetap dan boleh berubah-ubah. Perkara yang menjadi prinsip seperti persoalan akidah sama sekali tidak boleh berubah dan tidak perlu kepada perubahan. Demikian juga perkara dasar dalam syariah.  Manakala perkara-perkara yang bersifat rantingan atau perkara-perkara kecil yang  berbentuk penditilan maka dibolehkan untuk berubah bahkan perlu kepada perubahan.

2.2.5     Islam agama Agong
Islam adalah agama paling tinggi lagi agung. Ia milik Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulallah SAW dan sahabat-sahabat Baginda telah mempersaksikan keagungan Islam. Pada masa itu umat Islam telah dapat mengalahkan kerajaan-kerajaan taghut Rom dan Parsi.  Umat Islam hari ini lemah adalah kerana mereka tidak memperjuangkan Islam dan tidak menghayatinya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulallah SAW.

2.2.6 Kamil dan Syamil
Kamil bererti lengkap dan sempurna manakala syamil bermaksud menyeluruh. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang sempurna. Kesempurnaan ini adalah kerana ianya datang daripada Allah SWT .

Firman Allah SWT :


Maksud nya :
    Hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu dan telah Aku selesaikan nikmatKu ke atas kamu dan Aku rela Islam sebagai deen kamu
( Surah al Maidah : 3 )
Islam juga bersifat syumul iaitu menyeluruh, mencakupi semua aspek hidup manusia. Allah SWT telah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mengambil Islam dalam semua aktiviti dan bidang kehidupan.
   
Firman Allah  SWT :
   
Maksudnya :
    Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh……..
                                (Al-Baqarah: 208)
2.2.7    Islam agama fitrah.
Islam adalah risalah untuk manusia seluruhnya, iaitu dipandang dari sudut manusia itu keseluruhannya. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa roh, bukan rohani tanpa jasmani, bukan fikiran tanpa perasaan dan bukan sebaliknya. Ia adalah risalah insan seutuhnya iaitu rohnya, jasmaninya, hati nuraninya, kemahuannya dan perasaannya.

Sesungguhnya Islam tidak membahagikan manusia kepada dua bahagian sebagaimana dilakukan oleh agama-agama yang lain iaitu  :
i. Bahagian rohani yang dikendalikan oleh agama dan diarahkan ke tempat ibadat. Bahagian ini menjadi hak golongan agama dan tempat permainan bagi para paderi dan pendita bagi mengarahkan manusia mengikut arahannya.
    ii. Terdiri daripada benda yang tidak ada kekuasaan bagi agama ke atasnya, malah tidak ada medan bagi Allah SWT padanya. Bahagian ini menjadi medan bagi kehidupan bagi kehidupan dunia, politik, masyarakat dan negara. Dan inilah bahagian yang terbesar dari kehidupan manusia.

Nak faham lagi…… jom buat latihan…..
























AKTIVITI
2A


Arahan :
2.1
Berikan definisi Islam.
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
2.2
Islam telah menetapkan ciri-ciri tertentu terhadap seorang muslim yang sejati. Senaraikan ciri-ciri seorang muslim sejati
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
2.3
Istilah al Deen  ( agama ) di dalam al Qur’an merangkumi 4 ciri utama. Nyatakan 4 ciri tersebut:
1. --------------------------------------------------------------------------
2. --------------------------------------------------------------------------
3. --------------------------------------------------------------------------
4. --------------------------------------------------------------------------

Jawab semua soalan.

MAKLUM BALAS AKTIVITI 2A


2.1    Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri. Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk, dan  menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

2.2    i.    Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam al Qur’an dan   
           menjadikannya sebagai panduan hidup
ii.    Tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu.
iii.    Patuh pada  segala ketentuan Allah SWT dengan ikhlas.
iv.    Reda dengan segala ketentuan daripada Allah SWT dan sentiasa bertawakal dalam segala urusan.
v.    Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya dan cemerlang dalam semua bidang.
vi.    Sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT untuk keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

2.3    i.    Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan yang mutlak dan tertinggi.
    ii.    Kepatuhan dan ketaatan kepada kekuasaan mutlak tersebut.
  1. Sistem atau peraturan-peraturan sama ada yang berbentuk teori atau amali yang digubal oleh kekuasaan, kehakiman dan kesultanan yang tersebut.
  2. Pembalasan nikmat yang diberikan oleh kekuasaan yang tertinggi ke atas setiap yang taat dan patuh kepada sistem tersebut, atau sebaliknya pembalasan azab ke atas yang ingkar dan derhaka.
Salah la…….kena baca lagi niiii…..







