March 5, 2013

Bab 11 : Pengarah



Bab 11 : Pengarah

11.0 pengenalan

Syarikat adalah entity perundangan yang mempunyai hak dan tanggungannya sendiri. Syarikat tidak mempunyai entity fizikal, pengurusannya adalah di tangan pengarah. Pengarah adalah sebagai pemegang amanah dan agen kepada syarikat. Kuasa yang diberikan kepada mereka adalah melalui memorandum, artikel atau akta sendiri. Mereka adalah agen kepada syarikat kerana syarikat berfungsi melalui mereka.

11.1 definisi pengarah

Sek 4 mentakrifkan pengarah sebagai mana2 orang yang menduduki pengarah perbadanan melalui apa2 pun nama yang dipanggil dan termasuklah seseorang mengikut mana2 arahan / perintah pengarah2 perbadanan tersebut lazim bertindak dan pengarah silih ganti atau pengarah ganti.

11.2 perlantikan pengarah

Sek 122 (1) – setiap syarikat hendaklah mempunyai sekurang2nya dua orang pengarah yang setiapnya prinsipalnya atau hanya tempat tinggal dalam limgkungan Malaysia.

Sek 122 (2) -  tiada seorang pun selain dari orang sebenar yang cukup umur yang boleh menjadi pengarah syarikat. Cukup umur untuk menjadi seorang pengarah di Malaysia ialah 21 tahun.

Sek 122 (3) – pengarah pertama syarikat hendaklah dinamakan di dalam memorandum dan artikel syarikat.

Cara2 perlantikan pengarah terdapat di dalam memorandum atau artikel syarikat. Selalunya dibuat oleh ahli2 syarikat melalui resolusi biasa yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan. Artikel persatuan juga boleh memberi kuasa kepada orang2 /  badan2 tertentu untuk melantik pengarah. Walau bagaimanapun artikel tidak dapat diikuti sekiranya itu bukanlah ahli melainkan satu kontrak telah dimasuki di luar artikel itu yang memberinya kuasa sedemikian rupa



11.3 kelayakan seorang pengarah

Terdapat sesetengah orang yang tidak boleh menjadi pengarah : -

1.      Sek 125 – seseorang yang tidak menjelaskan hutang (undischarged bankrupt) kecuali mendapat kebenaran daripada mahkamah
2.      Sek 130 – seseorang yang disabitkan kesalahn
(a)    berhubung dengan kenaikan pangkat, pembentukan atau pengurusan sesebuah perbadanan
(b)   melibatkan penipuan atau ketidakjujuran yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 3bulan atau lebih atau
(c)    dibawah sek 132, 132A atau 303
Di dalam tempoh 5 tahun selepas disabitkan kesalahn atau selepas dibebaskan dari penjara. Jika ia dihukum penjara dan tanpa kebenaran mahkamah masih menjadi pengarah, ia akan dikenakan denda lima tahun penjara atau seratus ribu ringgit atau kedua2nya sekali.

3.      Sek 130A – seorang pengarah sebuah syarikat yang telah dikenakan tindakan penyelesaian/ penggulungan dan tidak mampu membayar hutang pada masa itu dan menjadi pengarah syarikat lain yang telah dikenakan tindakan penyelesian telah dalam masa lima tahun bermula dari tarikh syarikat yang pertama itu dikenakan tindakan penyelesaian dan kelakuannya membuatkan dia tidak layak kepada pengurusan sesebuah syarikat; maka mahkamah boleh memerintahkan seseorang itu tidak boleh menjadi pengarah tanpa kebenaran mahkamah
4.      Sek 129 – seseorang yang berumur 70 tahun dan keatas tidak boleh menjadi pengarah syarikat awam, tetapi terdapat pengecualian di bawah Sek 129 (6) dimana seorang yang berumur 70tahun boleh menjadi pengarah jika dia memberi notis kepada ahli2 berkenaan resolusi perlantikan dan tiga perempat majority ahli bersetuju.









11.4 hilang kelayakan sebagai pengarah

Sek 124 -  jika pengarah dikehendaki oleh artikel memenuhi atau memegang sejumlah syer, dia mesti memenuhi kehendak tersebut dalam masa dua bulan selepas perlantikannya atau jangka masa yang lebih pendek dari itu. Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh artikel, jika gagal memenuhi syarat tersebut, dia mesti mengosongkan jawantannya.

