September 1, 2012

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN




    UNIT 1




   

OBJEKTIF





Objektif Am: Membolehkan pelajar memahami tentang perakaunan, prinsip-prinsip, andaian-andaian dan kovensyen perakaunan mengikut mengikut badan-badan perakaunan antarabangsa seperti GAAP, IAS, SSAP, MAS dan IAS, fungsi perakaunan kewangan, cabang-cabang  perakaunan, penggunaan  dan  kepentingan  maklumat perakaunan.


Objektif Khusus:  Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

  • Mendefinisikan perakaunan dan simpankira
  • Menerangkan prinsip-prinsip, andaian-andaian dan konvensyen perakaunan menurut GAAP,IAS,SSAP, MAS dan IAS.
  • Menerangkan cabang-cabang perakaunan
  • Membincangkan kepentingan maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan  pengguna  luaran
  • Mentakrifkan kitaran  perakaunan  dan  menyenaraikan  fasa-fasa dalam  kitaran  perakaunan










INPUT
    Apa  itu  
  • Simpankira???
  • Perakaunan????
1.0  PENGENALAN     


   

1.1  SIMPANKIRA  ialah………..

Satu proses penyediaan  rekod-rekod  urusniaga. Proses  dalam Simpankira melibatkan aktiviti:

  • Mengenalpasti
  • Mengukur
  • Merekod
  • Mengkelas
  • Meringkas
  • Mengumpul
  • melaporkan





DATA-DATA
KEWANGAN










    

1.2 PERAKAUNAN ialah………….

Satu  proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan  kewangan  dan  hasil kendalian sesebuah entiti untuk  membantu pihak-pihak  yang  berkepentingan membuat keputusan.  Proses dalam  perakaunan  melibatkan  aktiviti:





  • Mengenalpasti
  • Mengukur
  • Merekod
  • Mengkelas
  • Meringkas
  • Mengumpul dan
  • Melaporkan


  • Menganalisis


   












S
I
M
P
A
N
K
I
R
A



DATA-DATA KEWANGAN
















Daripada  definisi  Simpankira  dan Perakaunan  di  atas, dapat disimpulkan  bahawa konsep Simpankira  dan Perakaunan  sangat  berkait  rapat dan  Simpankira  merupakan langkah permulaan  dalam  proses perakaunan.













       Konsep-konsep asas perakaunan yang  perlu diketahui  
         oleh akauntan?????
   

1.2   KONSEP-KONSEP ASAS  PERAKAUNAN




KONSEP-KONSEP  ASAS PERAKAUNAN











ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN
PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN






KEKANGAN PERAKAUNAN













1.3.1   ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN

  ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN




  • Andaian  Entiti  Berasingan

Menurut  andaian  ini,  setiap  perniagaan  hendaklah  diakaunkan secara  berasingan   dan  terpisah  dari  pemiliknya  dan  dari  entiti-entiti  yang  lain

  • Andaian Usaha  Berterusan

Menurut  andaian  ini,  sesebuah  perniagaan  akan  terus  beroperasi pada masa-masa  akan  datang, dan  tidak mempunyai  rancangan  untuk  dibubarkan.

  • Andaian  Wang  Sebagai  Unit  Ukuran

Menurut  andaian  ini, semua  keputusan  kewangan  sesebuah  entiti  akan  diukur dalam  unit  kewangan. Nilai  ringgit  dan  sen  diandaikan  sentiasa  dalam  keadaan  yang  stabil.
        

  • Andaian  Ketekalan

Menurut  andaian  ini,   penggunaan  prinsip/kaedah  perakaunan  tidak  akan  diubah  dari  satu  tempoh  ke  satu  tempoh  yang  lain.  Andaian  ini  bertujuan  agar  prestasi  operasi dan  kedudukan  kewangan  perniagaan    boleh  dibandingkan antara  satu  tempoh  dengan  satu  tempoh  yang  lain.

  • Andaian  Tempoh  Perakaunan

Andaian  ini  menyatakan   aktiviti  perniagaan    boleh  dibahagikan  kepada  tempoh-tempoh  tertentu contohnya  seperti  sebulan,  suku  tahun  atau  setahun.  Andaian  ini  membolehkan  pengguna-pengguna  penyata  kewangan  mengetahui  prestasi  operasi  perniagaan   dan  kedudukan  kewangan  perniagaan  sekurang-kurangnya  sekali setahun.