INPUT
(TASAWWUR ISLAM: SAMBUNGAN)


2.3.    STRUKTUR ISLAM SEBAGAI AL DIN.
   
Islam mempunyai konsep yang amat luas yang merupakan cara hidup yang lengkap. Ianya merangkumi perkara-perkara penting dalam pengertian Din itu sendiri. Di dalamnya terkandung TIGA perkara besar iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

      1. Aqidah (Iman).

Aqidah merupakan perkara asas dan dasar kepada Islam. Ia diumpamakan seperti akar tunjang bagi sepohon pokok. Aqidah juga merupakan titik permulaan menjadi seorang muslim serta merupakan asas keyakinan dan pegangan hidup manusia. Aqidah Islam adalah kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah Yang Maha Esa manakala Muhammad SAW adalah Rasulnya. Di samping itu menerima elemen-elemen yang enam dengan penuh keyakinan tanpa keraguan dan prasangka. Sabda Rasulullah SAW ( Terjemahannya ) :

“Berkata Rasulullah SAW : Sesungguhnya iman itu ialah engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan engkau beriman dengan takdir baik dan buruk.
                                   (Riwayat Muslim)

Aqidah, syariah, ehsan…. Apa dia ya… Nampaknya aku kena baca lagi….









2.3.2    Syariah (Islam)

Syariah ialah bidang Din Islam yang berkaitan dengan undang-undang, hukum hakam ketentuan Allah untuk dilaksanakan bagi menjamin kemaslahatan umat manusia. Syariah Allah meliputi segala aspek. Bermula dari pembentukan peribadi muslim, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia keseluruhannya yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia agar ditegakkan dengan syariah Islam.

Oleh itu, di dalam Islam Allah SWT telah mensyariatkan sembahyang, puasa, zakat, haji sebagai asas-asas penting dalam syariah Islam. Di atas asas-asas inilah manusia juga hendaklah melaksanakan segala aktiviti kehidupan mereka berdasarkan undang-undang Allah seperti dalam bidang kehidupan mereka berlandaskan undang-undang Allah seperti dalam bidang perundangan, aktiviti ekonomi, sosial, moral dan lain-lain. Ini semua mestilah berpandukan syariat yang telah diturunkan oleh Allah SWT.  

2.3.3    Akhlak (Ehsan)
   
Menurut Imam al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak ialah sifat yang tertaman dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari dalamannya.  Akhlak yang mulia merupakan matlamat yang asasi bagi risalah Islam. Ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud :

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
                     (Riwayat Malik)

Akhlak juga merupakan natijah dan tanda dari aqidah yang betul. Tidak ada nilai bagi aqidah atau iman yang tidak disertai oleh akhlaq yang mulia.  Akhlaq juga merupakan amalan yang paling berat yang akan diletakkan di dalam neraca hamba pada hari kiamat kelak. Maka barang siapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Di dalam Islam akhlak merupakan intipati bagi segala ibadat. Tanpa akhlak hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Firman Allah SWT :



Maksudnya :
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”
                             (Surah al-Ankabut : 45)
Ayat tersebut menerangkan bahawa seseorang yang mendirikan solat sudah tentulah tidak melakukan perkara-perkara fasad dan mungkar kerana dia memahami erti Din Islam yang sebenarnya.

2.3.4    Hubungan Di Antara Aqidah, Syariah Dan Akhlak.

Syariah dan aqidah laksana hubungan batang pokok dan akarnya. Sebagaimana pohon kayu tak dapat tumbuh tanpa akar, demikian pula mustahil bagi seseorang yang tidak memiliki aqidah atau iman untuk memulakan dirinya menjadi seorang muslim.