Artikel 72 Jadual 4 -  pengarah hendaklah mengosongkan jawatan jika : -

I.           Berhenti menjadi pengarah dengan kehendak akta
II.        Menjadi bankrap atau membuat mana2 perkiraan dengan si piutang secara umum
III.     Dilarang menjadi pengarah oleh Akta
IV.     Menjadi tidak siuman
V.        Meletak jawatan dengan notis bertulis kepada syarikat
VI.     Tidak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarag selama 6 bulan atau lebih tanpa kebenaran
VII.  Memegang jawatan lain darihal keuntungan di bawah syarikat tanpa izin syarikat kecuali jawatan pengarah urusan atau pengurus
VIII.       Berminat di dalam mana2 kontrak yang dicadangkan dengan syarikat dan gagal mengisytiharkan kepentingannya seperti yang dikehendai Akta

















11.5 kuasa pengarah

Lembaga pengarah diberi kuasa untuk menjalankan semua perkara selain dari kuasa yang diperuntukkan dalam memorandum dan artikel syarikat. Antara kuasa yang ada pada pengarah ialah menguruskan syarikat, mewakilkan tugas kepada orang bawahan, mengisukan syer, memanggil jumlah syer yang belum berbayar, membayar dan menerima hutang bagi pihak syarikat, memanggil mesyuarat dan mengisytiharkan dividen. Selalunya lembaga pengarah akan menyerah dan membahagikan kuasa kepada orang lain, contohnya pengarah urusan, setiausaha dan lain2.

Akta menegaskan bahawa pengarah akan memastikan bahawa syarikat ditabir mengikut undang2 dengan mengkehendaki pengarah mematuhi beberapa sek di dalam akta.

Lembaga pengarah ada 3 tugas : -

1.      membuat keputusan bagi pihak syarikat dalam bidang yang diperuntukkan
2.      bertanggungjawab secara am untuk memberi tunjuk ajar kepada agen2 dan pekerja2 syarikat dalam melaksanakan tugas2 mereka
3.      memastikan syarikat dijalnkan mengikut akta syarikat

11.6 kesan sekiranya pengarah tidak dilantik dengan sah

Sek 127 – tindakan2 pengarah hendaklah menjadi sah walau apa2 kecacatan yang mungkin kemudiannya timbul dalam perlantikan atau kelayakannya

Pihak ke-3 ada kuasa untuk menuntut daripada syarikat terhadap tindakan pengarah jika pengarah tidak dilantik dengan sah

Sesiapa yang berurusan dengan syarikat malalui orang yang berlagak sebagai pengarah dan ianya boleh dilantik secara sah tetapi tidak dilantik, bolehlah menganggap orang itu sebagai pengarah dan syarikat bertanggungjwab terhadap tindakan ‘pengarah’ tersebut. Walau bagaimanpun seseorang itu mestilah membuktikan bahawa mereka benar2 mempercayai bahawa orang itu adalah pengarah.




11.7 upah/ ganjaran/ saran pengarah

Upah pengarah boleh dalam berbagai bentuk dan amaun tetapi bergantung kepada peruntukan artikel. Biasanya terdapat di dalam artikel (Jadual A Artikel 70). Upah boleh dalam bentuk elaun atau saham di dalam syarikat, ianya dinyatakan di dalam artikel. Amaun boleh berubah dari tahun ke tahun atau ia boleh juga tetap

Re George Newman
Jika tidak ada peruntukan di dalam artikel berkenaan dengan upah, apabila upah dibayar kepada pengarah. Artikel syarikat perlu diubah untuk memasukkan upah tersebut di dalam artikel.

Craven Ellis lwn Cannons Ltd. (1936) 2 All ER 1066
Jika pengarah tidak dilantik dengan betul, pengarah tersebut tidak boleh menuntut upah walaupun dia percaya dirinya telah dilantik dengan sempurna dan dia telah berkhidmat untuk syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, dia masih boleh menuntut amaun yang munasabah untuk ‘quantum merit’ untuk perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat

Seorang pengarah yang boleh bersetuju untuk tidak menerima upah. Jika dia bersetuju, dia tidak boleh menuntut upah tersebut. Pengarah boleh juga meminta upahnya dikurangkan. Sek 136 memperuntukan larangan upah tanpa cukai kepada pengarah.

