September 12, 2012

PENENTU – PENENTU TINGKAT OUTPUT, HARGA DAN STRUKTUR PASARAN


UNIT 10 : PENENTU – PENENTU TINGKAT OUTPUT, HARGA DAN STRUKTUR
PASARAN
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Memahami dan mengetahui tingkat output dan harga bagi pasaran persaingan sempurna, pasaran monopoli, pasaran persaingan bermonopoli dan pasaran oligopoli.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

  • Mendefinisiskan pasaran monopoli dan ciri-cirinya
  • Memahami dan melakarkan keluk pasaran monopoli, keluk hasil dan keluk kos dalam jangka masa pendek dan panjang
  • Menjelaskan keseimbangan pasaran dalam jangka pendek dan panjang

















INPUT

10.1 Definisi Pasaran Monopoli dan ciri-cirinya

10.1.1 Definisi
Suatu  struktur pasaran di mana hanya terdapat seorang penjual tunggal yang menjual keluaran yang homogen yang tidak mempunyai pengganti yang hampir dan terdapat sekatan-sekatan kemasukan dalam industri tersebut.

  1. Ciri-ciri pasaran monopoli

i) Industri monopoli terdiri dari  satu firma
Hanya terdapat seorang penjual yang menjual barang yang berkenaan di mana ia tidak boleh diperolehi di tempat lain. Pembeli tiada pilihan dan hanya boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan dari firma monopoli sahaja.

ii) Barang yang dihasilkan tidak mempunyai penggantian yang hampir
Barang yang dihasilkan oleh firma monopoli tidak dapat digantikan secara sempurna dari firma-firma yang lain terutama dari segi kegunaannya. Contohnya bekalan air dan elektrik tidak mempunyai pengganti yang hampir.

iii) Tiada kebebasan masuk dan keluar dalam industri monopoli
Tiada kebebasan masuk dan keluar ke dalam industri monopoli kerana terdapat halangan kemasukan yang bersifat perlindungan undang-undang, keperluan kewangan yang besar, keperluan teknologi yang tinggi dan sebagainya yang membolehkan suatu firma mempunyai kuasa monopoli.

iv) Industri monopoli adalah penentu harga
Oleh kerana tiada persaingan dari firma lain, maka firma monopoli dapat menentukan tingkat harga yang dikehendaki. Keluk permintaan monopoli yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan firma monopoli dapat menentukan tingkat harga dengan menghadkan keluarannya.

v) Kurang menggunakan iklan
Oleh kerana industri monopoli terdiri daripada satu firma dan barang yang dihasilkan tidak mempunyai pengganti hampir, maka penggunaan iklan tidak diperlukan untuk memajukan jualan dan biasanya iklan dibuat untuk memelihara hubungan baik dengan pelanggan.




10.2 KELUK PERMINTAAN, KELUK HASIL DAN KELUK KOS PASARAN  
        MONOPOLI

  • Oleh kerana barang yang dihasilkan oleh firma monopoli tiada pengganti yang hampir, maka keluk permintaan monopoli adalah tidak anjal dan ia bercerun ke bawah dari kiri ke kanan.

  • Keluk permintaan yang tidak anjal ini menyebabkan firma monopoli dapat meninggikan harganya dengan mengurangkan keluarannya dan sebaliknya meningkatkan keluarannya dengan menurunkan harganya.
  • Seorang monopoli dapat memilih samada untuk mempengaruhi tingkat harga dan membiarkan pengguna menentukan tingkat keluaran atau mempengaruhi tingkat keluaran dengan membiarkan pengguna menentukan tingkat harga.
  • Maka dengan itu, dapat dikatakan monopoli tidak dapat mempengaruhi tingkat  
     harga dan kuantiti keluaran dalam masa yang sama.

