September 13, 2012

PENCUKAIAN BAGI PERNIAGAAN TUNGGAL


PENCUKAIAN BAGI

PERNIAGAAN TUNGGAL



Objektif


Objektif Am:

Memahami bagaimana pengiraan cukai kena bayar ke atas pendapatan perniagaan tunggal di Malaysia.


Objektif Khusus:

Di akhir unit ini, anda dapat:

  • Menerangkan belanja-belanja yang layak
     dan tidak layak dalam pengiraan
     pendapatan boleh cukai

  • Mengira pendapatan boleh cukai
  • Mengira cukai kena bayar bagi
     perniagaan tunggal











Input



  1. Pengenalan

Menurut Seksyen 4(a) ACP 1967, perolehan atau keuntungan daripada suatu perniagaan bagi apa-apa jua tempoh masa ia dijalankan boleh dikenakan cukai pendapatan.


  1. Pencukaian ke atas pendapatan perniagaan atau profesion

Pendapatan daripada perniagaan ataupun profesion adalah keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan atau profesion.  Profesion yang dimaksudkan termasuk individu yang mempunyai firma akauntan, peguam, arkitek, jurutera, doktor dan lain-lain profesion yang didaftarkan di Malaysia.  Keuntungan perniagaan adalah perolehan daripada jualan barangan dan juga perkhidmatan.

Menurut seksyen 82 ACP 1967, seorang peniaga yang menjalankan perniagaan atau profesion sendiri perlu:

  1. menyimpan rekod-rekod perakaunan yang lengkap mengenai urusniaga perniagaannya.
  2. menyediakan penyata untung rugi dan kunci kira-kira bagi setiap tahun perniagaan.


Menurut seksyen 82 (1) ACP 1967 pula, setiap orang yang menjalankan perniagaan:

  1. hendaklah menyimpan rekod-rekod perakaunan dengan baik, agar untung atau rugi boleh dikira bagi tahun taksiran yang berkenaan oleh Ketua Pengarah LHDN dan
  2. jika penerimaan daripada perniagaan untuk mana-mana tahun taksiran berkenaan telah melebihi RM150,000 daripada jualan barangan atau RM100,000 daripada menyediakan perkhidmatan, maka orang itu perlu mengeluarkan resit jualan yang mempunyai siri nombor dan menyimpan satu salinan untuk rekod.


Terdapat banyak kebaikan menyimpan rekod-rekod perakaunan.  Selain mematuhi syarat LHDN yang dikehendaki penyata untung rugi dan kunci kira-kira disertakan bersama borang nyata pendapatan, seorang pemilik atau pelabur akan mengetahui arah aliran perniagaan dan memudahkannya memohon pinjaman daripada pihak-pihak tertentu.  Ini kerana institusi kewangan memerlukan penyata-penyata tersebut untuk mengetahui prestasi perniagaan.  



  1. Cara-cara menentukan pendapatan yang dikenakan cukai

Pada sesuatu tahun taksiran, pendapatan seseorang peniaga yang boleh dikenakan cukai akan ditentukan dengan kaedah berikut:

  1. menentukan tempoh asas bagi setiap sumber pendapatan
  2. menentukan pendapatan kasar daripada setiap punca bagi tempoh asas untuk tahun itu
  3. menentukan pendapatan larasan daripada setiap sumber untuk tahun berkenaan
  4. menentukan pendapatan berkanun daripada setiap sumber
  5. menentukan pendapatan terkumpul/agregat serta jumlah pendapatan bagi tahun berkenaan
  6. menentukan pendapatan boleh cukai dan juga cukai kena bayar

Menurut seksyen 109 (c) ACP 1967, pendapatan faedah yang diterima oleh seseorang individu yang bermastautin tertakluk kepada cukai pegangan.  Oleh itu, pendapatan bercukai bagi seseorang yang bermastautin di Malaysia tidak perlu mengambilkira pendapatan faedah yang diperolehi daripada bank atau institusi kewangan di Malaysia.


  1. Pendapatan kasar

Pendapatan kasar seseorang daripada sesuatu sumber untuk tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran mestilah pendapatan kasar untuk tempoh itu yang perlu ditentukan mengikut peruntukan seksyen 22 ACP 1967.

  1. Pendapatan larasan dan kerugian larasan

Pendapatan larasan seseorang daripada sesuatu sumber untuk tempoh asas bagi suatu tahun taksiran boleh ditentukan dengan menolak perbelanjaan yang dibenarkan daripada pendapatan kasarnya setelah mengambilkira semua bayaran serta perbelanjaan yang semata-mata dilakukan semasa tempoh itu dalam menghasilkan pendapatan kasar tersebut.