Aqidah adalah dasar dalam Islam, ia menjadi titik permulaan untuk mengamalkan segala tuntutan Islam, atau menjadi tapak tegaknya aktiviti keislaman (syariah) dalam hidup dan kehidupan individu. Dengan adanya aktiviti keislaman yang dilakukan oleh seseorang individu menjadi bukti ia memiliki aqidah atau nilai keimanan yang dimilikinya.

Manusia hidup di atas dasar aqidahnya. Tinggi rendah nilai kepercayaan memberikan corak kepada kehidupannya. Oleh itu, kehidupan dalam Islam mesti dimulai dengan Iman. Sistem atau manhaj ini dapat dilihat daripada sirah Rasulullah SAW yang mana pada permulaan awal Islam para sahabat baginda dididik dengan asuhan iman terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk ke arah cara hidup Islam yang sebenar.

Hubungan aqidah (iman), Islam (syariah) dan ehsan (akhlak) dapat dilihat dalam sesuatu amal ibadah seperti sembahyang dianggap sah serta diterima Allah sekiranya dilaksanakan dengan penuh ehsan iaitu apabila niat asal mendirikannya kerana Allah dan bukan kerana yang lain. Inilah yang dinamakan ikhlas.

2.4.    ISLAM DAN CABARAN SEKULARISME.
Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan kehidupan dunia dengan agama. Ini bermakna agama hanya menjadi milik orang yang percaya kepada konsep ketuhanan sahaja, manakala satu golongan lagi tidak berpegang atau hidup tanpa berpandu kepada agama dalam apa saja lapangan kehidupan.
       
2.4.1     Suatu perkembangan yang membahayakan umat.

Suatu pengaruh dan fahaman yang merosakkan umat Islam ialah menularnya fahaman Sekular di tengah-tengah masyarakat Islam. Pengaruh Sekularisme ini telah merebak ke negara-negara Islam. Dikatakan bermula dari abad ke 18M hinggalah pengaruh ini akhirnya berakar umbi di dalam diri masyarakat Islam di abad ini. Suatu contoh  yang jelas di zaman moden ini ialah apa yang telah berlaku kepada Daulah Othmaniyah Turki, di mana  telah diadakan pembaharuan undang-undang dengan memasukkan undang-undang yang bukan daripada al Qur’an dan al Sunnah. Undang-undang ini datangnya dari kod orang Barat semenjak zaman Renaissance. Ia telah menjayakan Sekularisasi. Pengaruh tersebut semakin lama semakin menyeluruh dan berakar umbi  memasuki semua bidang hidup hingga menyebabkan soal-soal kehidupan harian terpisah dari dasar-dasar kerohanian Islam. Pengaruh Barat ini diterima dengan mudah dengan alasan untuk menjalankan pemodenan, pembangunan serta kemajuan. Melalui fahaman Sekular ini Deen Islam bukan lagi menjadi satu sistem untuk mengatur kehidupan manusia tetapi hanya menjadi amalan peribadi sahaja.
Beginilah keadaannya… Kalau hidup tak berpandukan  agama……
   





      1. Pendewaan nilai Barat.

Sebahagian masyarakat  kini juga sedang menghadapi bahaya kerana mendewakan idea-idea Barat buatan manusia. Hal ini amat membimbangkan kerana dikhuatiri mereka akan termasuk ke dalam golongan yang disifatkan Allah dalam FirmanNya :
   


Maksudnya :
    Mereka ( ahli kitab ) mengambil bijak pandai  dan pendita-pendita mereka sebagi tuhan-tuhan mereka selain dari Allah
( At-Taubah : 31 )

   
Mujahid Sa’id Hawwa telah menjelaskan di dalam kitabnya, Jundu Allah Thaqafatan Wa Akhlaqan, bahawa Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa “Adi bin Hatim at-Ta’l datang berjumpa Rasulullah SAW sedang baginda membaca ayat tersebut. “Adi berkata kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Ahli-ahli Kitab itu tidak pernah menyembah pendita-pendita mereka”. Maka Rasulullah SAW berkata kepada ‘Adi : “Ya !, sesungguhnya mereka mengharamkan ke atas ahli kitab sesuatu yang halal serta menghalalkan sesuatu yang haram dan mereka ahli kitab mematuhinya, maka itulah bentuk penyembahan kepada mereka (pendita-pendita) tersebut.”

