Pages

September 13, 2012

Elaun modal loji dan mesin


 

Elaun modal loji

   dan mesin



OBJEKTIF

Objektif am:


Mengetahui elaun modal loji dan  mesin, perbelanjaan layak, bentuk elaun modal dan pengiraan elaun modal loji dan mesin

       Objektif

Objektif khusus:
Di akhir unit ini, pelajar dapat:

  • Memberikan contoh-contoh elaun modal loji dan mesin.
  • Menerangkan perbelanjaan yang layak terhadap loji dan mesin yang diiktiraf oleh LHDN

  • Menyenaraikan bentuk-bentuk elaun modal yang akan diberikan jika digunakan dalam perniagaan
  • Mengira elaun modal yang layak dituntut bagi setiap tahun taksiran
  • Mengira caj atau elaun imbangan apabila aset tersebut dijual


                 input

8.0 Pengenalan

Dalam pencukaian, elaun modal sebenarnya mengambilalih perkataan susutnilai yang dianggap sebagai perbelanjaan dalam bidang perakaunan.  Menghapuskira sebahagian daripada kos modal bagi aset tetap berdasarkan kepada jangka hayatnya tidak diiktiraf sebagai belanja yang layak dalam pencukaian.  Oleh itu, ACP 1967 telah memperuntukkan garis panduan untuk pengiraan susutnilai bagi aset tetap yang dimiliki.

Dengan erti kata lain, elaun modal merupakan suatu potongan daripada pendapatan larasan dan harus dituntut oleh seseorang yang memilik sesuatu aset tetap.  Potongan tidak akan diberi jika ianya tidak dituntut pada tahun taksiran berkenaan.



8.1 Takrif Loji Dan Mesin

Jika seorang peniaga telah membelanjakan kos modal untuk membeli loji dan mesin bagi tujuan perniagaan beliau layak untuk mendapat potongan elaun modal di bawah Jadual 3, ACP 1967.  
Dalam konteks pencukaian, loji dan mesin tidak ditakrifkan di dalam  ACP, walau bagaimanapun kes-kes perundangan telah digunakan untuk menerangkan takrifannya.  







Antara perkara yang memenuhi takrif loji dan mesin mengikut peruntukan dalam ACP 1967 ialah:

  1. Kuda
  2. Pisau dan contoh berbentuk kaki yang digunakan sebagai panduan membuat kasut dalam pengeluaran kasut.
  3. Penghadang (partitions) boleh alih
  4. Kolam renang
  5. Limbungan kering
  6. Buku undang-undang.



8.2 Perbelanjaan yang layak dalam elaun modal loji dan mesin

Terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang sebelum menuntut elaun modal iaitu:

  1. ‘orang’ yang menuntut elaun modal mestilah menjalankan sesuatu perniagaan .
  2. loji dan mesin yang dibeli mestilah digunakan semata-mata untuk perniagaan dan
  3. ‘orang’ itu mestilah pemilik aset tersebut pada tarikh akhir tempoh asas berkenaan.

‘Orang’ yang layak menuntut elaun modal ialah:

  1. pemilik perniagaan tunggal
  2. pekongsi dalam perniagaan perkongsian
  3. syarikat
  4. penyewa yang berurusniaga dalam sewabeli
  5. pemberi pajak dalam perniagaan pajakan

Mereka yang menerima gaji daripada sesuatu perkerjaan tidak layak untuk menuntut elaun modal ke atas pendapatannya.

Para 2(1) Jadual 3 telah menggariskan tiga kategori belanja yang layak menuntut elaun modal iaitu:

  1. Perbelanjaan bagi mengubahsuai bangunan sedia ada untuk memasang mesin dan loji serta perbelanjaan lain yang ada kaitan dengan  pemasangan itu.
  2. Perbelanjaan bagi menyediakan, memotong, menembusi atau meratakan tanah untuk dijadikan tapak bagi memasang loji atau mesin. Bagaimanapun, jika perbelanjaan melebihi 10 % daripada aggregat itu sendiri, maka ianya tidak layak untuk menuntut elaun modal.
  3. Perbelanjaan bagi kolam ikan, kandang binatang, reban ayam, sangkar, bangunan dan pembaikan bangunan lain di atas tanah yang digunakan sebagai ladang ternakan, industri perikanan di kawasan pendalaman atau pertanian atau perusahaan industri desa.