Tugas-tugas pengarah

Seseorang pengarah mempunyai 3 jenis kewajipan : -
1.      tugas fidusari
2.      menjalankan tugas dengan berskil, berhati2 dan berusaha sewajarnya
3.      tugas statutory









*   tugas fidusari

(a)    bertindak untuk kepentingan syarikat

perkataan ‘bertindak dengan jujur’ dalam sek 132 (1) telah didefinisikan di dalam kes Marehesi lwn Barnes Keogh : “ ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada perbuatan yang bona fide (suci hati) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan tugas2 sebagai pengarah”

bukannya mahkamah yang menganggap sesuatu tugas itu untuk kepentingan syarikat tetapi pengarah itu sendiri yang harus beranggapan demikian. Keputusan yang dibuat oleh seorang pengarah mestilah bertujuan membawa keuntungan kepada syarikat.

Re W & M Roith Ltd (1967) 1 All ER 247

Roith mengawal syarikat dengan memegang majority syer dan dia adalah seorang daripada 3 orang pengarah. Dia kemudiannya memasuki kontrak dengan syarikat dimana sekiranya dia mati, isterinya boleh mendapatkan pencen. Dia kemudiaannya meniggal dunia. Apabila isterinya menuntut pencen, ia ditolak oleh likudator.

Mahkamah bersetuju dengan likudator kerana sewaktu membuat keputusan, pengarah tidak mengira kepentingan syarikat tetapi mengira kepentingan isterinya

Kepentingan siapakah yang dikira kepentingan syarikat
Peter’s America Delicacy Co. Ltd. Lwn Heatg (1939) 61 CLR 457
Greenhalgh lwn Arderne cinemas Ltd. (1951) Ch. 286

‘kepentingan ahli2 secara keseluruhan syarikat bolehlah disamakan dengan kepentingan syarikat’

Hakim Mason di dalam kes Walker lwn Wimborne mengatakan : “….dalam melaksanakan tugas, pengarah juga mesti mengambil kira kepentingan pemegang syer dan juga pemiutang. Kegagalan untuk mengamibil kira kepentingan pemiutang akan meyebabkan akibat yang tidak baik kepada syarikat dan juga kepada pemiutang sendiri.”



Winkworth lwn Edward Baron Development Co. Ltd. (1987) 1 All ER 114
Lord Templeman menyatakan : “kewajiban itu adalah dipunyai oleh pengarah terhadap pemegang syer dan pemiutang untuk memastikan bahawa segala urusan syarikat diuruskan dengan betul dan supaya harta2 syarikat tidak diekplotasikan untuk kepentingan pengarah dan memprejudiskan pemiutang”

Bagi syraikat berkumpulan, syarikat2 ini mempunyai entity yang berasingan, jadi tidak boleh pengarah sesebuah syarikat memperjudikan nasib syarikat untuk kepentingan syarikat2 lain pula

Untuk menentukan kepentingan sesebuah syarikat, ujian yang terbaik ialah satu ujian yang akan menentukan samada seseorang yang jujur sebagai pengarah, dapat dalam semua keadaan, percaya bahawa perbuatan itu adalah untuk kepentingan syarikat sepenuhnya.

Mills lwn Mills (1937) 60 CLR 150
Persoalan bukan untuk kepentingan syarikat keseluruhannya tapi apa yang adil di antara kelas2 syer yang berbeza. Tetapi ini sukar untuk ditentukan kerana susah untuk memenuhi kehendak semua orang.