Kerugian larasan berlaku apabila pendapatan kasar untuk tempoh asas bagi suatu tahun taksiran kurang daripada jumlah perbelanjaan yang dibenarkan bagi sumber tersebut.


Contoh 9.1

Perniagaan Gamma: Tahun Taksiran 2001

Pendapatan kasar 140,000
Stok awal 30,000
+ Belian 90,000 120,000
(-) Stok akhir (40,000)
Kos jualan (80,000)
60,000
(-) perbelanjaan yang dibenarkan (34,000)
Pendapatan larasan 26,000




Contoh 9.2
Perniagaan Gamma: Tahun Taksiran 2001

Pendapatan kasar 100,000
Stok awal 30,000
+ Belian 90,000 120,000
(-) Stok akhir (40,000)
Kos jualan (80,000)
20,000
(-) perbelanjaan yang dibenarkan (34,000)
Kerugian larasan (14,000)






  1. Pendapatan berkanun

Pendapatan berkanun seseorang daripada setiap sumber untuk tahun taksiran berkenaan terdiri daripada:

  1. jumlah pendapatan larasan daripada setiap punca untuk tempoh asas bagi tahun yang sama
  2. campur: caj atau caj-caj imbangan
  3. tolak: elaun-elaun imbangan dan elaun modal

Tiada peruntukan untuk memberi elaun-elaun modal loji dan mesin bagi pendapatan bukan perniagaan.  Oleh itu, pendapatan sumber bukan perniagaan seperti dividen, faedah, sewa, pendapatan larasan sama dengan pendapatan berkanun.


Contoh 9.3

Pn. Afifah memberi maklumat-maklumat berikut berkenaan dengan perniagaan tunggalnya bagi tahun asas 2001.

Pendapatan larasan RM 4,000
Caj imbangan 3,000
Elaun modal 4,500

Dikehendaki: Mengira pendapatan berkanun untuk perniagaan Pn Afifah bagi tahun taksiran 2001.

Penyelesaian:
Pn Afifah: Tahun taksiran 2001

Pendapatan larasan RM 4,000
+ caj imbangan 3,000
7,000
(-) elaun modal (4,500)
Pendapatan berkanun 2,500











Contoh 9.4

En. Adam memberi maklumat-maklumat berikut berkenaan dengan perniagaan tunggalnya bagi tahun asas 2001.

Kerugian larasan RM 3,000
Caj imbangan 2,000
Elaun modal 3,500

Dikehendaki: Mengira pendapatan berkanun untuk perniagaan Pn Afifah bagi tahun taksiran 2001

Pendapatan larasan RM    -
+ Caj imbangan 2,000
2,000
(-) elaun modal (2,000) terhad
Pendapatan berkanun    -

Nota:

  1. elaun modal RM3,500 – RM2,000 = RM1,500 akan dibawa ke hadapan untuk tahun taksiran 2002 (semasa)
  2. jumlah RM3,000 (kerugian larasan) akan dibenarkan sebagi tolakan di bawah kerugian tahun asas untuk menentukan jumlah pendapatan.




  1. Kerugian perniagaan

Untuk tujuan ACP 1967, kerugian hanya dikira untuk pendapatan perniagaan, dan bukan untuk sumber-sumber lain.

Jika kerugian perniagaan tidak boleh diserapkan sepenuhnya dalam tahun asas tersebut, bakinya akan dibawa ke hadapan dan dibenarkan sebagai potongan mengikut seksyen 43 (2) daripada sumber-sumber perniagaan bagi tahun-tahun berikutnya.

Jika elaun-elaun modal tidak boleh dibenarkan sepenuhnya dalam tahun asas, bakinya akan dibawa ke hadapan dan ditolak daripada punca perniagaan yang sama untuk tahun-tahun berikutnya.





  1. Pendapatan terkumpul

Pendapatan terkumpul seseorang bagi sesuatu tahun taksiran adalah terdiri daripada:

  1. jumlah pendapatan berkanun daripada setiap sumber perniagaan dan ditolak dengan kerugian larasan daripada sumber-sumber perniagaan yang tidak dapat ditolak pada tahun-tahun sebelumnya
  2. jumlah pendapatan berkanun daripada setiap sumber lain daripada sumber perniagaan


  1. Jumlah pendapatan

Jumlah pendapatan seseorang bagi sesuatu tahun taksiran adalah terdiri daripada:

