January 16, 2013

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 6

       
    clip_image001
   
 
 
   

 

clip_image006

       
    clip_image007
 
   

 

6.1 PENGIRAAN GANJARAN UPAH

Mengapa anda semua perlu bekerja ?

Ganjaran upah merupakan sebab utama mengapa orang bekerja. Skim ganjaran upah yang menarik juga menjadi dorongan kuat mengapa seseorang berminat untuk bekerja di sesebuah organisasi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan upah kepada pekerja ialah:-

M Iklim ekonomi sesuatu industri

M Polisi kerajaan

M Keteguhan kesatuan sekerja

M Keuntungan syarikat/ firma

M Keadaan pengangguran setempat dan seluruh negara

M Pekerja yang berkemahiran sama ada senang diperolehi datau tidak

M Keadaan bekerja yang membahayakan dan tidak selesa

M Keadaan upah semasa

6.1.1 KAEDAH IMBUHAN

Pada asasnya ada tiga (3) kaedah imbuhan yang telah direka untuk meningkatkan atau memperbaiki daya pengeluaran iaitu:-

  1. Masa kedatangan
  2. Bayaran ikut kerja
  3. Skim premium ( akan dibincangkan di input yang berikutnya)

6.1.1.1 Masa kedatangan / kadar biasa jam bekerja (time based)

Seorang pekerja dibayar mengikut kadar masa bekerja. Premium dibayar untuk kerja lebih masa.

Contoh 6-1

Kassim bekerja selama 40 jam dalam minggu pertama bulan Januari. Kadar sejam ialah RM1. Apakah upah kasarnya ?

Upah kasar = 40 x RM1 = RM40

 
  clip_image011

clip_image013

K

aedah ini sangat mudah dan kelemahannya ia tidak membezakan antara pekerja cekap dan tidak cekap. Terdapat banyak jenis( variasi) dibawah kaedah ini contohnya kadar harian yang tinggi (high day rate system) dan berikut adalah maksudnya:-

  1. Kadar upah harian yang tinggi diberikan kepada pekerja-pekerja yang menjalankan kerja yang memerlukan penelitian bagi penghasilan kualiti yang tinggi. Contohnya dalam industri pembuatan pengangkutan.

ii. Bonus ialah bayaran lebih yang diberikan selain daripada upah. Contohnya

bonus kerja sift, bonus kedatangan dan bonus kecekapan pengeluaran.

6.1.1.2 Bayaran ikut hasil kerja atau kerja ikut butir (piece work)

Di sini seorang pekerja memperolehi lebih banyak pendapatan jika hasil keluarannya lebih dan pendapatan yang sedikit jika hasil keluarannya kecil. Seorang pekerja dibayar berasaskan output.

Contoh 6-2

Amer mengeluarkan 100 unit. Dia dibayar sebanyak RM1 seunit. Apakah upah kasarnya ?

Upah kasar = 100 unit x RM1

= RM100

clip_image015

Kaedah ini meberi insentif kepada pekerja untuk meningkatkan output. Terdapat beberapa variasi kepada kaedah ini, antaranya:-

  1. Kerja ikut butir dengan kadar harian terjamin

Jika perolehan ikut butir kurang daripada kadar perolehan harian, pekerja akan dibayar gaji yang minimum mengikut kadar perolehan harian. Bayaran minimum yang terjamin ini boleh merupakan satu insentif kepada usaha memperbaiki kadar pengeluaran yang rendah.

Contoh 6-3

Kadir mengeluarkan 38 unit sehari . Dia dibayar suatu kadar minimum yang terjaamin sebanyak RM40 sehari jika output kurang daripada 40 unit sehari. Kadar seunit ialah RM1.

Apakah upah yang akan diperolehi jika pengeluarannya kurang daripada 40 unit?

Apakah upah yang akan diperolehi jika ia mengeluarkan 45 unit sehari ?

Jawapan

Upah kasar jika ia mengeluarkan kurang daripada 40 unit ialah RM40.

Upah kasar jika ia mengeluarakan 45 unit ialah 45 x RM1 = RM45.

ii. Kadar butiran pembezaan

Di bawah kaedah ini kadar ikut butir berbeza mengikut tingkat kecekapan. Tujuan ialah untuk menyediakan insentif bagi meningkat output agar pengeluaran yang maksimum dicapai.

Contoh 6-4

Kelli mengeluarkan 200 unit output. Kadar yang dibayar adalah seperti berikut:

Sehingga 100 unit sehari pada kadar 50 sen seunit

101 – 150 unit sehari pada kadar 60 sen seunit

151 – 200 unit sehari pada kadar 70 sen seunit

Apakah upah kasar yang akan diperolehinya?

Jawapan

100 unit pertama = 100 x 0.50 = RM50

50 unit kedua = 50 x 0.60 = RM30

50 unit ketiga = 50 x 0.70 = RM35

--------

RM 115

       
    clip_image016
  clip_image017
 

clip_image019

clip_image020

clip_image022

clip_image023

           
  clip_image024
    clip_image025
 
 
    clip_image026

clip_image028

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 6a-1

Anda telah diberi data-data berkaitan dengan 2 orang pekerja syarikat XYZ iaitu Mira dan Miza.

Mira Miza

Unit disiapkan seminggu 292 276

Jam kerja seminggu 48 52

Kadar upah sejam ialah RM6.00 dan masa standard untuk menyiapkan satu unit ialah 15 minit. Jam kerja biasa yang ditetapkan ialah 42 jam seminggu. Kirakan gaji pokok untuk mereka.

Berdasarkan data di bawah, kirakan jumlah ganjaran yang diperolehi oleh setiap pekerja berdasarkan kaedah berikut:-

a. kadar per jam

b. kadar asas seunit

Soalan 6a -2

Nama pekerja Azira Shariza Zariza

Unit dikeluarkan 300 280 240

Masa diambil (jam) 26 32 30

Kadar per jam (RM) 1.15 1.20 1.25

Kadar per unit (RM) 0.15 0.20 0.30

Masa dibenar per unit

Dalam seminit 7 9 12

Soalan 6a -3

Puan Sara merupakan peniaga tunggal yang mempunyai dua orang pembantu iaitu, Hadija dan Hazira. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan aktiviti pekerja tersebut untuk seminggu. Masa kerja seminggu ialah 40 jam.

