KESAN KEMAJUAN SAINS
Unit
OBJEKTIF AM
1
Mengetahui konsep asas perkembangan kemajuan sains dan teknologi semasa serta kesannya kepada manusia
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
- menyatakan kesan-kesan hasil kemajuan sains dan teknologi
- membezakan antara kesan baik dan buruk terhadap perkembangan kemajuan sains dan teknologi
- menerangkan kesan-kesan perkembangan kemajuan sains dan teknologi berdasarkan nilai-nilai moral sejagat.
INPUT
PENGENALAN
Kepesatan kemajuan sains dan teknologi menyebabkan pelbagai jenis alatan dan penemuan- penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara sepintas lalu, kemajuan sains ini banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia sekiranya digunakan ke jalan yang baik dan selamat. Namun begitu , sekiranya disalahgunakan , kemajuan sains juga bakal menimbulkan elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral. Penemuan kaedah DNA, pengklonan, Bayi Tabung uji dan sebagainya merupakan manfaat yang diperolehi manusia hasil kemajuan sains dan teknologi. Penemuan-penemuan ini tidak terkecuali mendatangkan kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia