September 17, 2011

Unit 3 KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL

UNIT 3

    



        OBJEKTIF

Objektif am     :   

Mempelajari dan menjelaskan maksud kontrak-kontrak terbatal dan boleh batal, faktor-faktor perlepasan kontrak dan remedi bagi pecah kontrak.


Objektif Khusus :

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :
  1. Menjelaskan elemen-elemen yang menyebabkan kontrak menjadi terbatal dan boleh batal
  1. Menjelaskan faktor-faktor perlepasan sesuatu kontrak
  1. Menerangkan remedi-remedi bagi pecah kontrak


        


    1. KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL
      1. KONTRAK TERBATAL

Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali. Pihak-pihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada tanggungjawab yang wujud di sini. Undang-undang akan menganggap seolah-olah tiada kontrak yang wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan kepada keadaan asal. Kontrak batal adalah kontrak yang dibuat tanpa mengambil kira unsur-unsur atau elemen-elemen penting di dalam pembentukan kontrak.
      1. KONTRAK BOLEH BATAL

Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak itu membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh membatalkan kontrak tersebut.
Harta atau barang yang telah dipindah milik sebelum pihak tersebut membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut biasanya tidak boleh dituntut semula kerana ianya sah.

Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah seperti di tunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah.

KONTRAK BOLEH BATAL





KHILAF

FRAUD

PAKSAAN

   


SALAH
NYATAAN
PENGARUH
TAK WAJAR



                          

                              Rajah 3.1 :  Kontrak Boleh Batal



PAKSAAN


Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya sebagai apa saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap diri seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang itu membuat kontrak.
Contoh Kes :
  1. KESARMAL A/L LETCHUMANAN DAS LWN VALIAPPA  
CHETIAR (1954) MLJ 119.
      1. Isu sah atau pun tidaknya perjanjian yang dibuat di bawah paksaan 2 orang pegawai tentera Jepun.
      2. Kontrak terbatal atau tidak sah.

2. CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM

   COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117

    • Isu sah atau  tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di mana perayu meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa kerelaan responden.
    • Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur paksaan perayu di mana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.


PENGARUH TAK WAJAR

Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,
  • Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang lain dan
  • Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil.
Contoh Kes:
  1. SALWATH HANEEM LWN HADJEE ABDULLAH (1894)
  • Isu sah ataupun tidaknya suatu perjanjian penyerahan harta kepunyaan plaintif kepada defendan atas pengaruh tidak wajar oleh defendan.
  • Keputusan : Kontrak menjadi boleh batal dan plaintif memilih untuk membatalkan kontrak dan mendapatkan kembali haknya.
  1. CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348
-Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh  
plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu
pengaruh tak wajar.
-Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada pengaruh tak
wajar dikenakan terhadap defendan.
        FRAUD  (TIPUAN)

        Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang
membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat
kontrak dengannya.

Perbuatan-perbuatan itu ialah :
  1. menyarankan sesuatu fakta,
  2. menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
  3. membuat janji tanpa niat menepati janji,
  4. melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
  5. mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai penipuan.

 Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)
      • Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan         terhadap kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan
plaintif mengalami kerugian setelah melabur di dalam firma defendan.
      • Mahkamah memutuskan defendan berniat menipu plaintif dan kontrak terbatal.

        SALAHNYATAAN

Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar. Salahnyataan boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.

Kita perlu tengok pengetahuan orang yang membuat salahnyataan itu jika nak tentukan sesuatu  salahnyataan itu fraud ataupun ikhlas.

Boleh jelaskan lagi  antara salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas ?


Jika seseorang itu telah mengetahui bahawa kenyataan yang dibuatnya adalah salah atau tidak benar, maka itu adalah salahnyataan fraud.Manakala jika seseorang itu benar-benar mempercayai sesuatu kenyataan itu betul semasa kontrak dibuat walhal ianya salah, maka itu adalah salahnyataan ikhlas.
                                               
                               
                 
Contoh Kes:  R LWN KYLSANT (1932)
Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.
Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan kewangan syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.