Hadija Hazira

Kadar upah sejam RM3.20 RM2.75

Unit bungkusan disiapkan 180 150

Anda dikehendaki mengira jumlah upah seminggu yang diterima oleh setiap pekerja menggunakan kaedah-kaedah berikut:-

i. kaedah jam kerja

ii. kaedah ikut butir pada kadar 75 sen seunit

iii. kaedah butiran pembezaan berasaskan kadar berikut:-

sehingga 100 unit = 60 sen seunit

101- 150 unit = 90 sen seunit

151 dan keatas = RM1.20 sen seunit.

clip_image029

clip_image031

       
  clip_image032
    clip_image033
 

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6a-1

Gaji pokok Mira = 42 jam x RM6 = RM252

Gaji pokok Miza = 42 jam x RM6 = RM252

Jawapan 6a-2

i. Azira Shariza Zariza

kadar perjam 1.15 1.20 1.25

masa diambil x 26 x 32 x 30

29.90 38.40 37.50

ii. Ariza Shariza Zariza

kadar per unit 0.15 0.20 0.30

masa diambil x 300 x 280 x 240

45.00 56.00 72.00

Jawapan 6a-3

HADIJA

RM

HAZIRA

RM

i. kaedah jam kerja

40jam x RM3.20

128.00

40jam x RM2.75

110.00

ii. kaedah ikut butir

180 unit x RM0.75

136.00

150 unit x RM0.75

112.50

iii.kaedah butiran

sehingga 100 unit

101 – 150

151 ke atas

100 x 0.60

50 x 0.90

30 x 1.20

60.00

45.00

36.00

100 x 0.60

50 x 0.90

60.00

45.00

clip_image034

clip_image035

6.1.1.3 Skim Premium ( Incentive schemes)

Apa istimewanya kaedah ini ?

Di bawah skim ini elaun masa ditetapkan untuk sesuatu kerja. Bonus dibayar berdasarkan masa yang dijimatkan.

Masa dijimatkan = Masa yang diambil < Masa yang diperuntukan

Terdapat banyak variasi skim premium antaranya skim bonus individu, skim bonus kumpulan dan skim perkongsian keuntungan.

Sebelum sesuatu skim atau rancangan galakan itu dibuat, keperluan-keperluan berikut perlulah diambil perhatian.

ü Rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja

ü Penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia mestilah fleksible

ü Standard dari segi kuantiti dan kualiti

ü Rangcangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.

Apakah ciri-ciri skim insentif yang baik ?

Skim tersebut mesti:-

Ω Patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja .

Ω Dibayar tanpa lengah, seelok-eloknya sebaik sahaja tamat tugas/ kerja

Ω Skim perlu mudah untuk dilaksanakan / diuruskan dan membolehkan pekerja mengira bonus mereka sendiri

Ω Tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan daripada jatuh jika keadaan berada di luar kawalan pekerja.

Ω Skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan rundingan terlebih dahulu daripada pekerja.

               
  clip_image036
    clip_image037
 
 
    clip_image038   clip_image039
 

Rajah 6.1: Kebaikan dan keburukan Skim Insentif

Apakah Variasi skim premium yang biasa diamalkan ?

i. Skim Bonus Individu

Pekerja masih dibayar untuk jam asas yang dikerjakannya. Seorang pekerja hanya dibayar bonus untuk sebahagian daripada masa yang dijimatkannya.

Jenis skim bonus biasa ialah:

a. Halsey : 50% daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam

b. Halsey Weir: 33 1/3 % daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam

c. Rowan: [ masa yang diambil / masa yang dibenarkan ] x masa yang

dijimatkan x kadar sejam

Contoh 6-5

Berikut ialah butir-butir mengenai kerja no.2550 Encik Kamil. Kadar upah langsung ialah RM1 sejam. Masa yang dibenarkan ialah 50 jam. Masa yang diambil ialah 40 jam. Kirakan upah pokok, upah bonus dan jumlah upah berdasarkan :

    1. skim 50% Halsey
    2. skim 33 1/3 % Halsey Weir
    3. skim Rowan

Jawapan

Masa yang dijimatkan = 50-40 = 10 jam

 

Skim 50% Halsey

Skim 33 1/3% Halsey

Skim Rowan

Upah pokok

40 jam x RM1

RM40

RM40

RM40

Upah bonus

50% x 10 x RM1

RM5

33 1/3% x 10 x RM1

RM3.33

[40jam/ 50jam] x 10 x RM1

RM8

Jumlah upah

RM45

RM43.33

RM48

Contoh 6-6

Berikut adalah data pengeluaran seorang pekerja dalam jangkamasa seminggu.

Unit dikeluarkan 320

Jam bekerja 32

Masa dibenarkan seunit(seminit) 6 minit

Kadar upah sejam

Kirakan jumlah upah yang diterima berdasarkan:-

a. skim 50% Halsey

b. skim 33 1/3% Halsey Weir

c. skim Rowan

Jawapan

 

Skim a

Skim b

Skim c

Upah asas

32jam x RM3

RM96

RM96

RM96

bonus

50% (38-32) x RM3

RM9

33 1/3 % x 6 x RM3

RM6

[32/38] x 6 x RM3

RM15.16

Jumlah upah

RM105

RM102

RM111.16

ii. Skim Bonus Berkumpulan

Bagi kilang-kilang yang terdapat pekerja yang bekerja secara berkumpulan, misalnya di barisan pemasangan , bonus dibahagikan bersama di antara pekerja. Tujuan skim bonus kumpulan ini ialah untuk menggalakkan semangat kerja kumpulan di kalangan mereka.

Diantara kebaikan dan keburukan ialah:-

clip_image040

Kebaikan

$ dapat membina kerjasama dalam kumpulan

$ tidak perlu penyeliaan yang ketat dan kos overhed dapat dikurangkan

$ operator pengeluaran terutama di bahagian pemasangan amat sesuai menggunakan skim ini.

clip_image041

Keburukan

" pekerja yang cekap terpaksa menanggung beban pekerja yang tidak cekap

" pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan asas ukuran.

" Jika jenis kerja memerlukan kemahiran, masalah akan timbul mengenai asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.

Contoh 6-7

Pengeluaran standard ialah 24 unit basikal kanak-kanak seminggu. Sekumpulan 10 pekerja bekerja di bahagian pemasangan tersebut. Setiap kali pengeluaran meningkat 20%, bonus RM60 akan dibahagikan sama rata oleh kumpulan tersebut. Pada hari kesepuluh, 30 unit telah dapat dikeluarkan. Berapa banyakkah yang akan diterima oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut?