Contoh 8.1: sebuah generator telah dibeli dengan harga RM140,000.  kos penyediaan tapak untuk tujuan pemasangan generator ialah RM30,000.   Berapakah perbelanjaan yang layak?

Penyelesaian:
Jumlah agregat = RM140,000 + RM30,000
=  RM170,000
10% daripada jumlah agregat = RM170,000 x 10%
= RM17,000
Jumlah ini melebihi kos penyediaan tapak, oleh itu, RM30,000 bukan belanja layak.  Oleh itu, jumlah belanja layak adalah tertakluk kepada kos asal generator iaitu RM140,000.




Contoh 8.2: Sebuah loji berharga RM80,000 dipasang di Syarikat Pelangi bagi tahun asas 1999.  Perbelanjaan yang dikenakan untuk penyediaan tanah sebelum loji berkenaan dapat dipasang berjumlah RM8,000.  Tentukan perbelanjaan loji yang layak untuk Syarikat Pelangi bagi tahun taksiran 2000.

Penyelesaian:
Jumlah agregat = RM80,000 + RM8,000
=  RM88,000
10% daripada jumlah agregat = RM88,000 x 10%
= RM8,800
Jumlah ini kurang dari kos penyediaan tapak, oleh itu, RM8,000 adalah belanja layak.  Oleh itu, jumlah belanja layak adalah tertakluk kepada kos asal generator iaitu RM88,000.







  1. Jenis-jenis elaun modal


Terdapat dua jenis elaun modal yang boleh dituntut oleh seseorang iaitu:-

  1. elaun permulaan sebanyak 20% atau 1/5 ke atas belanja layak dan telah dijelaskan bayarannya, dan hanya diberi sekali sahaja
  2. elaun tahunan kadarnya ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan terdapat arahan berkanun.  Kadar elaun tahunan adalah berbeza mengikut jenis aset

Elaun modal bagi suatu aset perniagaan yang tidak digunakan akan tetap dikira setiap tahun tetapi tidak boleh dijadikan sebagai potongan.  Elaun ini dikenali sebagai elaun nosional.  Kadar elaun nosional sama dengan kadar elaun tahunan.

Baki perbelanjaan atau (baki  residu) ialah belanja layak yang tinggal pada suatu tahun taksiran bagi sesuatu aset (loji dan mesin) setelah ditolak dengan :

  1. Elaun permulaan
  2. Elaun tahunan
  3. Elaun nosional

Setelah elaun modal berkenaan dikira berdasarkan kaedah garislurus untuk sesuatu tahun taksiran, baki perbelanjaan akan dibawa ke hadapan untuk tahun taksiran berikutnya dan ditolak dengan jumlah elaun yang berkaitan.  

Ini akan berterusan sehingga baki perbelanjaan  menjadi sifar ataupun aset berkenaan dijual (yang mana berlaku lebih dahulu)



Contoh 8.3:  Zest Bhd membeli sebuah mesin dengan harga RM120,000 pada 1 Julai 1997. Tempoh perakaunan syarikat berakhir pada 31 Disember setap tahun. Kadar elaun tahunan bagi mesin tersebut adalah 10%.  Kirakan elaun modal yang boleh dituntut sehingga tahun taksiran 2000.











Penyelesaian:

Tahun taksiran
Belanja layak 120,000
1998 (-) Elaun permulaan (20%) 24,000
(-) Elaun tahunan (10%) 12,000 (36,000)
Baki residu 84,000
1999 (-) Elaun Tahunan (10%) (12,000)
Baki residu 72,000
2000 (-) Elaun Tahunan (10%) (12,000)
Baki residu 60,000





Contoh 8.4:  Seorang peniaga menyediakan akaun setiap tahun pada 31 Disember.  Beliau telah membeli loji berharga RM110,000 pada 1.5.96 dan digunakan di dalam perniagaan tersebut.  Pada tahun 1997 dan 1998, loji tersebut tidak digunakan di dalam perniagaan.  Ia mula digunakan semula pada 1.1.1999.  Berapakah elaun modal yang boleh dituntut oleh peniaga tersebut?
Penyelesaian:

Tahun taksiran
Belanja layak 110,000
1997 (-) Elaun permulaan (20%) 22,000
(-) Elaun tahunan (10%) 11,000 (33,000)
Baki residu 77,000
1998 (-) Elaun nosianal (10%) (11,000)
Baki residu 66,000
1999 (-) Elaun nosianal (10%) (11,000)
Baki residu 55,000
2000 (-) Elaun Tahunan (10%) (11,000)
Baki residu 44,000










  1. Pengiraan elaun modal bagi aset yang dibeli secara tunai  

Elaun permulaan 20 % diberikan kepada belanja yang layak pada tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran dan dikira sekali sahaja.


Contoh 8.5 :

Syarikat Najah Bhd. telah  membeli sebuah mesin dengan harga RM150,000 pada 1 April 1997. Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Kadar elaun tahunan  adalah 10% .

Pengiraan elaun modal bagi mesin adalah seperti berikut :
Syarikat Najah:  

Tahun Taksiran RM RM
Kos mesin 150,000
1998 Elaun permulaan  (20 %) 30,000
Elaun tahunan    (10%) 15,000 45,000
Baki perbelanjaan 105,000

1999 Elaun tahunan  (10%) 15,000

Baki perbelanjaan 90,000

2000 Elaun tahunan (10%) 15,000

Baki perbelanjaan 75,000
















Contoh 8.6:

En. Hifzan , seorang pengilang  roti menyediakan akaun tahunan berakhir 31 Disember. Beliau telah membeli mesin membuat roti berharga RM40,000 pada 1 Julai 1996 dan digunakan dalam perniagaan tersebut.  Bagi tahun 1997 dan 1998, mesin itu tidak digunakan dalam perniagaan dan digunakan semula pada 1 Januari 1999. Di andaikan elaun tahunan  adalah 10% .

Pengiraan elaun-elaun yang boleh dituntut oleh  Encik Hifzan sehingga tahun taksiran 2000 adalah seperti berikut :

Tahun Taksiran RM RM

Perbelanjaan  layak 40,000

Tolak :
1997 Elaun permulaan  (20%) 8,000
Elaun tahunan (10%) 4,000 12,000
Baki perbelanjaan 28,000

1998 Elaun nasional (10%) 4,000
Baki perbelanjaan          24,000

1999 Elaun nasional (10%) 4,000
Baki perbelanjaan 20,000
2000 Elaun tahunan (10%) 4,000
Baki perbelanjaan 16,000
















  1. Pengiraan elaun modal bagi aset yang dibeli secara sewabeli

Lazimnya, kebanyakan aset tetap perniagaan dibeli melalui perjanjian sewabeli (bayaran ansuran) dan dalam hal ini elaun modal masih boleh dituntut.  Dalam perjanjian sewabeli, terdapat dua unsur pembayaran yang berlaku iaitu bayaran pokok (harga asal aset berkenaan) dan bayaran faedah (mengikut peratus yang dikenakan).  

Dalam pengiraan elaun modal, belanja faedah haruslah diketepikan (tidak diambilkira) dan belanja layak hendaklah terdiri daripada harga asal yang telah dibayar sahaja.


Contoh 8.8:

Perai Laundry merupakan sebuah perniagaan dobi yang menyediakan akuan pada 30 Jun setiap tahun. Peniaga tunggal dobi ini membeli sebuah mesin pengering pakaian  untuk kegunaan perniagaannya. Maklumat-maklumat yang dikemukakan ialah seperti berikut:

Cara perolehan : Sewabeli
Harga tunai : RM26,000
Bayaran pendahuluan : RM8,000 (1 Jun1997)
Bayaran ansuran : RM850 ( 24 bulan )
Ansuran pertama : 1 Julai 1997
Kadar elaun tahunan : 10%


Pengiraan elaun modal ( sewabeli )

Perai Laundry :
RM RM
Harga sewabeli pengering pakaian :
Pendahuluan 8,000
Ansuran (RM850 x 24) 20,400 28,400

Tolak :
Harga tunai 26,000
Faedah  2,400

Bayaran faedah bagi setiap ansuran ialah RM2,400/24 = RM100.