Jadual 10.1
Jumlah Hasil, Hasil Purata dan Hasil Marginal
Keluaran (unit)
Harga (RM)
Jumlah Hasil (TR) (RM)
Hasil Purata (AR) (RM)
Hasil Marginal (MR) (RM)
1
5
5
5
5
2
4
8
4
3
3
3
9
3
1
4
2
8
2
-1
5
1
5
1
-3


Berdasarkan jadual di atas, keluk-keluk hasil firma monopoli dapat ditunjukkan seperti rajah di bawah :

Keluk Jumlah Hasil, Keluk Hasil Purata dan Keluk Hasil Marginal

Jumlah hasil /
Jumlah Kos
A
                         9




TR




Keluaran
3
                                                     Rajah 10.1
  

Harga



      L             e > 1


    e = 1
3     E


e < 1
    MR AR
Keluaran
3         6

Rajah 10.2

Rajah 10.1 menunjukkan keluk jumlah hasil. Jumlah hasil terus meningkat kepada titik maksimum iaitu pada titik A dengan jumlah hasil sebanyak RM9 dengan keluaran 3 unit. Selepas keluaran unit ke-3, tambahan keluaran menyebabkan jumlah hasil menurun. Seterusnya keluk jumlah hasil akan berbentuk U terbalik.

Rajah 10.2 pula menunjukkan keluk hasil marginal (MR) dan keluk hasil purata(AR). Keluk Hasil purata (AR) adalah sama dengan keluk permintaan firma monopoli di mana ia bercerun ke bawah dari kiri ke kanan. Maka nilai keanjalan adalah berbeza di sepanjang keluk permintaan tersebut. Keluk Hasil Marginal (MR) sentiasa berada di bawah keluk hasil purata (AR) kerana nilai hasil marginal selalu lebih rendah dari harga pada pelbagai tingkat keluaran

Formula berkaitan:

Jumlah Hasil = Harga X Kuantiti Keluaran

          Cth : Jumlah hasil bagi 3 unit keluaran
                   = Harga X Kuantiti Keluaran
 = RM 3 X 3
 = RM 9
Hasil Purata =     Jumlah Hasil    

                       Kuantiti Keluaran




Cth : Hasil Purata bagi 3 unit keluaran
       = RM9
             3
       = RM3



Hasil Marginal =        Jumlah Hasil                           Kuantiti Keluaran



Cth : Hasil Marginal bagi 3 unit keluaran
= RM 9 – RM 8
                3- 2
= RM 1










































AKTIVITI 10A

Setelah mengikuti input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut,…..ingat jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dn jujur sebelum anda meneruskan input selanjutnya.













Arahan : Pilih jawapan yang betul

  1. titik maksimum keluk hasil total bagi monopolis tulen dicapai pada tingkat dimana  hasil marginal adalah
    1. sifar
    2. Satu
    3. Negatif
    4. Positif
    5. Lebih daripada Satu

  1. yang manakah di anatra pernyataan berikut adalah BENAR mengenai monopolis tulen
    1. ia akan menjadi untung normal dalamjangka panjang
    2. ia akan mamaksimumkan untung apabilamengeluarkan output pada tingkat di mana perbezaan di anatar harga dan kos purata adalah maksimum
    3. apabila ia memaksimumkan untung, ia akan menjadi tidak cekap dalam penggunaan sumbernya
    4. ia akan memaksimumkan untung apabila mengeluarkan output pada titik keluk permintaan yang keanjalannya bernilai Satu
    5. ia akanmemaksimumkan untung apabila mengeluarkan output pada tingkat di mana harga sama dengan hasil marginal































3. Keluk permintaan bagi keluaran firma monopoli adalah
  1. Anjal sempurna
  2. Tidak anjal sempurna
  3. Keanjalan uniti keseluruhan
  4. Serupa dengan keluk permintaan industri
  5. Serupa dengan keluk permintaan firma persaingan sempurna





PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti  10A

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 10A





  1. A
  2. C
  3. D




10.3    KESEIMBANGAN FIRMA MONOPOLI DALAM JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG
          

Keseimbangan Monopoli dalam Jangka Pendek

  • Keseimbangan monopoli tercapai apabila Kos Marginal (MC) = Hasil Marginal (MR)
  • Dalam jangka pendek, monopoli yang berada dalam keseimbangan dapat memperolehi