Jawapan

Peratusan peningkatan = 6/24 x 100% = 25%

Bonus kumpulan = 1.25 x RM60 = RM75

Syer bonus setiap ahli ialah = RM75/10 ahli = RM7.50

Contoh 6-8

Bahagian pemasangan A mempunyai 5 orang pekerja. Pengeluaran standard untuk perabot kayu ialah 5 unit sehari. Jika kumpulan tersebut berjaya mengeluarkan 8 unit sehari, bonus akan diberikan sebanyak RM90 kepada kumpulan tersebut. Pada hari ke dua dan ketiga, kumpulan tersebut telah mengeluarkan 12 unit dan 15 unit perabot kayu. Berapakah bonus yang akan diterima pada hari kedua dan ketiga ?

Jawapan

 

Hari ke dua

Hari Ketiga

Peratusan peningkatan

[12-5]/5 x 100% = 140 %

[15-5]/5 x 100% = 200%

Bonus kumpulan

[2.4 x RM90] = RM216

[3 x RM90] = RM270

Syer setiap ahli

RM216/5 = RM43.20

RM270 / 5 = RM54.00

ii. Skim Perkongsian Untung

Di bawah skim pengongsian untung satu perjanjian di antara majikan dan pekerja dibuat yang menyatakan sebagai tambahan upah, mereka akan dibayar suatu kadar untung perniagaan yang dipersetujui. Jumlah yang akan diterima oleh individu selalunya berkaitan dengan upah atau gajinya.

Contoh 6-9

Sebuah syarikat menjalankan skim pengongsian untung di bawah perjanjian kesatuan sekerja. Perjanjian tersebut menetapkan bahawa 10% daripada baki untung selepas cukai dan bayaran dividen akan diperuntukkan untuk skim ini. Modal saham diterbitkan pada 31 Disember 2000 ialah 50,000 unit saham biasa pada harga RM1 seunit. Untung selepas cukai pada 31 Disember 2000 ialah RM50,000. Kadar cukai ialah 50%. Berapakah untung yang boleh diperuntukkan bagi skim tersebut ? Dividen setiap saham ialah 10 sen.

Jawapan

Untung selepas cukai RM50,000

(-) dividen 5,000

cukai 50% 2,500 7,500

untung belum diasingkan RM42,500

Untung untuk skim pergongsian ialah = 10% x RM42,500 = RM4,250.

clip_image042clip_image022[1]

1. Skim premium ialah bonos yang dibayar akibat daripada penjimatan masa kerja.

2. Skim premium yang biasa diamalkan ialah skim bonos individu, skim bonos berkumpulan dan skim perkongsian untung.

       
  clip_image043
    clip_image044
 

clip_image045

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 6b-1

a) Huraikan 3 ciri-ciri skim insentif yang baik.

b) Berikut adalah data pengeluaran yang diperolehi berkenaan 2 orang pekerja di kilang Baru dalam jangkamasa seminggu.

Armin Badul

Unit dikeluarkan 320 360

Jam bekerja 32 42

Masa dibenarkan seunit 38j 48j

Kadar upah sejam (RM) 3.00 2.90

Anda dikehendaki mengira jumlah upah yang diterima oleh setiap pekerja berdasarkan:

i) skim 50% Hasley

ii) skim 33 1/3% Halsey-Weir

iii) skim Rowan

Soalan 6b-2

a) Salim dan Sally merupakan dua orang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat perkilangan mesin jahit. Mereka telah bersetuju menerima upah sebanyak RM10.00 sejam untuk jangkamasa kerja selam 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Syarikat telah menetapkan masa piawai untuk menyiapkan 10 unit mesin jahit adalah 5 jam.

Dalam seminggu pertama bulan Januari maklumat kerja Salim dan Sally telah direkodkan seperti berikut:-

Hari Jam masa kerja Unit siap

1 10 25

2 7 15

3 8 20

4 7 15

5 8 15

40 90

== ===

Kirakan upah kasar yang diterima oleh Salim untuk minggu yang pertama bulan tersebut dengan menggunakan kaedah:

i) hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan

ii) bonus dengan skim premium Hasley

iii) bonus dengan skim premium Hasley -Weir

b) Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada dalam rancangan galakan yang baik.

Soalan 6b-3

Dalam sebuah kilang membuat perabot, pekerja dikumpulan mengikut kemahiran masing-masing untuk menyiapkan satu-satu tempahan. Upah seorang pekerja ialah RM4.00 sejam. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pekerja. Terdapat 4 kumpulan semuanya iaitu K1, K2, K3 dan K4

Setiap pekerja bekerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Dijangkakan setiap kumpulan mampu menyiapkan satu tempahan biasa dalam masa 65 minit, 70 minit, 70 minit dan 75 minit.

Syarikat menetapkan masa standard untuk menyiapkan satu-satu tempahan biasa adalah 10% lebih dari purata jangkaan masa yang diambil oleh setiap kumpulan. Dalam satu minggu, K2 telah menyiapkan 40 tempahan tersebut. Kirakan upah kasar yang akan diterima seorang pekerja dalam kumpulan K2 mengikut skim:

a) hasil kerja dan upah mingguan yang dijanjikan dan insentif kadar RM5.50 sejam untuk masa dijimatkan.

b) Skim bonus Rowan

c) Skim bonus Hasley

Soalan 6b-4

Sebuah kilang mengeluarkan 3 komponen D1, D2 dan D3. Terdapat 4 jenis buruh yang digredkan sebagai gred A,B,C dan D.