Mujahid Sa’id Hawwa menjelaskan lagi bahawa jika dilihat kepada realiti masyarakat Islam kini ternyata bahawa mereka sedang melaksanakan hukum-hukum selain daripada hukum Allah SWT.

Di kalangan orang ramai terdapat berbagai sikap dan pandangan. Ada yang berterus terang mengajak kepada pelaksanaan hukum lain selain hukum Allah SWT. Ada yang bertindak sedemikian secara bersembunyi. Ada yang berpendapat bahawa hukum-hukum Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan pada masa kini kerana dikatakan ianya adalah sistem yang kuno dan ketinggalan zaman. Ada yang berpuas hati dengan sistem kufur yang berjalan hingga jika diajak untuk mengubahnya mereka enggan. Ada yang mempersendakan dan mengejek apabila diajak kembali kepada al Qur’an dan as Sunnah. Tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kerja-kerja untuk melaksanakan hukum-hukum Islam itu telah ketinggalan zaman serta tidak bertamadun lagi. Sikap-sikap sedemikian amat berbahaya serta dibimbangi akan termasuk ke dalam golongan yang difirmankan Allah SWT :

Maksudnya :
“Tidakkah kamu melihat mereka yang menyangka mereka itu beriman dengan apa yang ditanzilkan kepada engkau (Muhammad) dan apa yang telah ditanzilkan sebelum engkau, mereka mahu berhukum kepada taghut (sistem selain Islam) sedangkan mereka diperintahkan menolak taghut, dan syaitan itu mahu menyesatkan mereka sesesat-sesatnya.”
                                (An-Nisa’: 60)


2.4.3    Kejahilan Masyarakat Tentang Hakikat Islam.

Menurut asy-Syahid Dr.Abdul Kadir Audah di dalam bukunya, Al-Islam Wa Audha’una as-Siyasiyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya. Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan dengan tutur kata mereka.

Kejahilan terhadap Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam kerana mereka telah didoktrinkan dengan prinsip-prinsip Sekularisma. Mereka menolak hukum-hukumnya yang menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu sendiri.

Sebenarnya Islam adalah satu sistem hidup pilihan Allah SWT. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Firmannya :

Maksudnya :
“Sesungguhnya Din di sisi Allah hanyalah Islam.”
                                  (Ali-‘Imran : 19)

Allah SWT sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain daripada sistem hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam Firmannya :





Maksudnya :
“Sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai Deen (cara hidup), maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi.”
                                     (Ali-‘Imran: 85)

Jika demikian sifat Islam maka mengapa masih kedapatan ramai yang masih mencari-cari sistem yang lain daripada sistem Islam ? Sesungguhnya mereka yang menolak sistem Islam yang merupakan jalan menuju Allah SWT,  menolak al Qur’an dan menukar gantinya dengan ideologi-ideologi Sekularisma yang lain,  maka mereka sebenarnya telah diselaputi dengan kegelapan dan kesesatan.  Mereka jahil terhadap hakikat Islam itu sendiri.

Kejahilan itu membawa mereka yakin terhadap ideologi-ideologi Demokrasi, Kapitalisme, Komunisme, Liberalisasi dan Sosialisme, meskipun mereka mengaku dan percaya kepada Allah dari sudut tauhid Rububiyyah tetapi tidak pada sudut UluhiyyahNya. Kejahilan menyebabkan ada yang menyatukan Islam dengan ideologi-ideologi lain seperti melaungkan demokrasi Islam dan sosialis Islam dengan harapan supaya diterima oleh masyarakat. Sebenarnya penamaan tersebut bererti menzalimi Islam, sedangkan Islam bersih daripada penamaan-penamaan tersebut. Islam adalah Islam. Tidak ada sistem tiruan dan cedokan daripada mana-mana sistem lain. Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan mana-mana sistem kerana ia ditanzilkan oleh Allah SWT.
AKTIVITI
2B


Arahan :
Jawab semua soalan.
2.4.     Akidah Islam mempunyai tiga prinsip iaitu Iman, Islam dan Ehsan. Pengertian Ehsan ialah ….
  1. Bersedia melaksanakan segala perintah Allah.
  2. Sifat ingin berbuat kebajikan  dan menjauhi kemungkaran.
  3. Bersedia menerima petunjuk, perintah dan latihan jasmani  yang bertunjangkan kebenaran.
  4. Dasar mutlak yang mesti ditanam pertama kali dalam jiwa setiap manusia yang ingin berpegang kepada akidah Islam.

