November 4, 2013

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN 2


 
DEFINISI
DAN
KONSEP
PENGURUSAN 

OBJEKTIF 

Objektif :

Am

Memahami dan membezakan konsep-konsep pengurusan


Objektif :

Khusus

Di akhir unit ini anda seharusnya dapat:

 
  1. Menerangkan konsep pengurusan Islam.

  1. Menerangkan konsep pengurusan Barat.

  1. Menerangkan konsep pengurusan Jepun.

  1. Membandingkan konsep-konsep pengurusan Islam, Barat dan Jepun.


  1. PENGENALAN   
     
    Dalam unit ini, kita akan mempelajari beberapa konsep pengurusan yang diamalkan oleh sesetengah organisasi. Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Bolehkah anda nyatakan konsep-konsep pengurusan tersebut ?
     
    Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :
     
    1. Konsep Pengurusan Islam
    2. Konsep Pengurusan Barat
    3. Konsep Pengurusan Jepun
     
  2. Konsep Pengurusan Islam
     
    Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
     
     
    2.1.1 Definisi Pengurusan Islam
     
    Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :
     
    1. Ahmad Ibrahim Abu Sin
      Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
     
    1. Profesor Syed Othman Alhabshi
      Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
     
    c.    Muhammad A. Al-Buraey

    Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
     

     
     
     
     
     
     
     
     
   
 
 
 
 
  1. Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam
     
    Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
  • Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
 
  • Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
 
  • Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
 
  • Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
 
  • Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
 
 








 

 
 
 
 
 
  1. Prinsip-prinsip Pengurusan Islam
     
    Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-
  • Demokrasi
  • Syura
  • Delegasi
 
 
  1. Demokrasi
     
    Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.
 
 
  1. Syura
     
    Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.
 
 
 
 
 
  1. Delegasi
 
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.
 
 


 


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Ciri-ciri Pengurusan Islam
 
2.1.4.1    Ciri-ciri Umum
 
  1. Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
 
  1. Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
 
  1. Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
 
  1. Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.
 
 
  1. Ciri-ciri Khusus
 
a.    Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
 
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
                        (Surah Al-An’am : 6:162)
 
b.    Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
   
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
                                (Surah An-Nisa : 4:58)
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 


  1. Berikan definisi Pengurusan Islam.
 
  1. Nyatakan lima matlamat dan objektif Pengurusan Islam.
 
  1. Tiga prinsip Pengurusan Islam ialah :
    a._______________
    b._______________
    c._______________

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  1. Pengurusan Islam didefinisikan sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat, pelaksanaan dasr pemerintahan untuk kebajikan awam dan penyelarasan antara agensi kerajaan dalam melaksanakan dasarnya bagi mencapai matlamat negara.
 
2.2     a.    Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
b. Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
c. Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukumIslam yang lain.
d. Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
e. Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
 
2.3    Demokrasi , Syura , Delegasi.

 
 
  1. Konsep Pengurusan Barat
 
Persoalan awal yang perlu kita timbulkan di sini ialah, bagaimana pengurusan barat lahir ? Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.
 
Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem dan ciri-ciri nya.
 
  1. Definisi Pengurusan Barat
 
Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah :
 
  1. Hilgert dan Leonard
    Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
 
  1. Boone dan Kurtz
    Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
 
  1. Gitman dan McDaniel
    Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
 
 
  1. Wagner dan Hollenback
    Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Sistem Pengurusan Barat
 
Salah satu sistem pengurusan yang berkesan di barat ialah menggunakan konsep Management By Walking Around (MBWA) yang merangkumi :-
 
  1. Galakan interaksi di antara peringkat atasan dengan pekerja bawahan dalam pengurusan dengan tujuan untuk melahirkan sikap kerjasamma dan kesungguhan pekerja serta meningkatkan produktiviti organisasi.
 
  1. Menyampaikan maklumat dan mewujudkan komunikasi yang jelas antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja.
  2. Membuat keputusan dalam hal keusahawanan, menyelesaikan masalah, agihan sumber manusia dan sumber alam dan sebagai perunding.
 

 



 
 
 

 
 
 
 
 
  1. Ciri-ciri Pengurusan Barat
 
Pakar-pakar pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang dinamis seperti berikut :-
 
  1. Ramalan
    Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.
 
  1. Pengorganisasian
    Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.
     
    1. Pimpinan
    Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.
 
  1. Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.
 
  1. Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali.
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Lain-lain Konsep Pengurusan
 
Di antara lain-lain konsep pengurusan yang akan dibincangkan dalam unit ini ialah konsep pengurusan Jepun.
 
  1. Konsep Pengurusan Jepun
     
    Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani
    yang lebih mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.
       
Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-
 
  1. Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu pekerjaan adalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepada mereka yang paling lama berkhidmat.
 
  1. Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan.
 
  1. Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif, ketaatan dan etika.
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
2.4    Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun
 
    Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.    
 
Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.
 
Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama dianggap peribadi.
 
Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan matlamat akhir dalam pengurusan barat.
 
Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara.
 

 


 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  1. “Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan pelakuan organisasi “
    Pernyataan di atas merupakan definisi pengurusan yang diberikan oleh :-
    1. Boone dan Kurtz            c. Hilgert dan Leornard
    2. Wagner dan Hollenback        d. Eitman dan McDaniel
 
  1. Ciri-ciri pengurusan Barat yang dinamis ialah
    a. ______________        b. ________________
    c. ______________        d. ________________
    1. ______________
     
  2. Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, disiplin, inovatif, ketaatan dan etika merupakan salah satu ciri pengurusan Jepun.
      Betul
      Salah
     
  3. Padankan konsep-konsep pengurusan di bawah
1. Pengurusan berorientasikan manusia
  A. Islam
     
2. Galakan interaksi antara pengikut atasan dan bawahan dalam pengurusan 
  B. Jepun
     
3. Pengurusan yang merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat 
  C. Barat
     
    D. China
 

  1. C. Wagner dan Hollenback.
 
2.5    a.    Ramalan.
b. Pengorganisasian.
c. Pimpinan.
d. Pengawalan.
e. Perancangan bertindak.
 
2.6    Betul.
   
2.7    1-B , 2-C , 3-A.
 
a. Kehidupan.
b. Kerjaya.
c. Masyarakat.
 

 



SOALAN 2-1
Bandingkan konsep pengurusan Barat, Islam dan Jepun dari segi ciri-cirinya.