Tahun
Taksiran RM RM

1998 Kos pendahuluan 8,000
Ansuran 1 (850 – 100 )   750
Perbelanjaan layak 8,750

Tolak :
Elaun permulaan (20%) 1,750
Elaun tahunan (10%)   875 2,625
Baki perbelanjaan 6,125


1999 Ansuran 12 (850 – 100)   9,000
Perbelanjaan layak 15,125

Tolak:
Elaun permulaan (20% x RM9,000) 1,800
Elaun tahunan {10 % x (8,750 + 9,000) } 1,775 3,575
Baki perbelanjaan layak 11,550






  1. Belanja Kenderaan

Menurut Para 2(2), Jadual 3, belanja loji yang layak untuk suatu kenderaan bermotor (selain kenderaan berlesen atau berpermit bagi pengangkutan barang atau penumpang secara komersial, lori, trak, bas, bas mini, van, stesen wagon, teksi atau kereta sewa) akan dihadkan kepada maksimum RM50,000.


Contoh 8.9:

Syarikat Rottan Bhd ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan perabot rotan.  Tarikh perakaunan syarikat itu berakhir pada 31 Disember.  Syarikat telah membeli kenderaan-kenderaan berikut pada 1 Februari 2000. Elaun tahunan bagi kereta ialah 10% dan van 20%.

Perdana V6 – RM85,000 (untuk kegunaan pengarah)
Van             -  RM58,000 ( untuk kegunaan mengangkut perabot)
              

Dalam keadaan ini, elaun modal dikira seperti berikut:

Tahun
Taksiran RM RM

2000 Perdana V6
Perbelanjaan layak 50,000

Tolak :
Elaun permulaan (20%) 10,000
Elaun tahunan (10%)  5,000 15,000
Baki perbelanjaan 35,000


2000 Van
Perbelanjaan layak 58,000
Tolak:
Elaun permulaan (20%) 11,600
Elaun tahunan (20%) 11,600 23,200
Baki perbelanjaan 34,800




  1. Elaun dan caj imbangan

Elaun dan caj imbangan akan wujud apabila sesebuah aset itu dilupus samada dengan cara menjual, tukarganti atau musnah.  Elaun imbangan terjadi apabila nilai perlupusan adalah lebih rendah daripada baki perbelanjaan pada sesuatu tahun taksiran.  Manakala caj imbangan pula wujud apabila nilai perlupusan melebihi baki perbelanjaan pada sesuatu tahun taksiran.

Nilai pelupusan merupakan harga jualan atau nilai tukrganti aset yang dilupus.  Jika nilai tersebut tidak dapat ditentukan maka nilai pasaran semasa bagi aset berkenaan akan menjadi nilai pelupusan.

Elaun imbangan merupakan suatu potongan daripada pendapatan larasan manakala caj imbangan merupakan suatu keuntungan dan akan dicampurkan dengan pendapatan larasan.  Caj imbangan hendaklah dihadkan kepada elaun modal sebenar yang dituntut.






Pendapatan larasan xx
Campur
Caj imbangan xx
xx
Tolak:
Elaun imbangan xx
Elaun modal xx
Elaun modal dibawa ke hadapan xx (xx)
Pendapatan berkanun xx




Contoh 8.10:

Dengan merujuk kepada contoh 8.5, Syarikat Najah Bhd. telah  menjual mesin tersebut dengan harga RM70,000 pada 1 Januari 2000.

Pengiraan elaun modal bagi mesin adalah seperti berikut :
Syarikat Najah:
Tahun
Taksiran RM RM
1998 Kos mesin 150,000
Elaun permulaan  (20 %) 30,000
Elaun tahunan    (10%) 15,000 45,000
Baki perbelanjaan 105,000

1999 Elaun tahunan  (10%) 15,000

Baki perbelanjaan 90,000

2000 Harga jualan 70,000

Elaun imbangan 25,000





Contoh 8.11:

Dengan merujuk kepada contoh 8.5, Syarikat Najah Bhd. telah  menjual mesin tersebut dengan harga RM 100,000 pada 1 Januari 2000.

