January 12, 2013

P3202 Perakaunan Kos UNIT 2

clip_image001

clip_image003clip_image004

OBJEKTIF
       
    clip_image005
 
    clip_image006
 
  clip_image007

clip_image009

       
 
INPUT
    clip_image010
 

2.0 PENGENALAN

Dalam unit satu anda telah pelajari dan fahami definisi dan kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan, untuk mendalaminya lagi apa kata jika kita lihat dari sudut unsur-unsur kos.

Penting bagi pihak pengurusan mengkelaskan unsur-unsur kos-kos mengikut jabatan, proses, tempahan keluaran, kerja atau perakaunan kos-kos unit yang lain, supaya proses mengawal dan membuat keputusan akan lebih cekap dan tepat dengan ini matlamat organisasi dapat dicapai.

2.1 UNSUR-UNSUR KOS DAN PENGKELASANNYA.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada beberapa unsur kos yang utama yang kita boleh perolehi daripada jabatan-jabatan yang berbeza dan unsur-unsur kos ini dikelaskan bergantung kepada tujuan kos diperlukan.

2.1.1 UNSUR-UNSUR KOS.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada:

a. Bahan langsung

b. Buruh langsung

c. Belanja langsung

d. Overhed.

i. Pengeluaran.

ii. Pentadbiran.

iii. Jualan dan pengagihan.

2.1.1.1 BAHAN LANGSUNG.

Bahan langsung terdiri daripada bahan yang boleh diperolehi secara fizikal daripada keluaran tertentu. Contohnya adalah bagi kilang perabot, kayu yang digunakan untuk membuat perabot adalah merupakan bahan langsung bagi industri tersebut.

2.1.1.2 BURUH LANGSUNG.

Buruh langsung terdiri daripada buruh yang boleh dikenalpasti bekerja untuk produk tersebut. Contohnya adalah kos buruh langsung adalah daripada upah yang diperolehi oleh buruh tersebut untuk kerja melengkapkan bahagian meja untuk dijadikan meja siap. Atau upah yang dibayar kepada buruh yang bekerja dalam proses pengeluaran.

Walaubagaimana pun gaji yang dibayar kepada penyelia atau staf daripada jabatan stor tidak boleh dikenalpasti daripada barang siap maka ia dikelaskan sebagai buruh tidak langsung.

2.1.1.3 BELANJA LANGSUNG.

Belanja langsung adalah terlibat secara langsung dengan pengeluaran. Contohnya kos untuk menyewa mesin untuk pengeluaran keluaran tertentu.

2.1.1.4 OVERHED PERKILANGAN/ PENGELUARAN.

Overhed pengeluaran merupakan kos bahan tak langsung, buruh tak langsung dan belanja tak langsung. Contohnya bahan tak langsung adalah bahan yang digunakan untuk membaiki mesin bagi pelbagai jenis keluaran, Buruh tak langsung pula merupakan penjaga stor, penyelia kilang dan lain-lain dan belanja tak langsung adalah susutnilai mesin, sewa kilang dan lain-lain.

2.1.2 PENGKELASAN UNSUR-UNSUR KOS.

Unsur-unsur kos boleh dikelaskan mengikut objektif kos iaitu boleh kita lihat dalam jadual 2.1.

Objektif kos

Pengkelasan kos

a. Kos untuk penilaian stok

i. Kos tempoh dan kos keluaran.

ii. Unsur-unsur kos perkilangan.

iii. Kos kerja dan kos proses.

b. Kos untuk pembuatan keputusan

i. Gelagat kos.

ii. Kos releven dan tidak relevan.

iii. Kos dapat dihindari dan tidak dapat dihindari. (avoidable and unavoidable cost)

iv. Kos melepas.(Sunk kos)

v. Kos peluang. (Opportunity cost)

vi. Kos marginal .

c. Kos untuk kawalan

Kos dapat dikawal dan tidak dapat dikawal

Jadual 2.1 : Pengkelasan kos

2.1.2.1 KOS UNTUK PENILAIAN STOK.

Terdapat beberapa kos untuk penilaian stok iaitu:

i. Kos tempoh dan kos keluaran. (Period and product kos)

Kos tempoh – Kos yang tidak terlibat dengan penilaian stok, ia dikira sebagai belanja dalam tempoh ia berlaku.