  1. jumlah pendapatan terkumpul
  2. tolak kerugian larasan bagi tahun asas
  3. tolak sebarang potongan menurut Jadual 4, 4A atau 4B (tidak akan disentuk dalam modul ini)
  4. tolak sebarang derma atau sumbangan kepada kerajaan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau institusi-institusi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah LHDN


  1. Format mengira pendapatan perniagaan yang dikenakan cukai

Terdapat dua format yang boleh digunakan dalam mengira pendapatan boleh cukai dan seterusnya menentukan cukai kena bayar bagi pendapatan boleh cukai:

  1. Kaedah 1
Perniagaan kasar perniagaan xx
Tolak
belanja perniagaan yang dibenarkan (xx)
belanja yang dibenarkan bagi potongan
dua kali (xx)
pendapatan / kerugian larasan xx
campur: caj imbangan xx
pendapatan larasan selepas caj imbangan xx
tolak: elaun modal/ elaun imbangan (xx)
(dahulu dan semasa)
pendapatan berkanun daripada perniagaan xx





  1. Kaedah 2 (kaedah yang akan digunakan dalam pembelajaran)
Untung / rugi bersih xx
Campur:
Belanja yang tidak dibenarkan xx
Belanja khusus di bawah seksyen tertentu
Cth: derma xx
xx
     tolak
     pendapatan selain daripada perniagaan
                             (cth: hasil sewa, dividen) (xx)
     belanja yang dibenarkan bagi potongan
                 dua kali (cth: gaji untuk pekerja cacat) (xx)
        pendapatan / kerugian larasan xx
                 campur:
                 caj imbangan xx
                 tolak:
                 elaun imbangan (xx)
                 elaun modal (xx)
                 pendapatan berkanun daripada perniagaan xx



  1. Belanja yang dibenarkan dalam potongan

Pada amnya, segala perbelanjaan perniagaan yang berlaku khusus dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan perniagaan tersebut adalah dibenarkan seebagai potongan terhadap pendapatan perniagaan itu (seksyen 33(1), ACP 1967).

Secara ringkasnya, di antara perbelanjaan yang dibenarkan sebagai potongan di dalam menentukan pendapatan larasan adalah:-

  1. perbelanjaan yang kesemuanya dan semata-mata dilakukan dalam tahun asas untuk menghasilkan pendapatan kasar seperti kos pembelian untuk pengeluaran, perbelanjaan pengangkutan, pentadbiran dan perbelanjaan am
  2. faedah yang dibayar ke atats pinjaman/overdraf untuk tujuan perniagaan
  3. sewa yang dibayar ke atas bangunan ataupun tanah di mana perniagaan tersebut dijalankan.  Jika ruang bangunan tersebut terlalu besar, hanya bahagian yang digunakan sebagai tempat perniagaan sahaja yang dibenarkan sebagai tolakan sewa.
  4. belanja pembaikan ke atas premis perniagaan jentera atau perabot yang digunakan di dalam perniagaan
  5. premium insurans yang dibayar ke atas polisi yang diambil untuk melindungi tanggungan kerugian ataupun kehilangan aset perniagaan
  6. hutang lapuk yang dihapuskan dalam sesuatu tahun berkaitan dengan hutang perniagaan sahaja (hutang lapuk khusus sahaja) tetapi peruntukan hutang lapuk adalah dianggap sebagai belanja yang tidak dibenarkan
  7. belanja guaman dan bayaran-bayaran profesional lain yang dibelanjakan di dalam perniagaan, misalnya belanja guaman dalam menandatangani sesuatu kontrak perniagaan
  8. caruman peniaga kepada Kumpulan wang Simpanan Pekerja atau tabung-tabung lain yang diluluskan untuk pekerja-pekerja.  Walau bagaimanapun, menurut seksyen 34(4)(a), amaun maksimum yang dibenarkan sebagai tolakan adalah 19% daripada saraan kasar pekerja-pekerja dalam perniagaan berkenaan (jika lebih, lebihan tersebut tidak akan dibenarkan sebagai potongan dan perlu ditambah balik)
  9. bonus pekerja tetapi dihadkan setakat dua bulan gaji sahaja (jika lebih, lebihan tersebut tidak akan dibenarkan sebagai potongan dan perlu ditambah balik)

Selain daripada 34 (6), perbelanjaan di bawah juga adalah dibenarkan tolakan:

  1. bayaran cukai-cukai tertentu seperti cukai pendapatan penggajian pekerja, cukai jualan dan cukai perkhidmatan
  2. belanja modal bagi memperolehi pendapatan daripada kerja perlombongan dan  perladangan seperti Jadual 2 dan 3
  3. belanja membeli peralatan khas untuk kegunaan pekerja-pekerja cacat di dalam perniagaan
  4. belanja ke atas terjemahan atau terbitan dalam bahasa kebangsaan bagi buku-buku budata, sastera, profesional, saintifik dan teknikal yang diluluskan oleh Dewan Bahsa dan Pustaka
  5. belanja berbentuk sumbangan kepada perpustakaan awam, sekolah dan institusi pengajian tinggi
 (jumlah perbelanjaan dari (a) hingga (e) adalah tidak melebihi RM    100,000)

  1. belanja yang terlibat kerana membeli mengubahsuai, menambah ataupun membesarkan sesuatu loji, mesin, lengkapan, tanah, bangunan atau premis bagi tujuan penyelidikan saintifik yang ada kaitan dengan perniagaan dan diusahakan secara langsung oleh peniaga atau bagi pihaknya
  2. belanja keraian juga dibenarkan tolakan tetapi tertakluk hanya kepada belanja berikut:-
    • keraian untuk pekerja seperti jamuan tahunan
    • keraian khusus untuk perniagaan
    • hadiah promosi bagi pameran perdagangan atau industri yang diadakan di luar Malaysia bagi tujuan mempromosikan eksport Malaysia
    • sampel barangan perniagaan yang digunakan di dalam promosi
    • lain-lain barangan dalam sesuatu promosi yang mempunyai tanda logo korporat, jenama atau tanda perniagaan
  3. lain-lain perbelanjaan operasi perniagaan yang mungkin dibenarkan jika perbelanjaan berkenaan berlaku semata-mata bagi memperolehi pendapatan dalam tempoh asas berkenaan.

  1. Belanja yang layak untuk potongan dua kali

Di antara belanja-belanja yang layak untuk potongan dua kali adalah seperti berikut:-

  1. belanja yang terlibat kerana membeli, mengubahsuai, menambah ataupun membesarkan sesuatu loji, mesin, lengkapan, tanah, bangunan atau premis bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang diluluskan oleh Menteri atau yang tertakluk di bawah seksyen 31A, Akta Galakan Pelaburan 1986
  2. belanja berbentuk sumbangan tunai atau pembiayaan penggunaan perkhidmatan kepada insititusi penyelidikan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 24, Akta Syarikat 1965
  3. belanja promosi barang pembuatan untuk dieksport
  4. premium insurans bagi risiko pengimport yang dilidungi oleh syarikat insurans yang ditubuhkan di Malaysia
  5. premium insurans untuk eksport dengan syarat risiko dilindingi oleh syarikat insurans yang ditubuhkan di Malaysia
  6. gaji atau upah pekerja cacat
  7. belanja faedah terhadap pinjaman kepada perniagaan kecil di bawah skim SLS
  8. belanja upah pekerja binaan
  9. belanja gaji tiga (3) bulan pertama setiap pekerja yang dilatih di bawah Skim Latihan Perkilangan yang diluluskan.  Latihan berkenaan boleh dijalankan oleh kilang berkenaan atau institusi latihan yang dilulukan seperti NPC, IKM, ITM, FRIM, SIRIM, PSDC dan CIAST.









  1. Belanja yang tidak dibenarkan

Di antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai tolakan adalah seperti berikut (seksyen 39(1) ACP 1967):-

  1. belanja yang bertujuan persendirian dan domestik.  Contohnya, ambilan bagi tujuan peribadi, bayar cukai perniagaan, bil telefon persendirian.
  2. pembayaran atau penyelesaian perbelanjaan perniagaan yang tidak berbentuk wang.  Cth: peruntukan susutnilai, peruntukan hutang lapuk
  3. sebarang ambilan modal atau sebarang jumlah yang akan digunakan sebagai modal.
  4. sebarang amaun mengenai bayaran terhadap pencen, kumpulan wang simpanan, dana untuk balu dan anak yatim atau lain-lain dana yang serupa tetapi bukan merupakan suatu skim yang diluluskan.
  5. faedah atau royalti yang berpunca dari Malaysia dan merupakan potongan cukai di bawah Seksyen 109 ACP 1967 tetapi tidak dibayar atau dihantar kepada LHDN.
  6. sebarang imbuhan atau bayaran, selain daripada kerajaan atau mana-mana penguasa kerajaan untuk mendapatkan lesen atau permit membalak.
  7. sebarang bayaran kontrak iaitu potongan cukainya di bawah seksyen 170 (a) dan 109(b) ACP 1967 dan bayarannya kepada LHDN masih belum dibuat.
  8. sebarang bayaran sewa kereta melebihi jumlah sewa terkumpul sebanyak RM50,000. Sewa kereta tidak termasuk teksi dan kenderaan pengangkutan barangan dan penumpang yang biasa dalam perniagaan.
  9. belanja perjalananan percutian yang diberi kepada pekerja.
  10. belanja keraian yang diberikan kepada pekerja dalam bentuk tunai.




















Aktiviti




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…
Silakan semak jawapan anda pada maklumbalas di bawah.





Aktiviti 9.1

Nyatakan samada belanja-belanja di bawah merupakan belanja-belanja yang dibenarkan sebagai potongan bagi tujuan pencukaian

  1. peruntukan bagi tuntutan jaminan (warranty claims) bagi syarikat pembuatan eletrik
  2. kos yang dilibatkan oleh syarikat dagangan bagi mebina atap yang lebih baik bagi pejabat lama bangunan. Sekiranya dibaiki, kos dijangkakan lebih tinggi
  3. premium insurans bagi polisi insuarns kebakaran dan kerugian oleh perniagaan perkilangan
  4. denda yang dikenakan ke atas kenderaan syarikat yang terlebih muatan.  Lebihan muatan itu adalah bagi membolehkan syarikat mendapat keuntungan


Aktiviti 9.2

En. Faizal telah menghantar borang retannya bagi tahun asas 2001 yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:-

  1. Pendapatan tunggal RM
Pendapatan larasan 16,000
Caj imbangan 4,200
Elaun modal 5,000

  1. Perniagaan perkongsian
Kerugian larasan (6,000)
Caj imbangan 4,500
Elaun modal 2,500


  1. Penggajian 22,000
  2. Sewa
Rumah di Kuala Lumpur 15,000
Rumah di Singapura (tidak dikirim) 20,000

  1. Dividen (bersih) 4,300
  2. Faedah dari Indonesia (diremit) 2,800



Maklumat tambahan:

  1. kerugian dibawa ke hadapan dari tahun taksiran 2000 adalah seperti berikut:
Perniagaan tunggal RM 6,000
Sewa 4,500

  1. Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa tetapi baru sahaja meninggal dunia iaitu pada 30 November 2001
  2. Anak-anak:
Fira – berumur 24 dan masih menuntut di UKM dan telah berkahwin
Fahmi – berumur 21 tahun dan menuntut di Universiti Memphis USA mulai 2001
Fiza – berumur 19 tahun dan sedang menunggu tawaram kerja dan tinggal di rumah
Farid – berumur 14 tahun dan sedang menuntut di sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur

  1. insurans:
Premium insurans nyawa setahun atas diri En. Faizal sendiri berjumlah RM2,500
Premium insurans ke atas pendidikan anaknya, Fahmi berjumlah RM2,300 setahun

  1. derma ke badan yang diluluskan ialah RM 1,500


Anda dikehendaki:

Kirakan cukai yang kena dibayar oleh En. Faizal bagi tahun taksiran 2001













     Maklumbalas

   kepada aktiviti




Maklumbalas 9.1

  1. tidak dibenarkan – sebarang peruntukan tidak dibenarkan
  2. dibenarkan – perbelanjaan hasil dan bukannya perbelanjaan modal
  3. dibenarkan – premium insurans yang berkaitan dengan perniagaan dan tidak bersifat peribadi
  4. tidak dibenarkan – sebarang denda atau saman yang bersabit dengan kesalahan melanggar undang-undang adalah tidak dibenarkan.


Maklumbalas 9.2

En Faizal: Tahun Taksiran 2001
Seksyen 4(a)
RM
RM
RM
Pendapatan tunggal
Pendapatan larasan
+ caj imbangan

(-) elaun modal
pendapatan berkanun tunggal

16,000
4,200
20,200
(5,000)





15,200
Perniagaan perkongsian:
Kerugian larasan
Caj imbangan
(-) elaun modal
Pendapatan berkanun perkongsian
Pendapatan berkanun perniagaan
(-) kerugian tahun lepas
pendapatan berkanun bersih perniagaan


4,500
(2,500)




2,000
17,200
(6,000)
11,200
Seksyen 4(b)
Penggajian

22,000
Seksyen 4 (c)
Dividen (4,300/0.72)

5,972
Faedah diremit
2,800




Seksyen 4(d)
Pendapatan sewa di Kuala Lumpur
(-) kerugian tahun lepas
15,000
(4,500)

