November 4, 2013

PENGURUSAN PROJEK

 

PENGURUSAN
PROJEK



OBJEKTIF 

Objektif Am :

Memahami keperluan pengurusan projek



Objektif : Khusus

Di akhir unit ini anda seharusnya dapat :


  1. Menerangkan elemen-elemen dalam pengurusan projek

  1. Menerangkan perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek










  1. PENGENALAN   
     
    Unit ini akan membincangkan tentang pengurusan yang melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan dan inovasi dalam kerja operasi yang dikenali sebagai pengurusan projek.
     
    Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan projek?
     
    Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
     
    Sebelum kita meneruskan pelajaran dalam unit ini, kita juga perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan projek?
   
    Projek didefinisikan sebagai satu aktiviti operasi yang wujud hanya sekali-sekala dalam tempoh masa yang tertentu. Projek merupakan aktiviti yang besar dan akan mempengaruhi masa depan syarikat. Contohnya seperti projek pembinaan kemudahan, bangunan kilang, pusat membeli belah dan pemasangan sistem komputer.
 
 
 
9.1    ELEMEN-ELEMEN PENGURUSAN
   
    Sesuatu projek biasanya memerlukan alat-alat dan kemahiran di luar sistem pengeluaran. Organisasi projek akan dibentuk untuk memudahkan proses perjalanan projek menjadi lebih lancar dan sempurna.
 
 
    Terdapat TIGA peringkat pengurusan projek yang utama iaitu :-
 
  • Perancangan
     
    • Penjadualan
 
  • Pengawalan
 
 
Ketiga-tiga peringkat ini akan digunakan dalam teknik PERT, CPM dan carta Gantt. Teknik-teknik ini akan dijelas dengan lebih terperinci dalam tajuk yang seterusnya.
 
Dalam pengurusan projek , pasukan projek akan dibentuk yang mana ianya akan memainkan peranan penting untuk melaksanakan ketiga-tiga peringkat pengurusan projek yang telah dinyatakan di atas.
 





 
 
 
 
 
Organisasi projek akan menguruskan pengurusan projek melalui perancangan penjadualan dan pengawalan. Rajah 9.1 di bawah menunjukkan salah satu contoh struktur organisasi projek yang dibentuk dalam pengurusan sesuatu projek.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rajah 9.1 : Struktur Organisasi Projek
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


  1. Berikan maksud istilah-istilah berikut :
    1. Pengurusan projek
    2. Pasukan Projek
    3. Projek
 
  1. Nyatakan tiga peringkat utama dalam pengurusan projek.
 
  1. Mengapakah organisasi projek perlu dibentuk?
 
 
 
 
 
 
 
 
 



9.1    a. Pengurusan projek merupakan
satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 
b. Pasukan projek merupakan sekumpulan individu dari organisasi atau dari luar organisasi yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu projek. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengurus dan staf yang mahir dalam bidang tertentu seperti buruh dan jurutera yang diperlukan dalam projek pembinaan.
 
c. Projek ialah suatu aktiviti operasi yang wujud hanya sekali-sekala dalam tempoh masa yang tertentu. Projek merupakan aktiviti yang besar dan akan mempengaruhi masa depan syarikat. Contohnya seperti projek pembinaan kemudahan, bangunan kilang, pusat membeli belah dan pemasangan sistem komputer.
 
  1. i. Perancangan
    ii. Penjadualan
    iii. Pengawalan
 
9.3    untuk memudahkan proses perjalanan projek menjadi lebih lancar dan sempurna.
 
 
  1. Perancangan
     
    Perancangan merupakan salah satu daripada peringkat pengurusan projek yang utama yang merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. Ianya bertujuan untuk memudahkan pengurus dan pasukannya menjalankan sesuatu projek.
     
    Kebiasaannya, perancangan projek akan disenaraikan dalam bentuk dokumen yang formal yang dikenali sebagai skop projek. Seterusnya, projek akan dibahagikan kepada beberapa komponen yang lebih terperinci dengan kaedah yang dikenali sebagai struktur pembahagian kerja (seperti yang ditunjukkan dalam rajah carta alir di bawah).

