November 10, 2014

SISTEM KERJA PNEUMATIK(PENGGERAK DAN INJAP

PENGENALAN


T

ahukah anda, setiap sistem pasti mengeluarkan hasil kerja atau keluaran begitu juga dengan sistem pneumatik. Hasil kerja atau keluaran dalam sistem pneumatik ditunjukkan oleh pengerak. Penggerak pneumatik digunakan untuk menukarkan tenaga atau daya angin mampatan kepada pergerakan secara mekanikal. Ianya merupakan komponen yang terakhir sekali digunakan dalam sistem pneumatik.

REKABENTUK LITAR(KAWALAN TURUTAN BERBILANG SILINDER















5.0 PENGENALAN


S
ekiranya seseorang bercerita tentang reka bentuk litar pneumatik, apakah yang anda faham tentangnya ?
 
Kerja mereka bentuk bagi suatu litar pneumatik bukanlah satu tugas yang mudah dilakukan terutama sekali apabila banyak penggerak yang perlu dikawal dengan jujukan gerakan yang rumit. Oleh itu, aspek-aspek seperti keselamatan tentang pengoperasian, perlaksanaan fungsi yang dicapai, tahap kecekapan operasi dan kos perlu diambil kira ketika melakukan kerja mereka bentuk litar pneumatik, supaya litar tersebut dapat mencapai atau melaksanakan kerja ke tahap yang optimium.
 

REKABENTUK LITAR(LITAR ASAS BERBILANG SELINDER SISTEM ELEKTRO-PNEUMATIK DAN FUNGSI TAMBAHAN)







 

6.0 Pengenalan

 
T
ahukah anda bahawa sistem pneumatik adalah satu sistem yang menggunakan udara mampatan sebagai kawalan. Pemampat udara dan silinder adalah contoh komponen yang digunakan dalam sistem pneumatik.
 
Sistem elektrik adalah sistem yang hanya menggunakan komponen-komponen elektrik yang menggunakan tenaga elektrik sebagai kawalan. Kebanyakan komponen masukan atau pemproses seperti suis, penderia dan geganti adalah contoh komponen yang digunakan dalam sistem elektrik.
 
Sistem elektro-pneumatik adalah sistem yang menggunakan gabungan komponen-komponen pneumatik yang menggunakan udara mampatan dan komponen-komponen elektrik yang menggunakan tenaga elektrik sebagai kawalan. Injap solenoid adalah satu contoh komponen yang digunakan dalam sistem elektro-pneumatik.
 
Rajah 6.1 menunjukkan perbezaan komponen-komponen yang digunakan dalam sistem pneumatik dan komponen-komponen yang digunakan dalam sistem elektro-pneumatik.
 
Dapat diperhatikan bahawa komponen-komponen elektro-pneumatik mempunyai injap solenoid padanya yang berfungsi menggerakan komponen secara elektrik. Manakala pada komponen-komponen sistem pneumatik, komponen digerakan dengan menggunakan udara mampatan.