Kos keluaran – Merupakan kos yang tidak terlibat dengan penilaian stok diperolehi daripada belian barangan atau pun keluaran barangan untuk dijual.

Untuk lebih memahaminya mari kita rujuk rajah 2.1

clip_image016

Rajah 2.1: Kos tempoh dan kos keluaran.

ii. Unsur-unsur kos daripada perkilangan.

Ø Untuk pengiraan kos keluaran mengandungi 3 unsur:

a. Bahan langsung.

b.Buruh langsung.

c. Overhed perkilangan/pengeluaran.

Ø Walaubagaimana pun untuk penilaian stok unsur-unsur kos dikira seperti berikut:

RM

Bahan langsung XX

Buruh langsung XX

clip_image017 Belanja langsung XX

Kos utama/keluaran XXX

clip_image018 Overhed pengeluaran XX

Jumlah kos perkilangan XXX

iii. Kos kerja dan kos proses.

Ø Kos kerja

1. Pengkelasan kos ini sesuai untuk perkilangan yang mengeluarkan keluaran mengikut tempahan atau pun mengeluarkan keluaran mengikut keluaran yang spesifik.

2. Contoh: industri pembinaan, percetakan, pembinaan kapal dan lain-lain.

3. Disebabkan tempahan pelanggan tidak sama untuk setiap keluaran maka pengiraan kos keluaran purata untuk setiap unit keluaran adalah tidak sesuai.

4. Kos kerja memberikan pengiraan yang lebih tepat kerana ia mengumpulkan kos untuk setiap tempahan yang spesifik.

Ø Kos proses.

1. Pengkelasan kos ini sesuai untuk industri yang mengeluarkan keluaran yang berbentuk bahan kimia, simen, minyak, cat dan textile. Yang mana ia melibatkan pengeluaran melalui proses siri yang berturutan.

2. Jumlah kos dikira disetiap tempoh bagi setiap proses dan purata kos dikira untuk setiap tempoh proses.

2.1.2.2 KOS UNTUK PEMBUATAN KEPUTUSAN.

Terdapat beberapa kos yang digunakan untuk membuat keputusan iaitu:

i. Gelagat kos

Ø Kos berubah: Kos ini berubah jumlahnya mengikut volum kegiatan tertentu dan ia berubah secara langsung.(rujuk rajah 2.2)

Cth: tingkatkan pengeluaran sebanyak 10% maka bekalan bahan mentah perlu ditingkatkan 10%

clip_image019clip_image020

clip_image021 å kos kos berubah

(Cth: Bahan mentah,

komisen,

buruh langsung dll)

clip_image022

Operasi(Pengeluaran/jualan)

Ø

Cth: tingkatkan pengeluran sebanyak 10% walaubagaimana pun sewa kilang tetap tidak berubah.

Kos tetap: Kos yang tidak akan berubah dari segi jumlah mengikut paras operasi.(Rujuk rajah 2.3)

clip_image023 å kos

clip_image024 kos tetap

(Cth: sewa,

gaji dll)

clip_image025clip_image026

Operasi(Pengeluaran/jualan)

Ø

Cth: kos telefon mengandungi suatu jumlah tetap iaitu sewa untuk suatu tempoh dan kos berubah untuk panggilan bermeter.

Kos separa berubah: Kos ini mengandungi jumlah tetap di dalam sesuatu julat berkenaan dan kemudian bertambah atau berkurang mengikut paras kegiatan. (Rujuk rajah 2.4).
 
  clip_image027

clip_image028clip_image029 å kos

(Cth: kos air, elektrik Kos berubah

clip_image030clip_image031 talifon dll)

Kos tetap

 
 

Rajah 2.4: Kos separa tetap

clip_image032

Operasi(Pengeluaran/jualan)

ii. Kos relevan dan tidak relevan (Relevant dan irrelevant cost)

Ø Untuk proses pembuatan keputusan kos dikelaskan kepada adakah ia relevan untuk pembuatan keputusan tertentu atau kos tidak relevan untuk pembuatan keputusan tertentu.

