March 5, 2013

Bab 9 : Keahlian Dan Hak-hak Seorang Ahli



Bab 9 : Keahlian Dan Hak-hak Seorang Ahli

9.0 Definisi ahli

Raja Khairulzaman Shah lwn Zaman Indah Sdn. Bhd. (1979) 2 MLJ 181

Prinsip : seorang pemegang syer tidak semestinya dia adalah seorang ahli di dalam sesebuah syarikat itu, begitu juga sebaliknya seorang ahli di dalam sesebuah syarikat tidak semestinya dia adalah pemegang syer di dalam syarikat tersebut

Terdapat beberapa cara untuk menjadi ahli iaitu : -

  • Mereka yang menjadi penandatangan kepada memorandum, dengan pemerbadanan syarikat tersebut hendaklah disifatkan telah bersetuju untuk menjadi ahli2 syarikat itu. (Sek 16 (6) Akta Syarikat )
  • Mereka yang bersetuju menjadi ahli dengan memberi nama mereka untuk dimasukkan di dalam daftar ahli syarikat hendaklah disifatkan sebagai merupakan ahli syarikat
  • Pengarah yang membuat akujanji untuk mengambil dan membayar syer yang diperuntukkan (qualification shares) kepadanya
  • Pemegang syer yang berdaftar bagi syarikat berhad oleh syer


9.1 Perbezaan antara ‘ pemegang syer’ (yang bukan ahli) dengan ‘ ahli syarikat’

Pemegang syer yang tidak berdaftar bukan ahli syarikat dan meeka tidak : -

Ø  Berhak mengawal perjalanan syarikat
Ø  Berhak menghadiri mesyuarat agung syarikat
Ø  Berhak meminda artikel persatuan
Ø  Tertakluk kepada apa2 liabiliti ahli

9.2 Perhubungan antara ahli-ahli dan lembaga pengarah : -

Prinsip di dalam kes John Shaw & Sons (Salford) Ltd lwn Shaw (1909) AC 442 (House of Lords) ialah ahli2 syarikat tidak boleh mencampuri (menggangu) hak2 yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah syarikat sekiranya kuasa untuk mengururs syarikat itu telah diberikan kepada lembaga pengarah melalui artikel persatuan








Automatic Self- Cleansing Fillter Syndicate Co. Ltd lwn Cunninghame (1906) 2 Ch 34 ( Court of Appeal)

Fakta : ahli2 syarikat telah memohon pengisytiharan mahkamah ke atas pengarah2 syarikat tersebut agar mereka melaksana dan menguatkuasakan resolusi yang telah diluluskan oleh ahli2 syarikat di mana mereka mengarah pengarah2 tersebut menjual perniagaan syarikat itu kepada sebuah syarikat lain. Mahkamah enggan meluluskan pengisytiharan tersebut kerana artikel persatuan telah memberikan mandate kepada lembaga pengarah untuk mengurus dan mengwal perniagaan syarikat tersebut. Oleh itu ahli2 syarikat tidak boleh mencampuri kuasa yang telah diberikan kepada lembaga pengarah.

Namun begitu, kuasa pengarah boleh dikawal melalui : -

i.                    pemindahan peruntukan artikel berkenaan ; atau
ii.                  tidak melantik semula pengarah2 syarikat yang berkenaan ( rujuk kes John Shaw & Sons Ltd lwn Shaw)

walau bagaimanapun, kuasa pengurusan syarikat mungkin akan dikembalikan semula (reverts) kepada ahli2 syarikat sekiranya : -

  1. lembaga pengarah syarikat tidak boleh bertindak ; atau
  2. lembaga pengarah syarikat tidak layak untuk bertindak ( not competent to act)

keadaan ini boleh dilihat di dalam kes Barron lwn Potter (1914) 1 Ch 895 ( High Court, England) di mana di dalam kes ini, artikel persatuan telah memberi kuasa kepada lembaga pengarah untuk melantik pengarah tambahan. Lembaga syarikat ini adalah terdiri daripada 2 orang pengarah dan kedua2 mereka tidak mempunyai hubungan yang baik di mana meeka tidak bertegur sapa anatara satu sama lain. Beberapa percubaan untuk mengadakan mesyuarat lembaga telah gagal, maka akhirnya satu resolusi telah diluluskan oleh ahli2 di dalam mesyuarat agung tahunan untuk melantik pengarah tambahan.

Mahkamah memutuskan bahawa perlantikan pengarah2 tambahan itu adalah sah walaupun artukel hanya memberi kuasa kepada lembaga pengarah untuk membuat perlantikan berkenaan. Lembaga pengarah tidak boleh bertindak maka ahli2 boleh bertindak melalui mesyuarat agung syarikat









9.3 Hak-hak ahli : -

1.      seseorang ahli mempunyai hak berkanun untuk memastikan ahli2 lain mematuhi peruntukan memorandum/ artikel persatuan. Ini adalah kerana Sek 33 (1) Akta Syarikat telah menjelaskan memperuntukan bahwa kedua2 artikel dan memorandum adalah merupakan kontrak yang mengikat antara ahli sesame ahli (members inter se). ahli2 boleh memohon mahkamah agar mengenepikan apa2 perbuatan yang dikatakan telah melanggar peruntukkan artikel/ memorandum/ menahan tindakan yang akan dibuat yang melanggar peruntukan2 di dalam memorandum/ artikel.

