March 5, 2013

Bab 7 : Debentur dan Caj (Gadaian)



Bab 7 : Debentur dan Caj (Gadaian)

7.0 Pengenalan

Salah satu daripada ciri2 entiti terpisah sebuah syarikat ialah syarikat berhak untuk memiliki harta dan membuat apa2 transaksi atas namanya sendiri. Seperti individu yang melibatkan diri dalam perniagaan, syarikat juga perlu mendapatkan modal dan menambah punca kewangannya. Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh syarikat untuk mendapatkan modal ialah dengan membuat pinjaman samada daripada bank, institusi kewangan/ daripada mana2 pemiutang.

Kuasa untuk meminjam selalunya dimasukkan di dalam fasal tujuan dan fasal kuasa yang didapati di dalam memorandum syarikat. Jika sekiranya tidak terdapat peruntukan sedemikian, Perkara 13 dan 15 Jadual 3 Akta Syarikat adalah terpakai, di mana diperuntukan bahawa syarikat mempunyai kuasa untuk membuat pinjaman.

Pinjaman boleh dilakukan terhadap orang perseorangan/ institusi kewangan. Selain daripada itu, syarikat juga boleh mendapatkan pinjaman daripada orang ramai dengan cara mengeluarkan/ menerbitkan debenture.


7.1 Takrif dan definisi debenture

Di dalam istilah undnag2, tidak terdapat definisi yang khusus untuk debenture. Di dalam kes Levy lwn Abercorris Slate & Slab Co. (1887) 37 Ch. 260, 264, Chitty J menyatakan “ A debenture means a document which either creates a debt or acknowledges it, and any document which fulfils either of these conditions is a debenture. I cannot find any precise legal definition of the term. It is not either in law or commerce a strictly technical term, or what is called a term of art.”

Semestara itu, Sek 4 (1) pula memberikan takrif debenture sebagai “stak debenture, bon, nota dan lain2 sekuriti perbadanan samada merupakan cagaran ke atas aset2 perbadanan ataupun tidak”

Daripada kedua2 definisi diatas, dapat dirumuskan bahawa debenture ialah sejenis dokumen pengakuan atau dokumen yang menyaksikan hutang syarikat terhadap pemiutang, di mana selalunya hutang ini akan disertai dengan satu cagaran terhadap aset2 syarikat, samada dengan satu/ lebih daripada satu cagaran. Perlu dinyatakan bahawa tidak semua dokumen yang menyaksikan hutang syarikat adalah debenture. Selalunya debenture dirujuk kepada satu kaedah untuk mendapatkan hutang bagi satu jangka masa yang panjang. Pemegang2 debentur akan mendapat faedah dari hutang/ pinjaman yang telah diberikan kepad syarikat.





7.2 Jenis-jenis debenture

Terdapat beberapa jenis debenture, antaranya ialah : -

  • Debenture tunggal dan debenture siri
  • Debenture bercagar dan tak bercagar
  • Debenture berkekalan dan boleh tebus

*      Debenture tunggal dan debenture siri

Debenture tunggal ialah sejenis debenture yang dikeluarkan oleh syarikat untuk mendapatkan hutang bagi satu jangkamasa yang agak pendek, ataupun untuk tujuan mendapatkan overdraft. Selalunya ia diterbitkan kepada institusi2 kewangan

Debenture siri pula ialah satu jenis debenture yang dikeluarkan untuk tempoh satu jangkamasa yang panjang dan ia boleh dikeluarkan kepada orang ramai

*      Debenture bercagar dan tak bercagar

Sesuatu debenture yang dikeluarkan samada melalui satu cagaran atau tanpa cagaran. Cagaran adalah bertujuan sebagai satu jaminan kepada pemiutang di mana syarikat akan menjelaskan pinjaman atau hutang yang telah dibuat. Hutang2 tersebut boleh dijamin samada dengan satu atau banyak cagaran. Cagaran pula terdiri daripada cagaran tetap dan cagaran terapung.

*      Debenture berkekalan dan boleh tebus

Syarikat juga boleh mengeluarkan debenture berkekalan atau boleh tebus. Ini telah dinyatakan di dalam Sek 72 yang memperuntukan bahawa debetur yang telah diterbitkan tidak akan menjadi tidak sah semata2 kerana debenture tersbut dibuat sabagai tidak boleh ditebus/ ianya hanya boleh ditebus jika berlaku sebarang kejadian yang telah ditetapkan.