2.5.     Berikan definisi Sekularisma.


_________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.6.     Berikan pandangan anda mengenai ancaman Sekular yang telah meresapi masyarakat Islam.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



2.7.     Berikan beberapa contoh pengaruh Sekular yang menjadi amalan masyarakat Islam hari ini.

i.____________________________________________________________________
ii.___________________________________________________________________
iii.___________________________________________________________________










Rajin membaca dan membuat rujukan akan membantu kita untuk memahami Islam yang sebenar ….











MAKLUM BALAS AKTIVITI 2B



2.4.    B.

2.5.        Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan kehidupan dunia dengan agama. Ini bermakna agama hanya menjadi milik orang yang percaya kepada konsep ketuhanan sahaja, manakala satu golongan lagi tidak berpegang atau hidup tanpa berpandu kepada agama dalam apa saja lapangan kehidupan.

2.6.    Apa sahaja pandangan  anda  yang sesuai.

2.7.       i.    Bidang pendidikan.
           ii.     Bidang hiburan.












PENILAIAN KENDIRI



1    Islam merupakan satu cara hidup yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding agama yang lain. Berikan huraian 3 ciri Islam  menurut Abdullah Nasih Ulwan.:

    i. Rabbaniyyah
  _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    ii.Alamiyah
   ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    iii. Waqi’iyah
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


2.    Perkembangan Sekularisme amat membahayakan umat Islam yang  bertanggungjawab menegakkan dan melaksanakan agama Allah.
Pilih kenyataan yang salah mengenai Sekularisme.
  1. Pendewaan nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan al Qur’an dan al Sunnah.
  2. Pembaharuan undang-undang dan memasukkan undang-undang yang bukan dari al Qur’an dan al Sunnah.
  3. Deen Islam menjadi amalan peribadi dan tidak lagi sebagai sistem pengatur kehidupan manusia.
  4. Perlaksanaan Islam secara menyeluruh tanpa memisahkan kehidupan harian dari dasar-dasar kerohanian.

3.     Deen menurut al Qur’an meliputi kepentingan hidup manusia yang lengkap dan memberi pengertian kepada empat perkara.
Manakah padanan yang tidak tepat tentang perkara tersebut:
PERKARAHURAIAN
A.Al-to’ah wal Hudhu’Mematuhi perintah Allah yang maha Tinggi secara ikhlas.
B.SyariahSegala sistem pemikiran dan amalan adalah ketetapan Allah yang Maha Tinggi.
C.Al-HakimiyahMenerima Allah yang maha Agung sebagai hakim penentu dan pemerintah yang mutlak.
D.Al-jazakSegala amalan manusia mungkin mendapat balasan daripada Allah ynag Maha Tinggi.









MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI



1.    i.      Rabbaniyyah : ialah bahawa seluruh alam, peraturan serta sistem yang terkandung di dalam Islam merupakan ciptaan Allah dan digubal olehNya. Allah sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam dan seluruh makhluk. Tidak ada satupun sistem Islam ini direka atau digubal oleh manusia.

ii.    Alamiyah : Pelaksanaan sistem Islam dan misinya tidak terhad pada sempadan benua dan rupa bentuk muka bumi. Begitu juga manusia menurut pandangan Islam adalah sama, tidak ada batas pemisah di antara mereka. Kesesuaiannya meliputi setiap ruang dan makhluk yang wujud di muka bumi ini.

iii    Waqi’iyah : Islam adalah agama yang realistik kerana Islam diturunkan untuk dipraktikkan di semua tempat dan masa yang memang berlaku dalam kehidupan manusia seperti kehidupan berkeluarga, perhubungan sesama manusia, ekonomi dan seumpamanya.

2.         D.

3.         D.