Gred buruh Bil. Buruh Kadar upah Jam kerja

sejam(RM)

A 6 4.00 40

B 18 3.20 42

C 4 2.80 40

D 1 1.60 44

Hasil keluaran dan masa piawai seminggu ialah:

Komponen Unit dihasilkan Masa piawai seunit(min)

D1 444 30

D2 900 54

D3 480 66

Waktu kerja biasa seminggu ialah 48 jam dan kerja lebih masa dibayar pada premium 50% atas kadar upah biasa. Pihak kilang maengamalkan skim insentif berkumpulan di mana masa yang dijimatkan dikira sebagai peratus jam kerja dan dikongsi dalam kumpulan sebagai sebahagian dari jam bekerja bagi setiap gred. Kadar yang dibayar ialah 75% dari kadar jam biasa.

a) kirakan jumlah gaji dibayar dengan menunjukkan gaji pokok.

b) Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan skim insentif berkumpulan.

clip_image046

clip_image031[1]

clip_image047Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6b-1

a) Ciri-ciri skim insentif yang baik:-

- patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja

- dibayar tanpa lengah, seeloknya sebaik sahaja tamat tugas/kerja

- skim perlu mudah dilaksanakan /diuruskan dan membolehkan pekerja mengira sendiri bonus mereka

- tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan daripada jatuh jika keadaan di luar kawalan pekerja

- skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan rundingan terlbih dahulu

b)

ARMIN

RM

BADUL

RM

Upah asas

Bonus Halsey

jumlah

32 x RM3.00

50% x (38-32)

96

9.00

106

42 x RM2.90

50% (48-42)

121.80

8.70

130.50

Upah asas

Bonus H.W

jumlah

32 x RM3.00

1/3(38-32)

96

6.00

102

42x RM2.90

1/3(48-42)

121.80

5.80

127.60

Upah asas

Bonus Rowan

jumlah

32 x RM3.00

32/38(6)(3)

96

15.16

111.16

42X RM2.90

42/48(6)2.90

121.80

15.23

137.03

Jawapan 6b-2

a) i. Unit yang dikeluarkan 90 unit

masa diambil 40 jam

masa piawai untuk menghasilkan 90 unit keluaran

90/10 (5 jam) = 45 jam

masa yang dapat dijimatkan = 5 jam

kaedah kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan:

upah asas = 45jam x RM10.00 = RM450.00

6.2 kaedah Halsey

upah asas = 40jam x RM10.00 = RM400.00

bonus = 50% x 5 jam x RM10 = 25.00

clip_image048

RM425.00

6.3 kaedah Halsey-Weir

upah asas = 40jam x RM10.00 =RM400.00

clip_image049bonus = 1/3 x 5jam x RM10 = 16.67

RM416.67

c) –rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja

-penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia mestilah fleksibel

-standard dari segi kuantiti dan kualiti

-rancangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.

Jawapan 6b-3

masa yang dijimatkan = masa standard – masa sebenar

masa standard untuk menyiapkan 1 unit tempahan.

Purata jangkaan masa:

(70+65+70+75)/4 = 70 minit

tambahan 10% = 7 minit

77 minit

masa standard menyiapkan 40 tempahan

40 unit x 77 minit = 3080 minit

masa dalam jam = 3080/60 = 51.33 jam

masa dijimatkan = 51.33 – 40 = 11.33 jam

a) skim hasil kerja dan upah yang dijanjikan

upah asas =RM4.00 x 40 jam = RM160.00

insentif =RM5.50 x 11.33 jam = 62.32

upah kasar RM222.32

b) skim bonus Rowan

upah asas =RM4.00 x 40 jam = RM160.00

bonus = (40/ 51.33)11.33 x RM4= 35.32

upah kasar RM195.33

c) skim bonus Halsey

upah asas = RM4.00 x 40 jam = RM160.00

bonus = 50% x 11.33 jam x RM4= 22.66

upah kasar RM182.66

Jawapan 6b-4

a)

Buruh

Gaji pokok

Premium ot

Bonus

Gaji kasar

A

6x40x4 = 960

6x2x2 =24

6x12x3 =216

1200.00

B

18x24x3.2 =2419.20

18x4x1.60=115.20

18x12.6x2.4=544.32

3078.72

C

4x40x2.8 =448

4x2x1.4 = 11.20

4x12x2.1 = 100.80

560.00

D

1x44x1.6= 70.40

1x6x80 = 4.80

1x13.2x1.2 =15.84

91.04

jumlah

3,897.60

155.20

876.96

4,929.76

b)kebaikan

- dapat membina kerjasama dalam kumpulan

- tidak perlu penyeliaan yang ketat, dengan kos overhed dapat dikurangkan

- operator pengeluaran terutama bahagian pemasangan amat sesuai

Kelemahan

- pekerja yang baik dan cekap terpaksa menanggung beban pekrja yang tidak cekap

- pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan asas ukuran

- jika jenis kerja memerlukan kemahiran – masalah akan timbul mengenai asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.

       
  clip_image050
    clip_image044[1]
 

clip_image051

6.4 KANDUNGAN PENYATA GAJI

Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ?

Mari kita lihat Rajah 6.2, dalam satu penyata/lembaran gaji atau upah ia mesti mengandungi nama, nombor pekerja, nombor gaji, nombor cukai pendapatan , nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih. Gaji kasar dikira dengan merujuk kepada:-

a. kad jam: untuk mengira bayaran kadar masa dan lebih masa.

b. Kad kerja: untuk mengira kadar ikut butir dan bonus

c. Lembaran masa; untuk mengira bayaran kadar masa, bonus dan lebih masa

d. Kad pekerja: untuk mengira kadar upah, cuti yang diambil dan caruman KWSP.

Daripada upah kasar pekerja, potongan cukai pendapatan , caruman KWSP dan potongan lain seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta akan dibuat untuk memperolehi upah bersih. Slip gaji akan disediakan dengan menunjukkan nama pekerja, nombor pekerja, nombor cukai pendapatan, nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih.

 
  clip_image052

clip_image054

PENYATA GAJI BULAN: JABATAN:

NAMA: NO.GAJI:

NO. K/PENGENALAN: NO..CUKAI:

NO.PEKREJA : NO. KWSP

NO. PERKESO:

PENDAPATAN

POTONGAN

 

JAM

KADAR

RM

 

RM

GAJI POKOK

     

CUKAI PENDAPATAN

 

LEBIH MASA

     

KWSP

 

ELAUN PERKHIDMATAN

     

PINJAMAN

 

ELAUN PERUMAHAN

         

BONUS

         
       

JUMLAH POTONGAN

 

JUMLAH PENDAPATAN

     

GAJI BERSIH

 

Rajah 6.2: Lembaran Gaji

6.3 ANALISIS UPAH DAN TATACARA MENGAKAUNKANNYA

Apakah yang dimaksudkan analisis upah ?