KHILAF  (KESILAPAN)

Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap fakta-fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, perjanjian adalah batal.


Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)
Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa muatan kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai kesilapan mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan kontrak terbatal. Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal. Ini diperuntukan oleh seksyen 23 AK 1950.
 

                                                       
AKTIVITI 3a






  1. Jelaskan apakah yang ditakrifkan oleh kontrak batal dan kontrak boleh batal?

  1. Apakah yang dimaksudkan oleh pengaruh tidak wajar?

  1. Huraikan fakta kes Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valiappa Chetiar (1954) MLJ 119?


                                                          

MAKLUM BALAS 3a







  1. Kontrak Batal
Kontrak yang tidak terdapat kesemua elemen-elemen kontrak yang lengkap iaitu perjanjian, balasan, niat, keupayaan dan ketentuan.

Kontrak Boleh Batal
Kontrak yang mana pada asalnya merupakan satu kontrak yang sah tetapi menjadi kontrak boleh batal atas pilihan pihak yang tidak berpuashati disebabkan oleh paksaan, pengaruh tak wajar, tipuan, salahnyataan dan khilaf.

  1. Merujuk Seksyen 16 AK 1950 dan boleh disimpulkan sebagai satu pihak yang berkeupayaan untuk menguasai pihak yang lain dan menggunakan keupayaannya itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak yang lain. Contoh kes yang boleh dirujuk ialah Salwath Haneem lwn Hadjee Abdullah dan Chait Singh lwn Budin B. Abdullah.

  1. Isu pindahmilik tanah telah dilaksanakan atas paksaan pegawai tentera Jepun.
Mahkamah memutuskan transaksi yang dibuat atas paksaan 2 orang pegawai tentera Jepun adalah tidak sah kerana tidak dibuat secara sukarela.

    1. PELEPASAN KONTRAK

Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3.2 berikut :
PELAKSANAAN


PERJANJIAN

PELEPASAN
KONTRAK

KEKECEWAAN


KEMUNGKIRAN


                           Rajah 3.2 :  Faktor Pelepasan Kontrak

PERLAKSANAAN

Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Contoh kes :
BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat tersebut tidak berfungsi.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .
PERJANJIAN

Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masing-masing melalui perjanjian baru.
Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :
  1. novasi
  2. pembatalan
  3. penggubahan
  4. remitan

    Novasi
    Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.

    Pembatalan
    Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak-
pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu kontrak
disempurnakan.

Penggubahan
Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.

Remitan
Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan samada
keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.







KEKECEWAAN


Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam
pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk
dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.
Contoh kes :
SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14 SSLR
181
Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal berkenaan
diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.

KEMUNGKIRAN


Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi
kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk
mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.

Contoh 3.1 :
A telah bersetuju untuk berkongsi membuka perniagaan alatan sukan bersama B dan keuntungan akan dibahagi samarata. Didapaati  A telah tidak jujur dalam mengagihkan keuntungan perniagaan. Di sini B boleh mengambil tindakan dan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak tersebut.    









              
                                                        

AKTIVITI 3b




  1. Senaraikan bagaimana cara-cara kontrak boleh dilepaskan?
  1. Ali memberi pinjam kepada Baba wang berjumlah RM 7,000. Baba membayar RM2,000 dan jumlah tersebut nyata tidak mencukupi untuk melepaskan Baba daripada tanggungan hutang, tetapi jika Ali menerimanya sebagai penyelesaian keseluruhan hutang Baba kepadanya, Ali adalah terikat dengan penerimaan itu dan adalah merupakan satu pelepasan kontrak.

Pelepasan kontrak dalam keadaan di atas adalah melalui ____________ ?


                                                        
MAKLUM BALAS 3b






  1. a. Pelaksanaan
b. Perjanjian
c.Kekecewaan
d.Kemungkiran


2. Pelepasan melalui perjanjian - remitan







      

    1. REMEDI BAGI PECAH KONTRAK

Remedi ialah satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan sesuatu hak atau bagi mendapatkan pampasan berbentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan. Tuntutan boleh dibuat dalam bentuk gantirugi atau pampasan, bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik, injunksi dan sebagainya.