Pengiraan elaun modal bagi mesin adalah seperti berikut :
Syarikat Najah
Tahun
Taksiran RM RM
1998 Kos mesin 150,000
Elaun permulaan  (20 %) 30,000
Elaun tahunan    (10%) 15,000 45,000
Baki perbelanjaan 105,000

1999 Elaun tahunan  (10%) 15,000

Baki perbelanjaan 90,000

2000 Harga jualan 100,000

Caj imbangan 10,000





















Aktiviti



Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…
Silakan semak jawapan anda pada maklumbalas di bawah.





Aktiviti 8.1

Apakah yang dimaksudkan dengan elaun modal ,  loji dan mesin?


Aktiviti 8.2

Terangkan secara ringkas perbelanjaan yang layak  untuk loji dan mesin.


Aktiviti 8.3

Nyatakan bentuk elaun modal.


Aktiviti 8.4

Siapakah yang layak menuntut elaun modal?


Aktiviti 8.5

Terangkan secara ringkas, syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam menuntut elaun modal






 Maklumbalas

kepada aktiviti






Maklumbalas 8.1

Elaun modal merupakan suatu potongan daripada pendapatan larasan dan harus dituntut oleh seseorang yang memilik sesuatu aset tetap.  ACP 1967 tidak menakrifkan loji dan mesin, tetapi  kes-kes perundangan telah digunakan untuk menerangkan takrifannya.

Antara perkara yang memenuhi takrif loji dan mesin ialah:

  1. Kuda
  2. Pisau dan contoh berbentuk kaki yang digunakan sebagai panduan membuat   
kasut dalam pengeluaran kasut.

  1. Penghadang (partitions) boleh alih
  2. Kolam renang
  3. Limbungan kering
  4. Buku undang-undang.













Maklumbalas 8.2

Para 2(1) Jadual 3 telah menggariskan tiga kategori belanja yang layak menuntut elaun modal iaitu:

  1. Perbelanjaan bagi mengubahsuai bangunan sedia ada untuk memasang mesin dan  
           loji serta perbelanjaan lain yang ada kaitan dengan  pemasangan itu.

  1. Perbelanjaan bagi menyediakan, memotong, menembusi atau meratakan tanah
untuk dijadikan tapak bagi memasang loji atau mesin. Bagaimanapun, jika
perbelanjaan melebihi 10 % daripada aggregat itu sendiri, maka ianya tidak layak   
untuk menuntut elaun modal.

  1. Perbelanjaan bagi kolam ikan, kandang binatang, reban ayam, sangkar, bangunan
dan pembaikan bangunan lain di atas tanah yang digunakan sebagai ladang ternakan, industri perikanan di kawasan pendalaman atau pertanian atau perusahaan industri desa.


Maklumbalas 8.3

  1. Elaun permulaan  
  2. Elaun tahunan
  3. Elaun nasional
  4. Caj imbangan dan
  5. Elaun imbangan


Maklumbalas 8.4

  1. pemilik perniagaan tunggal
  2. pekongsi dalam perniagaan perkongsian
  3. syarikat
  4. penyewa yang berurusniaga dalam sewabeli
  5. pemberi pajak dalam perniagaan pajakan


Maklumbalas 8.5

Terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang sebelum menuntut elaun modal iaitu:

  1. ‘orang’ yang menuntut elaun modal mestilah menjalankan sesuatu perniagaan .
  2. loji dan mesin yang dibeli mestilah digunakan semata-mata untuk perniagaan dan
  3. ‘orang’ itu mestilah pemilik aset tersebut pada tarikh akhir tempoh asas   
 berkenaan.





Penilaian kendiri



Tahniah! Anda telahpun menjawab aktiviti dengan jayanya.  Sebelum meneruskannya ke unit selanjutnya… ujikan kefahaman anda semula dan semak jawapan anda untuk kepastian



Soalan 1

Sebuah loji telah dibeli dengan harga RM230,000, manakala kos penyediaan tapak untuk memasang loji tersebut ialah RM20,000.  Kirakan jumlah perbelanjaan yang layak untuk dituntut.


Soalan 2

Perniagaan Hussaini membeli sebuah kereta bernilai RM54,000 pada 30 November 2000 untuk kegunaan perniagaannya. Kadar elaun tahunan kereta tersebut ialah 15%. Kirakan elaun modal yang boleh dituntut oleh Perniagaan Hussaini


Soalan 3

Sebuah kereta berharga RM42,000 telah dibeli untuk kegunaan perniagaan pada 1 Ogos 1997 di mana tempoh perakaunan berakhir pada 31 Disember. Elaun tahunan kereta ini ialah 10% . Pada 8 September 1999, kereta ini telah dijual  pada harga RM18,000. Kirakan elaun modal dan  elaun atau caj imbangan yang layak dituntut.