  1. Untung abnormal / super normal
  2. Untung normal
  3. Untung subnormal / rugi
  4. Tutup firma

           a) Untung abnormal / super normal

MC : Kos Marginal
AC  : Kos Purata
MR : Hasil Marginal
AR  : Hasil Purata

Harga


 MC

  AC
                                       
          P2                            A  
          P1         B
                                             E


  
O  Q1   MR       AR       Keluaran

  • Firma monopoli mencapai keseimbangan pada titik  E,iaitu kos marginal (MC) = hasil marginal (MR)
  • Pada tingkat keluaran keseimbangan OQ1,
      jumlah keuntungan =jumlah hasil – jumlah kos
       = OP2  AQ1 – OP1 BQ1
       = P1P2 AB (untung)

  • Syarat firma monopoli menikmati untung abnormal dalam keseimbangan adalah apabila
           MC=MR dan AR>AC




MC : Kos Marginal
AC  : Kos Purata
MR : Hasil Marginal
AR  : Hasil Purata
b) Untung normal

Harga

MC

AC

P1                       A


                                                    E

 MR    AR
0 Q1 Keluaran

  • Firma monopoli mencapai keseimbangan jangka pendek pada titik E di mana kos marginal (MC) = hasil marginal (MR)
  • Pada tingkat keluaran keseimbangan iaitu OQ1;
Jumlah keuntungan = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
 = OP1 AQ1 – OP1 AQ1
 = Sifar (untung normal)

  • Syarat firma monopoli menikmati untung normal dalam keseimbangan ialah apabila MR=MC dan AC=AR.


c) Untung subnormal / kerugian
MC : Kos Marginal
AC  : Kos Purata
MR : Hasil Marginal

AR  : Hasil Purata


 Harga

AC
                                                      A
      P2      MC

                   P1          B







O     Q1    MR        AR     Keluaran


  • Firma monopoli mencapai keseimbangan jangka pendek pada titik E di mana kos marginal (MC) = hasil marginal (MR)
  • Pada keluaran keseimbangan OQ1;
Jumlah keuntungan = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
= OP1 BQ1 -  OP2  AQ1
= P1P2  AB (rugi)



  1. Tutup firma
MC : Kos Marginal
AC  : Kos Purata
MR : Hasil Marginal

AR  : Hasil Purata

AVC : Kos Berubah Purata
           
 Harga
MC  AC
AVC








Keluaran
    MR                AR

  • Firma monopoli akan menutup firma buat sementara waktu dalam jangka pendek apabila tingkat harga dan hasil purata (AR) adalah kurang daripada kos berubah purata (AVC)
  • Syarat penting untuk monopoli tutup firma adalah apabila  harga <  AVC dan
     AR < AVC.



Keseimbangan firma monopoli dalam jangka panjang


SMC : Kos Marginal
           Jangka pendek
LMC : Kos Marginal
           Jangka Panjang
SAC :  Kos Purata Jangka
           Pendek
LAC :  Kos Purata Jangka
           Panjang
MR :   Hasil Marginal
AR :    Hasil Purata
               Harga

    LMC SAC
SMC
 SAC









MR AR Keluaran


  1. Pada rajah, E ialah titik keseimbangan firma monopoli dalam jangka panjang,iaitu SMC=LMC=MR.
  2. Pada tingkat keluaran keseimbangan firma OQ unit,
Jumlah keuntugan
= Jumlah hasil – Jumlah kos
= 0P AQ – OP BQ
= P P AB

  1. Monopoli mempunyai kuasa sekatan kemasukan firma-firma baru ke dalam industri. Oleh itu firmaa monopoli menikmati untung abnormal dalam jangka panjang.


  • Monopoli menikmati untung abnormal dalam jangka panjang kerana ada kuasa sekatan kemasukan firma-firma baru kedalam industri















AKTIVITI 10B

Setelah mengikuti input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut,…..ingat jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dn jujur sebelum anda meneruskan input selanjutnya.