Daripada peruntukan Sek di atas dapat difahami bahawa syarikat telah menebus mana2 debentur, syarikat tersebut boleh lah menerbitkan semula debentur2 itu samada dengan menerbit semula debentur2 yang sama atau dengan menerbitkan debenture yang lain sebagai pengganti debenture yang telah ditebur. Walau bagaimanapun, kuasa untuk menerbitksn debenture tersebut adalah tertakluk kepada : -

  1. Sebarang peruntukan yang berlawanan dalam artikel syarikat atau mana2 kontrak yang telah dibuat oleh syarikat
  2. Mana2 resolusi syarikat yang menyatakan niatnya untuk membatalkan debenture tersebut




7.3 Perlantikan pemegang amanah bagi pemegang debenture

Jika sesebuah syarikat ingin mengeluarkan debenture, ia hendaklah mematuhi semua peruntukan di dalam Sek 74. Sek 74 (1) memperuntukan bahawa jika sekiranya syarikat ingin menerbitkan debenture kepada orang ramai, syarikat mestilah membuat peruntukan di dalam debenture/ surat ikatan amanah yang menyatakan bahawa pemegang debenture mestilah mempunyai pemegang amanah. Ini adalah bertujuan untuk menyenangkan urusan dan supaya hak pemegang debenture dilindungi.

Pemegang debenture ialah seseorang yang mempunyai kepentingan dalam pinjaman yang dibuat oleh syarikat (pemiutang).

*      Syarat dan kelayakan pemegang amanah kepada pemegang debenture

Pemegang amanah kepada pemegang debentur mestilah merupakan sebuah perbadanan. Ini bermaksud individu/ manusia tidak layak untuk menjadi seorang pemegang amanah. Selain daripada itu, perbadanan yang dilantik sebagai pemegang amanah hendaklah bukan/ tidak : -

  1. Pemegang syer dalam syarikat meminjam
  2. Berkepentingan berhak kepada wang yang dipinjam oleh syarikat yang meminjam
  3. Satu perbadanan yang telah dimasuki satu jaminan berkaitan dengan hutang pokok yang dijamin oleh debenture itu atau berkaitan dengan bunga hutang pokok itu. ( bukan penggernti bagi hutang syarikat)
  4. Satu perbadanan yang berkaitan dengan syarikat yang meminjam atau yang berkaitan dengan mana2 perbadanan dalam (a) – (c) di atas.

*      Tugas dan kewajipan pemegang amanah

Kewajipan dan tugas seorang pemegang amanah kepada pemegang debenture telah dinyatakan di dalam Sek 78 (1), di mana peruntukan bahawa pemegang2 amanah bagi pemegang debenture hendaklah dengan sedaya upaya memastikan bahawa : -

a)      Harta2 syatikat meminjam dan penjaminnya adalah mencukupi untuk membayar hutang pokok
b)      Prospectus yang berkaitan dengan debenture tidak mengandungi apa2 kenyataan yang bertentangan dengan syarat2 debentur/ surat ikatan amanah
c)      Syarikat peminjam mematuhi Bahagian 7 mengenai apa2 peruntukan yang berkaitan dengan debenture
d)      Syarikat peminjam tidak melakukan pelanggaran wad atau terma2 dan peruntukan2 debentur atau surat ikatan amanah

Jika berlaku perlanggaran, pemegang amanah hendaklah mengambil langkah2 yang sewajarnya dengan memastikan bahwa syarikat peminjam dan penggerentinya memulihkan/ membetulkan perlanggaran tersebut. Jika mereka gagal, pemegang amanah hendaklah memberitahu hal di dalam mesyuarat pemegang debenture dan mengemukakan cadangan untuk melindungi hak pemegang debenture. Selain daripada itu, mereka juga hendaklah menerima apa2 arahan daripada pemagang debenture untuk melakukan tindakan seterusnya bagi tujuan membetulkan keadaan/ perlanggaran tersebut.