(b)   pengarah tidak meletakkan dirinya dalam keadaan di mana terdapat percanggahan kepentingan di antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri

Boardman lwn Phipps (1967) 2 AC 46
“seorang pemegang amanah tidak boleh meletakkan dirinya di dalan keadaan di mana berlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya dan kepentingan dirinya…”

Keadaan-keadaan dimana kepentingan boleh bercanggahan
(1)   pengarah tidak boleh menggunakan harta atau wang syarikat untuk mendapatkan keuntungan individu atau peribadi. Kalau dia melakukannya, dia bukan sahaja telah melanggar tugasnya tetapi keuntungan dari harta atau wang yang diperolehi adalah milik syarikat. Dia juga boleh didapati bersalah dibawah jenayah pecah amanah





Totex-Adon Pty Ltd lwn Marco (1982) 1 ACI. C 228

Fakta : Marco adalah pengarah syarikat Totex –Adon iaitu syarikat yang usahasama antara Totex (Aust) Pty Ltd yang menjalankan perniagaan di NSW dan Adon Pty Ltd sebuah syarikat di Queensland. Marco adalah juga pengarah dan pemegang syer Adon. Dibawah perjanjian usahasama, Totex-Adon akan membeli barangan dari Totex dan menjualnya di Queensland.
Totex-Adon menyaman Marco kerana gagal memasukkan pulangan jualan ke dalam akaun syraikat. Ini kerana Marco gagal membuka akaun berasingan bagi syraikat Totex-Adon di Queensland dan kesemu pembayaran dan penerimaan dimasukkan ke dalam akaun Adon

Mahkamah memutuskan yang Marco telah melanggar tugas fidusarinya terhadap Totex-Adon kerana mencampurkan wang kedua2 syarikat tersebut

Rujuk pada kes PP lwn Tan Koon Swan (1987) 1 MLJ 18
(2)   Sek 132(2) -  seorang pegawai syarikat tidak boleh menyalahgunakan mana2 maklumat yang diperolehi dengan kedudukannya sebagai pegawai syarikat bagi mendapatkan keuntungan dirinya dan menyebabkan kerugian kepada syarikat secara langsung atai tidak langsung. Keuntungan yang didapati dengan cara ini, mestilah dipulangkan kepad asyarikat. Keuntungan boleh di dalam bentuk upah, yuran, komisen dan sebagainya

Regal Hastings Ltd lwn Gulliver (1942) 1 All ER 378

Pengarah2 mesti membari keuntungan yang didapati kepada syarikat kerana hanya dengan pengetahuan dan kedudukan sebagai pengarah yang menyebabkan mereka mendapat keuntungan

Cook lwn Deek (1916) 1 AC 554

Isu kes adalah berkenaan dengan kontrak yang dimasuki oleh pengarah di atas namanya i.e dengan menubuhkan syarikat baru
Mahkamah memutuskan bahawa keuntungan kontrak tersebut adalah kepunyaan syarikat dan pengarah dengan sengaja gagal untuk melindungi kepentingan syarikat yang mana menjadi kewajiban mereka untuk berbuat demikian.


(3)   tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kedudukan sebagai pengarah untuk mendapatkan kepentingan peribadi

Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society (1987) 1 MLJ 149

Fakta : Mahesan adalah seorang pengarah dan bekerja untuk syarikat Malaysian Government Officers Co-operative Housing Society. Tujuan penubuhan syarikat ialah untuk menyediakan perumahan untuk pekerja kerajaan. Mahesan menerima rasuah dari Manickam berkenaan dengan satu transaksi yang melibatkan pembelian tanah. Manickan membeli tanah dengan harga $456,000. dia menjual kepada syarikat dengan harga $944,000 dan memberi rasuah sebanyak $122,000 kepada Mahesan. Syarikat boleh membeli tanah tersebut dengan harga $456,000 tetapi mereka terpaksa membayar $944,000

Mahkamah memutuskan bahawa syarikat boleh menuntut jumlah rasuah atau kerugian daripada perlanggaran kewajiban oleh Mahesan. Memandangkan kerugian syarikat adalah lebih besar dari jumlah rasuah, Mahesan diperintah untuk membayar kerugian yang dialami oleh syarikat akibat daripada rasuah tersebut.

(4)   pengarah tidak boleh mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia atas dasar hubungan fidusari.

