March 5, 2013

Bab 6 : Artikel Persatuan



Bab 6 : Artikel Persatuan

6.0 Apakah yang dimaksudkan dengan artikel persatuan?

Artikel persatuan ialah suatu dokumen yang menyentuh tentang urusan dalaman sesebuah syarikat iaitu ianya memperuntukan maklumat2 mengenai bagaimana syarikat perlu menjalankan urusannya. Misalnya, ia menyentuh perhubungan di antara pemegang syer sesama pemegang syer yang lain, tentang pengeluaran, perampasan dan pemindahan syer, tentang panggilan, pemindaan modal syer, notis perjalanan mesyuarat, butir2 lantikan, kuasa, tindakan pengarah, akaun, audit, dividen, pinjaman dan penggulungan. Ia juga dikenali sebagai tataurus syarikat.

Tiap2 syarikat melainkan syarikat yang dihadkan menurut syer mestilah mendaftarkan artikel persatuan kepada Pendaftar Syarikat. Ini adalah keperluan di bawah Sek 29 Akta Syarikat. Akta ini juga ada memperuntukan satu set contoh artikel persatuan di dalam Susunan A kepada Jadual Ke-4. Mana2 syarikat adalah bebas meniru sebahagian/ keseluruhan daripadanya. Jika sesebuah syarikat yang dihadkan menurut syer telah tidak mendaftar artikelnya sendiri dengan Pendaftar, maka Susunan A akan terpakai secara automatik.


6.1 Ciri-ciri Artikel Persatuan

ü  Ianya perlu dicetak
ü  Dibahagikan kepada perenggan bernombor
ü  Ditandatangani oleh setiap penandatangan kepada memorandum di hadapan sekurang2nya dua orang saksi

Ciri2 ini diperuntukan di bawah Sek 29 (2) Akta Syarikat. Di dalam kes syarikat yang tidak berhad, syarikat yang dihadkan menurut gerenti dan syarikat yang dihadkan menurut kedua syer dan gerenti, maka hendaklah mematuhi peruntukan lain yang terdapat di dalam Sek 29 (3) – (4)

6.2 Kesan Memorandum dan Artikel Persatuan

Sek 33 (1) Akta Syarikat 1965 memperuntukan :

“ tertakluk kepada Akta ini, memorandum dan artikel2 hendaklah apabila didaftarkan, mengikut syarikat dan ahli2nya seolah2 memorandum dan artikel2 itu masing2 telah ditandatangani dan dimeterai oleh setiap ahli dan terkandung waad2 di pihak setiap ahli untuk mematuhi semua peruntukan memorandum dan artikel2 tersebut”






Kesan dari Sek 33 (1) yang tepat masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah. Tetapi dari keputusan2 setakat ini kesan Sek ini boleh dikaji dari 3 aspek : -

  1. kesan kontrak antara syarikat dengan ahli2
  2. kesan kontrak antara ahli sesama ahli
  3. perhubungan antara syarikat dengan orang luar

  1. Kesan kontrak antara syarikat dengan ahli-ahli

Artikel dan memorandum adalah menjadi kontrak yang mengikat tiap2 ahli kepada syarikat. Di dalam kes Hickman lwn Kent (1951) 1 Ch 881, faktanya adalah seperti berikut : suatu peruntukan di dalam artikel sebuah syarikat telah memperuntukan bahawa, “ apabila ada apa2 perselisihan yang wujud di antara persatuan dan mana2 ahlinya, maka hendaklah perselisihan tersebut dirujuk kepada timbangtara.” H, seorang ahli di dalam syarikat tersebut telah mengambil tindakan undang2 terhadap syarikat berkaitan dengan suatu pertelingkahan mengenai pemecatannya dari syarikat tersebut. Ini adalah suatu pertelingkahan di antara H di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli dengan syarikatnya. Syarikat tersebut telah bergantung kepada Artikel berkenaan dan telah memohon supaya perbicaraan itu diberhentikan. Mahkamah memutuskan syarikat adalah berhak memberhentikan perbicaraan tersebut kerana artikel itu adalah merupakan suatu kontrak diantara H dan syarikatnya dan pertelingkahan sedemikian hendaklah dirujuk kepada timbangtara sebagaimana yang diperuntukan oleh artikel persatuan tersebut.

Di dalam kes Inggeris Beattie lwn E&F Beattie Ltd (1938) Ch 708, telah diputuskan bahawa tanggungan kontrak yang wujud di antara syarikat dan ahli hanya timbul diantara syarikat dan seorang ahli di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli. Jika seorang ahli telah diberi beberapa hak di dalam kedudukan lain misalnya sebagai seorang pengarah, maka tanggungan tersebut tidak timbul. Sila rujuk kes di atas untuk maklumat lanjut.

  1. Kesan kontrak antara ahli sesame ahli

Tiap2 ahli adalah terikat kepada ahli2 lain melalui artikel. Di sini terdapat pertentangan pendapat undang2 mengenai kaedah ini. Apa yang Nampak jelas ialah jika artikel memberikan kepada seseorang ahli suatu hak bersendirian maka dia boleh menguatkuasakan hak tersebut diantara ahli tanpa pertolongan syarikat.

