November 15, 2012

October 4, 2012

GABUNGAN TEGASAN TERUS & TEGASAN LENTUR



  UNIT 10    PRINSIP GABUNGAN






OBJEKTIF AM :

  • Mempelajari dan memahami prinsip gabungan tegasan terus dan tegasan lentur, perkaitannya dengan beban sipi, seterusnya mengira dan melakar taburan tegasan pada keratan akibat gabungan tegasan tersebut.



OBJEKTIF KHUSUS:

  • Menerangkan prinsip gabungan tegasan terus dan tegasan lentur.
  • Menunjukkan perkaitan antara beban sipi, tegasan terus dan tegasan lentur.
  • Mengira dan melakarkan taburan tegasan pada keratan akibat daya paksi, daya sisi dan daya sipi.

TEORI LENTURAN


TEORI LENTURAN


OBJEKTIF AM :

Mempelajari dan memahami paksi neutral, teori lenturan, tegasan lenturan dan taburan tegasan lenturan.


OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


                                  
                        TEORI LENTURAN                                                                                                    

     INPUT 9



9.0 PENGENALAN

Di dalam topik 2 anda telah didedahkan apabila rasuk dibeban, ia mengalami momen lentur dan daya ricih pada keseluruhan keratan rasuk.  Di dalam unit ini kita akan melihat dengan lebih lanjut berhubung kesan momen lentur sahaja berbanding daya ricih.  Apabila rasuk ditindakkan beban pada paksi memanjangnya, ia cenderung untuk melentur  dan analisis magnitud lenturan telah  dibincangkan dalam topik 2.  Apa yang akan ditentukan dalam unit ini adalah tegasan dalaman yang wujud di dalam keratan rasuk tersebut untuk  menentang  momen lenturan.  Tegasan dalaman ini dikenali sebagai tegasan lentur.  Teori lenturan merupakan teori yang yang menerangkan tentang tegasan lentur pada satu-satu keratan rasuk.