Sekiranya ada peluang untuk membuat keuntungan atau mendapatkan manfaat dari kedudukannya sebagai seorang pengarah, keuntungan atau manfaat tersebut mestilah diberitahu dan disahkan dalam mesyuarat syarikat.
Rujuk kes Regal (Hastings) Ltd. Lwn Gilliver

Urusniaga di antara syarikat dan pengarah

Seorang pengarah yang memasuki kontrak dengan syarikat mestilah memberitahu keuntungan yang diperolehi daripada kontrak tersebut yang mana dia mempunyai kepentingan. Kegagalan memberitahu keuntungan tersebut boleh membuat pengarah bertanggungjawab terhadap syarikat ke atas keuntungan tersebut




Tiap-tiap pengarah syarikat yang dalam apa cara, samada langsung atau tidak langsung berminat dalam kontrak yang dicadangkan oleh syarikat tersebut, hendaklah secepat mungkin yang pratik selepas fakta2 yang berkaitan telah sampai ke pengetahuaanya mengisytiharkan sifat kepentingan itu di mesyuarat pengarah syarikat

Dibawah sek 131, perkara2 ini mestilah didedahkan.
(i)                 sek 131 (1) -  keadaan kepentingan samada secara langsung atau tidak langsung dan samada terlibat kepentingan ahli2 keluarga yang lain dalam kontrak atau kontrak yang dicadangkan
(ii)               sek 131 (5) -  keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud dari pemegangan jawatan mestilah diisytiharkan dalam mesyuarat
(iii)             sek 131 (5) -  keadaan fakta2 atau had2 percanggahan yang wujud dari pemegangan harta oleh pengarah

Persaingan dengan syarikat

Tiada undang2 yang mengatakan seseorang tidak boleh manjadi pengarah kepada dua syarikat yang bersaing asalkan kesemua konflik yang mungkin timbul didedahkan dan disahkan oleh syarikat.

Cooks lwn Deeks

Fakta : Toronto Construction Company mempunyai 4 orang pengarah yang juga pemegang syer. 3 orang pengarah (defenden) berkonflik dengan seorang pengarah (plaintif). Mereka bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan plaintif. Syarikat membuat perundingan berkenaan dengan kontrak dengan Canadian Pacific Railway. Perundingan itu dibuat oleh kedua2 defenden menubuhkan syarikat baru yang bernama Dominion Construction Company untuk menjalankan kontrak tersebut. Plaintif menyaman bagi pihak syarikat untuk mendapatkan kembali keuntungan yang dibuat oleh defenden.

Privy Council memutuskan bahawa ke3,3 defenden telah melanggar kewajiban sebagai pengarah, dan membenarkan syarikat untuk mendapatkan kembali keuntungan tersebut.




Peso Silver Mines Ltd. (NPL) lwn Cropper
Mahkamah Agung Kanada memutuskan bila lembaga pengarah dengan suci hati (bone fide) telah menolak satu peluang untuk syarikat, maka pengarah bolehlah mengambil peluang tersebut tanpa perlu mendedahkan kepada syarikat.

(c)    mesti menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang sesuai atau yang diperuntukkan

seseoang pengarah mungkin telah bertindak secara amanah untuk menentukan kepentingan syarikat tetapi beliau masih lagi boleh dikatakan mungkir tanggungjawab fidusarinya jika beliau menggunakan harta syarikat untuk tujuan yang salah.

Belmont Finance Corporation Ltd lwn Williams Furniture Ltd (1980) 1 All ER 393
Jika pengarah menyalahgunakan wang syarikat, mereka telah melakukan pecah amanah.

Re Duomatic Ltd (1969) 2 CH 365

Fakta : pembayaran telah dibuat kepada bekas pengarah sebagai gantirugi untuk kehilangan pekerjaan. Pembayaran ini tidak diberitahu kepada pemegang syer sebagaimana yang diperlukan oleh sek 191 Akta Syarikat United Kingdom 1948. jadi pembayaran tersebut adalah tidak sah.

Mahkamah memutuskan pengarah yang membuat pembayaran tersebut haruslah bertanggungjawab terhadap pembayarn tersebut kerana menyalahgunakan wang syarikat, walaupun didapati pengarah berkenaan berlaku jujur kerana tidak tahu tentang undang2 tersebut.










Kesan-kesan kontrak akibat kemungkiran tanggungjawab fidusari

Satu urusniaga syarikat yang intra vires tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut hanya boleh menjadi bolehbatal. Terdapat 2 perkara yang perlu diambilkira : -

(1)   bila pengarah memasuki kontrak atau urusniaga dengan syarikatnya sendiri dan melanggar tugas fidusarinya, kontrak atau urusniaga tersebut menjadi bolehbatal, dimana syarikat mempunyai opsyen untuk membatalkan kontrak atau urusniaga tersebut.
(2)   Bila urusniaga dimasuki oleh syarikat dengan pihak ke-3, sama ada urusniaga itu boleh diketepikan oleh pihak ke-3 atau tidak. Bergantung sama ada pihak ke-3 tahu atau sepatutnya tahu yang pengarah telah melanggar tugas fidusarinya. Jika pihak ke-3 tahu, maka pihak ke-3 tidak dapat mengenepeikan urusniaga tersebut.