1.3.2  PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN

  PRINSIP-PRINSIP  PERAKAUNAN







  •    Prinsip    Kos  Sejarah

Merupakan  prinsip  untuk  merekod  semua unsur  dalam  penyata  kewangan pada  nilai  kos.

  •    Prinsip  Keobjektifan

Prinsip  perakaunan  ini   menegaskan    bahawa  perekodan  sesuatu  urusniaga  hendaklah  berdasarkan  bukti  yang  objektif.  Mana-mana urusniaga  yang  tidak  dapat  disokong  dengan  bukti  yang  objektif, seperti  anggaran untuk  akaun  Peruntukan  hutang  Ragu, anggaran hendaklah  dibuat  berdasarkan maklumat  yang  disahkan  dan  tidak  berat  sebelah.

  •    Prinsip  pendedahan

Mengikut  prinsip  ini    pendedahan  maklumat  perakaunan   hendaklah  sentiasa  relevan, tepat  pada  masanya,  boleh  dipercayai,  tidak  berat  sebelah  dan bebas  dari kesalahan dan  kesilapan.   


  •   Prinsip  Pemadanan  Hasil  dan  Belanja

Prinsip  perakaunan  ini  merujuk  kepada  semua  perbelanjaan  yang  terlibat untuk  mendapatkan hasil yang  berkenaan  hendaklah dilaporkan  dalam  tempoh  perakaunan  yang  mana  hasil  yang  berkenaan  dilaporkan.













1.3.3 KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN


  KEKANGAN-KEKANGAN PERAKAUNAN






  •    Kekangan  Konservatisme

Kekangan  ini  menggalakkan  perniagaan untuk  mengelakkan  daripada  terlebih nyatakan   aset  dan  liabiliti  dan  mengurang nyatakan liabiliti  dan perbelanjaan.

  • Kekangan  Kematerialan

Kekangan  ini  merujuk  kepada  kepentingan  sesuatu  item  atau  peristiwa  secara  relatif.  Item-item  yang  tidak  material  tidak  perlu dilaporkan  secara  berasingan.

  •    Kekangan  Faedah-Kos

Kekangan  ini  merujuk  kepada  kos penyediaan  maklumat  hendaklah  tidak melebihi daripada  nilai  maklumat  tersebut  kepada  pengguna-pengguna  penyata  kewangan.
























                                                                                   


                   
                 AKTIVITI 1a





1.1 Perakaunan  merupakan satu ____________ menyediakan  ____________  kewangan  tentang  sesuatu   perniagaan  untuk  membantu  pihak-pihak  yang  berkepentingan  membuat  __________________

1.2    _____________________ merupakan langkah  permulaan  dalam  proses
     perakaunan

1.3    Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam proses penyediaan maklumat kewangan

Mengenalpasti (      )
Melaporkan (      )                          
Mengukur (      )
Mengkelaskan            (      )
           Mengumpul            (      )
Merekod                        (      )
           Meringkaskan            (      )


1.4      Senaraikan  lima prinsip-prinsip asas perakaunan:

  1. _______________________________
  2. _______________________________
  3. _______________________________
  4. _______________________________
  5. _______________________________
  6. _______________________________
  7. _______________________________
  8. _______________________________
  9. _______________________________
  10. _______________________________

1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan  prinsip-prinsip asas perakaunan dengan maklumat yang diberi.

a. ________________________________

Prinsip  perakaunan  yang  menntukan  panduan  memilih  kaedah  perakaunan  yang  tidak  menyebabkan  aset  dan  pendapatan  bersih  lebih  nyata.  Prinsip  ini  menggalakkan  aset  dinyatakan  pada  nilai  yang  terendah  antara  kos  atau  pasaran.  Manakala  liabiliti  dinyatakan  pada  nilai  yang  lebih  tinggi  dengan  menbuat  peruntukan  terhadap  semua  liabiliti  walaupun  dalam  jangkaan

b. _______________________________________

Prinsip  perakaunan   yang  menegaskan    bahawa  perekodan, penilaian  aset  dan  liabiliti,  dan  pengukuran  pendapata  dibuat  berdasarkan  bukti  yang  benar  dan cukup,  untuk  membolehkan data  kewangan  ditentusahkan,  dan  tidak  mengandungi  unsur berat  sebelah