Ø Kos relevan merupakan kos masa depan yang boleh diubah daripada keputusan yang diambil manakala kos tidak relevan tidak dapat diubah walau apapun keputusan yang diambil.

Ø Contohnya; kalau kita mempunyai 2 pilihan sama ada untuk memilih belajar dikolej swasta atau pun dikolej awam kos yuran merupakan kos relevan kerana kos yuran ini mempengaruhi kita dalam membuat pemilihan. Manakala kos untuk pakaian dan makan merupakan kos tidak relevan kerana dikolej mana pun kita belajar kos pakaian dan makanan adalah sama.

iii. kos dapat dihindari dan kos tidak dapat dihindari (Avoidable and unavoidable cost)

Ø Ia mempunyai persamaan dengan kos relevan dan tidak relevan.

Ø Kos dapat dihindari - Kos yang dapat diselamatkan sekiranya tidak memilih pilihan tertentu.

Ø Kos tidak dapat dihindari - Kos yang tidak dapat diselamatkan sekiranya memilih pilihan tertentu.

Ø Contoh; Kita mempunyai stok lama digudang sebanyak RM100 dan baru-baru ini kita menerima tempahan pada harga RM250 yang melibatkan stok lama tersebut maka kita sekarang ini mempunyai 2 pilihan untuk menerima tempahan atau tidak

Tidak menerima Menerima

tempahan tempahan

Bahan 100 100 (kos tidak dapat dihindari)

Kos kerja - 200 (Kos dapat dihindari)

Hasil - (250)

_____ _____

Kerugian 100 50

===== =====

Kesimpulannya; sekiranya kita menerima tempahan kita akan mempunyai kerugian sebanyak RM50 dan sekiranya kita tidak menerima tempahan kita akan mempunyai stok lama yang mungkin akan dilupuskan bernilai RM100.

iv. Kos melepas (sunk kos).

Ø Kos nilai faedah yang terpaksa dilepaskan kerana keputusan yang lain dibuat.

Ø Contoh: 3 tahun belajar di Politeknik untuk mendapatkan diploma bagi pelajar akan menimbulkan kos melepas, mungkin kalau mereka bekerja di kilang/firma, mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi sekiranya dalam tempoh ini mereka mengganggur beliau tidak mengalami kos melepas.

v. Kos peluang (Opportunity cost)

Ø kos yang dilepaskan apabila memilih satu pilihan tindakan daripada beberapa pilihan.

Ø Contoh: Jika seseorang itu mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada pergi melihat wayang atau pergi melihat teater dan sekiranya beliau mengambil keputusan untuk melihat teater maka beliau telah melepaskan peluang untuk melihat wayang.

vi. Kos sut/marginal.

Ø Dari segi perakaunan, kos sut adalah kos berubah satu unit keluaran atau perkhidmatan iaitu kos yang boleh dielakkan jika unit tidak dikeluarkan atau disediakan.

2.1.2.3 KOS UNTUK KAWALAN

Kos boleh kawal dan kos tidak boleh kawal.

Ø Kos boleh kawal

· Kos yang dipengaruhi oleh tindakan atau keputusan pengurus.

· Contohnya; Kos gaji pekerja ditambah atau dikurangkan.

Ø Kos tidak boleh kawal

· Kos yang tidak dipengarauhi oleh tindakan atau keputusan pengurus.

