November 4, 2013

FUNGSI PENGURUSAN



 
FUNGSI
PENGURUSAN


OBJEKTIF 
Objektif :

Am

Memahami fungsi-fungsi pengurusan

Objektif : Khusus

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


  1. Mengenalpasti elemen-elemen fungsi pengurusan

  1. Menerangkan setiap elemen fungsi pengurusan







  1. PENGENALAN   
 
Pengurusan merupakan satu proses sosial. Telah banyak percubaan untuk menganalisis elemen-elemen proses pengurusan ini dan didapati banyak perubahan dan perbezaan di antara pakar dengan pakar lain. Oleh itu, kesepakatan telah diwujudkan oleh UNESCO di dalam menentukan elemen-elemen pengurusan yang dianggap sesuai.
 
Dari perbincangan unit sebelum ini, apakah yang anda boleh nyatakan tentang elemen-elemen pengurusan yang digariskan oleh UNESCO? Sudah pasti jawapan yang anda akan nyatakan bagi elemen-elemen pengurusan ialah :
  1. Perancangan
  2. Penyusunan
  3. Kepimpinan
  4. Kawalan.
 
Elemen-elemen pengurusan akan berlaku dengan lebih cekap dan efektif apabila sumber-sumber di dalam pengurusan seperti tenaga manusia, kewangan, bahan mentah dan teknologi dapat disediakan dalam melaksanakan matlamat organisasi .
 
Oleh itu, setiap elemen berkait rapat diantara satu sama lain bagi menghasilkan keluaran dalam bentuk perkhidmatan atau produk. Rajah 3.1 mengambarkan bagaimana hubungkait di antara sumber-sumber dan elemen-elemen pengurusan.

 
 
 
 
 
 
 
 
Rajah 3.1 : Hubungkait di antara elemen-elemen Pengurusan dan Sumber
 
 
 
  1. FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN
     
    Jika kita perhatikan, pengurusan dilihat sebagai satu proses yang melibatkan fungsi keempat-empat elemen tersebut. Fungsi-fungsi elemen inilah yang menentukan berjaya atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi.
     
    Di sini, kita akan menerangkan bagaimana fungsi-fungsi setiap elemen memainkan peranannya kearah pencapaian matlamat organisasi tersebut.
     
    3.1.1    Merancang
 
Merancang ialah satu proses yang berterusan dalam menentukan apa yang perlu dibuat pada masa hadapan iaitu matlamat organisasi dimana ia perlu membuat persediaan in advance laluan yang perlu diikuti. Ia melibatkan perkara-perkara kritikal seperti dasar organisasi, objektif prosidur dan polisi.
 
Perancangan yang agresif melibatkan pengumpulan data/maklumat dan penganalisaan yang teliti bagi membuat jangkaan masa depan di mana ia melibatkan what if.
 
Kepentingan merancang di dalam organisasi adalah bagi
  1. Mengenalpasti bagaimana organisasi mendapatkan dan menggunakan sumber
  2. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan
  3. Mengawal aktiviti-aktiviti pengurusan dengan berkesan
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Pengorganisasian
 
Pengorganisasian ialah satu proses penyusunan dan pengagihan, autoriti dan sumber manusia dan bukan sumber manusia dalam menjalankan aktiviti pengurusan untuk mencapai matlamat pengurusan.
 
Di dalam pengorganisasian ini, ia akan melibatkan kepada pembahagian kawasan, bahagian, unit atau kumpulan.
 
Melalui fungsi ini, seorang pengurus dapat menentukan apakah tugas yang perlu dilakukan, bagaimana pelbagai tugas dikumpulkan sebagai satu pekerjaan dan bagaimana mengklasifikasikan dan menentukan unit-unit tertentu yang menjadi struktur keseluruhan organisasi.
 
 

 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Memimpin
 
Memimpin didefinisikan sebagai proses mempengaruhi, memberi panduan dan memberi motivasi kepada pekerja untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam mencapai matlamat organisasi.
 
Di dalam memimpin organisasi, penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran perlu seimbang supaya pekerja dapat melaksanakan tugas dengan lebih efektif.
 
Fungsi ini adalah merupakan aspek yang lebih konkrit kerana ianya melibatkan seorang pengurus bekerja dengan orang lain. Melalui kepimpinan, seorang pengurus yang cekap dapat membentuk satu persekitaran kerja yang sesuai dan kondusif untuk memastikan setiap pekerja menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang demi kepentingan dan pencapaian objektif organisasi.
 
 
 
 
 



 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Mengawal
 
Mengawal ialah langkah-langkah kawalan dan menilai prestasi dan mengambil tindakan pembetulan jika berlaku kesalahan agar matlamat organisasi dapat dicapai.
 
Objektif pengawalan adalah memastikan sejauhmanakah fungsi perancangan berjaya dilaksanakan berbanding dengan apa yang dirancangkan dan mengambil tindakan pembetulan.
 
Empat elemen penting dalam proses pengawalan dalam fungsi pengurusan iaitu :
  1. Menetapkan piawai prestasi
  2. Mengukur prestasi semasa
  3. Membandingkan prestasi semasa dengan piawai yang ditetapkan
  4. Mengambil langkah pembetulan sekiranya berlaku kesalahan
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
  1. Nyatakan elemen-elemen fungsi pengurusan.
  • __________________    b. ____________________
    c. __________________    d. ____________________
     
  1. Fungsi pengurusan yang menentukan apa yang perlu dilakukan, bagaimana ia dilakukan, mengapa dilakukan dan siapa yang melakukannya dikenali sebagai :
  2. Pengawalan            c. Penyusunan
  3. Mengarah            d. Merancang
     
  4. Seorang pemimpin sepatutnya menunjukkan minatnya dan menyelidik dengan aktif mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pengikut-pengikutnya.
BetulSalah
Menyusun ialah satu proses menentukan apa yang perlu dibuat pada masa hadapan.

BetulSalah


 
3.1     a. Merancang.
    b. Pengorganisasian
c. Memimpin.
d.Mengawal.
 
  1. d. Merancang.
  2. Betul.
  3. Salah.
     
 

 
 
 
 
 
 
 

Soalan 3
 
  1. Terangkan 4 aktiviti-aktiviti atau fungsi-fungsi utama pengurusan.
  2. Apakah perkaitan diantara perancangan dan pengawalan.
  3. Sebagai seorang pengurus di dalam sebuah organisasi, apakah fungsi anda.