  1. _________________________________

Merupakan  prinsip  untuk  merekod  urusniaga  bagi  aset  mengikut  nilai  sebenar  iaitu  pada  masa  urusniaga  itu  berlaku  kerana  ianya  lebih  objektif  dan  boleh  dibuktikan.  Aset  tidak  dicatatkan  pada  nilai  semasa  kerana  tidak  boleh  dibuktikan  secara  objektif

  1. ____________________________________

Prinsip  perakaunan  untuk  mengenalpasti  hasil  terperoleh  bagi  sesuatu  tempoh  perakaunan  dan   belanja  untuk  mendapatkan  hasil  tersebut  bagi  tempoh  yang  sama

e. ____________________________________

Adalah  diandaikan  bahawa  penggunaan  prinsip/kaedah  perakaunan  tidak  akan  diubah  dari  satu  tempoh  ke  satu  tempoh  yang  lain.  Andaian  ini  bertujuan  agar  penyata  kewangan  organisai  bagi satu  tempoh  boleh  dibandingkan.









 
MAKLUM  BALAS 1a
 

1.1 Perakaunan  merupakan  proses menyediakan  maklumat  kewangan  tentang  sesuatu   perniagaan  untuk  membantu  pihak-pihak  yang  berkepentingan  membuat  keputusan.

  1. Simpankira merupakan langkah  permulaan  dalam  proses perakaunan

1.3     Susun aktiviti-aktiviti berikut mengikut susunan nombor yang betul dalam
          proses penyediaan maklumat kewangan

           Mengenalpasti ( 1  )
Melaporkan ( 7  )                          
Mengukur (  2 )
Mengkelaskan            (  4  )
           Mengumpul            (  6  )
Merekod                        (  3  )
           Meringkaskan            (  5  )
1.4 Senaraikan  lima prinsip-prinsip asas perakaunan:
i. Prinsip kos sejarah
ii. Prinsip Entiti berasingan
iii. Prinsip Konservatisme
iv. Prinsip Kematerialan
v. Prinsip Keobjektifan

  1. Prinsip Ketekalan
  2. Prinsip Tempoh perakaunan
  3. Prinsip pendedahan
  4. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja
  5. Prinsip Catatan bergu

1.5 Berdasarkan kepada lima jawapan di atas, padankan  prinsip-prinsip asas perakaunan dengan maklumat yang diberi.

a. Prinsip Konsertvatisme

Prinsip  perakaunan  yang  menentukan  panduan  memilih  kaedah  perakaunan  yang  tidak  menyebabkan  aset  dan  pendapatan  bersih  lebih  nyata.  Prinsip  ini  menggalakkan  aset  dinyatakan  pada  nilai  yang  terendah  antara  kos  atau  pasaran.  Manakala  liabiliti  dinyatakan  pada  nilai  yang  lebih  tinggi  dengan  menbuat  peruntukan  terhadap  semua  liabiliti  walaupun  dalam  jangkaan


b. Prinsip Keobjektifan

Prinsip  perakaunan   yang  menegaskan    bahawa  perekodan, penilaian  aset  dan  liabiliti,  dan  pengukuran  pendapata  dibuat  berdasarkan  bukti  yang  benar  dan cukup,  untuk  membolehkan data  kewangan  ditentusahkan,  dan  tidak  mengandungi  unsur berat  sebelah



  1. Prinsip Kos Sejarah

Merupakan  prinsip  untuk  merekod  urusniaga  bagi  aset  mengikut  nilai  sebenar  iaitu  pada  masa  urusniaga  itu  berlaku  kerana  ianya  lebih  objektif  dan  boleh  dibuktikan.  Aset  tidak  dicatatkan  pada  nilai  semasa  kerana  tidak  boleh  dibuktikan  secara  objektif

  1. Prinsip Pemadanan hasil dan belanja

Prinsip  perakaunan  untuk  mengenalpasti  hasil  terperoleh  bagi  sesuatu  tempoh  perakaunan  dan   belanja  untuk  mendapatkan  hasil  tersebut  bagi  tempoh  yang  sama

e. Prinsip Ketekalan

Adalah  diandaikan  bahawa  penggunaan  prinsip/kaedah  perakaunan  tidak  akan  diubah  dari  satu  tempoh  ke  satu  tempoh  yang  lain.  Andaian  ini  bertujuan  agar  penyata  kewangan  organisai  bagi satu  tempoh  boleh  dibandingkan.