· Contohnya; Kenaikan harga bahan mentah disebabkan inflasi.

clip_image034

clip_image036

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.1 Maklumat di bawah adalah dikumpul bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi syarikat perkilangan Wau Bulan Sdn Bhd.:

Butiran

RM

Jualan

200 000

Inventori pada awal tahun:

o Barang siap

o Kerja dalam proses

5 000

2 000

Belian bahan

100 000

Inventori bahan:

o Awal tahun

o Akhir tahun

4 000

3 000

Buruh langsung

50 000

Inventori akhir tahun:

o Kerja dalam proses

o Barang siap

5 000

8 000

Lain-lain perbelanjaan pada tahun tersebut:

o Belanja jualan 10% daripada jualan

o Belanja pentadbiran 5% daripada jualan.

o Overhed pengeluaran/pengilangan 60% daripada buruh langsung.

 

Sediakan penyata kos bagi Syarikat Perkilangan Wau Bulan Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001.

clip_image037

clip_image038

MAKLUMBALAS 2A

clip_image040

clip_image042Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2A

2.1 Penyata kos bagi Syarikat Perkilangan Wau Bulan Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001.

RM RM

Bahan langsung;

Inventory awal 4 000

Belian bahan 100 000

________

104 000

Tolak: Inventory bahan akhir (3 000)

________ 101 000

Buruh langsung 50 000

________

Kos utama/kos keluaran 151 000

Overhed perkilangan/pengeluaran

@ 60% daripada kos buruh 30 000

________

Kos perkilangan/pengeluaran kasar 181 000

Tambah: Kerja dalam proses 2 000

________

183 000

Tolak: Kerja dalam proses akhir (5 000)

________

Kos perkilangan 178 000

Tambah; Overhed pentadbiran @ 5% daripada jualan 10 000

Overhed jualan @ 10% daripada jualan 20 000

_________

Jumlah kos jualan 208 000

========

clip_image043

clip_image044

2.2 Fungsi jabatan-jabatan dalam organisasi yang berorientasikan perkilangan dan perkaitannya dalam perakaunan kos.

Maklumat perakaunan diperlukan di dalam sesuatu organisasi untuk proses pembuatan keputusan. Yang mana faktor ini mempengaruhi pembentukkan struktur organisasi dan ia juga mempengaruhi pembentukkan jabatan perakaunan. Contoh struktur organisasi boleh anda rujuk di dalam Carta 2-1

clip_image046
Carta 2-1: Contoh struktur organisasi syarikat pengilangan.

Jabatan perakaunan memainkan peranan yang penting bagi organisasi perkilangan yang mana ia merekodkan berkaitan bahan, buruh dan overhed yang diperolehi daripada pelbagai jabatan, yang merupakan sumber bagi jabatan lain untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan. Perakaunan kos berada di dalam jabatan perakaunan seperti di dalam contoh Carta 2-2.

clip_image048
Carta 2-2: Contoh jabatan perakaunan bagi syarikat perkilangan.

 
  clip_image050

Jabatan perakaunan dibahagikan kepada beberapa komponen yang tertentu seperti di dalam Carta 2-3, ini adalah untuk mempastikan ia lebih cekap dan laporan yang cepat diperolehi. Ini kerana perakaunan kos memerlukan pelaporan yang lebih kerap berbanding dengan perakaunan kewangan untuk memudahkan proses perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Carta2-3: Contoh jabatan perakaunan kos dan perakaunan pengurusan di sebuah syarikat pengilangan.

Jabatan perakaunan kos secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan jabatan-jabatan lain. Dalam jadual 2.2 disediakan contoh perkaitan antara jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain.

 

Jabatan-jabatan

Perkaitan dengan jabatan perakaunan kos

1

Jabatan pengeluaran bertanggung jawab untuk merekabentuk, merancang dan mengeluarkan produk

Jabatan Pengeluaran akan mendapatkan maklumat yang telah dianalisis oleh Jabatan Perakaunan Kos berkaitan bahan langsung, buruh langsung dan overhed yang merupakan sumber kepada proses tersebut.

2

Jabatan Personel bertanggung jawab berkaitan kecekapan pekerja, pusing ganti pekerja, menyediakan kadar gaji dan kaedah bonus.

Jabatan Perakaunan Kos akan mengumpul maklumat daripada pelbagai jabatan yang berkaitan dan menganalisa perkara-perkara tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan Personel.