Ia melibatkan penyelarasan jumlah upah kasar dengan upah yang diperuntukkan kepada kerja atau pusat kos. Lembaran analisis upah menunjukkan perincian semua upah mengikut kerja, pusat kos, proses, gred pekerja dan jantina. Jumlah yang ditunjukkan oleh lembaran analisis tersebut haruslah sama dengan jumlah upah pada senarai gaji. Sumber maklumat yang digunakan untuk menganalisis upah termasuk lembaran masa, kad kerja, kad masa terbiar dan senarai gaji. Analisis upah memudahkan maklumat diperolehi dengan tepat tanpa banyak menggunakan tenaga perkeranian. Maklumat daripada lembaran analisis upah digunakan untuk tujuan kawalan, untuk menyediakan penyata pengendalian, untuk menyediakan laporan dan untuk menghitung jumlah yang boleh dikenakan kepada kerja atau proses. Rajah 6.3 di bawah merupakan satu contoh lembaran analisis upah yang mudah untuk pelajar sekelian memahaminya.

LEMBARAN ANALISIS UPAH

Jabatan

Minggu Berakhir……………..

No. Jam

No. kerja

No. Kerja

No. kerja

Masa hilang

Jumlah upah

Folio kerja kos

                   
                   
                   

Jumlah

           

Rajah 6.3: Lembaran Analisis upah

6.3.1 Lapuran Lebih Masa

Lapuran ini menerangkan kerja lebih masa, bayaran premium dan sebab-sebab kerja lebih masa.

Apa itu kerja lebih masa ?

g Lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal.

g Premium lebih masa ialah jumlah tambahan yang dibayar kepada pekerja untuk kerja lebih masa.

g Premium lebih masa dikira sebagai peratusan daripada masa tambahan kerja oleh seseorang pekerja.

g Kebenaran kerja lebih masa perlu diperolehi terdahulu sebagai langkah kawalan.

Contoh 6 –10

Seorang operator bekerja 4 jam lebih masa dan mendapat ` masa dan setengah’. Berapakah yang akan dibayar mengikut jam?

Jawapan = 4 jam + ( 50% + 4 jam)

= 6 jam

Contoh 6 –11

Seorang operator mesin dikilang H&H Bhd bekerja sebanyak 4 jam lebih masa. Masa bekerja biasa untuk minggu tersebut ialah 40 jam . Kadar sejam ialah RM1. Ia dibayar jam & setengah untuk kerja lebih masa. Tunjukkan :-

  1. premium lebih masa
  2. gaji kasar

Jawapan:-

  1. premium lebih masa = (50% x 4 jam ) x RM 1 = RM2
  1. gaji kasar :

upah masa biasa 40jam x RM 1 = RM40

+ lebih masa 4 + (50% x 4 jam ) x RM1 = 6

RM46

Bagaimanakah tatacara perakaunan untuk premium lebih masa ?

Ada tiga kaedah asas digunakan untuk premium lebih masa.

1. Apabila kerja adalah punca lebih masa

Contoh 6-12

Sara Fateha mengambil masa biasa 800 jam dan tambahan 160 jam lagi untuk menyelesaikan kerja No.212. Kadar sejam ialah RM3.20. Kadar lebih masa ialah masa dan setengah .

Jawapan

Bayaran masa normal 800jam x RM3.20 = RM2,560

Lebih masa ialah 160 jam x (3.20 x 1.5) = 768

RM3,328

Catatan perakaunan;

Dt Akaun Kawalan Kerja dalam proses 3,328

Kt Akaun Kawalan Upah 3,328

2. Premium dianggap sebagai butiran overhed pengeluaran

Digunakan apabila aktiviti perniagaan merupakan punca lebih masa.

Contoh 6-13

Sebuah perniagaan mempunyai kapasiti pengeluaran normal sebanyak 8000 unit memerlukan 800 jam. Ia menerima pesanan khas untuk membuat 1600 unit lagi yang akan memerlukan 160 jam lebih masa.

Kadar sejam ialah RM3.20 dan kadar premium lebih masa ialah masa dan setengah.

Jawapan

Bayaran masa biasa 960 x 3.20 RM 3,072

Premium lebih masa 160 x 1.60 256

RM 3,328

Catatan perakaunan;

DT. Akaun kwalan kerja dalam proses 3,072

DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran 256

KT. Akaun kawalan upah 3,328

3. Lebih masa terjadi kerana kecuaian atau mutu hasil kerja yang kurang baik.

Jika ini berlaku, premium lebih masa dianggap sebagai kerugian.

Dengan menggunakan contoh seperti di atas.

Catatan perakaunan;

DT. Akaun kawalan kerja dalam proses 3,072

Dt. Akaun kerugian/kehilangan premium

Lebih masa 256

KT. Akaun kawalan upah 3,328

Bagaimana pula tatacara perakaunan bagi premium kerja syif ?

Ada dua kaedah digunakan:-

  1. bayaran premium syif dianggap sebagai overhed pengeluaran sekiranya kerja syif tersebut untuk tujuan peningkatan output.

  1. bayaran premium syif dianggap sebagai kos buruh langsung sekiranya kerja syif tersebut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
 
  clip_image055

clip_image057

6.3.2 Laporan Masa Terbiar

Masa terbiar boleh disebabkan oleh beberapa perkara . Ini termasuk:-

1. kerosakan mesin

2. penungguan untuk kerja

3. ketidakcekapan

4. kekurangan bahan

Masa terbiar selalunya dicatat di dalam kad masa terbiar yang juga menunjukkan sebab masa terbiar berlaku. Upah yang dibayar untuk masa yang tidak produktif dikira sebagai overhed pengeluaran.

Contoh 6-14

Mesin yang digunakan oleh seorang operator mesin telah rosak selama jam. Jumlah masa bekerja ialah 44 jam termasuk 4 jam masa terbiar. Kadarnya ialah RM1 sejam. Berapakah pendapatan kasar ?

Jawapan

Upah langsung 40jam x RM1 =RM40

Masa terbiar (overhed pengeluaran) 4jam x RM 1 = 4

RM44

Catatan perakaunan:

DT. Akaun Kawalan kerja dalam proses 40

DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran 4

KT. Akaun kawalan upah 44

6.3.3 Kos Sampingan

Apa itu kos sampingan ?

Kos sampingan ialah faedah yang diberikan kepada pekerja oleh majikan seperti caruman majikan kepada pekerja oleh majikan seperti KWSP, skim perubatan, pencen dan lain-lain

Bagaimana tatacara perakaunannya?

Ada dua pendekatan mengenai kos sampingan , iaitu:-

1. sebagai overhed pengeluaran

Contoh 6-14

Upah langsung pada masa terbiar ialah RM7 sejam

Faedah sampingan ialah RM3 sejam

Jawapan

RM7 dianggap sebagai buruh langsung

RM3 sebagai overhed pengeluaran.