Pemegang amanah yang dilantik mempunyai kuasa untuk memohon dari mahkamah arahan2 yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi2nya/ meminta mahkamah memutuskan apa2 persoalan berkaitan dengan kepentingan pemegang debenture

7.4 Cara-cara mengeluarkan debenture

Debenture boleh dikeluarkan melalui 2 cara iaitu : -

  1. Gadaian tetap
  2. Gadaian terapung

v  Gadaian tetap/ tertentu

Gadaian tetap ialah 1 gadaian yang dibuat ke atas harta syarikat yang khusus/ ditentukan. Contoh gadaian tetap ialah gadaian ke atas bangunan/ tanah milik syarikt. Gadaian jenis ini adalah merupakan gadaian dalam erti kata sebenar di sisi undang2. ia memberikan hak/ kepentingan yang serta merta kepada pemegang gadaian

Ø  Ciri-ciri penting pada gadaian tetap

Sifat2 yang penting pada gadian tetap telah dinyatakan oleh Vaughan- Williams LJ dalam kes Re Yorkshire Woolcombers Association, (1903) 2 Ch 274, 294 “ I do not think that for a ‘specific security’, you need to have a security of a subject matter which is then in existence. I mean by ‘then’ at the time of the execution of the security, but what you do require to make a specific security is that the security whenever it has come into existence, and has been identified or appointed as a security, shall never thereafter at the wish of the mortgagor cease to be a security, although something else may be substituted more or less for it, that is not a ‘specific security’.”

Seseorang (penghutang) boleh membuat gadaian tertentu ke atas seberapa banyak hartanya. Walau bagaimanapun, undang2 tidak membenarkan gadaian jenis ini dibuat ke atas asset syarikat pada satu waktu. Ini hanya boleh dilakukan melalui gadaian terapung sahaja.









v  Gadaian terapung

Gadaian terapung merupakan satu lagi jenis gadaian yang dibenarkan oleh undang2. ia adalah merupakan gadaian dari segi ekuiti, di mana syarikat akan menggadaikan hartanya pada masa kini dan akan datang, tertakluk kepada kuasa syarikat untuk berurusan dengan harta tersebut dalam urusan biasa perniagaannya. Dalam gadaian terapung, harta yang digadaikan tidak dapat ditentukan/ dikenali.

Tidak ada bahasa/ cara2 yang khusus untuk mengadakan gadaian terapung ini. Ia adalah memadai dengan menentukan bahawa perjanjian menunjukkan wujudnya niat pada pihak2 yang terlibat bahawa mereka ingin mewujudkan gadaian jenis ini. Gadaian jenis terapung mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya ialah ia lebih senang dan fieksibel. Ini dapat di lihat di mana walaupun syarikat menggadaikan ke semua harta2nya, tapi pada masa2 yang sama ia membolehkan syarikat untuk membuat urusan2 yang biasa dalam perniagaannya terhadap harta2 tersebut tanpa perlu mendapat persetujuan daripeda pemegang gadaian.

Gadaian terapung ini dikatakan akan terus terapung-apung (float) dan harta syarikat akan terus cair sehinggalah peristiwa2 tertentu berlaku yang akan menjadikan gsdaian terapung ini menjadi gadaian tetap. Apabila terjadi sesuatu perkara yang tertentu/ ditetapkan, gadaian terapung akan membeku dan melekat (fix). Apabila ia telah menjadi beku atau melekat, syarikat tidak boleh lagi membuat urusan dengan harta tersebut.

Ø  Sifat-sifat gadaian terapung

Dalam kes Re YorkShire Woolcombers’ Association Ltd (1903) 2 Ch. 284, 295, syarikat telah menggadaikan buku2 hutangnya pada masa kini dan pada masa akan dating. Mahkamah telah memutuskan bahawa ini adalah merupakan gadaian jenis terapung. Selain daripada itu, mahkamah (Romer LJ) juga telah menyatakan sifat2 gadaian terapung (3 sifat) : -

  1. Ia adalah merupakan gadaian ke atas satu kelas asset syarikat pada masa kini dan pada masa yang akan datang
  2. Asset tersebut dalam urusan biasa perniagaan akan bertukar dari semasa ke semasa
  3. Adalah dinyatakan bahawa sehingga langkah2 tertentu diambil, syarikat boleh menjalankan perniagaannya dengan cara yang biasa.









Menjalankan perniagaan yang biasa telah ditakrifkan di dalam kes Re Automatic Bottle Maker (1926) Ch 412, sebagai mengikut makna komersial, iaitu dalam cara biasa menjalankan kerja2 pengilangan dan transaksi2 komersial mengikut tujuan penubuhan sesuatu syarikat itu. Sekiranya transaksi yang dijalankan adalah di dalam lingkungan tujuan syarikat maka ia adalah dianggap sebagai dalam urusan perniagaan biasa perniagaan. Di dalam kes Re H.H Vivian & Co. Ltd, (1990) 2 Ch 654, syarikat telah ditubuhkan untuk menjalankan 3 perniagaan yang berasingan, 1 di Swansea dan 2 lagi di Birmingham. Syarikat, bertindak secara suci hati mengambil keputusan untuk menjual perniagaannya di Swansea kerana perniagaannya yang tidak menguntungkan. Pemegang debenture membantah keputusan itu. Mahkamah memutuskan bahawa keputusan syarikat adalah sah.