3

Jabatan Pemasaran memerlukan harga yang boleh bersaing untuk menarik pelanggan.

Jabatan Perakaunan Kos akan menganalisa kos keluaran dan kos pengilangan dengan jumlah keluaran dan seterusnya menetapkan berapa harga jualan yang sesuai untuk sesuatu produk.

4

Jabatan Jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak menguntungkan.

Jabatan Perakaunan Kos menganalisa kos-kos produk untuk memudahkan jabatan jualan membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

Jadual 2.2: Perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain.

clip_image051

clip_image036[1]

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA……..

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.2 Anda dikehendaki menyediakan perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan – jabatan yang wujud dalam sesuatu organisasi mengikut pendapat anda.

Contohnya organisasi kilang perabot:

Jabatan-jabatan yang mungkin - Jabatan perakaunan kos

Jabatan perkhidmatan

Jabatan pemasaran

Jabatan jualan.

 
  clip_image052

clip_image040[1]

clip_image053Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2B

2.2 Cadangan jawapan bagi perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan-jabatan lain di dalam organisasi perkilangan perabot.

 

Jabatan-jabatan

Perkaitan dengan jabatan perakaunan kos

1

Jabatan pengeluaran perabot bertanggung jawab untuk merekabentuk, merancang dan mengeluarkan produk

Jabatan Pengeluaran akan mendapatkan maklumat yang telah dianalisis oleh Jabatan Perakaunan Kos berkaitan bahan langsung, buruh langsung dan overhed yang merupakan sumber kepada proses tersebut.

2

Jabatan Personel bertanggung jawab berkaitan kecekapan pekerja, pusing ganti pekerja, menyediakan kadar gaji dan kaedah bonus.

Jabatan Perakaunan Kos akan mengumpul maklumat daripada pelbagai jabatan yang berkaitan dan menganalisa perkara-perkara tersebut untuk diserahkan kepada Jabatan Personel.

3

Jabatan Pemasaran memerlukan harga yang boleh bersaing untuk menarik pelanggan.

Jabatan Perakaunan Kos akan menganalisa kos keluaran dan kos pengilangan dengan jumlah keluaran dan seterusnya menetapkan berapa harga jualan yang sesuai untuk sesuatu produk.

4

Jabatan Jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak menguntungkan.

Jabatan Perakaunan Kos menganalisa kos-kos produk untuk memudahkan jabatan jualan membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

clip_image054

clip_image044[1]

2.3 Perkaitan sistem pengkosan dengan organisasi kilang.

Perakaunan Kos bertanggung jawab secara langsung kepada Pengurus Am (General manager), walaubagaimana pun ia juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan jabatan-jabatan lain di dalam sesuatu organisasi perkilangan.

Jabatan Perakaunan Kos bertanggung jawab menyediakan akaun-akaun kos, analisa-analisa dan penyata-penyata kos yang menjadi garis panduan kepada jabatan-jabatan lain untuk mengesan kerugian, pembaziran dan ketidak cekapan yang berlaku dan akan berlaku.

 
  clip_image055

clip_image036[2]

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA……..

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

2.3 Anda dikehendaki pergi ke sebuah organisasi yang berdekatan dengan politeknik anda dan dapatkan perkaitan system pengkosan syarikat tersebut dengan jabatan-jabatan di dalam organisasi tersebut.

Cadangan: Lakukan tugasan ini dalam bentuk kumpulan. Laporan yang diperolehi boleh dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

clip_image056

clip_image040[2]

clip_image042[1]Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2C.

2.3 Cadangan jawapan seperti dimaklumbalas 2b dan bincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain daripada kelas anda.

clip_image057

clip_image059

       
 
PENILAIAN KENDIRI INPUT
    clip_image038[1]
 

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 2-1

Padankan contoh dan penerangan dibawah ini dengan kelas-kelas kos yang sesuai.