10,500
Pendapatan agregat
52,472
(-) kerugian tahun semasa
(-) derma
6,000
1,500

(7,500)
Jumlah pendapatan
44,972
(-) pelepasan-pelepasan:
Diri
8,000
Isteri
3,000
Anak – Fira
-
Anak – Fahmi
800
Anak – Fiza
-
Anak – Farid
800
Premium insurans nyawa dan KWSP
2,500
Premium insurans pendidikan anak
2,000
Jumlah pelepasan
(17,600)
Pendapatan boleh cukai
27,372



Cukai kena bayar:

20,000 pertama          RM     8275.00
7372  x 25%                      1843.00   
             RM10,118.00
Tolak rebat diri                                   350.00
                  Isteri                                350.00
Tolak seksyen 110
(28% x 5972)                   (1,672.00)
Cukai kena bayar                          7,696.00       






        Penilaian kendiri


Tahniah! Anda telahpun menjawab aktiviti dengan jayanya. Sebelum meneruskannya ke unit selanjutnya… ujikan kefahaman anda semula dan semak jawapan anda untuk kepastian



Soalan 9.1

En. Arif seorang pemastautin telah mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut bagi tahun taksiran 2001:
Diri Isteri
RM RM
Perniagaan tunggal:
Pendapatan larasan 41,000 39,500
Elaun imbangan 2,500 2,300
Caj imbangan 1,000 500

Perniagaan perkongsian
Kerugian larasan (4,500) (4,000)
Caj imbangan 900 1,150
Elaun imbangan 350 750
Elaun modal 1,500 900

Sewa:
- kondominium (Malaysia – kasar) 14,500 -
- Rumah (Singapura – diremit) 16,500 10,200

Dividen
- Syarikat Teleton (bersih) 4,500 3,500
- Syarikat bertaraf perintis (bersih) 3,300 -
Faedah
- Singapura (diremit) - 3,500

Maklumat tambahan:

  1. elaun modal yang dibawa ke hadapan dari tahun taksiran 2000 bagi perniagaan perkongsian En. Arif adalah berjumlah RM 1,100
  2. kerugian perniagaan yang dibawa dari tahun lepas adalah berjumlah RM1,500 bagi perniagaan tunggal isterinya
  3. perbelanjaan yang dibenarkan bagi pendapatan sewa dari Malaysia adalah RM2,200
  4. derma En. Arif dalam tahun asas 2000 terdiri daripada RM1,200 kepada rumah anak-anak yatim di Selangor dan RM1,200 kepada institusi yang diluluskan di Singapura
  5. anak-anak:
    1. Amalina –  berumur 22 tahun dan sedang menuntut di UNITEL, Melaka
    2. Amin – Berumur 20 tahun dan sedang menuntut di UPM dan telah berkahwin
    3. Amir – berumur 19 tahun dan telah tamat belajar dan tinggal di rumah sahaja
    4. Amar – berumur 11 tahun dan sedang menuntut di sebuah sekolah menengah
  6. En. Arif membayar premium insurans nyawa bernilai RM 180 sebulan bagi anaknya, Amar
  7. En. Arif mengambil insurans pendidikan bagi anaknya Amalina, berjumlah RM200 sebulan
  8. Dalam tahun asas 2001, isterinya membelanjakan RM5,120 bagi membiayai kos perubatan ibunya yang menjalani pembedahan
  9. Aset-aset bagi perniagaan tunggal En. Arif dan isterinya pada tahun asas 2001 adalah seperti berikut:
Tahun belian Arif Isteri ET (%)
Kereta 2000 65,000 46,500 16
Perabot 2000 7,500 8,500 20
Komputer 2000 4,500 5,200 40
Tempoh perakaunan perniagaan tunggal En. Arif dan isterinya berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

  1. Bayaran zakat En. Arif bagi tahun asas 2001 adalah berjumlah RM1,050 manakala zakat yang dibayar oleh isterinya adalah berjumlah RM800.


Anda dikehendaki:

Kirakan cukai yang perlu dibayar oleh En. Arif dan isterinya bagi tahun taksiran 2001.








Soalan 9.2

En. Azman mempunyai dua buah perniagaan iaitu perniagaan perabot dan pakaian di samping menjadi pengarah kepada Syarikat Izzy Sdn. Bhd.  Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan dengan pendapatan beliau bagi tahun berakhir 31 Disember 2001.