2. kos sampingan sebagai kos buruh langsung.

Kaedah ini lebih sesuai kerana faedah sampingan dalam memperolehi perkhidmatan buruh merupakan bahagian penting .

Merujuk kepada contoh 4-17, RM10 dianggap kos buruh langsung.

6.3.4 Upah Rehat Dan Upah Cuti

Upah rehat dan upah cuti tidak boleh dikenakan kepada kerja dalam proses kerana seorang pekerja menyumbang kepada pengeluaran semasa ia bekerja. Upah rehat harus dimasukkan ke dalam overhed pengeluaran.

6.3.5 Kos Penyediaan

Masa penyediaan ialah masa yang diambil untuk menyediakan mesin dan alat bantuan sebelum operasi bermula. Masa penyediaan seterusnya berkaitan dengan kos penyediaan. Kos penyediaan diangganp sebagai overhed pengeluaran jika terdapat ketidaktentuan dalam operasi pengeluaran.

Contoh 6-15

Berikut adalah senarai gaji asas untuk minggu kedua Jabatan Y . Jabatan ini mengendalikan sistem pengkosan berkelompok.

Pekerja langsung: kadar pokok sejam RM1.80

Jumlah masa hadir 960 jam

Lebih masa yang dikerjakan 120 jam

Premuim syif RM180

Bonus kumpulan RM192

Caruman KWSP majikan RM150

Potongan pekerja – cukai pendapatan RM300

KWSP RM90

Pekerja tidak langsung: kadar pokok sejam RM1.20

Jumlah masa hadir 420 jam

Lebih masa yang dikerjakan 48 jam

Premuim syif RM60

Bonus kumpulan RM84

Caruman KWSP majikan RM66

Potongan pekerja:-

Cukai pendapatan RM120

KWSP RM42

Lebih masa dibayar pada kadar masa dan setengah. Lebih masa digunakan sebagai langkah meningkatkan keluaran. Bagaimanapun, 20% daripada lebih masa untuk pekerja langsung dan tidak langsung berpunca daripada permintaan pelanggan untuk

menyiapkan pesanannya dengan segera. Berikut ialah pecahan masa pekerja langsung yang diperolehi daripada tiket yang telah dipulangkan.

Masa produktif: 708 jam

Masa tidak produktif : kerosakan mesin 60 jam

Menunggu ketibaan bahan 48 jam

Menuggu arahan daripada penyelia 54 jam

Masa terbiar 90 jam

Kirakan upah kasar dan upah bersih untuk pekerja langsung dan tidak langsung. Nyatakan sebab tindakan anda terhadap:

  1. caruman KWSP majikan
  2. pendapatan lebih masa
  3. premium syif dan bonus

Jawapan

Pekerja langsung

RM

RM

Pekerja tidak langsung

RM

RM

Masa kehadiran 960 x 1.80

 

1,728

420 x 1.20

 

504

Premuim lebih masa

120 x 0.9

 

108

48 x 0.60

 

28.80

Premuim syif

 

180

   

60

Bonus

 

192

   

84

Upah kasar

2,208

Upah kasar

676.80

Potongan cukai

300

   

120

 

KWSP

90

   

42

 
           

Upah bersih

1,818

Upah bersih

514.80

clip_image058

clip_image022[2]

1. Kandungan penyata gaji menunjukkan gaji pokok, lain-lain elaun yang diterima dan pemotongan seperti KWSP, SOCSO, Cukai pendapatan dan lain-lain.

2. Lapuran lebih masa menunjukkan kerja lebih masa, bayaran lebih masa dan sebab-sebab kerja lebih masa.

3. Upah rehat/cuti dianggap sebagai overhed pengeluaran.

 
  clip_image059

clip_image045[1]

       
 

AKTIVITI 6C

    clip_image044[2]
 

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 6C- 1

Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ?

Soalan 6C-2

Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa dan bagaimana pengiraan premium lebih masa(bayaran) ?

Soalan 6C-3

Bagaimanakah catatan perakaunan bagi merekodkan kerja lebih masa yang dibuat untuk menyelesaiakan sesuatu kerja ?

       
  clip_image060
    clip_image044[3]
 

clip_image031[2]

       
  clip_image061
    clip_image033[1]
 

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6C-1

Penyata gaji harus mengandungi butiran-butiran berikut:-

Nama pekerja Gaji pokok

Nombor pekerja elaun

Nombor gaji pontongan KWSP,SOCSO, CUKAI

Nombor cukai pendapatan dan lain-lain pemotongan

Nombor KWSP,SOCSO Gaji bersih.

Jawapan 6C-2

Kerja lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal. Premium lebih masa dikira berdasarkan peratusan daripada masa tambahan kerja oleh seseorang pekerja. Contohnya 60% daripada masa tambahan.

Jawapan 6C-3

Apabila kerja lebih masa berpunca daripada kerja, bayaran lebih masa itu akan dicampurkan dengan gaji masa normal dan dikreditkan ke Akaun Kawalan Upah.

Dt. Akaun Kawalan Kerja dalam proses xxx

Kt. Akaun Kawalan upah xxx

clip_image062

clip_image064

S

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 6-1

a) Kilang Mewah menetapkan masa dibenarkan untuk seorang pekerja menyiapkan kerja-kerja membuat kotak kunci ialah 8 jam. Kamal telah berjaya mengambil masa 5 jam sahaja untuk menyiapkan kerja tersebut. Kadar upah yang dibayar ialah 65 sen sejam manakala kos bahan mentah yang terlibat dalam menghasilkan seunit kotak ialah RM4. Overhed kilang ialah 150% daripada jumlah upah langsung.

Kirakan kos pengeluaran seunit bagi kotak tersebut di bawah skim berikut:-

i. Rowan

ii. Halsey

b) Upah harian yang diterima oleh seorang operator mesin bagi 8 jam bekerja sehari ialah RM15. Standard output dikeluarkan ditetapkan kepada 50 komponen sejam.

Sekiranya output yang dikeluarkan oleh seorang operator ialah 500 komponen, kirakan kos upah yang sepatutnya diterima oleh operator tersebut serta kos buruh bagi setiap 100 komponen di bawah keadaan berikut:-

i. skim Halsey

ii. skim bonus sebanyak 30 sen dibayar bagi setiap tambahan 100 komponen.