     


     

     


     


     

     
     
Rajah 9.2 : Carta Alir Struktur Pembahagian Kerja
 
 
 
   

Dengan itu sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar oleh setiap individu dengan adanya sumber tenaga buruh dan masa yang diperlukan oleh penyelia dan bahagian pengawalan pengurusan.

 
 
 
 
 

  1. Penjadualan
 
Selepas proses perancangan, proses penjadualan diperlukan untuk menganggarkan jangkamasa yang diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti projek. Anggaran tempoh masa menyiapkan projek ditetapkan dengan membuat perbandingan dengan objektif projek syarikat.
 
Apakah yang akan berlaku sekiranya masa yang ditetapkan melebihi masa yang dihadkan?
 
Jika keadaan ini berlaku, tempoh persiapan projek mesti dikurangkan samada dengan menambah sumber tenaga kerja atau dengan menggunakan cara lain yang boleh menyiapkan projek dengan cepat.
 
Selain dari menambah sumber tenaga kerja, salah satu cara yang boleh digunakan untuk menyiapkan projek dengan cepat ialah dengan kerja lebih masa (overtime). Dengan cara ini kos menyiapkan projek akan meningkat. Macamana kita mengatasi masalah peningkatan kos, akan dijelaskan pada unit yang seterusnya.
 
Mengapakah penjadualan projek perlu dibuat dalam melaksanakan sesuatu projek?
 
Penjadualan perlu dilakukan untuk :-
  • Menentukan dan menghubungkaitkan antara aktiviti dengan aktiviti yang lain
  • Mengenalpasti hubungan sebelumnya antara aktiviti. Hubungan ini akan ditunjukkan melalui teknik CPM/PERT yang melibatkan graf rangkaian.
    Contoh hubungan aktiviti melalui rangkaian ditunjukkan oleh rajah di bawah :-

    Mendirikan tiang Memaku dinding
     
     
    Rajah 9.3 : Hubungan aktiviti melalui rangkaian
     
  • Menetapkan jangkamasa untuk menyiapkan penyenggaraan setiap aktiviti. Anggaran tempoh perlaksanaan projek perlu dibuat untuk mengelak kerugian dari segi masa dan kos.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah dengan lebih cekap.
 
Seterusnya, disini akan diterangkan mengenai Carta Gantt yang merupakan salah satu teknik penjadualan yang popular. Carta Gantt juga dikenali sebagai carta bar dimana setiap aktiviti projek akan ditunjukkan bersama tempoh masa perjalanannya.
 
Mengapakah kita menggunakan Carta Gantt dalam melaksanakan projek?
 
Carta Gantt digunakan kerana ia dapat membantu pengurus mengenalpasti :-
  1. semua aktiviti yang telah dirancang.
  2. Pelaksanaan aktiviti pekerjaan yang ditunjukkan
  3. Anggaran masa untuk aktiviti-aktiviti direkodkan
  4. Jangkamasa keseluruhan projek dilaksanakan
 
Rajah 9.4 di bawah menunjukkan contoh Carta Gantt bagi satu projek pembinaan rumah.
 
Aktiviti
         
Merekabentuk rumah
       
Mendapatkan bekalan
 
     
Mencari pembekal
 
     
Membuat pesanan
   
   
Menerima bahan mentah
   
   
Membina rumah
   
   
Mengecat
   
   
Memasang permaidani
     
 
Siapkan kerja
       

    Rajah 9.4 : Contoh Carta Gantt   

 
  1. Pengawalan
     
    Selepas peringkat perancangan dan penjadualan, aktiviti projek akan dijalankan. Dalam masa itu, pengurus projek akan tertumpu kepada peringkat pengawalan yang merangkumi pengawalan sumber, kos kualiti dan belanjawan.
     
    Apakah tujuan peringkat pengawalan ini ?
     