Ganjaran pengarah Syarikat Izzy Sdn. Bhd berjumlah RM 12,000 dan caruman KWSP adalah 10% daripada pendapatan kasarnya

Perniagaan Pakaian (Ador Collections)

Perniagaan ini mengalami kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam tahun 2001, En Azman melapurkan perkara-perkara berikut:
Kerugian tahun-tahun sebelumnya yang tidak dapat diserapkan RM 5,000
Kerugian tahun 2001       6,900
Elaun modal tahun-tahun sebelumnya       3,200
Elaun modal tahun 2001       4,200

Perniagaan Perabot (Boston Enterprise)
En. Azman menyerahkan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2001 adalah seperti berikut

Boston Enterprise
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31.12. 01
RM RM
Jualan 580,000

Stok awal 135,000
Belian 250,000
Stok akhir (128,000) 257,000
Untung kasar 323,000

Gaji dan KWSP 1 25,800
Sewa 2 18,000
Ubahsuaian kedai 3 4,250
Rugi jualan lori 4 1,300
Bayaran guaman 5 2,500
Faedah atas pinjaman 6 1,440
Belanja utiliti 7 1,600
Pemasangan pendingin hawa 8 3,250
Iklan 9 1,350
Belanja pelbagai 10 2,062
Insurans 11 1,580
Bayaran perunding cukai 12   500
Susutnilai 13 2,575 (66,207)
256,793
Lain-lain pendapatan
Hutang lapuk pulih 14   5,800
Keuntungan jualan tanah 15 15,000
Dividen 16   2,856
Untung bersih 280,449


Nota kepada akaun

1.  Gaji dan KWSP
Gaji KWSP
Diri 9,600 0
Isteri 8,400 1,428
Pekerja 5,400 972
23,400 2,400

2.  Sewa- bangunan rumah kedai 2 tingkat dimiliki oleh En. Azman. Tingkat atas digunakan sebagai kediaman
3.  Ubahsuai kedai: En. Azman telah membina sebuah bilik untuk digunakan sebagai pejabat
4.  Lori BAT 4451 dibeli dalam tahun 1998 dan dijual pada tahun 2001 dengan harga RM24,000.  Nilai baki(residu) yang dikira selepas tahun taksiran 2000 ialah RM 27,200.
5.  Bayaran guaman
Bayaran guaman untuk perjanjian jual beli tanah RM 1800
Bayaran guaman bagi tuntutan hutang lapuk         700
6.  Faedah atas pinjaman-pinjaman perniagaan sebanyak RM50,000 dipinjam daripada sebuah bank perdagangan. Walau bagaimanapun, selepas pinjaman tersebut diperolehi En. Azman menggunakan 20% daripadanya untuk menyelesaikan hutang peribadi beliau.
7.   Belanja utiliti – merujuk kepada belanja elektrik dan air premis
8.  Pemasangan pendingin hawa – satu unit pendingin hawa dibeli pada 1.5.01 dan dipasang dalam bilik pejabat yang baru dibina.  Harga belian ialah RM 3,250
9.   Iklan
Kos mengecat papan iklan lama RM 150
Bayaran kepada papan tanda iklan yang baru 1200
1350
10.  Belanja pelbagai
Zakat dan fitrah (resit disertakan) RM 562
Derma kepada Hospital Universiti
(badan diluluskan dan resit derma disertakan)       500
Denda yang dikenakan ke atas En. Azman
kerana membawa kereta terlalu laju      200
Sumbangan kepada Tabung Perumahan Kos
Rendah Kerajaan yang didermakan pada 2001     800
2,062
11.  Premium imsurans
Insurans kebakaran stok perniagaan 230
Insurans nyawa (atas nama En. Azman) 750
Insurans nyawa (atas nama isterinya) 600
1,580
12. Bayaran perunding cukai: bayaran ini adalah untuk penyediaan akaun dan borang retan cukai pendapatan
13.  Susutnilai adalah merupakan susutnilai ke atas aset-aset tetap perniagaan
14.  Hutang lapuk yang dapat dipungut semula – hutang lapuk ini telah dihapuskira dalam tahun 1998 tetapi telah dipungut semula dalam tahun 2001 selepas diambil tindakan mahkamah
15. Keuntungan daripada jualan tanah – tanah ini adalah kepunyaan En. Azman dan kesemua keuntungan yang diperolehi digunakan dalam perniagaan
16.Dividen merupakan dividen bersih setelah ditolak cukai pada kadar 28% yang diperolehi daripada syarikat yang disenaraikan di BSKL.  Wang pelaburan diambil daripada keuntungan syarikat

Maklumat tambahan:

  1. Elaun modal yang dikira ke atas aset-aset perniagaan yang layak ialah RM 2,410
  2. Beliau mempunyai 3 orang anak di mana anak pertama berumur 22 tahun dan sedang menuntut di UM.  Anak kedua berumur 20 tahun dan sedang menuntut di United Kingdom dan anak ketiga berumur 16 tahun dan sedang menuntut di sekolah menengah
  3. Isterinya tidak mempunyai pendapatan lain selain daripada pendapatan daripada bekerja dengan perniagaan suaminya