Menjalankan perniagaan secara biasa juga bermaksud syarikat adalah dibenarkan untuk terus membeli atau menjual dalam cara yang biasa membayar kepada pemiutang. Pemiutang yang tidak bercagar malah boleh memberi gadai janji ke atas harta yang sama, melainkan jika wujud peruntukan yang sebalinya. Daripada maksud ini dapat dibuat rumusan bahawa adalah menjadi perkara biasa bagi syarikat untuk meweujudkan 1 gadaian tetap yang akan mengatasi gadaian terapung yang telah dibuat.

Pengwujudan gadaian tetap ini boleh dibuat walaupun gadaian terapung sacera jelas menyatakan larangan untuk membuat gadaian tetap dengan syarat orang yang menerima gadaian yang kedua tidak ada notis tentang larangan tersebut.

7.5 Peristiwa yang menyebabkan gadaian terapung menjadi gadaian tetap

Keadaan2 yang lazimnya akan menyebabkan gadaian terapung bertukar menjadi gadaian tetap adalah seperti berikut : -

  1. Apabila sesuatu perkara/ kejadian yang disebutkan dalam syarat2 debentur berlaku
  2. Apabila mahkamah melantik penanggung
  3. Apabila syarikat telah memberhentikan perniagaannya
  4. Apabila syarikat gagal untuk membayar bunga dalam masa yang telah ditetapkan
  5. Apabila wujudnya penghakiman mahkamah ke atas syarikat  dan penghakiman ini tidak disempurnakan/ diselesaikan oleh syarikat tersebut
  6. Distress ke atas mana2 harta syarikat
  7. Apabila ada percubaan untuk membubarkan syarikat kecuali jika pembubaran tersebut dilakukan bagi maksud penyusunan semula syarikat dengan persetujuan pemegang debenture
  8. Apabila pindaan dibuat terhadap memorandum syarikat tanpa mendapat persetujuan daripada pemegang debenture/ pemegang amanah kepada pemegang debenture
  9. Jika syarikat gagal untuk mematuhi apa2 syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh syarikat dan pemegang gadaian

Walaupun telah dinyatakan bahawa syarikat hendaklah memberhentikan segala urusannya terhadap asset syarikat yang telah dicagar dengan gadaian/ cagaran terapung jika gadaian tersebut telah bertukar menjadi gadaian tetap, tetap ini tidaklah memadai (akan terjadi automatic). Pemegang debenture hendaklah mengambil beberapa langkah yang tertentu untuk menguatkuasakan cagarannya/gadaiannya. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Government Stock and Other Securities lwn Manila Rail Company (1897) 66 LJ Ch 102. Dalam kes ini, satu debenture telah dikeluarkan dengan cara gadaian terapung. Faedah telah tidak dibayar oleh syarikat selama tiga bulan.

Sungguhpun demikian, pemegang debenture tidak mengambil langkah2 menguatkuasakan cagaranya/ gadaianya. Syarikat kemudiannya mewujudkan gadai janji ke atas sebahagian daripada asset tertentunya. Mahkamah telah memutuskan bahawa gadai janji itu mengatasi gadaian terapung. Debenture itu kekal sebagai gadaian terapung sehinggalah pemegang debenture mengambil lamgkah2 menguatkuasakan gadaianya.

7.6 Pendaftaran gadaian

Menurut Sek 108 Akta Syarikat 1965, setiap gadaia hendaklah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat dalam masa 30 hari daripada tarikh pengwujudannya.

*     Bilakah tempoh 30 hari bermula/ bilakah gadaian ini dikatakan telah diwujudkan?

Dalam kes Johor Para Rubber Co. Ltd lwn Registrar of Companies, Malayan Union (1948) MLJ 135, syarikat telah mendapat satu pinjaman dari sebuah lembaga kewangan dan pada 15 Ogos 1947, syarikat telah melaksanakan satu memorandum gadaian bagi faedah lembaga tersebut ke atas tanahnya yang terletak di Johor. Gadaian ini telah didaftarkan dengan Pendaftar Hak Milik di Johor Bahru pada 9 sept 1947 dan pada hari yang sama, syarikat telah menghantar secara pos satu salinan gadaian kepada Pendaftar Syarikat bagi tujuan pendaftaran di bawah Sek 81 Ordinan Syarikat 1940. pendaftar enggan mendaftarkan gadaian tersebut atas alas an ia tidak boleh berbuat demikian menurut Sek 80 (1) Ordinin tersebut. Mahkamah memutukan bahawa gadaian ini diwujudkan pada tarikh ia didaftarkan di Pejabat Pendaftar Hak Milik di Johor Bahru pada 9 sept 1947. mahkamah seterusnya memutuskan bahawa oleh kerana salinan gadaian telah dihantar kepada Pendaftar pada hari yang sama dan telah diterima olehnya dalam masa 21 hari, maka Pendaftar hendaklah mendaftarkannya.