GANTIRUGI (PAMPASAN)

Tujuan utama memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukanlah untuk menghukum pihak yang mungkir. Prinsip pembayaran gantirugi boleh dirujuk di dalam seksyen 74 hingga seksyen 76 AK 1950. Gantirugi yang diberikan biasanya dalam dua bentuk iaitu bagi jumlah yang telah ditentukan di dalam kontrak dan juga gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu.

Gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu terbahagi kepada tiga iaitu gantirugi khas, gantirugi nominal dan gantirugi teladan. Gantirugi ini diterangkan dengan lebih lanjut pada Rajah 3.3 di muka surat sebelah.


GANTIRUGI




GANTIRUGI KHAS
GANTIRUGI TELADAN
GANTIRUGI NOMINAL




Pampasan wang untuk tujuan meletakkan plaintif dalam kedudukan yang sepatutnya dinikmatinya seandainya kontrak itu dapat dilaksanakan.


Ialah gantirugi yang kecil akibat perlanggaran kontrak oleh defendan tetapi plaintif tidak mengalami kerugian sebenar atau tidak dapat membuktikan kerugian itu.



Ialah satu gantirugi yang besar jumlahnya berbanding dengan kerugian yang dialami oleh plaintif.








Rajah 3.3  :  Menerangkan penentuan gantirugi apabila jumlah tidak dinyatakan di
       dalam kontrak.

Contoh kes :
HADLEY LWN BAXENDALE (1854) 9 EX 341
Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi disebabkan kelewatan defendan untuk menghantar jentera tersebut ke kilang plaintif menyebabkan plaintif mengalami kerugian.
Mahkamah memutuskan bahawa defendan bertanggungan untuk membayar satu jumlah gantirugi yang munasabah kepada defendan.

THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD (1972) 1 MLJ 171
Defendan setuju menjualkan relau kepada plaintif dan berjanji relau itu boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2600 darjah Farenheit. Namun demikian defendan tidak mematuhi perjanjiannya . Plaintif menuntut gantirugi.
Mahkamah memutuskan defendan perlu membayar gantirugi kerana kehilangan keuntungan.

BAYARAN BERASASKAN QUANTUM MERUIT
Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia merupakan tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran atau gantirugi untuk satu jumlah yang munasabah sebanyak mana yang ia patut terima hasil dari perkhidmatan yang diberikan.

Contoh kes:
UPTON RDC LWN POWELL (1942) 1 ALL ER 220
Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada defendan.
Mahkamah memutuskan ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu dibayar oleh defendan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diterimanya.

DE BERNADY LWN HARDING (1853) 8 EX 822
Kuasa seorang ejen telah ditamatkan oleh prinsipal secara salah sebelum ejen itu sempat menyelesaikan tugas-tugasnya.
Mahkamah memutuskan ejen boleh menuntut bayaran berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukannya sewaktu menjalankan tugasnya.


PELAKSANAAN SPESIFIK

Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan amanah yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada budi bicara mahkamah. Ini dinyatakan dalam seksyen 11(1) dan 21 (1) Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137).
Seksyen 20 Akta Relief Spesifik menggariskan keadaan di mana pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan :
    1. sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai
    2. kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan peribadi.
    3. Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya kontrak pembinaan.

Contoh kes: LEE SAU KONG LWN CHANG CHIANG (1961)
Contoh kes : CITY INVESTMENT SDN BHD LWN KOPERASI SERBAGUNA
        CUEPACS TERENGGANU BHD (1985) 1 MLJ 285
Di dalam kes ini suatu pindah milik harta telah tidak dapat dilaksanakan akibat pelanggaran kontrak.
Mahkamah memberikan perintah pelaksanaan spesifik kerana harta tidak alih (tanah) tidak boleh ditebus dengan pampasan bentuk wang.