Walau bagaimanapun, sekiranya pelanggaran memorandum / artikel itu hanyalah merupakan kecacatan / luar aturan secara prosedur sahaja (dan bukannya substansial), maka mahkamah tidak akan mentaksahkan pelanggaran tersebut. Kes Macdougall lwn Gardiner, di mana di dalam kes ini pelanggaran artikel yang merupakan tindakan pengerusi tidak membenarkan plaintif mengadakan pengundian sebelum mesyuarat syarikat di tangguhkan adalah diputuskan oleh mahkamah hanya sebagai tindakan luar aturan secara prosedur. Berdasarkan alas an tersebut, mahkamah tidak membenerkan permohonan plaintif yang memohon agar mahkamah mengisytiharkan tindakan pengerusi sebagai tidak wajar

2.      ahli2 juga mempunyai hak untuk menghalang tindakan ‘ ultra vires’ / yang salah di sisi undang2. hak ini termaktub di dalam Sek 20 (2) (a) Akta Syarikat.
3.      ahli juga mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat serta memeriksa rekod2 syarikat. Misalny Sek 160 (2) Akta Syarikat membenarkan daftar dan indeks syarikat dibuka untuk pemeriksaan oleh mana2 ahli tanpa dikenakan apa2 bayaran untuk membolehkan ahli mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku di dalam syarikat
4.      ahli2 mempunyai hak untuk menghadiri dan mengundi di dalam mesyuarat agung syarikat. Hak ini adalah merupakan hak asasi seorang ahli dan memorandum dan artikel tidak boleh menghadkan hak ini

Seek 148 (1) memperuntukkan bahawa tertakluk kepada sub sek (2), tiap2 ahli hendaklah tanpa mengira apa2 peruntukkan di dalam memorandum mempunyai hak untuk menghadiri apa2 mesyuarat agung syarikat dan bersuara dan mengundi di atas apa2 resolusi sebelum mesyuarat

Hak ahli untuk mengundi hanya boleh di gantung di dalam dua keadaan saja iaitu : -

i.                    apabila semua panggilan / lain2 jumlah yang kena dibayar sendiri oleh ahli, berkenaan dengan syer2 di dalam syarikat telah tidak di bayar (Sek 148 (1))
ii.                  apabila syer yang dipegang oleh ahli ialah syer terutama (Sek 148 (2))

Selain daripada itu, ahli juga berhak untuk mengundi di dalam sesuatu resolusi itu sungguhpun dia mempunyai kepentingan peribadi di dalam keputusan resolusi tersebut.

Kes North-West Transportation Co Ltd lwn Beatty. Di dalam kes ini, Betatty adalah pengarah dan juga pemegang syer majority di dalam syarikatnya. Dia telah menjual kapalnya kepada syarikat, tetapi pembelian ini telah ditentang oleh seorang pemegang syer yang lain. Satu resolusi telah dibuat meluluskan pembelian tersebut di mana sebenarnya resolusi tersebut telah diluluskan oleh undi Beatty dan 3 orang pengarah syarikat itu. Pemegang syer yang tidak bersetuju dengan pembelian tersebut mendakwa transaksi tersebut dililiskan berdasarkan undi Beatty yang merupakan orang yang mempunyai kepentingan di dalam transaksi tersebut. Mahkamah memutuskan walaupun seseorang itu mempunyai kepentingan di dalam sesuatu transaksi itu, kepentingan itu tidak akan menjejaskan haknya untuk mengundi.

Namun begitu, hak untuk mengundi ini tertakluk kepada syarat2 tertentu : -

i.                    seorang ahli mestilah mengundi secara bona fide untuk kepentingan syarikat secara keseluruhan apabila meminda artikel persatuan
ii.                  apabila mengundi sebagai seorang ahli di dalam sesuatu kelas untuk satu resolusi yang akan memberi kesan kepada kelas tersebut, maka telah diputuskan di dalam kes British America Nickel Corporation Ltd lwn O’Brien Ltd, ahli yang berkenaan mestilah mengundi bagi maksud kepentingan kelas tersebut secara keseluruhan

5.      hak untuk dilayan dengan adil. Hak ini ada pada seseorang ahli. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah menyertai sesebuah syarikat itu biasanya akan terikat dengan kaedah majority atau “the majority rule”