Daripada keputusan ke sdi atas dapat dibuat rumusan bahawa tarikh sebenar yang diamnil kira sebagai tarikh pendaftaran gadaian ialah pada masa ia didaftarkan di Pejabat Hak Milik/ Pejabat Tanah (bagi kes gadaian berupa tanah)







*     Siapakah yang patut mendaftarkan gadaian?

Orang yang patut mendaftarkan gadaian ialah orang yang mewujudkan gadaian. Ini bermakna ysarikat yang membuat gadaianlah yang sepatutnya mengambil tindakan untuk mendaftarkan gadaian yang telah diwujudkan. Walau bagaimanapun, gadaian juga boleh didaftarkan oleh orang lain yang berkepentingan dalam gadaian tersebut. Ini telah dijelaskan dalam Sek 109 (1). Jika sekiranya pendaftaran dibuat oleh orang lain, selain daripada syarikat, orang yang mendaftarkan gadaian tersebut boleh menuntut bayaran2 pendaftaran dari syarikat

*     Kesan pendaftaran

Apabila gadaian telah didaftarkan, ia mewujudkan satu notis konstruktif tentang kewujudannya. Prinsip ini telah diputuskan dalam kes Re C.L Nye Ltd. (1971) Ch, 442, (1970) 3 ALL ER 1061, di mana di dalam kes ini syarikat bercadang untuk mendapatkan pinjaman dari sebuah banh bagi tujuan membeli premis tertentu. Pada 28 Feb 1964 satu gadaian oleh syarikattelah diserahkan kepada peguamcara bank, tetapi ia tidak ditarikhkan. Pada 9 Mac, peguamcara itu melaporkan bahawa hak milik premis itu adalah baik dan bank telah meminjamkan wang kepada syarikat pada tarikh tersebut tetapi gadaian tersebut tidak didaftarkan pada 9 Mac.

Kesilapan ini hanya diketahui pada 9 Jun dan pada 3 Julai, peguamcara berkenaan memohon pendaftaran gadaian dan memasukkan 18 Jun sebagai tarikh gadaian diwujudkan dan disaksikan. Butir2 gadaian didaftarkan pada 3 Julai dan pendaftar mengeluarkan sijil pada tarikh berkenaan. Pada 16 Julai syarikat telah dibubarkan. Mahkamah memutuskan bahawa diandaikan gadaian telah diwujudkan pada 9 Mac, di mana sijil pendaftaran adalah merupakan keterangan muktamad tentang kewujudan gadaian walaupun tarikh pengwujudan gadaian itu telah dinyatakan secara salah oleh peguamcara tersebut.

Note : -

Sungguhpun pendaftaran satu gadaian mewujudkan motis konstruktif mengenai kewujudannya, tetapi ia tidak mewujudkan notis konstruktif menenai apa2 sekatan khas terhadap syarikat dalam urusan2nya ke atas harta2nya dalam cara yang biasa.

Melalui peruntukan Sek 108, dapat difahamkan bahawa pendaftaran gadaian yang sebenar tidak semestinya dilakukan I dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pengwujudan gadaian itu. Ia adalah memadai jika apa2 dokumen atau instrument yang penting yang diserahkan kepada ROC.






*     Lanjutan masa

Satu gadaian yang tidak didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan boleh didaftarkan dalam masa yang dilanjutkan oleh mahkamah. Sek 114 memberikan kuasa budibicara yang luas kepada mahkamah untuk membenarkan masa untuk pendaftaran dilanjutkan. Walau bagaimanapun, perlanjutan tempoh ini akan diberikan sekiranya mahkamah merasakan perlu dan disebabkan oleh alasan2 yang munasabah. Jika sekiranya masa perlanjutan telah diberikan, dan pendaftaran dibuat dalam masa yang telah dilanjutkan itu, maka ianya adalah sah ab initio. Ini memberikan maksud bahawa walaupun ianya didaftarkan dalam tempoh yang telah dilanjutkan, tidak ada apa yang boleh menyebabkan keesahannya tergugat. Romer LJ dalam kes In Re Ebrmann Brothers Ltd. (1906) 2 Ch 697, menyatakan “……jika masa dilanjutkan dan pendaftaran dibuat dalam masa yang dilanjutkan itu, maka debenture tersebut akan mewujudkan satu gadaian san ab initio tertakluk hanya kepada syarat2 sebagaimana yang mungkindikenakan oleh seorang hakim yang memberi lanjutan masa itu….”