INJUNKSI
Injunksi merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai injunksi prohibitari dan mandatori. Injuksi prohibitari melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan.
Contoh 3.2 :
Jika C menyewakan tanah tertentu kepada B dengan syarat B tidak boleh mengorek pasir di tanah tersebut, C boleh membawa tindakan injunksi bagi menahan B daripada mengorek pasir di situ, kerana ini bertentangan dengan kontrak.




Injunksi mandatori mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan bertujuan mengekalkan status quo pihak-pihak yang berkontrak.
Menurut seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950, injunksi juga merupakan satu lagi remedi yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Ia boleh diberikan untuk sementara atau selama-lamanya (kekal).
Contoh kes:
NEOH SIEW ENG & ANOR LWN TOO CHEE KWANG (1963) MLJ 272
Pemilik rumah telah memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.
Mahkamah kemudiannya telah mengeluarkan satu perintah injunksi supaya pemilik rumah tidak memotong bekalan air kepada penyewa rumahnya.

Kalau anda betul-betul faham, boleh tak jelaskan apakah kebaikan remedi kepada pihak yang berkontrak?

                                                       

Sebenarnya kebaikan  remedi ini ialah kepada pihak yang tidak bersalah dalam sesuatu kontrak. Remedi ini membolehkan pihak yang tidak bersalah berada di tempat yang sepatutnya seandainya  kemungkiran kontrak tidak berlaku.



                           
                                



                    
AKTIVITI 3c




    1. Terangkan maksud remedi dalam undang-undang kontrak?

    1. Apakah remedi-remedi yang mungkin bagi plaintif akibat dari kemungkiran kontrak oleh defendan?

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan gantirugi teladan?




MAKLUM BALAS 3c





  1. Hak membuat tuntutan bagi pampasan atau ganturugi dalam bentuk wang, bayaran berasaskan quantum meruit, pelaksanaan spesifik dan injunksi akibat dari kemungkiran atau pelanggaran kontrak.


2.   ~  Gantirugi atau pampasan
     ~  Bayaran berasaskan quantum meruit
     ~  Pelaksanaan spesifik
     ~  Injunksi

  1. Gantirugi yang besar jumlahnya berbanding dengan jumlah kerugian yang
     dialami oleh plaintif.




PENILAIAN KENDIRI

Ali merupakan seorang petani yang buta huruf. Dia telah berhutang dengan Ceti Muthu sebanyak RM500. Ceti Muthu mengenakan kadar faedah 30% setahun ke atas hutang tersebut. Ali juga telah menyerahkan geran motosikalnya kepada ceti Muthu. Berdasarkan situasi di atas cuba anda nasihatkan Ali.









           

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI


Isu samada Ali terikat untuk menyelesaikan hutangnya kepada ceti Muthu.
Lord Denning dalam kes Lloyd lwn Bundy memutuskan bahawa mahkamah mempunyai budi bicara untuk membatalkan kontrak mana-mana pihak yang mempunyai kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang. Seksyen 16(1) AK1950 mentakrifkan pengaruh tak berpatutan sebagai satu pihak yang berada dalam kedudukan yang boleh menguasai kemahuan pihak lain yang berkontrak dengannya.  
Seksyen 16(3) AK 1950 meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh untuk menyangkal dakwaan tersebut. Kes Chait Singh lwn Budin B. Abdullah  yang mana seorang peminjam wang telah mengenakan kadar faedah pinjaman wang kepada peminjam. Mahkamah memutuskan bahawa sipemberi pinjam telah mengenakan pengaruh tidak berpatutan terhadap sipeminjam.
Kesimpulan : Kontrak yang dimasuki oleh Ali dengan ceti Muthu mengandungi unsur pengaruh tak berpatutan. Ali berhak memohon membatalkan kontrak. Beban untuk membuktikan tiada pengaruh tidak berpatutan terletak kepada ceti Muthu.


                              Anda boleh ke unit seterusnya ……