Arahan : Isikan tempat kosong


  1. Apabila firma berada dalam keseimbangan, perkara-perkara berikut akan berlaku :
a)
b) Harga barang = AR

2.Keluk permintaan yang dihadapi oleh firma monopoli adalah kurang daripada .Ini bermakna hasil marginal adalah daripada hasil purata dan kedua-dua hasl marginal dan hasil purata
apabila output firma itu meningkat.

3. Output dari firma monopoli disifatkan sebagai dikeluarkan dengan tidak cara yang tidak cekap kerana kos purata mengeluarkan output itu bukan yang _________________________ atau sumber ekonomi dianggap tidak diagihkan secara cekap kerana ______________________ tidak sama dengan __________________
















PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti  10B

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 10B



  1. MR = MC
  2. anjal sempurna; lebih rendah; akan berkurangan
  3. minimum; harga ; kos marginal







PENILAIAN KENDIRI


ANDA HAMPIR MENUJU KE ARAH KEJAYAAN, UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT ANDA TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.

SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH;

RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN B.

SELAMAT MENCUBA



BAHAGIAN I : SOALAN ANEKA PILIHAN



  1. Titik maksimum kuluk jumlah hasil bagi monopolis tulin dicapai pada tingkat di mana keanjalan permintaan harga adalah
    1. anjal sifar
    2. kurang anjal
    3. anjal
    4. anjal uniti
    5. anjal infiniti



  1. Yang manakah antara pernyataan berikut merupakan ciri sepunya antara pasaran monopoli dan persaingan bermonopoli?
    1. Pengeluaran boleh menentukan harga atau kuantiti keluaran sesuatu barang
    2. Dalam jangka panjang, firma akan memperoleh untung  normal
    3. Barang-barang yang dikeluarkan oleh kedua-dua pasaran merupakan barangan pengganti sempurna
    4. Firma mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk keluar dan masuk dalam industri
    5. Iklan memainkan peranan yang penting



  1. Pada titik keseimbangan jangka panjang sebuah firma monopoli menghadapi
     keadaan di mana

  1. harga lebih tinggi daripada kos purata
  2. harga sama dengan kos purata
  3. hasil sama dengan hasil marginal
  4. jumlah hasil sama dengan jumlah kos
  5. jumlah kos melebihi jumlah hasil

  1. Yang manakah antara pernyataan berikut BENAR tentang monopolis tulen ?
A. Monopolis tulen sentiasa menikmati untung ekonomi
B. Monopolis tulen akan mendapat untung jika jumlah kos purata lebih tinggi
    daripada hasil marginal di tingkat output keseimbangan
C. Monopolis tulen akan mengalami kerugian jika keluk kos marginal
    bersilang dengan keluk hasil marginal
D. Monopolis tulen akan mendapat untung jika harga lebih tingggi daripada
     jumlah kos purata di tingkat output keseimbangan

  1. Monopolis tulen sentiasa menjual barang dengan harga yang tinggi





BAHAGIAN II : SOALAN STRUKTUR



1. Berikan definisi monopoli.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


2.
MC

AC

  P       A


Po       B

P1
AR = DD
    MR      

O     N     Keluaran

Berdasarkan rajah di atas, tentukan:
a) output yang menghasilkan keuntungan maksimum          
b) harga yang menghasilkan keuntungan maksmum  
c) Jumlah kos apabila firma berada dalam keseimbangan  
d) jumlah hasil apabila firma berada dalam keseimbangan
e) Firma akan mendapat keuntungan normal jika ia menjual dengan harga

















MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


BAHAGIAN I : SOALAN ANEKA PILIHAN
 


Jawapan :
1.D
2.A
3.A
4.D

BAHAGIAN II : SOALAN STRUKTUR


1. Suatu  struktur pasaran di mana hanya terdapat seorang penjual tunggal yang menjual keluaran yang homogen yang tidak mempunyai pengganti yang hampir dan terdapat sekatan-sekatan kemasukan dalam industri tersebut.



2. a)            ON

  1. OP
  2. OPo BN
  3. OP AN
  4. OPo