Di dalam kes Rayfield lwn Hands (1960) Ch. 1, artikel persatuan sebuah syarikat sendirian telah memperuntukan “ Tiap2 ahli yang berhajat untuk memindahkan syer hendaklah memberitahu pengarah2 dan mereka akan mengambil syer tersebut sama banyak diantara mereka dengan harga yang berpatutan.” Berdasarkan kepada peruntukan artikel ini R, seorang ahli telah cuba memaksa 3 orang pengarah syarikat tersebut agar membeli syernya. Tetapi ketiga-tiga mereka enggan membeli syernya. Mahkamah memutuskan bahawa perhubungan yang diwujudkan oleh artikel itu adalah mengikat R dan pengarah2 syarikat itu sebagai di antara ahli dan ahli dan bukan sebagai di antara seorang ahli dan pengarah. Dengan itu ketiga-tiga pengarah tersebut adalah terikat untyk membeli syer R.
Di dalam kes Malaysia Wong Kim Fatt lwn Leong & Co. Sdn Bhd (1976)1 MLJ 140, peruntukan artikel persatuan syarikat berhad telah memperuntukan seperti berikut: “ pemegang kepada 7/10 daripada modal syarikat yang dikeluarkan bolehlah bila2 masa membuat permintaan kepada syarikat supaya menguatkuasakan pemindahan mana2 syer tertentu yang tidak dipegang oleh peminta…..”. Dalam kes ini syarikat mempunyai 2 pemegang syer, A dan B dimana A adalah pemegang syer minority yang memegang 50000 syer. B pula memegang 250000 syer dan dengan ini beliau adalah pemegang lebih dari 7/10 daripada modal yang dikeluarkan. B telah membuat permohonan untuk mendapatkan syer A berdasarkan peruntukan artikel tersebut tetapi A enggan menjualnya dan menuntut di mahkamah yang dia berhak untuk terus memegang syernya. Mahkamah memutuskan bahawa “…….. ianya adalah semata2 kewajipan kontrak dan pihak menuntut mestilah terikat kepada kewajipan kontrak yang beliau telah terima”. Persoalan samada adil / tidak sesuatu peruntukan artikel itu, adlah tidak relevan dalam menentukan samada artikel tersebut boleh dikuatkuasakan atau tidak. Hak dan tanggungan ahli di bawah artikel adalah merupakan kewajipan kontrak.

  1. Perhubungan di antara syarikat dan orang luar

Sebuah artikel tidaklah menjadi suatu kontrak di antara syarikat dan orang luar. Kes Raffles Hotel lwn Malayan Banking Bhd (No 2) (1966) 1 MLJ 206, MBB adalah tuanpunya tanah di mana Raffles Hotel didirikan. Raffles Hotel adalah penyewa kepada tanah tersebut. Peruntukan artikel persatuan syarikat ada menyebut, “ Tuanpunya tanah (MBB)mempunyai kuasa untuk melantik pengarah di dalam syarikat tersebut”. Berdasarkan artikel tersebut MBB telah melantik dirinya sendiri sebagai pengarah di dalam syarikat tersebut. Raffles Hotel telah memohon mahkamah mengistiharkan perlantikan tersebut tidak sah. Mahkamah memutuskan, memandangkan MBB adalah bukan ahli di dalam syarikat tersebut, maka peruntukan artikel tersbut tidak mewujudkan suatu kontrak yang mengikat antara Raffles Hotel dan MBB.


















6.3 Pindaan artikel persatuan

Sek 311 membenarkan sesebuah syarikat tertakluk kepada peruntukan2 lain di dalam Akta Syarikat 1965 dan juga tertakluk mana2 syarat khas di dalam memorandumnya, untuk meminda/ menambah kepada artikelnya. Ini hanya boleh dilakukan melalui resolusi khas di dalam mesyurat agung syarikat.

Artikel boleh dipinda tetapi ada had2nya : -

  1. Pemindaan yang mengkehendaki mana2 pemegang2 syer supaya mengambil syer yang lebih atau yang menambahkan tanggungan mereka untuk menyumbang kepada modal syer adalah tidak dibenarkan oleh Akta Syarikat melainkan pemegang syer telah memberikan kebenaran bertulis sebelum/ selepas pemindaan. Ini dijelaskan di dalam Sek 33 (3) Akta Syarikat1965

  1. Di dalam keadaan2 tertentu, seorang pemegang syer/ pemegang debenture boleh membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Sek 181 untuk mendapatkan 1 remedi dengan alasan penindasan. Di atas permohonan sedemikian, mahkamah mempunyai kuasa yang luas untuk membuat beberapa jenis perintah. Salah satu perintah yang boleh di buat ialah meminda memorandum/ artikel syarikat. Jika satu perintah telah dibuat kepada syarikat supaya meminda artikelnya, maka syarikat hendaklah jangan, tanpa kebenaran mahkamah membuat satu pindaan/ tmbhn yang tidak mengikut perintah itu.


  1. Di mana syarikat mempunyai modal dan modal dibahagikan mengikut beberapa kelas syer, maka pengeluaran kelas2 syer yang berlainan ini akan mempunyai hak2 yang berlainan juga. Misalnya, pemegang syer uatama akan mempunyai hak utama mengenai dividen dan juga keutamaan pemulangan modal semasa pembubaran syarikta. Jika hak kelas ini dimasukkan di dalam peruntukan artikel, maka fasal yang memperuntukan tentang cara untuk meminda hak kelas ini dikenali sebagai ‘ fasal variasi’. Di mana fasal variasi ini wujud di dalam peruntukan artikel, maka pemindaan hak kelas tidak boleh dibuat melainkan dengan mengikut cara yang telah diperuntukan di dalam fasal variasi tersebut

  1. Melalui prinsip ‘majority rule’, ahli2 majoriti boleh menambah/ meminda artikel sesebuah syarikat itu. Namun begitu pemindaan artikel oleh pihak majority tidaklah boleh di buat sesuka hati. Undang2 ada memperuntukan bahawa pemindaan artikel mestilah di buat seca bona fide untuk kepentingan syarikat secara keseluruhannya. Prinsip ini akan dibincangkan di bahagian lain di dalam nota lanjutan kepada nota ini.