Pelajar-pelajar adakah anda terfikir  bahawa perakaunan merupakan satu bidang yang sangat luas.  Sekarang, mari kita lihat 3 cabang utama perakaunan
INPUT
    






    

   


1.4 CABANG-CABANG PERAKAUNAN

   
CABANG-CABANG PERAKAUNAN









PERAKAUNAN KEWANGAN

PERAKAUNAN PENGURUSAN






PERAKAUNAN KOS






1.4.1 PERAKAUNAN KEWANGAN


PERAKAUNAN KEWANGAN

  • Menekankan aspek penyediaan laporan kewangan untuk membantu pihak-pihak yang  berkepentingan membuat keputusan

  • 3 bentuk laporan laporan  perakaunan kewangan yang  utama ialah Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira  

  • Akaun Perdagangan  dan Akaun  Untung Rugi bertujuan melaporkan  hasil kendalian perniagaan  untuk tempoh tertentu

  • Kunci  Kira-kira bertujuan  menunjukkan kedudukan kewangan  perniagaan  pada satu  titik  masa

























1.4.2 PERAKAUNAN KOS

PERAKAUNAN KOS

  • Menekankan kepada  aspek  penentuan  kos terutamanya kos  pengeluaran dan kos  perkhidmatan

  • Maklumat  kos  ini  akan digunakan oleh  pihak  pengurusan



















1.4.3 PERAKAUNAN PENGURUSAN

PERAKAUNAN  PENGURUSAN

  • Menterjemahkan  maklumat  yang  dihasilkan  oleh  Perakaunan  Kos dan  Perakaunan  Kewangan untuk  membantu  pihak  pengurusan  membuat  perancangan , kawalan dan keputusan berkenaan operasi  perniagaan

















    

Siapakah  yang memerlukan maklumat  yang  dihasilkan oleh Perakaunan  Kewangan???
   
1.5 PENGGUNA-PENGGUNA  MAKLUMAT  KEWANGAN


PENGGUNA MAKLUMAT  KEWANGAN








PENGGUNA  DALAMAN

PENGGUNA  LUARAN




1.5.1 PENGGUNA  DALAMAN



PENGGUNA  DALAMAN









Pengguna-pengguna  Dalaman  di  antaranya  ialah:

  • Pihak  Pengurusan

  • Maklumat kewangan membantu  mereka mengetahui  prestasi  operasi  dan  kedudukan kewangan  perniagaan

  • Pihak Pengurusan  Kewangan

  • Maklumat  kewangan membantu  mereka  mengetahui  kemampuan  syarikat menjelaskan  hutang-hutang perniagaan

  • Pihak  Pemasaran

  • Maklumat  kewangan membantu  mereka  menentukan harga barangan yang  akan  dipasarkan





































1.5.2 PENGGUNA  LUARAN


PENGGUNA  LUARAN









Pengguna-pengguna  Luaran   di  antaranya  ialah:

  • Pihak  Bank

  • Maklumat kewangan membantu  mereka mengetahui  keupayaan syarikat membayar  semula pinjaman  yang  telah dibuat

  • Pihak Kesatuan Sekerja

  • Maklumat  kewangan membantu   pihak  kesatuan  memastikan  sama  ada  tuntutan   yang  dibuat  untuk  kenaikan  gaji,  cuti,  insurans  dan  seumpamanya  adalah  munasabah  dengan  kemampuan  syarikat

  • Pihak Pemiutang

  • Maklumat  kewangan membantu   pemiutang mengetahui  keupayaan  syarikat menjelaskan  hutang perniagaan

  • Jabatan  Hasil  Dalam  Negeri

  • Maklumat  kewangan membantu  Jabatan   
      Hasil Dalam  Negeri  menentukan  cukai   
      yang  patut  dikenakan dan  pengecualian   
      cukai  (sekiranya  ada)



























g. Pihak  orang  ramai
Kedudukan  kewangan  syarikat  membantu  berlainan
 







  
Tahukah anda apakah langkah-langkah  yang  perlu  diikuti semasa  menyediakan penyata  kewangan???
   

Dalam  penyediaan  penyata  kewangan, terdapat  beberapa  langkah  yang  perlu  diikuti satu  persatu. Langkah-langkah  tersebut  boleh  digambarkan melalui  Kitaran Perakaunan.


1.6   KITARAN  PERAKAUNAN

Apa  itu  Kitaran  Perakaunan?

Kitaran Perakaunan  merupakan  satu  proses:

  • pengumpulan dan  pemprosesan  data-data perakaunan.