Soalan 4

Syarikat Mohan membeli kenderaan secara tunai yang bernilai RM60,000 pada Februari 1997 dan dilesenkan untuk perniagaan.  Akaun syarikat berakhir pada 31 Disember setiap tahun.  Elaun tahunan adalah 10%. Pada bulan September 2000 kenderaan  tadi telah dijual semula dengan harga RM57,000.  Kirakan  jumlah  elaun modal yang boleh dituntut  oleh Syarikat Mohan  untuk tahun-tahun taksiran yang berkenaan.


Soalan 5

Syarikat Mesra membeli kenderaan secara sewabeli pada  Februari  1997.  Bayaran pendahuluan dibayar sebanyak RM10,000 pada akhir Februari dan ansuran pertama dibayar pada 1 Mac 1997 dengan ansuran bulanan sebanyak RM900 selama 84 bulan.  Elaun tahunan adalah 10%. Kirakan elaun modal yang layak dituntut untuk tahun taksiran 1998 dan 1999.  Harga tunai kenderaan tersebut bernilai RM80,000.
































Maklumbalas kepada

penilaian kendiri





Jawapan 1

Jumlah kos = RM230,000 + 20,000
= RM250,000
10%  X RM230,000  = RM 23,000

Oleh kerana kos penyediaan tapak ialah RM20,000 iaitu kurang daripada 10% daripada jumlah kos (RM23,000), maka kesemua kos yang terlibat dibenarkan sebagai perbelanjaan layak


Jawapan 2

Pengiraan elaun modal bagi aset tersebut adalah seperti berikut:

Perniagaan Hussaini :
Tahun taksiran RM RM

2000 (sms) Kos kereta 54,000
Elaun permulaan (20%) 10,800
Elaun tahunan (15%)  8,100 18,900

Baki perbelanjaan 35,100

2001 Elaun tahunan (15 %) 8,100

Baki perbelanjaan 27,000

Jawapan 3

Tahun taksiran RM RM

1998 Perbelanjaan layak 42,000
Tolak :
Elaun permulaan (20%) 8,400
Elaun tahunan (10%) 4,200 12,600
1999 Baki perbelanjaan 29,400
Tolak :
Elaun tahunan 4,200
Baki perbelanjaan 25,200
2000 Harga jualan 18,000
Elaun imbangan  7,200


Jawapan 4

Syarikat Mohan

Tahun Taksiran RM RM
1998         Kos kenderaan    60,000
    Elaun permulaan (20%)            12,000
           Elaun tahunan   (10)                   6,000
18,000
           Baki perbelanjaan                                            42,000

1999            Elaun tahunan  6,000
         Baki perbelanjaan        36,000

2000             Elaun tahunan    6,000
Baki perbelanjaan              30,000

2000 (sms) Baki perbelanjaan                                                          30,000
Tolak:  Harga jualan                                                      57,000
Caj Imbangan   27,000

Jumlah elaun modal yang boleh dituntut ialah RM30,000.








Jawapan 5:

Syarikat Mesra Kenderaan

Tahun taksiran RM RM

1998 Harga sewabeli:
Pendahuluan 10,000
Ansuran (84 x 900) 75,600 85,600

Tolak :
Harga tunai 80,000
Faedah  5,600

Bayaran faedah bagi setiap ansuran ialah RM5,600/84 = RM67.

1998 Kos pendahuluan 10,000
Ansuran 1 (900 – 67 )    833
Perbelanjaan layak   9167

Tolak :
Elaun permulaan (20%) 1,833
Elaun tahunan (10%)   917 2,750
Baki perbelanjaan 6,417

1999 Ansuran 12 (900 – 67)   9,996
Perbelanjaan layak 16,413

Tolak :
Elaun permulaan (20% x RM9,996) 1,999
Elaun tahunan {10 % x (9,167 + 9,996) } 1,916  3,915
Baki perbelanjaan layak 12,498