*     Kesan jika tidak mendaftar gadaian

Sebelum penggulungan syarikat, gadaian terapung yang tidak didaftarkan dalam masa yang ditetapkan/ dalam tempoh yang telah dilanjutkan akan menjadi batal terhadap pemegang2 gadaian yang selepasnya ( bagi 2 gadaian terhadap asset yang sama). Begitu juga jika selepas penggulungan syarikat, gadaian2 yang tidak didaftarkan ia akan menjadi batal terhadap penanggung. Ini membawa maksud bahawa pemegang2 gadaian yang tidak didaftarkan akan hilang keutamaan apabila ingin membuat tuntutan. (pemiutang tidak terjamin)

Walaupun begitu, tidak mendaftarkan gadaian tidaklah bermaksud bahawa syarikat yang berhutang tidak perlu untuk menjelaskan hutangnya. Daripada Sek 108 (2), dapat difahami bahawa kegagalan syarikat untuk mendaftarkan gadaian akan menyebabkan syarikat dikehendaki membayar hutang tersebut dengan serta merta. Penerima masih boleh dilantik untuk mmebuat tuntutan bagi pihak pemiutang2 yang tak terjamin.














Jika sekiranya dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada pihak ROC untuk tujuan pendaftaran, tetapi sijil pendaftaran diserahkan lambat sehingga tamat tempoh yang dibenarkan, gadaian tersebut adalah terpakai (mendapat keutamaan daripada gadaian yang kemudiannya). Merujuk kepada kes United Asian Bank Bhd lwn Kwong Yik Bank Bhd. (Malaysian High Court) No. C98 of 1980 (1984 Unreported),Shahalah Sdn Bhd telah mengisu debenture bertarikh 20 Jun 1977 kepada United Asian Bank Berhad (UAB). Pada 24 Mac 1978, Shahalah mengisu pula debenture kedua kepada Kwong Yik Bank Berhad. UAB telah mendaftarkan gadaian yang dibuat di Pejabat pendaftar dalam masa 30 hari tetapi sijil pendaftaran tidak dikeluarkan sehingga 13 Julai 1979. pada masa yang sama Kwong Yik Bank telah mendaftarkan gadaian kedua dan memperolehi sijil pada 31 Mac 1978. UAB telah menuntut bahawa debenture yang dikeluarkan oleh Shahalah kepadanya lebih berkeutamaan dari debenture yang kedua. Dalam menentukan keutamaan bagi kedua2 cagaran itu, mahkamah memutuskan bahawa tuntuntan yang dibuat oleh UAB adalah dah kerana UAB telah mendaftarkan gadaian dlam masa 30 hari dari tarikh gadaian diwujudkan. Dalam erti kata lain, UAB mendapat keutamaan daripada Kwong Yik Bank kerana telah mendaftarkan gadaian dalam masa yang dibenarkan.

7.7 Keutamaan-keutamaan dalam tuntutan

ü  Gadaian tetap adalah lebih utama daripada gadaian terapung kecuali jika gadaian terapung dibuat terlebih dahulu daripada gadaian tetap dan pemegang gadaian tetap mengetahui tentang larangan yang wujud di dalam gadaian terapung yang melarang pengwujudan gadaian yang ke-2

ü  Syarikat boleh mewujudkan lebih daripada satu gadaian terapung terhadap aset2nya. Gadaian yang terlebih dahulu dibuat akan diberikan keutamaan. Rujuk kes Yip Hock Chye lwn Santan Engineering kecuali jika gadaian pertama membenarkan gadaian kedua yang mempunyai kedudukan yang lebih utama/ parri passu diberi keutamaan. Lihat Re Benjamin Cope

ü  Antara 2 gadaian tetap, gadaian yang dibuat terlebih dahulu akan diberikan keutamaan

ü  Pemiutang terjamin akan mendapat keutamaan mengatasi pemiutang tek terjamin (yang tidak mendaftarkan gadaian)