Contoh/penerangan Kelas-kelas kos

1. Sewa bangunan kilang Kos pentadbiran

2. Gempa bumi yang melanda Kos tetap

menyebabkan kilang ABC s/b

mempunyai banyak kos yang terpaksa

ditanggung disebabkan kerosakan

barangan dan bangunan.

3. Gaji pengarah kewangan. Kos belanja langsung

4. Kos membaiki mesin untuk pengeluaran barangan. Kos tidak boleh kawal.

Soalan 2-2

Maklumat di bawah adalah dikumpul bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi Syarikat Perkilangan Ulik Mayang Sdn Bhd.:

Butiran

RM

Bahan langsung

300 000

Buruh langsung

150 000

Susut nilai bangunan kilang

20 000

Susut nilai bangunan pejabat

15 000

Susutnilai kereta staf

10 000

Belanja baiki mesin

1 000

Insuran kenderaan staf

1 500

Insuran bangunan pejabat

1 200

Insuran Kilang

1 200

Gaji:

Pengurus

Jurutera kilang

25 000

25 000

Elektrik (termasuk pejabat pentadbiran

RM 3 000.)

10 000

Pengiklanan

5 000

Promosi

6 000

Belanja pelbagai kilang

150 000

Belanja pelbagai pejabat

50 000

Dikehendaki menyediakan penyata kos untuk mendapatkan kos utama/ kos keluaran, kos pengilangan dan jumlah kos jualan.

Soalan 2-3

Andaikan setelah keluar daripada politeknik anda telah membuka sebuah kilang perabot. Sediakan struktur organisasi kilang perabot anda ini dan terangkan perkaitan jabatan perakaunan kos dengan jabatan lain di dalam organisasi anda ini.

clip_image060

clip_image062

clip_image063

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

 
  clip_image064

Jawapan 2-1

1. Kos tetap

2. Kos tidak boleh kawal

3. Kos pentadbiran.

4. Kos belanja langsung.

Jawapan 2-2

Penyata kos bagi tahun berakhir pada 31 Dis 2001 bagi Syarikat Perkilangan Ulik Mayang Sdn Bhd.:

RM RM

Bahan Langsung 300 000

Buruh Langsung 150 000

Belanja Langsung:

Belanja Baiki Mesin 1 000

-----------

Kos utama /keluaran 451 000

Overhed Pengeluar:

Susutnilai Kilang 20 000

Insuran Kilang 1 200

Gaji jurutera kilang 25 000

Elektrik 7 000

Belanja Pelbagai Kilang 150 000 203 200

____________ _________

Kos pengilangan/pengeluaran 654 200

Overhed pentadbiran:

Susutnilai pejabat 15 000

Susurnilai Kenderaan staf 10 000

Insurans kenderaan staf 1 500

Insuran bangunan pejabat 1 200

Gaji pengurus 25 000

Elektrik 3 000

Belanja Pelbagai pejabat 50 000

Overhed jualan dan pengagihan:

Iklan 5 000

Promosi 6 000 116 700

______________ ___________

Jumlah kos jualan 770 900

==========

Jawapan 2-3

Jabatan perakaunan merupakan pusat atau sumber bagi jabatan lain mendapatkan maklumat-maklumat kos daripada jabatan perakaunan kos yang mana jabatan perakaunan kos akan mengumpul maklumat kos yang diperolehi daripada jabatan-jabatan lain dari pelbagai jabatan dan akan menganalisa kos-kos tersebut. Jabatan-jabatan lain akan mendapat maklumat kos ini untuk proses perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan.

Contohnya;

Jabatan jualan tentukan dasar-dasar jualan berdasarkan kos produk yang membantu jabatan menentukan keluaran mana yang menguntungkan dan yang tidak menguntungkan. Jabatan perakaunan kos menganalisa kos-kos produk yang diperolehi daripada jabatan stor dan jabatan pengeluaran untuk memudahkan jabatan jualan

membuat keputusan keluaran mana yang menguntungkan dan yang mana tidak menguntungkan dan dasar-dasar jualan yang sesuai.

Contoh struktur organisasi pengilangan adalah seperti di bawah.

clip_image065

Syabas!.