Satu urusniaga syarikat yang ultra vires tidak batal walaupun ianya melanggar kewajiban fidusari pengarah. Urusniaga tersebut boleh diketepikan jika satu pihak tahu atau sepatutnya tahu berkenaan dengan perlanggaran kewajiban oleh pengarah syarikat.

Remedi-remedi untuk kemungkiran tanggungjawab fidusari pengarah

(1)   syarikat boleh menyaman untuk mendapatkan gantirugi atau pemulangan harta tertentu
(2)   syarikat boleh menuntut keuntungan rahsia yang diperolehi oleh pengarah
(3)   kuasa pengarah terhadap perlaksaan kontrak yang menyebabkan kemungkiran tanggungjawab boleh dianggap tidak sah. Syarikat boleh membuat pilihan samada untuk menuntut kerugian syarikat atau menyaman pengarah di atas keuntungan yang diperolehi.









*   Menjalankan tugas dengan berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya

Selalunya kita menganggap orang yang memegang jawatan pengarah mempunyai skil yang berpetutan untuk jawatan itu, tetapi undang2 mengatakan pengarah tidak perlu untuk mempunyai skil2 tertentu, dan sekiranya dia tidak mempunyai skil bukanlah dianggap satu perlanggaran kepada kewajibannya.

Rowies J mengatakan di dalam kes Re City Equitable Fire Insurance Ltd (19245) 1 Ch 407
“ pengarah tidak perlulah memnunjukkan, didalam melaksanakan tugasnya, tahap skil yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dianggapkan ada dalam fikiran atau pengalamannnya”

Akta Syarikat tidak penah memberikan syarat2 minimum sebelum seseorang itu boleh menjadi pengarah. Tetapi seandainya dalam keadaan di mana seseorang pengarah dilantik kerana kemahirannya dalam skil tertentu, dan kemudiaanya dia gagal membuktikannya, disini satu perlanggaran kewajiban mungkin telah berlaku.

Tugas/ tanggungjawab dan tahap hati-hati (Duty and standard of care)

Adalah tidak adil untuk mengharapkan orang yang kurang layak untuk menunjukkan skil yang berlebihan. Tetapi tidaklah boleh juga dijadikan satu alasan untuk tidak bersikap hati-hati. Seseorang pengarah adalah tertakluk kepada prinsip hati-hati kepada syarikat selama dia menjadi pengarah.

Kes Re City Equitable Fire Insurance Co. Ltd menyarankan bahawa tidak ada satu skala tahap hati2 yang boleh diikuti, jadi pengarah perlu menunjukkan tahap hati2 yang munasabah yang ada pada pengalaman dan kelayakannya itu.

Dalam kes Re Brazilian Rubber Plantation and Estates Ltd (1911) Ch 425
Neville J mengatakan : -
“seseorang pengarah tidak tertakluk untuk mengamil bahagian-bahagian tertentu dalam menjalankan perniagaan syarikat, tetapi setelah dia menanggung tanggungjawab itu, dia mesti menggunakan tahap hati2 yang munasabah dalam melaksanakan tugasnya.
Tahap hati2 itu dikira sebagai tahap sebagaimana orang biasa akan berhati2 untuk kepentingan sendiri. Dia tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang diakibatkan dari salah hukum
Cadangan-cadangan

(1)   pengarah mestilah mengambl inisiatif untuk mengetahui apakah hak2 dan tanggungjawab2nya dibawah artikel dan undang2. kedaifan tentang undang2 tidak boleh dijadikan satu alas an kepada perbuatan2 yang bertentangan dengan akta
Dia boleh meminta nasihat sekiranya perlu, dia tidak boleh menerima jawatan tetapi kemudiannya menegaskan yang dia tidak tahu apa2 peruntukkandi dalam Akta, memorandum atau artikel syarikat
Rujuk kes Re John Fulton & Co. Ltd (1932) NI 35