Soalan 6-2

a) Kilang Modern Sdn Bhd telah mengamalkan skim bonus kumpulan kepada 20 orang pekerjanya di bahagian pemasangan. Gaji asas setiap pekerja ialah RM750. Daripada pengalaman lepas, bagi setiap kenaikan 30% dalam pengeluaran, bonus yang diberikan bagi kumpulan tersebut ialah RM2,000. Pengeluaran standard ialah 2000 unit sebulan.

Skim yang telah diperkenalkan ini telah menjadikan pekerja lebih bermotivasi. Jumlah unit pengeluaran pada pada bulan ini ialah 3500 unit.

Anda dikehendaki mengira perolehan setiap pekerja dalam bulan tersebut.

b) Jabatan Kawalan kualiti mempunyai tiga orang pekerja yang mempunyai kemahiran kerja yang berbeza.

Pekerja

Bil. Produk siap

Diperiksa (unit)

Masa dibenarkan

(jam)

Masa diambil

(jam)

Ali

150

70

50

Ah chong

90

60

40

Mutu

60

80

45

Kadar upah bagi setiap pekerja ialah RM3.50/sejam. Kadar upah lama bagi sejam kerja ialah:

Ali RM5

Ah Chong RM6

Mutu RM7

ANDA DIKEHENDAKI:

i. Kirakan jumlah pendapatan serta kadar upah efektif bagi setiap pekerja di bawah skim Halsey.

ii. Skim manakah yang lebih baik di antara skim baru dan lama.

Soalan 6-3

a) Bagi meanyiapkan seunit barangan ABC, Baba mengambil masa 9 jam. Kadar upah adalah RM15 sejam. Selepas memperkenalkan skim insentif, Baba berjaya mengeluarkan barangan dalam tempoh 7 jam sahaja. Jika kos bahan langsung adalah RM30 dan kos overhed diserapkan pada kadar 175% atas jumlah kos prima bagi setiap unit barangan ABC, kirakan:

i. Perolehan yang diterima oleh Baba di bawah skim Halsey & Rowan

ii. Kos seunit barangan ABC di bawah kedua-dua skim di atas.

b) Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Syarikat F&F.

Jab. A Jab.B Jab.C

Bil. Pekrja pada awal 144 68 212

tempoh perakaunan

Tambahan pekerja dalam

tempoh perakauan 28 18 46

Bil. Pekerja berhenti dalam

tempoh perakaunan 22 14 36

Nama pekerja Hawa Esah Noi

Unit disiapkan 270 200 200

Masa dibenarkan bagi

seunit disiapkan(minit) 10 15 12

Masa yang diambil(jam) 40 38 36

Kadar perjam(RM) 1.25 1.05 1.20

Kadar per unit(RM) 0.20 0.25 0.24

Anda dikehendaki mengirakan upah yang akan diperolehi oleh 3 pekerja di atas di bawah kaedah:-

i. Berdasarkan jam kerja

ii. Berdasarkan output yang dikeluarkan

Soalan 6-4

a) Samad merupakan seorang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat yang mengeluarkan cip komputer. Beliau telah bersetuju untuk menerima upah sebanyak RM5 sejam untuk jangkamasa kerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Syarikat telah menetapkan masa piawai bagi menyiapkan 10 unit cip komputer adalah 5 jam.

Dalam minggu kedua bulan Februari 2000, maklumat kerja bagi Samad telah direkodkan seperti di bawah:-

HARI JAM KERJA(JAM) UNIT SIAP

1 10 25

2 7 15

3 8 20

4 7 15

5 8 15

Kirakan upah kasar yang diterima oleh Samad untuk minggu kedua dengan menggunakan kaedah :-

a. hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan

b. bonus dengan skim premium Halsey

c. bonus dengan skim premium Halsey – Weir

d. bonus dengan skim premium Rowan

Soalan 6-5

Syarikat Perkilangan H&H mengeluarkan 200 unit produk X setiap minggu di mana kilang beroperasi selama 42 jam seminggu. Semua overhed pengeluaran sebanyak RM3,200 adalah kos tetap. Permintaan daripada pelanggan telah bertambah tetapi pihak pengurusan tetap tidak mahu menambahkan waktu bekerja lebih daripada 42 jam seminggu. Walaubagaimanapun pihak pengurusan bercadang untuk meningkatkan pengeluaran dengan memberikan satu skim insentif kepada 4 orang operator yang sebelum ini mereka dibayar dengan kadr-kadar berikut:-

Nama operator kadar per jam(RM)

Ahmad 2.60

Badli 2.60

Hisham 3.20

Chong 3.50

Pihak pengurusan bercadang untuk menurunkan kadar upah yang dibayar dan memberikan bonus sebanyak RM1.00 bagi setiap unit yang dikeluarkan. Tempoh percubaan selama 4 minggu telah ditetapkan. Kadar upah yang baru ialah seperti berikut:-

Nama operator kadar per jam(RM)

Ahmad 1.80

Badli 1.80

Hisham 2.50

Chong 2.50

Dalam tempoh seminggu pertama pengeluaran berjumlah 236 unit. Pihak pengurusan percaya bahawa pembayaran bonus adalah terlalu tinggi dan membebankan kerana kenaikan dalam pengeluaran sebanyak 10% dalam pengeluaran meningkatkan kos buruh sebanyak 22%.

Anda dikehendaki:-

a) Mengira bagaimana kenaikan dalam kos buruh sebanyak 22% itu diperolehi.

b) Menasihatkan pihak pengurusan sama ada skim insentif tesebut sebenarnya meningkatkan kos atau tidak. Tunjukkan pengiraan untuk menyokong pendapat anda.

Soalan 6-6

Syarikat Haqkeem merupakan sebuah kilang pengeluaran komponen bas. Jabatan ini mempunyai 30 orang pekerja operasi. Bayaran upah adalah RM3 sejam untuk jam kerja asas 40 jam seminggu; dengan upah terjamin RM120 seminggu bagi setiap pekerja. Apabila perlu, kerja lebih masa akan dibuat sehingga masa maksimum 15 jam seminggu bagi setiap pekerja dan dibayar dengan bayaran dua dan satu perdua (2 ½) dari kadar biasa.

Kajian semasa yang dibuat menunjukkan masa piawai untuk menyiapkan 6 unit keluaran adalah sejam bagi seorang pekerja. Penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa seorang pekerja masih boleh meningkatkan keluarannya kepada 8 unit sejam. Sehubungan dengan ini skim baru butiran kerja diperkenalkan dengan bayaran RM0.55 bagi setiap unit keluaran.

