June 15, 2014

BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN

Pengenalan
- Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat laporan audit
- Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan
Tatacara Pematuhan
- ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan berkesan
- tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuk sesuatu niaga
- ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan-kawalan yang tidak meninggalkan jejak audit

- sebagai contoh,memastikan bahawa siapa sebenarnya melaksanakabn sesuatu tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas tersebut
Ujian-ujian Yang Dijalankan
1. Prosedur dalam memahami system kawalan dalaman
- juruaudit mesti berpuas hati/ memberi perhatian kepada rekabentuk dan operasi system kawalan dalaman pelanggan
- tujuan prosedur ini dilaksanakan untuk mendapatkan bukti bagi menyokong kerja-kerja audit
- antara prosedur yang dijalankan:
i. mendapatkan maklumat daripada juruaudit lepas
ii. pertanyaan kepada kakitanagn entity
iii. membaca polisi dan system manual entity
iv. memeriksa dokumen dan rekod
2. Ujian Pemeriksaaan
- memeriksa dokumen-dokumen sokongan untuk dijadikan bukti audit
- semua dokumen sokongan mesti diluluskan/mendapat pengesahan
- ia adalah untuk memastikan butir-butir dalam dokumen betul
3. Ujian Perlaksanaan Semula
- ia melibatkan pengulangan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh pelanggan
4. Pertanyaan Dan Pemerhatian
- ujian ini dijalankan untuk mencari bukti audit yang hanya boleh didapati hasil dari sama ada pertanyaan atau pemerhatian
- contoh: pengasingan tugas antara pekerja
- boleh dibuat dalam bentuk temu duga atau soal selidik
Tatacara Penyokongan
- Tatacara penyokongan adalah merupakan ujian-ujian yang direka bentuk untuk mengumpul bukti-bukti audit yang dapat memastikan samaada butir-butir mengenai maklumat yang dihasilkan dari sistem perakaunan itu adalah lengkap, tepat dan sah
- Tatacara-tatacara ini merangkumi ujian-ujian terperinci ke atas urusniaga dan baki akaun, menganalisa nisbah-nisbah dan arah alir penting yang merangkumi hasil penyiasatan ke atas perubahan-perubahan item luar biasa
- Kesilapan yang ditemui di dalam menjalankan tatacara penyokongan akan menyebabkan juruaudit perlu mengubahsuai penilaian yang telah dibuat ke atas kawalan adalah mencukupi
Ujian-ujian yang dijalankan
1. Ujian jalan terus
- Membuat pengesahan sama ada system yang diamalkan oleh pelanggan sama dengan system yang direkod oleh juruaudit
- Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga yang telah berlaku dan mengesan semula urusniaga dari mula sehingga selesai
2. Prosedur analitikal
- Ujian-ujian yang dibuat secara perbandingan – amaun sebenar dengan amaun jangkaan, tahun lepas dengan tahun semasa, industri dengan syarikat
- Jika ada perbezaan yang ketara mungkin wujudnya fraud
3. Ujian terperinci atas baki
- Ia menfokuskan kepada pengesahan akaun di penyata kewangan
- Objektif terperincinya :
· Jumlah yang disenaraikan berpatutan
· Jumlah yang disenaraikan wujud
· Aset yang disenaraikan dimiliki
· Jumlah yang wujud telah disenaraikan
· Jumlah yang disenaraikan telah dinilai
· Jumlah dalam imbangan duga diklasifikasikan dengan betul
· Urusniaga yang hampir dengan tarikh KKK direkod dalam period ia berlaku
· Penjelasan yang perlu dibuat
Teknik-teknik ujian audit
Terdapat 6 teknik utama dalam melaksanakan ujian audit;
i. Pemeriksaaan
ii. Pertanyaan
iii. Pemerhatian
iv. Pengesahan
v. Tatacara semakan audit
vi. Perlaksanaan semula
Pemeriksaan
- Melibatkan penyemakkan semula/ penelitian rekod dan dokumen
- Pemeriksaan aset nyata secara fizikal
- Ia dapat memberi bukti tentang kewujudan aset dan dokumen
- Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa catatan dan rekod menggambarkan urusniaganya yang sebenar telah berlaku, jumlah yang betul telah direkod dalam akaun yang betul.
Pertanyaan
- Ia melibatkan proses pemerolehan maklumat yang berkaitan daripada seseorang didalam atau di luar syarikat
- Ia boleh dibuat samada dalam bentuk formal atau tidak formal, secara bertulis atau lisan
- Darjah kebolehpercayaan bergantung pada tanggapan juruaudit
- Ia merupakan teknik yang lemah
Pemerhatian
- Melalui ini juruaudit melihat sendiri sesuatu proses atau tatacara yang dilakukan oleh kakitangan syarikat pelanggan untuk memastikan samada proses/ tatacara dilaksanakan dengan sempurna
- Bukti yang didapati hanya boleh dipercayai semasa pemerhatian dibuat namun samada perlaksanannya sama sepanjang masa kurang diyakini
Pengesahan
- Tatacara untuk mendapatkan pengakuan daripada pihak luar tentang kewujudan dan penilaian aset
- Ia merujukan kepada situasi tertentu seperti aset yang disimpan oleh pihak ketiga
- Pengesahan positif: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap semua maklumat yang diminta
- Pengesahan negative: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap semua maklumat yang salah sahaja
Tatacara semakan analititk
- Ia teknik mengkaji nisbah kewangan yang penting, arah aliran maklumat kewangan, memeriksaan sisihan luar biasa dan sisihan yang tidak dijangka
- Sekiranya terdapat perbezaan ketara, juruaudit mesti siasat dan cari keterangan mengenainya
- Apabila keterangan di perolehi, juruaudit mesti melihat samada ia selaras dengan keadaan perniagaan pelanggan dan keadaan keliling
- Jika terdapat bukti wujudnya salahnyataan dalam penyata kewangan,juruaudit mesti melaksanakan ujian-ujian tambahan
Perlaksanaan semula
- Ia melibatkan proses mengulangi tugasan yang telah dijalankan oleh pelanggan
- Ia dapat memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelanggan betul