Anda dikehendaki:-

  1. kirakan jumlah pendapatan En. Azman bagi tahun taksiran 2001
  2. tentukan tanggungan cukai En. Azman bagi tahun taksiran 2001














     Maklumbalas kepada

      penilaian kendiri




Jawapan 9.1

Encik Ariff dan isteri - Tahun Taksiran 2001:

Diri Isteri
Perniagaan tunggal41,00039,500
Campur caj imbangan  1,000     500
42,00040,000
Tolak Elaun Imbangan(2,500)(2,300)
Tolak Elaun Modal(11,900)     -
27,60037,700
Tolak kerugian b/h(1,500)
Perniagaan Perkongsian
Campur caj imbangan    900   1,150
Tolak Elaun Imbangan   (350)    (750)
Tolak Elaun Modal
(2,050 dibawa kehadapan 400 dibawa kehadapan)
(1,550)had  (400)had
Pendapatan Berkanun Perniagaan27,60036,200
Dividen- Teleton(4,500 x 100/72)
(3,500 x 100/72)
6,2504,861
Taraf perintis Dikecualikan
Faedah - Singapura    -3,500
Sewa : kondominium (14,500 –2,200)12,300
Sewa : Rumah16,50010,200
Pendapatan agregat62,65054,761
Tolak : derma1,200
Jumlah pendapatan61,45054,761
Tolak pelepasan-pelepasan:

  • Diri
8,0008,000

  • Anak pertama
3,200

  • Anak ke dua
-

  • Anak ke tiga
-

  • Anak ke empat
  800
Insurans pendidikan (200 x 12)2,000(had)
Perubatan ibubapa-5,000(had)
Jumlah pelepasan(11,000)(10,000)
Pendapatan Bercukai47,45041,761


Pengiraan Cukai Diri:
30,000 pertama 15,775
17,450 @ 28% 4,886
20,661
Tolak zakat  1,050
Seksyen 110(6,250x28%)  1,750
Cukai kena bayar 17,861

Pengiraan Cukai Isteri:
30,000 pertama 15,775.00
11,761 @ 28%  3,293.00
19,068.00
Tolak zakat     800.00
Seksyen 110(28% x 4,861)  1,361.00      
Cukai kena bayar 16907.00

Pengiraan Elaun Modal Encik Ariff:
Kereta 16% x 65,000 =  10,400
Perabot 20% x 7,500 =     1,500
Komputer          =  Tiada        
11,900














Jawapan 9.2

Encik Azman  - Tahun taksiran 2001
Untung bersih daripada penyata 280,449
Tolak untung bukan perniagaan:
Keuntungan jualan tanah 15,000
Dividen  2,856               (17,856)
262,593
+ Perbelanjaan yang tidak dibenarkan:
Gaji (9,600 + 8,400 + 1,428) = 15,228
Sewa (18,000 / 2)  9,000
Ubah suaian  kedai  4,250
Rugi atas jualan lori  1,300
Guaman  1,800
Faedah atas pinjaman (20% x 1,440)     288
Belanja utiliti (½ x 1,600)     800
Pendingin hawa  3,250
Iklan  1,200
Belanja pelbagai   2,062
Insuran (750 + 600)   1,350
Perunding cukai      -
Susutnilai   2,575 43,103
Pendapatan larasan 305,696

Tolak     : Elaun modal (2,410)
    Elaun imbangan (lori) (3,200)
Pendapatan berkanun perniagaan 300,086
Campur  : lain-lain pendapatan:
   Keuntungan jualan tanah 15,000
   Dividen (2,856/.72)  3,967 18,967
Pendapatan terkumpul 319,053

Tolak : Derma:
Hospital 500
Tabung perumahan 800                               (1,300)
Jumlah pendapatan 317,753


b)
Jumlah pendapatan 317,753
Campur isteri    8,400

Tolak pelepasan-pelepasan:
Diri sendiri 8,000
Isteri 3,000
Anak pertama 3,200
Anak ke dua   800
Anak ke tiga   800
KWSP 1,428
Insuran (750 + 600) 1,350 (18,578) Pendapatan bercukai 307,575


Pengiraan cukai:

150,000 pertama 29,775.00
157,575 x 29% 45,696.75
75,471.75
Tolak zakat   (562).00
Seksyen 110(3,967 x  28%) (1,111).00
Cukai kena bayar 73,798.75

Tanggungan cukai Encik Azman ialah RM73,798.75