Ia  dipanggil  sebagai  kitaran  kerana  fasa-fasa  dalam  kitaran  perakaunan mesti  diulangi  bagi  setiap  tempoh  perakaunan



     












  Apakah  fasa-fasa  yang  terdapat  dalam  Kitaran  Perakaunan???










  Untuk  mengetahui  tentang  fasa-fasa  dalam  Kitaran  Perakaunan  sila  rujuk  rajah
  1.1
  1. FASA-FASA  DALAM  KITARAN PERAKAUNAN (sila rujuk  
           Rajah 1.1)

   Pengumpulan  
     Urusniaga
         (1)
   Kewangan



   Penyediaan
     Penyata
   Kewangan
       (6)
     Analisa      Urusniaga    
     Kewangan
               (2)

    



Penyediaan Imbangan Duga
       ( 5 )

  Penjurnalan
        (3)

 Pemindahan
 Ke Akaun
     Lejar
        (4)





Rajah 1-1


Berikut  adalah  penerangan ringkas mengenai  kitaran perakaunan di  Rajah 1.1


Fasa 2   Analisa Urusniaga


Analisa  urusniaga  adalah  untuk melihat  kesan  urusniaga  ke  atas  persamaan perakaunan:

 Aset = Liabiliti  +  Ekuiti
                              Pemilik)

      ( rujuk  unit 6 )


Fasa 1  Pengumpulan

            Urusniaga


Pengumpulan  data-data  urusniaga mestilah  disokong  dengan  dokumen perniagaan yang  berkaitan contohnya:
  • jualan kredit  mesti  dibuktikan dengan invois, belanja tunai runcit mesti  dibuktikan  dengan  baucar tunai  runcit






















Fasa 4  Pemindahan  Ke
            Akaun Lejar

Pemindahan ke akaun lejar   adalah  pemindahan data-data  yang  direkod  dalam  Jurnal ke akaun-akaun  dalam Lejar

          ( rujuk  unit 7 )


Fasa  3 Penjurnalan


Penjurnalan  adalah  proses  merekod  urusniaga  dalam  Jurnal, mengikut  turutan tarikh berlakunya  urusniaga

 ( rujuk  unit 2, 3, 4,5 )



















Fasa 5  Penyediaan

            Imbangan Duga


Imbangan Duga  disediakan pada  setiap akhir tempoh  perakaunan. Ia merupakan senarai akaun-akaun  yang  terdapat  dalam lejar  beserta  baki  bagi  setiap  akaun

    ( rujuk  unit   8 )

Fasa 6 Penyediaan  Penyata
           Kewangan

Fasa  ini  melibatkan   penyediaan  tiga  penyata  kewangan  yang  utama  iaitu Penyata Pendapatan, Kunci  Kira-Kira  dan  Penyata  Aliran  Tunai.   

       ( rujuk  unit    9 )






























                                                                                   


                   
                 AKTIVITI 1b





1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada  kepada tiga cabang utama  iaitu:
(i) __________________________
(ii) __________________________
(iii) __________________________



1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada:
i. __________________________________

  1. __________________________________
  2. __________________________________


1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada:
i. __________________________________
ii __________________________________
iii. __________________________________
iv. __________________________________


1.9  Kitaran Perakaunan  ialah  ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________  




    
    
MAKLUMBALAS 1b
 


1.6 Perakaunan telah dipecahkan kepada  kepada tiga cabang utama  iaitu:
(i) Perakaunan kewangan
(ii) Perakaunan pengurusan
(iii) Perakaunan kos

1.7 Pihak dalaman yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada:
i. Bahagian pengurusan
ii. Pihak pemasaran
iii. Pihak pengurusan kewangan

1.8 Pihak luaran yang akan menggunakan semua maklumat perakaunan adalah terdiri daripada:
i. Pihak bank
ii. Pihak kesatuan sekerja
iii. Pemiutang
iv. Jabatan Hasil Dalam Negeri

1.9 Kitaran Perakaunan  ialah  satu  proses  pengumpulan dan  pemprosesan  data-data perakaunan. Ia  dipanggil  sebagai  kitaran  kerana  fasa-fasa  dalam  kitaran  perakaunan mesti  diulangi  bagi  setiap  tempoh  perakaunan
















  
PENILAIAN
KENDIRI
   

SOALAN 1.1:

Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna ________________ dan pengguna   __________________________

SOALAN 1.2

Terangkan secara ringkas empat prinsip asas perakaunan berikut   yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa.
i) Prinsip Konservatisme
ii) Prinsip Ketekalan
iv) Prinsip Catatan Bergu
v) Prinsip Pemadanan Hasil dan Belanja

SOALAN 1.3

Terangkan secara ringkas tiga pengguna dalaman maklumat perakaunan.