(2)   pengarah mestilah membuat beberapa pertanyaan yang munasabah apabila disuruh mengeluarkan wang syarikat
Re Railway & General Light Improvement Co.lwn Marzetti Case (1880) 42 Ltd 206
Pengarah menandatangani cek tanpa mengetahui untuk tujuan apa duit itu akan digunakan dan tidak membuat pertanyaan sebagaimana seorang yang waras akan bertanya
Mahkamah rayuan memutuskan pengarah tersebut telah berlaku cuai

Seorang pengarah yang tidak mengambil tahu sebelum menandatangi cek, dia akan bertanggungjawab terhadap cek tersebut jika terjadi sesuatu ke atas cek tersebut. Tetapi sekiranya jelas bahawa ianya adalah untuk tujuan yang sah, pengarah tidak bertanggungjawab untuk memastikan yang cek tersebut adalah digunakan untuk tujuan tersebut, asalkan cek itu datang untuk ditandatangani dalam keadaan biasa syarikat menjalankan perniagaan.

(3)   pengarah boleh menyerahkan tugas dan kuasa kepada orang lain asalkan tidak dalam keadaan yang boleh mendatangkan kecurigaan

pengarah mestilah memberikan kepercayaan kepada pegawai2 syarikat untuk melakukan tugas dengan jujur dan betul
Lindley MR di dalam kes Re National Bank Of Wales (1899) 2 Ch 629 mengatakan : “ perniagaan tidak dapat dijalankan jika wujudnya prinsip tidak percaya atau tidak mempercayai orang lain, melainkan ada sebab untuk berbuat demikian”




Lord Parker CJ mengatakan dalam kes Huckerby lwn Elliot (1970) 1 All ER 189 :
“tidak ada prinsip yang mengatakan setiap pengarah mesti ada had kawalan tertentu ke atas perniagaan syarikat. Pengarah boleh menyerahkan sesuatu perkara kepada pengarah lain atau kepada pegawai2 syarikat. Pengarah tidak akan bertanggungkawab sekiramnnya orang yang dipertanggungjawabkan itu tidak amanah lagi”

Tugas atau tanggungjawab untuk berusaha sewajarnya
Seorang pengarah mesti berusaha sewajarnya dalam menjalankan tugas. Ini diperuntukkan dalam sek 132 (1), yang mana memerlukan seorang pengarah yang jujur untuk berusaha sewajarnya tahap usaha itu adalah sebagaimana orang biasa melakukannya dan tidak lebih dari itu

Berkenaan dengan kewajiban berjada2 (duty of care), tidak ada kaedah tetap yang dapat diberikan. Walaubagaimanapun, dapat dirumuskan sperti berikut : -

(1)   seseorang pengarah tidak semestinya menghadiri semua mesyuarat lembaga. Jessel MR dalam kes Re Forest Of Dean Coal Mining Co (1879) ChD 450 mengatakan : “seseorang pengarah adalah tertakluk untuk menggunakan usaha sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya, walaupun pengarah biasa, yang hadir kadang2 dalam lembaga, tidak boleh dianggap untuk menghabiskan terlalu banyak masa dan perhatian kepada perniagaan sebagaimana seseorang rakan pengurusan dalam sesebuah perkongsian, mereka adalah tertekluk untuk menggunakan usaha yang sewajarnya dalam pentadbiran atau pengurusan syarikat dan juga untuk bertindak dengan jujur”
seseorang pengarah adalah tidak perlu untuk memberi perhatian yang berpanjangan dalam hal2 syarikat. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan2 sesuatu kes
Dalam kes Marquis Of Butes Case (1892) 2 Ch 100, di mana pengarah hadir hanya sekali sahaja dalam mesyuarat lembaga dalam masa 20 tahun, dia dikatakan tidak bersalah sedangkan dalam kes Re Denham & Co, ketidakhadiran pengarah dalam mesyuarat lembaga selama 4 tahun, adalah dikatakan bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan tugasnya.