Belanjawan pengeluaran tahun depan adalah berbeza-beza dari minimum 7000 unit dan maksimum 9900 unit seminggu. Harga jualan dijangka RM10 seunit. Kos bahan mentah ialah RM8 seunit dan jumlah kos overhed tetap adalah RM9000 seminggu.

Anda diminta untuk memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja operasi di Jabatan Pengeluaran.

Anda dikehendaki:

a. Mengira kos buruh yang akan dialami pada keluaran minimum 7000 unit dan maksimum 9900 unit di bawah kedua-dua skim baru dan skim lama.

b. Menentukan untung yang diperolehi di bawah kedua-dua skim

c. Memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja operasi di Jabatan Pengeluaran.

clip_image065

clip_image067

       
  clip_image068
    clip_image069
 

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6-1

a) Rowan

masa yang dijimatkan = masa dibenarkan – masa diambil

= 8-5

= 3 jam

upah untuk 5 jam x 0.65 = RM3.25

bonus = 3/8 (5)(0.65) = 1.129

jumlah upah langsung = RM4.269

Halsey

Upah untuk 5 jam x 0.65 = RM3.25

Bonus = 0.5(3)(0.65) = 0.975

Jumlah upah langsung = RM4.225

Kos pengeluaran seunit:

Halsey Rowan

Bahan mentah RM 4.00 RM4.00

Upah 4.225 4.269

Overhed 6.3375 6.4035

RM14.5625 RM14.6725

b) standard output sehari = 50 komponen x 8 jam

= 400 komponen

i) upah untuk 400 komponen = RM15.00

bonus untuk output tambahan

(500-400)/100 x 30 sen = 0.30

upah sehari = RM15.30

kos buruh bagi setiap 100 komponen = RM15.30/8

= RM 1.912

ii) upah untuk 400 komponen = RM15.00

bonus 50% dari 100 komponen

0.5 x 100 x (RM15/400) = 1.875

kos buruh sehari = RM16.875

Jawapan 6-2

a) X% kenaikan = (1500/2000) 100

X = 75%

Bonus setiap pekerja = 7500/20

= 375

perolehan setiap pekerja = RM750 + 375

= RM1,125

c) i. Kirakan jumlah pendapatan

Ali

Bonus = 0.50 (70 – 50) RM3.50 = RM35

Jumlah perolehan = (50 x RM3.50) + 35= RM210

Kadar upah efektif = 210/50 jam = RM4.20 sejam

Ah Chong

Bonus = 0.50 (60 – 40) RM3.50 = RM17.50

Jumlah perolehan = (40 x RM3.50) +17.50 = RM157.50

Kadar upah efektif = 157.50/40 jam = RM3.9375 sejam

Muthu

Bonus = 0.50 (80 – 45) RM3.50 = RM61.25

Jumlah perolehan = (45 x RM3.50) + 61.25= RM218.75

Kadar upah efektif = 218.75/ 45jam = RM4.86 sejam

ii) Perbandingan:

 

Skim bonus

Skim lama

Ali

210.00

50 x5 = 250.00

Ah Chong

157.50

40 x 6 = 240.00

Muthu

218.75

45 x 7 = 315.00

Di bawah skim bonus , kos buruh langsung adalah lebih rendah.

Jawapan 6-3

Bahagian A

a) Perolehan di bawah skim Halsey = RM120.00

Perolehan di bawah skim Rowan = RM128.33

b) kos seunit Halsey = 30+120+262.50 =RM412.50

Rowan = 30+120+128.33 =RM435.41

Bahagian B

Upah 3 orang pekerja

Berdasarkan

Hawa

Esah

Noi

Jumlah

a. jam kerja

50.00

39.90

43.20

133.10

b. o/p dikeluarkan

54.00

50.00

48.00

152.00

Jawapan 6-4

Bahagian A

Masa untuk siap 90 unit = 90/10 x 5

TA = 45 jam

TT = 8 x 5 = 40

TS =5jam

a. E = NU.RU = 90 x 2.50 = 225

dimana RU = upah sejam/unit piawai sejam

= 5/ (10/5) = 2.50

b. Halsey upah asas = (8x5) x 5 = 200

bonus = 0.50 x 5 x 5 = 12.50

jumlah = RM212.50

c. Halsey – Weir upah asas = 200

bonus = 0.30 x 5 x 5 = 7.50

jumlah = RM207.50

d. Rowan upah asas = 200

bonus = 5/45 x 40 x 5 = 22.22

jumlah =RM222.22

Jawapan 6-5

a) upah sebelum percubaan:

Nama operator Kadar per jam(RM)

Ahmad 2.60

Badli 2.60

Hisham 3.20

Chong 3.50

11.50 perjam x 42 jam =RM499.80

upah dan bonus semasa tempoh percubaan:

Nama operator Kadar per jam(RM)

Ahmad 1.80

Badli 1.80

Hisham 2.50

Chong 2.60

8.90 sejam x 42 =RM373.80

bonus 1.00 seunit x 236 =RM236.00

JUMLAH =RM609.80

Tambahan dalam kos buruh = RM609.80 – 499.80 = RM110.00

Tambahan dalam % = [110/499.80] x 100%

= 22%

Bandingkan kos pengeluaran seunit antara skim lama dan baru:

 

Skim lama

Skim baru

Upah dan bonus

499.80

609.80

Overhed pengeluaran

3200.00

3200.00

Jumlah kos pengeluaran

3699.80

3809.80

Jumlah keluaran (unit)

200

236

Kos penegluaran/unit

RM18.50

RM16.14

Kesimpulan: walaupun kos buruh bertambah tetapi sebenarnya skim baru itu mengurangkan kos pengeluaran seunit.

Jawapan 6-6

Skim lama

7000 unit 9900 unit

upah pokok RM120 x 30 orang [9900/6]55jam x 30 orang

RM3600 RM4950

Premium o/time - 15jam x 4.5 x 30 orang

RM2025

Kos buruh RM3600 RM6975

7000 unit 9900 unit

kos bahan 56000 79200

overhed 9000 9000

68600 95175

jualan 70000 99000

untung 1400 3825

Skim baru

kos buruh 3850 5445

bahan 56000 79200

overhed 9000 9000

68850 93645

jualan 70000 99000

untung 1150 5355

c. skim baru adalah baik diamalkan jika target pengeluaran adalah 9900 unit ke atas.