SOALAN 1.4

Namakan fasa-fasa  dalam  Kitaran Perakaunan.

SOALAN 1.5

Terangkan secara ringkas empat pengguna luaran maklumat perakaunan.



MAKLUMBALAS
  


ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA TERLEBIH DAHULU?
JIKA “YA”, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA

JAWAPAN 1.1

Pengguna maklumat kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dalaman dan pengguna   luaran

JAWAPAN 1.2

Empat prinsip asas perakaunan berikut   yang telah ditetapkan oleh badan perakaunan antarabangsa adalah seperti berikut:

i. Prinsip  Konservatisme

Prinsip  perakaunan  yang  menntukan  panduan  memilih  kaedah  perakaunan  yang  tidak  menyebabkan  aset  dan  pendapatan  bersih  lebih  nyata.  Prinsip  ini  menggalakkan  aset  dinyatakan  pada  nilai  yang  terendah  antara  kos  atau  pasaran.  Manakala  liabiliti  dinyatakan  pada  nilai  yang  lebih  tinggi  dengan  menbuat  peruntukan  terhadap  semua  liabiliti  walaupun  dalam  jangkaan


ii. Prinsip  Ketekalan

Adalah  diandaikan  bahawa  penggunaan  prinsip/kaedah  perakaunan  tidak  akan  diubah  dari  satu  tempoh  ke  satu  tempoh  yang  lain.  Andaian  ini  bertujuan  agar  penyata  kewangan  organisai  bagi satu  tempoh  boleh  dibandingkan.






iii. Prinsip  Catatan  Bergu

Setiap  urusniaga  secara  amnya  mesti  melibatkan  catatan  debit  (pihak  yang  menerim  nilai)  dan  catatan  kredit`(pihak  yang  memberi  nilai).


  1. Prinsip  Pemadanan  Hasil  dan  Belanja

Prinsip  perakaunan  untuk  mengenalpasti  hasil  terperoleh  bagi  sesuatu  tempoh  perakaunan  dan   belanja  untuk  mendapatkan  hasil  tersebut  bagi  tempoh  yang  sama


JAWAPAN 1.3

Pengguna-pengguna  Dalaman  di  antaranya  ialah:

  • Pihak  Pengurusan

  • Maklumat kewangan membantu  mereka mengetahui  prestasi  operasi  dan  kedudukan kewangan  perniagaan

  • Pihak Pengurusan  Kewangan

  • Maklumat  kewangan membantu  mereka  mengetahui  kemampuan  syarikat menjelaskan  hutang-hutang perniagaan

  • Pihak  Pemasaran

  • Maklumat  kewangan membantu  mereka  menentukan harga barangan yang  akan  dipasarkan

JAWAPAN 1.4

1. Pengumpulan urusniaga  kewangan
2. Analisa  urusniaga
3. Penjurnalan
4. Pemindahan ke akaun-akaun  di lejar
5. Penyediaan Imbangan Duga
6. Penyediaan Penyata Kewangan








JAWAPAN 1.5

Pengguna-pengguna  Luaran   di  antaranya  ialah:

  • Pihak  Bank

  • Maklumat kewangan membantu  mereka mengetahui  keupayaan syarikat membayar  semula pinjaman  yang  telah dibuat

  • Pihak Kesatuan Sekerja

  • Maklumat  kewangan membantu   pihak  kesatuan  memastikan  sama  ada  tuntutan   yang  dibuat  untuk  kenaikan  gaji,  cuti,  insurans  dan  seumpamanya  adalah  munasabah  dengan  kemampuan  syarikat

  • Pihak Pemiutang

  • Maklumat  kewangan membantu   pemiutang mengetahui  keupayaan  syarikat menjelaskan  hutang perniagaan

  • Jabatan  Hasil  Dalam  Negeri

  • Maklumat  kewangan membantu  Jabatan   
      Hasil Dalam  Negeri  menentukan  cukai   
      yang  patut  dikenakan dan  pengecualian   
      cukai  (sekiranya  ada)