(2)   pengarah tidak akan bertanggungan atas perbuatan atau ketinggalan perbuatan pengarah-pengarah lain kalaupun jika dia tidak menghadiri mesyuarat yang berkenaan

pengarah tidak bertanggungan di atas perkara2 yang dilakukan semasa ketidakhadirannya dalam mesyuarat. Dia juga tidak bertanggungan ke atas pinjaman yang dibuat tanpa kehadirannya atas kesalah frod yang dibuat oleh pengarah2 lain. Tetapi jika dia mengarahkan perkara2 itu, dia akan dipertanggungjawabkan.

Kesan sekiranya pengarah melanggar tugas skil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya

Syarikat boleh menyaman dan menuntut gantirugi jika seseorang pengarah melanggar tugas skil, berhati2 dan berusaha sewajarnya. Sek 132 (3) memperuntukkan bahawa seseorang pengarah adalah bertanggungan atas kerugian yang ditanggung oleh syarikat akibat dari perlanggaran tugasnya untuk berusaha sewajarnya. Memandangkan tugas itu adalah terhadap syarikat, ahli2 syarikat tidak boleh menyamannya.

*  Tugas statutory

Sebagai salah satu dari tugas2 pengarah, mereka dikehendaki mendedahkan beberapa perkara kepada syarikat : -
(1)   Sek 131 – pengarah mestilah mendedahkan beberapa perkara bersangkutan dengan kepentingan sendiri dalam mesyuarat, contohnya memberitahu tentang faedah dalam kontrak, harta benda, jawatan dan sebagainya
(2)   Sek 132A -  pengarah yang berada dalam atau berhubung kepada satu urusniaga dalam cagaran2 perbadanan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah untuk memperolehi maklumat2 sulit.
(3)   Sek 132B – pengarah tidak boleh menyalahgunakan maklumat yang didapati dalam kapasiti rasmi sebagai pengarah
(4)   Sek 132C – pengarah tidak boleh menguatkuasakan mana2 cadangan atau melaksanakan mana2 transaksi bagi : -
(a)    pemerolehan satu usahan atau harta benda bernilai tinggi ; atau
(b)   pelupusan suatu bahagian besar dari usaha atau harta benda syarikat, yang akan merugikan dan mempengaruhi kedudukan atau pelaksanaan kewangan syarikat, kecuali jika ianya telah diluluskan oleh syarikat dalam mesyuarat am.


(5)   Sek 132D – pengarah tidak boleh menggunakan mana2 kuasa syarikat untuk mengeluarkan syer2, melainkan mendapat kelulusan dari syarikat dalam mesyuarat am
(6)   Sek 132E -  sebuah syarikat tidak boleh memasuki mana2 perkiraan atau transaksi dengan mana2 pengarah syarikat atau syarikat pegangannya atau dengan seorang yang berhubung dengan pengarah untuk memperolehi daripada atau melupuskan kepada pengarah mana2 aset tiada tunai dari nilai2 yang wajib, kecuali jika ianya diluluskan oleh resolusi syarikat dalam mesyuarat am
(7)   Sek 133 – sebuah syarikat tidak boleh membuat suatu pinjaman wang kepada pengarah syarikat
(8)   Sek 133A – larangan darihal pinjaman wang kepada orang2 yang berhubung dengan pengarah
(9)   Sek 135 – pengarah kewajiban untuk memberitahu : -
(a)    butiran2 sperti syer, debenture,faedah turutan, hak, pilihan dan sebagainya
(b)   mengenai mana2 pertukaran butiran perenggan (a)
(c)    darihal kejadian dan perkara yang mempengaruhi atau berkaitan kepada dirinya sendiri
(d)   jika ia adalah pengarah syarikat awam atau subsidiary syarikat awam darihal tarikh pada bila ia mencapai umur 70 tahun

11.8 gantirugi dan pelepasan tugas

Sebarang peruntukkan yang menggantirugikan pengarah dari sebarang liabiliti2 untuk kecuaian, kemungkiran, perlanggaran kewajiban atau pecah amanah adalah tidak sah. Walaubagaimanapun, ahli2 syarikat boleh melepaskan pengarah dari tugas fidusarinya

Sek 354 – mahkamah mempunyai kuasa untuk memberi pelepasan atau membebaskan samada secara sebahagian atau sepenuhnya pelanggaran kewajiban oleh pengarah jika mahkamah merasakan adil untuk berbuat demikian.