    Pengawalan bertujuan untuk :-
  • Memastikan semua aktiviti dikenalpasti
  • Memastikan semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan
  • Memastikan sumber –sumber yang diperlukan dikenalpasti
  • Memastikan perubahan dalam jadual akan berlaku sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pembaharuan dalam projek.

 

 

        Perancangan         Penjadualan        Pengawalan
 
Bangunkan syarat sumber-sumber dalaman dan luaran yang diperlukan untuk aktiviti projek
 
Bangunkan petunjuk yang lebih jelas
Untuk setiap sumber timing dan hubungan dengan sumber lain
 
Mengesan ketidakpatuhan dengan penjadualan, kos, piawaian kualiti dan belanjawan
 
Carta aliran tunai
Carta Personel Requirement
Pelan Subcontractor Work
Pelan Material Delivery
Penganggaran masa dan kos
Belanjawan jabatan
Carta Milestone
CPM/PERT
Rekabentuk
 
Carta Milestone : -
Jabatan
Subcontractors

Material Deliveries
Jadual Aliran Tunai
CPM/PERT :-
Tarikh permulaan dan persiapan aktiiti

Update Activity slack
 
 
Laporan belanjawan jabatan
Laporan kos aktiviti
Laporan Quality Compliance
Laporan time performance :
Aktiviti delinquent
Akiviti slack
Bahagian kritikal
Kesimplan projek 
 
 
 
Sebelum projek dilaksanakan
Pengubahsuaian jika perlu seiring dengan perjalanan projek
 
Sebaik sahaja projek akan bermula
Berterusan sepanjang perjalanan projek
 
Semasa projek dilaksanakan
 
 
 
 
 
 

 
  1. Mengapakah perlu ada perancangan dalam pengurusan projek?
 
  1. Nyatakan teknik penjadualan yang biasa digunakan dalam pengurusan projek.
 
  1. Nyatakan DUA sebab penjadualan perlu dilakukan dalam pengurusan projek.
 
  1. Apakah tujuan peringkat pengawalan dalam pengurusan projek?
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  1. Ianya bertujuan untuk memudahkan pengurus dan pasukannya menjalankan sesuatu projek.
 
  1. Carta Gantt
 
  1. Dua daripada yang dinyatakan di bawah.
    1. Menentukan dan menghubungkaitkan antara aktiviti dengan aktiviti lain.
    2. Mengenalpasti hubungan sebelumnya antara aktiviti.
    3. Menetapkan jangkamasa untuk menyiapkan penyenggaraan setiap aktiviti bagi mengelakkan kerugian dari segi kos dan masa.
    4. Mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah dengan lebih cekap
 
  1. Tujuan pengawalan :-
    1. memastikan semua aktiviti dikenalpasti
    2. memastikan semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
    3. Memastikan sumber-sumber yang diperlukan dikenalpasti.
    4. Memastikan perubahan dalam jadual akan berlaku sekiranya terdapat perubahan atau pembaharuan dalam projek.
 
 
 
 
 
 

 
SOALAN 9-1
 
Berpandukan rajah yang sesuai, jelaskan tentang struktur organisasi dalam pengurusan projek pembinaan.
 
 
SOALAN 9 – 2
 
Anda seorang pengurus pengeluaran di sebuah syarikat pengeluaran kasut. Syarikat anda telah menerima tempahan sebanyak 10,000 pasang kasut untuk kakitangan TNB. Tempahan ini perlu disiapkan dan dihantar kepada stor TNB di Bangsar dalam tempoh 5 bulan. Selaku seorang pengurus pengeluaran anda dikehendaki menyediakan satu jadual yang berkaitan pengeluaran tersebut dan memaklumkan kepada pihak pelanggan anda bilakah penghantaran pertama dapat dibuat. (untuk tugasan ini anda boleh membuat lawatan ke syarikat yang berkaitan untuk mendapat maklumat).
 
 
 
 
 
 
 
SOALAN 9 – 3
 
Bincangkan, apakah tindakan yang perlu anda ambil sekiranya projek yang anda kendalikan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.