Di bawah kaedah ini,kehendak dan keputusan majority akan mengikat pihak minority. Oleh itu perlu ada satu mekanisme untuk menghalang pihak majority supay tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengikat pihak minority. Akta syarikat ada memperuntukkan remedi di dalam kes2 penindasan. Mengikut peruntukkan Sek 181 (1) Akta Syarikat, mana2 ahli atau pemegang debenture syarikat/ dalam kes syarikat yang diisytiharjan di bawah bahagian IX, boleh memohon kepada mahkamah untuk perintah di bawah sek ini atas alasan2 berikut : -

a)      bahawa hal ehwal syarikat atau kuasa pengarah dijalankan dengan cara menindas/ tidak mengambilkira kepentingan ahli atau pemegang debenture
b)      bahawa tindakan syarikat telah dibuat/ diugut / bahawa resolusi ahli, pemegang debenture/ mana2 kelas darinya telah diluluskan / dicadangkan yang mana didiskriminasikan secara tidak adil / prejudis terhadap ahli/ pemegang debenture

Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa salah satu daripada alasan2 di atas telah dibuktikan, maka mahkmah blh mengeluarkan apa2 perintah yang difikirkannya sesuai menurut Sek 18 (2) untuk mengakhiri arau meremedikan perkara2 yang diadukan.

Perkataan “penindasan” telah ditakrifkan oleh Viscount Simonds di dalam kes Seotitish Co-operative Wholesale Society Ltd lwn Meyer, sebagai “burdensome, harsh and wrongful”. Dan takrifan ini telah dihuraikan oleh Buckley LJ’s dalam kes Re Jermyn Turkish Baths Ltd.

Keadaan-keadaan di mana Sek 181 (1) boleh digunakan ialah : -

1)      remedi boleh dituntut mengikut peruntukan sek ini terhadap seseorang individu yang mempunyai kuasa dominant di dalam syarikat. Seseorang itu mungkin mempunyai kuasa dominant sungguhpun dia tidak boleh menguasai  undi majority misalnya apabila kuasa dominant ini diperolehi malalui peruntukan artikel

2)      perbuatan yang didakwakan itu mestilah melebihi daripada dakwaan bahawa pihak yang dominant tersebut telah menjalankan kuasa pengundian majoritinya. Rujuk kes Re Kong Thai Sawmills


3)      tindakan yang didakwakan itu mestilah memberi kesan kepada ahli tersebut di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli. Sekiranya tindakan yang dipertikaikan itu memberi kesan kepadanya di dalam kedudukannya yang selain daripada sebagai ahli, misalnya sebagai seorang pengarah, maka sek 181 (1) tidak terpakai. Walau bagai manapun, jika seseorang itu ditindas di dalam kedudukannya sebagai seorang ahli dan mungkin juga akan mendapat remedi daripada tindakn tersebut yang mungkin telah memberi kesan kepadanya di dalam kedudukannya yang lain juga. Kes rujukan : Re Chi Liung & Sons

4)      apabila petisyen di buat di atas alasan penindasan/ pengabaian terhadap kepentingan ahli, maka tindakan yang dipertikaikan itu mestilah berupa tindakan yang berlanjutan sehingga petisyen itu dibuat. Seseorang ahli tidak berhak mendapat remedi daripada suatu tindakan penindasan yang telah tamat. Kes rujukan Re Kong Thai Sawmills


5)      remedi di bawah sek ini mungkin boleh diperolehi apabila ahli2 yang dominant di dalam syarikat melakukan sesuatu yang mereka telah merencanakan untuk kepentingan mereka atau kepentingan orang2 lain yang mereka pilih dengan menyebabkan kerugian kepada pemegang syer yang lain. Kes rujukan Re Bright Pine Mills

6)       remedi juga mungkin diperolehi apabila pihak dominant di dalam syarikat telah menguruskan syarikat seolah2 syarikat tersebut adalah miliknya dengan tidak memperdulikan hak dan kepentingan ahli2 yang lain. Kes rujukan Re HR Harmer


7)      Apabila majority pemegang syer / pengarah2 syarikat telah mengundi dengan menyalahgunakan kuasa undi mereka untuk tujuan yang tidak baik.

8)      Percubaan untuk menyalahgunakan harta2 ahli dengan menggunakan kuasa majority yang mana ini mungkin akan menyebabkan layanan yang tidak adil terhadap mereka, memungkin Sek 181 (1) terpakai

9)      Seseorang ahli yang mempunyai perjanjian secara nyata/ tersirat yang membenarkan ia turut menyertai di dalam pengurusan syarikat, sekiranya tidak diberi peluang untuk berbuat demikian boleh membuat petisyen di bawah sek ini

10)  Ahli yang ditindas hendaklah membuat petisyen secepat mungkin. Tempoh penangguhan yang tidak munasabah mungkin akan menyebabkan mahkamah beranggapan yang ahli tersebut membenarkan tindakan tersebut

Note :
Keadaan2 yang disenaraikan di atas adalah tidak lengkap. Dalam membenarkan remedi di bawah Sek 181 (1) Akta Syarikat. Mahkamah haruslah bertanyakan dirinya samada pemohon telah dilayan secara tidak adil sehinggakan ia tidak mendapat layanan yang sepatutnya ia berhak sebagi seorang ahli.